Nakal (Complete)

By Bloated_Peas

38.6K 1.2K 20

Siapa cakap budak perempuan kena pakai baju kurung sekolah sahaja? Hah! Korang semua silap! Aku, Armira Zarin... More

Budak Baru
Bad Boy
Usik adik
Skodeng
Ashraf
Birthday party
Gaduh dan Kisah Lama
He's back
I don't know...
Pengakuan
She's mine!
Suka
Date
Date 2
Tingkatan 5 Kasturi
Fire Drill
Budak baru lagi
Masalah
Zul
Masalah (2)
Liyana
Pecah
Syak!
Mana Daus?
Trap - Klu ke-2
Menyamar
Bukti
Salah Kau!
I'll wait for you to come back...
Side Story (1) - Adib
Side Story (2) - Zul
Side Story (3) - Ash

Soal hati

1K 42 0
By Bloated_Peas

Adib POV...

Aku berjalan masuk ke kelas dengan hati yang riang. Aku bersiul kecil tanpa mempedulikan mata2 rakan kelas lain yang melihat aku happy semacam. Aku duduk, dan diserbu oleh Padi, Poji, Kodok, Sen-sen. MU dan Amoi juga tidak ketinggalan. Mereka pandang aku lama sebelum membuka mulut.

" aku dengar kau buat confession dekat koridor kelas. Betul ke?" tanya Padi. Aku angguk.

" berani betul kau. Dengan siapa kau confess?" tanya Poji pula. Aku memuncungkan bibir aku ke arah luar kelas. Mereka mengikut pandang. Rahang mereka jatuh. Arza berjalan masuk tanpa arah. Dia kelihatan bingung. Kepalanya terhantuk ke pintu sebab masih termenung. Lost in thought. Aku tertawa kecil.

" Arza, kau kenapa? Okey tak?" Tanya Lili yang duduk berdekatan dengan pintu kelas. Arza diam dan mengangguk. Dia duduk di barisan tengah kelas. Tempatnya bersebelahan dengan Sen-sen. Minggu lepas, kami satu kelas dirombak tempat duduk. Aku dan Arza terpisah baris. Aku kini duduk dengan Keli.

" kau biar betul?" tanya Sen-sen meminta kepastian. Aku angguk, yakin.

" dengan queen kita?" Kodok membuka mulut. Daripada tadi dia senyap tanpa bicara. Aku angguk. Penat kut asyik angguk2 saja. Lenguh leher ni hah!

" Arzaaa!!!!" keenam2 Mereka menyerbu Arza pula. Aku ketawa. Arza terpinga2 apabila sesi soal jawab bermula.

===========

Arza POV...

Aku termenung memandang siling bilik dengan banyak persoalan dalam kepala.

Serius, pengakuan Adib mengejutkan aku.

" Angin tak ada, ribut tak ada...tup tup dia cakap dia suka aku. Gila ke?" Aku berbaring mengiring ke kanan. Kemudian ke kiri pula. Selepas itu terlentang memandang atas.

" kau dah kenapa, kak? Macam orang hilang anak." aku terkejut. Cepat aku berpaling ke kiri dan melihat Ash sudah duduk di kerusi.

" bila masa kau masuk? Tak dengar kau ketuk pintu pun!" aku bangun. Ash buat muka.

" dah naik lenguh tangan aku mengetuk pintu bilik. Aku ingat kau tak ada, tapi termenung macam ni. Kau kenapa?" Ash bangun dan duduk di tepi aku. Dengan keluhan berat, aku kembali berbaring, diikuti oleh Ash di tepi aku.

" aku confuse something la..." aku mengeluh berat. Ash berpusing dan meniarap dengan kedua2 sikunya di atas tilam.

" apa yang kau confuse sangat ni? Cuba cerita dekat aku." Ash menjentik dahi aku dengan perlahan.

" Adib...dia confess cakap dia suka aku. Stress laa..." sunyi seketika. Aku pandang Ash yang tenung aku macam kepala aku tumbuh tanduk. Asal pulak ni?

" itu je?" tanya Ash.

" itu je." aku jawab yakin. Adib ada cakap apa2 lagi dekat aku ke? Ash mengeluh panjang.

" haaaaa...aku ingat apalah tadi. Tenung siling bilik macam nak tembus bumbung! Apa susah, kau terima sajalah. Abang Adib tu baik apa. Tak macam mamat puaka tu! Sakai lebih!" Ash mengutuk si Zaryl. Aku ketawa kecil. Bab Zaryl, memang dia anti habis!

" baik tu memanglah baik. Masalahnya aku ni troublemaker sekolah. Gila ke ex-con suka aku yang masalah tak cukup tanah ni?" aku menekup muka aku dengan bantal kecil.

" so, kau benci Abang Adib?" soalan itu betul2 buat aku terkedu kejap. Soalan jenis apa ni?

" bila masa pulak aku benci dia? Kau ni...soalan tak membina langsung!" aku menepuk belakang kepala Ash. Dia ketawa.

" so, kau suka abang Adib la?" aku berkerut dahi memandang Ash yang aku rasakan seperti pakar heartologi. Pakar cinta!

" dia kawan aku, mestilah aku suka dia! Boleh tak kau jangan tanya soalan bangang macam tu? Aku cepuk kang!" aku mencepuk lagi belakang kepala Ash. Dia mengaduh.

" kau dah cepuk pun! Sakitlah! Kepala ni mahal tau tak! First class punya brain." Ash membebel. Aku buat muka, malas melayan. Makin stress nanti!

" maksud aku sebagai seorang lelaki. Kau suka dia macam seorang perempuan sukakan seorang lelaki tak? Haiss..." Ash membetulkan soalannya. Aku diam.

Nak mengaku ke tak? Aduhh...

" well...adalah sikit. Macam crush or admire tu je. Cinta tu jauh lagi ke Gunung Kinabalu." Jawapan aku mengundang ketawa Ash. Apa hal budak ni? Sawan ke?

" baru Kinabalu, bukan Everest. Kira tak jauh la perasaan tu kalau setakat Kinabalu je. Sabah. Alah, lama2 tu berputik la perasaan cinta tu. Bukan kau tak biasa pun!" Ash mencebik. Ada jugak yang kena debik dengan aku nanti!

" sebab dah biasalah aku tak mahu tahu perasaan tu! Aku dah serik." ketawa Ash mati. Dia pandang aku.

" kak, perkataan serik tu tak ada dalam kamus hidup troublemaker sekolah. Setakat cinta monyet time kau tingkatan dua tu, boleh dipupuk jadi cinta sejati. Abang Adib tu dah lama sukakan kau. Just you that so dumb enough to not noticed." Ash bangun dan turun daripada katil aku. Dia mengambil coklat yang sentiasa aku letakkan di atas meja dan keluar daripada bilik.

Aku mengeluh berat.

Bukan aku tak perasan, just buat2 tak perasan! Ketara kot! Bukan nak perasan ke apa, just...arghh!!! Aku tak tahu nak balas macam mana perasaan Adib tu!

=============

Keesokan harinya...

" kak Arza! Bangunlah!" tidur aku yang tak berapa lena itu diganggu gugat oleh Ash. Aku merungut.

" apa..." suara aku yang serak menyakitkan tekak aku.

" bangunlah! Ada orang nak jumpa kau!" Ash menarik selimut aku.

" penting sangat ke sampai kacau aku pagi Sabtu ni? Tak reti nak tunggu hari Isnin? Dah lah, jangan kacau aku nak tidur! Pergi sana!" aku menarik semula selimut menutup kepala.

" tapi..." aku cepat memotong kata2nya.

" sekali lagi kau kacau aku tidur, Ash, aku sumpah aku bagitahu Aina pasal kau umur 5 tahun! Pilih!" ugutan aku berjaya membuatkan Ash keluar daripada bilik aku. Dia membebel.

" tak adil betul!!" kuat dia menutup pintu bilik.

Aman dunia~~~~

Tepat jam 12 tengahari, aku bangun. Lega dapat tidur macam mayat pada hari Sabtu ni. Aku menguap besar dan turun daripada katil. Sambil mengeliat malas, aku keluar daripada bilik dengan keadaan mamai. Sambil menggaru2 belakang kepala, aku turun ke bawah.

Suara orang bergelak ketawa aku tidak endahkan. Sampai sahaja aku di anak tangga terakhir, suara ketawa berhenti serta merta. Malas ambil tahu, aku masuk ke dapur. Aku berjalan ke peti sejuk dan membuka pintunya. Sambil memproses apa yang ada dalam peti ini, bunyi pinggan diletakkan dalam singki kedengaran.

" ma, mana orange juice yang Mira beli semalam? Ash minum ke?" aku bertanya. Senyap. Mama tak dengar ke? Aku berpusing.

" ma, mana orange...juice...yang...Mira..." kata2 aku akhirnya mati terus. Mata aku terbuka luas.

" kau? Apa kau buat dekat rumah aku pagi2 ni?!" suara nyaring aku menyakitkan telinga aku sendiri.

****************

Assalamualaikum, dan selamat semuanya! Sudah lama Ana tak update cerita 'Nakal' ini. Tengah ada idea sikit sekarang! Hehe...

Sebelum itu, Ana mahu ucapkan Salam Aidiladha buat Muslimin dan Muslimah sekalian. Semoga korban pada tahun ini menjadi lebih bermakna daripada korban sebelumnya. Korban bukan sekadar makan dan kenduri sahaja, tetapi dibuat dengan penuh kasih sayang dan cinta akan Allah SWT. Ingatilah pengorbanan Nabi Ibrahim AS ke atas Allah SWT apabila diminta untuk mengorbankan anak lelakinya, Nabi Ismail AS...

Continue Reading

You'll Also Like

3.7M 235K 63
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...
11M 470K 85
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia
12.4M 544K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...
4.6M 259K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...