KOTAK - sebuah novel Z. H. Ta...

By BukuFixi

30.2K 995 880

Kayla Pasha, 17 tahun. Sedar sedar sahaja segalanya kelihatan membingungkan lebih-lebih lagi apabila ada seor... More

Bab 1 + 2
Bab 3 + 4
Bab 5 + 6
Bab 7 + 8
Bab 9 + 10
Bab 11 + 12
Bab 13 + 14
Bab 15 - 18
Bab 19 - 22
Bab 23 - 26
Bab 27 - 30
Bab 33 - 35 (TAMAT!)

Bab 31 + 32

1.2K 63 84
By BukuFixi

         

BAB 31

Another Plan

Hari itu mendung lantas tak sampai beberapa ketika air rintik-rintik mulai mencurah turun dari langit. Membasahi bumi. Angin semilir membuatkan rambut ikal mayangnya melambai-lambai atas graviti. Orang ramai yang menghadiri majlis itu mula membuka payung masing-masing dek kerana mereka masih di luar. Dress hitam yang dipakainya mulai terkena percikan air hujan. Ia semakin lebat, tanda duka. Pn. Pasha hembuskan nafasnya perlahan sebelum Stephanie yang perasan akan kehadirannya mulai berlari ke arahnya dan mendakapnya erat. Airmata Stephanie adalah lambang cuaca hari itu. Deras. Menggusarkan.

"Lisa... Uhukk uhukk!" Ditepuknya belakang badan Stephanie perlahan dan Pn. Pasha hembuskan kata-kata maaf padanya bertalu-talu tanpa henti hingga dadanya sesak. Mata mereka terasa pedih dan merah. Hari itu secara rasminya Stephanie kehilangan dua orang ahli keluarganya. Bermula dari anjing kesayangannya si Pablo, kini anak gadisnya yang tercinta Anastasia juga turut meninggalkan dirinya. Majlis itu, majlis pengebumian Anastasia.

Selepas mereka bertiga berjaya mengejar Anastasia dan Kayl daripada belakang hari itu, ternyata segalanya sudah terlewat. Sudah ada orang yang mengangkat jasad tak bernyawa Anastasia untuk dimasukkan kedalam ambulans tika mereka bertiga tiba di tempat kejadian. Manakala Kayl... tiada di situ.

"I still don't know where Kayl is," ujar Pn. Pasha perlahan sambil merapatkan wajahnya pada bahu Stephanie. Airmatanya pasti menitis acap kali dia teringatkan Kayl. Kini hidup Pn. Pasha benar-benar terasa kosong, satu-satunya anak gadis yang dia ada turut pergi entah ke mana. Meninggalkan dia hidup seorang-seorang.

"Lisa... I'm sorry to hear that, but I hope from now on we'll live peacefully. Start a new page, move on," sahut Stephanie prihatin sambil cuba tersenyum pahit. Pn. Pasha cuba mengangguk dan membalas senyuman Stephanie dalam duka. Masuk sahaja ke dalam, Pn. Pasha tatap gambar seorang gadis yang mirip akan anak gadisnya sendiri itu. Kini apa yang tinggal cumalah gambar berbingkai tak bernyawa untuk tatapan mengubat rindu.

Steward, suami kepada Stephanie datang dan mereka bertiga berbual seketika.

"So, when is your flight?" tanya Pn. Pasha kepada Stephanie, ditujukan kepada dia dan suaminya.

"Wednesday, next week... 3pm sharp," jawab Stephanie sambil memandang ke arah Steward. Jelas ada kedukaan dalam raut wajah mereka berdua. Mungkin ini satu langkah yang baik buat mereka memulakan hidup baru. Pindah ke negara orang dan menetap di sana. Bertukar angin dan melupakan segala perasaan yang membunuh mereka senyap-senyap dari dalam.

"I see... I hope the two of you will find happiness there." Lalu Pn. Pasha dakap Stephanie selaku kawan lama yang dah terlalu banyak berjasa kepadanya itu. Mulai minggu depan selepas hari Rabu dan hari-hari seterusnya, Pn. Pasha tak akan dapat menjenguknya lagi di bumi Malaysia. Stephanie dan Steward akan berpindah ke German dan menetap di sana. Mereka akan memulakan hidup baru.

"Thanks. By the way, Lisa," Stephanie lepaskan dakapannya dan dia tatap wajah Pn. Pasha serius.

"We all know that Anastasia's bag is still missing, right? It wasn't there when we found Anastasia."

Pn. Pasha ambil nafas dalam-dalam dan helakannya perlahan.

"Yes, I know. I bet Kayl took it." Pn. Pasha menggeleng perlahan apabila Stephanie mengingatkannya semula kepada fakta itu. Fakta yang kemungkinan besar Kayl-lah yang mengambil beg galas Anastasia sebelum meninggalkan jasadnya pergi.

"Anastasia's wallet and phone were in that bag. I'm afraid Kayl is planning more things again."

Stephanie hanya diam dan tak menjawab, mungkin teori itu signifikan dan mungkin ia betul. Justeru ia pasti menambahkan beban fikiran Pn. Pasha nanti.

"She's still searching for her father's killer. She's being a psychopath!" tambah Pn. Pasha lagi.

"Lisa, please don't think so negatively. Didn't Kayl know the truth when she met Farouq?"

Pn. Pasha berjeda mendengar kata-kata Stephanie. Mungkin juga. Mengapa dia tak terfikirkan hal itu lebih awal?

"Hurm... I'm not sure, Stephanie." Dia hanya mampu tersenyum nipis.

"I think I should go now, Stephanie. I'll see you again this Wednesday at the airport to send the two of you off." Pn. Pasha mengundur diri, dia dah terlalu penat untuk membahaskan hal ini lagi. Dia sudah cukup runsing ditambah dengan hari yang menghibakan ini. Tanda yang dia perlu pulang dan berehat sahaja.

"Okay." Lalu mereka berpelukan dan berpisah.

Pn. Pasha menapak lesu ke arah tempat keretanya diletakkan. Sebelum tiba-tiba ada kelibat dua orang lelaki menghampirinya. Lelaki yang mirip akan suaminya dan seorang lelaki yang memakai seluar senteng dengan baju kemeja lusuh.

"Farouq nak ucapkan takziah," bicara Dr. Burn pada Pn. Pasha. Farouq mengangguk perlahan dan tersenyum nipis. Pn. Pasha hanya termangu dan memandang kosong.

"Ucapkanlah ia pada Stephanie sendiri," jawab Pn. Pasha dalam nada letih.

"Sampaikanlah ia pada Puan Stephanie untuk saya," tutur Farouq sendiri. Dia merasa bersalah kerana saat dia terbaring di dalam kereta, ada nyawa orang lain yang melayang dan dia tak bisa membantu.

"Terima kasih sebab hantar saya ke hospital," tambah lelaki itu lagi.

"Terus-terang, ini semua kesalahan anak saya, Kayl. Saya yang sepatutnya meminta maaf, sebab kegagalan saya dalam membesarkan Kayl sampai semua ni boleh terjadi." Mata Pn. Pasha mulai berkaca-kaca dan langit masih mendung. Kelihatannya langit akan hujan semula.

"Dan rasanya, memandang wajah awak membuatkan saya bertambah sedih. Awak mengingatkan saya kepada Pasha," Pn. Pasha terus-terang sambil mengusap airmatanya.

"Maaf," jawab Farouq pendek.

"Saya ada soalan untuk awak, Farouq. Awak... ada beritahu Kayl tentang apa yang sebenarnya terjadi hari tu?" Akhirnya soalan itu Pn. Pasha ajukan juga kepada Farouq. Membuatkan Farouq berfikir sejenak.

"Maksud puan tentang hari Pasha dibunuh?"

Pn. Pasha mengangguk.

"Saya cuma beritahu dia yang saya bukanlah pembunuh Pasha. Sebab saya kurang faham, kenapa dia bersikap begitu. Seakan-akan dia tak tahu apa-apa. Jadi saya rasa lebih baik saya jawab sahaja apa yang dia soal. Ada apa-apa yang saya terlepas pandang ke?" terang Farouq jelas.

"Kayl tak ingat apa-apa, ini semua kesan sampingan yang dia peroleh daripada ubat dan insiden kematian ayahnya tu jelas memberikan impak kepadanya," celah Dr. Burn.

Lalu angin semilir menyapa mereka bertiga, membuatkan mereka terdiam seketika.

"Dah hampir seminggu semenjak kejadian Anastasia dilanggar kereta dan semenjak tu Kayl hilang," ujar Dr. Burn semula. Pn. Pasha hanya mengangguk sambil jarinya bermain dengan rambut.

"Saya ada firasat buruk dengan perbuatan Kayl yang mengambil beg galas Anastasia," getus Pn. Pasha perlahan.

"Kenapa pulak puan fikir macam tu?" Dr. Burn ajukan soalan itu pantas. Cuba mencari apa yang sebenarnya Pn. Pasha fikirkan.

"Untuk tak melibatkan pihak polis, kita beritahu mereka yang beg dompet dan kad pengenalan Anastasia hilang. Kita tak beritahu mereka yang sebenarnya Kayl yang mengambil beg galas Anastasia. Dengan erti kata lain, Kayl ada kad pengenalan Anastasia buat masa ni."

"Maksud puan, Kayl akan..?"

"Itu saya tak pasti, tapi... saya yakin kalau Kayl tak tahu lagi akan kebenarannya, dia pasti akan pulang. Saya yakin."

*

Petang itu langit oren. Masa untuk mengemas di bahagian belakang kedai, bahagian menyimpan dan menyusun stok. Buku-buku pada setiap rak buku dah disusun rapi dan kemas. Tinggal buat apa-apa kerja lain yang patut. Dia betulkan kacamata tebalnya yang semakin menurun dengan jari dan betulkan ikatan rambutnya sekilas sebelum mula mengangkat kotak-kotak yang penuh dengan buku ke bahagian stor. Cepat-cepat dia habiskan kerjanya kerana kedai itu akan tutup menjelang Maghrib.

"Haiyaa, lu masih keja ka? Itu semua kasi cepat angkatlah, bagi siap! Besok pagi lu mali keja balik!" Tauke Cina tu datang dan menghampiri dirinya. Mulailah nak membebel.

"Lu olang muda ah masih kuat, lu patut itu pigi sekolah dulu. Pigi belajar!"

"Tak apalah, tauke, dekat mana-mana pun boleh belajar. Saya sukalah kerja sama awak, tauke, kerja dekat kedai buku macam ni," jawabnya sambil tersenyum sinis.

"Oh, lu memang suka sama buku ah? Okaylah, okaylah, pigi siapkan itu susun semua stok dulu, baru lu balik!"

"Okay, boss," sahutnya lagi sambil tergelak. Sudah tiga hari semenjak dia mulai bekerja di kedai buku dan alat tulis sederhana besar tu. Apa yang menarik perhatiannya pada sekilas pandang ialah jenis-jenis buku yang dijual di situ. Pelbagai pilihan dan semuanya menarik walaupun pada hakikatnya ia cumalah sebuah kedai buku yang kecil. Small but precious. Kebetulan pula kedai itu memerlukan pekerja, jadi apa salahnya?

Selepas selesai menyusun stok di belakang, dia terus ke bahagian hadapan dan ambil sebuah buku yang dia berkenan dengan suratkhabar. Terus dia ke bahagian kaunter dan letakkannya. Mata sepet tauke Cina itu hanya memandang sugul.

"Tauke, ini satu buku kasih catat harga. Potong gaji saya hari ini, boleh? Suratkhabar ni saya bayar."

"Haiyaa, lu baru kerja tiga hari sudah ini mahu hutang ka?"

Dia hanya tersenyum.

"Okaylah, okaylah, tapi ini kali saja ah."

"Cantiklah." Dia tersenyum puas mendapatkan ensiklopedia burung yang dah lama dia idam-idamkan sejak datang ke situ. Dalam itu ada seekor burung yang dia mahu tatap. Burung layang-layang. Seusai membayar suratkhabar, terus dia angkat beg galas dan memakai jacket bajunya.

"Anastasia, lu esok datang awal sikit. Ada stok buku mau mali," pesan tauke Cina itu jelas.

"Okay," jawabnya ringkas dan terus berpaling. Dia menapak keluar sambil menggigit-gigit bibirnya dan tersengih-sengih.

*

BAB 32

Last Letter

Kayl tak dapat berenggang daripada beg galas itu. Beg galas milik Anastasia, teringat saat Anastasia dah tak bernafas dan tak akan menyahut panggilannya lagi tika itu apa yang tinggal cumalah beg galas itu sebagai memento. Sebelum Kayl lari dari situ, dia sambar beg galas itu dan berlalu pergi. Sudah tentu beg galas itu ada kesan darah Anastasia, tapi sudah Kayl bersihkannya.

Kini apabila setiap malam menjelang dan dia berteduh di bawah jambatan bersama gelandangan yang lain, beg itu akan menjadi peneman setia Kayl. Di dalam itu penuh lengkap dengan barangan peribadi Anastasia, dari baju hingga ke tali rambut pun. Tali rambut itulah yang dia gunakan ketika pergi bekerja dan dia juga menggunakan kad pengenalan Anastasia untuk mendapatkan kerja. Sengaja Kayl buat begitu sebagai langkah berjaga-jaga, takut-takut ibunya mengeluarkan pengumuman orang-orang hilang. Dia tak mahu ditangkap, jadi Kayl ambil keputusan untuk menggunakan identiti Anastasia buat sementara.

Dia keluarkan jacket tebal milik Anastasia dan jadikan ia sebagai selimut buatnya malam itu. Tika ini Kayl rasakan yang Anastasia seakan-akan masih berada di sebelahnya. Bersandar padanya dan cuba untuk berkongsi haba badan. Ini membuatkan dendam Kayl benar-benar kian memuncak. Kalau bukan kerana perkara bodoh seperti mencari siapa sebenarnya pembunuh ayahnya, Anastasia pasti masih berada di sebelahnya. Masih bernafas dan berbicara atau tersenyum ke arahnya. Airmata Kayl meleleh.

Kayl tahu semuanya dah terlambat, Anastasia tak akan kembali dan memeluknya erat lagi. Ini juga bermakna Kayl perlu tamatkan sahaja semua ini, cari pembunuh itu dan bunuh dia. Penyebab kepada semua kebingungan dan mimpi buruk yang menghantuinya selama ini. Fikiran Kayl runsing dan mulai untuk terbeban, terus dia duduk semula dan cuba untuk mengambil angin.

Dia teringatkan suratkhabar yang dia baru beli dari tempat kerjanya. Terus Kayl ambil dan cuba baca bahagian depan dan bahagian orang-orang hilang. Takut-takut sekiranya dia menjadi tajuk utama atau mengambil bahagian dalam senarai orang-orang yang hilang dan dikehendaki. Tapi ia tak berguna apabila Kayl tak nampak apa-apa, bahagian bawah jambatan itu terlalu gelap dan Kayl lupa untuk membeli lilin.

Kayl tak ada pilihan lain daripada menyelongkar beg galas Anastasia dan cuba untuk mencari pemberi sumber cahaya. Mungkin dia ada lampu suluh atau apa-apa barang yang kegunaannya seangkatan dengannya. Hampa. Tiada. Kayl tak mahu gunakan telefon pintar Anastasia, dia tak nak sesiapa cuba menghubunginya. Lagi pula agak memalukan untuk Kayl akui yang dia tak tahu bagaimana caranya untuk menggunakan telefon pintar itu. Kayl cuma buka dan ambil baterinya keluar.

Sambil mengeluh besar Kayl sarungkan jacket bajunya dan mengikat rambut, dia kemas sekilas sebelum menapak keluar dari bawah jambatan. Pergi keluar mencari sumber cahaya lampu-lampu jalan. Terus-terang Kayl kini seakan fobia dan kurang gemar dengan lampu jalan, ia mengingatkan Kayl semula dengan peristiwa Anastasia meninggal. Lampu jalan menyinari jasad berdarah Anastasia dan kesedihannya. Sadis.

Kayl duduk di sebuah bangku di tengah-tengah kota malam, orang ramai yang lalu-lalang sibuk dengan hal masing-masing dan tak mengendahkan kewujudannya. Wajah mereka pada hakikatnya tetap kabur di penglihatan Kayl dan tanda pangkah besar terapung-apung di atas kepala setiap insan dalam bandar itu. Aneh. Kayl silang kaki sambil memulakan bacaan. Setiap helai mukasurat diselak dan dibaca teliti, dari tajuk utama hingga ke ruangan pojok. Dan apa yang membicarakan tentang kehilangan diri Kayl atau kes cubaan membunuhnya langsung tiada.

"Hurm... Aneh," getus Kayl perlahan seorang-seorang.

Hatinya terdetik sesaat mengapa ia begitu. Langsung tiada khabar mengenai kehilangannya, situasi itu sama seperti waktu dia pergi bersama Anastasia dulu. Tiada berita langsung mengenai kehilangan dia dan Anastasia. Kayl mula merasa curiga, seakan-akan ibunya dan keluarga Anastasia langsung tak mahu orang luar tahu tentang mereka. Atau melibatkan penglibatan pihak polis. Ia agak aneh. Ada sesuatu yang tak kena.

Kayl gigit-gigit bibirnya cuba mencari apa yang tak kena. Fikirannya mulai bermain dengan pelbagai teori. Terbenam dalam belitan yang tersimpul mati. Kayl mendengus kasar dan dia tak dapat fikirkan apa-apa yang dapat memuaskan hati dan akal logiknya. Sekilas dia teringatkan ensiklopedia burung yang baru dia peroleh dari tempat kerjanya hari ini. Mungkin ia satu idea yang baik untuk menenangkan fikiran dan membaca buku yang dia suka. Terus Kayl buka zip beg galas Anastasia dan dia cuba ambil buku itu.

Sewaktu meraba-raba dan tercari-cari buku ensiklopedia tebal itu dan mengambilnya keluar, ada satu benda yang turut terkeluar sebelum terjatuh ke atas simen pejalan kaki. Sesuatu yang pada hakikatnya Kayl terlupa ia wujud. Sebuah kotak merah gelap dengan sekeping surat terakhir dari Fei. Terdetik bingung kenapa ia boleh berada dalam beg galas Anastasia.

"Huh?"

"Open it," sengih Kayl. Anastasia hanya tersenyum nipis dan menerimanya.

"That's so sweet of you."

Baru Kayl teringat, dia sendiri yang memberikan kotak itu kepada Anastasia, kini ia pulang ke atas tangannya semula. Ironinya ia. Kayl tersenyum nipis sambil mengusap kotak itu perlahan.

"If you are here right now, I'm sure we'll read it together," sebut Kayl seorang-seorang sambil menatap ke atas. Langit malam itu indah, gugusan bintang-bintang yang berselerakan seakan-akan dibentangkan untuk tatapan matanya.

"We are still under the same sky? Hahahaha ha haa... Moron." Lalu cecair hangat mulai turun membasahi pipi. Kehangatan itu kini bertukar api marak dendam yang membara. Kayl tak akan lepaskan penyebab kematian ayahnya dan Anastasia itu. Kayl akan cencang jasad pembunuh itu hingga lumat.

Terus Kayl capai surat terakhir itu. Entah mengapa surat itu bikin Kayl merinding. Dia meremang. Setelah beberapa ketika surat itu berjaya Kayl buka. Hatinya berdebar tak keruan, barang kali ia tanda penunjuk besar. Lipatan surat itu dibuka dan mata Kayl terus membundar tajam. Coretan tulisan berangkai dicuba hadam pelan-pelan.

Kayl..... Sudahkah kau tahu.... Akan kebenaran yang menyimpul mati itu? Hehehehehe......... Sudahkah kau tahu........ Akan pembunuh ayahmu??? Hehehehehe.........

Kayl............ Sudahkah kau cari.....? Sudahkah kau perhati......? Sudahkah kau dengari.....? Dari ibumu sendiri......? Hehehe...............

Dahi Kayl spontan berombak, seakan-akan dia pernah membaca petikan ini dari surat-surat yang sebelumnya. Kayl mulai berpeluh sejuk.

Sudahkah kau tanya ibumu????? Hehehehe..... Kayl...............

Apakan daya kau....... Wahai Kayla Pasha... Ayahmu sang Pasha dibunuh kejam.................

Bait ulangan itu juga seakan dia sudah pernah baca pada surat pertama dulu.

Oleh ibumu sendiri....... Hehehehehehe.......

Kelu. Terlopong.

"T-Takkkk........" Bibir Kayl terketar-ketar dan nafasnya tersekat-sekat ibarat dicerut ketat. Matanya mulai melilau-lilau ke sekeliling tak keruan. Bibirnya digigit rakus bagi menahan gelora emosi yang dia tak dapat kawal. Bzzzt. Mata Kayl merah dan nafasnya naik-turun naik-turun. Tercungap-cungap. Telinganya mulai berdesing. Bzzzt.

"N-Noo.... Impossible!!!!" Kayl mulai bangun dan dia terhuyung-hayang. Orang ramai di sekeliling yang pada asalnya tak mengendahkan kewujudan Kayl kini melihat Kayl dengan pandangan prejudis. Hati Kayl ibarat kaca yang dilemparkan ke atas dinding. Berkecai. Berderai. Lalu kaca itu tercucuk pada hatinya dan menyiat-nyiatkannya hingga darah memoncrot ke mana-mana. Sial. Realiti sialan. Mata Kayl berair dan merah.

"TAAAAAKKKKKKKKKKKKK! TAKKKKKKKKKKKKKK MUNGKINNNNNNNNNNNN!!!!!!" Kayl mulai menjerit dan meraung sambil berlari menggalas begnya. Orang ramai mulai memberikan reaksi takut akan kelakuan Kayl yang seakan histeria.

"NOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!!!! LISAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"I WILLLLLLLLLLLLLLL KILLLLLLLLLL YOUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! I WIIIILLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"Yeah, it doesn't make sense for a swallow to fly a long distance just to send a blank letter. Indeed, something happened to make us fully aware of our current situation."

"K-Kayl... Y-our... Y-our dad d-ied o-on n t-the day of o-our t-third anniversssa—"

"T-the mmmurder-er iss y—"

Your mother.

Continue Reading

You'll Also Like

88K 1.6K 16
[KARYA PERTAMA] [ON GOING] [FANTASY + THRILLER + ROMANCE + COMEDY] โ€ผ๏ธWARNING โ€ผ๏ธ (rajinkan diri anda untuk membaca) ๐Ÿ“ขSinopsis ada di dalam. ๐Ÿ“ข Ada ka...
2.3M 62.4K 58
๐“ผ๐“ฎ๐“ฌ๐“ธ๐“ท๐“ญ ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ธ๐“ฏ ๐““๐“ช๐“ท๐“ฒ๐“ฎ๐“ต ๐“ช๐“ท๐“ญ ๐“๐“ฎ๐“ฒ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐ŸŒบ Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
59.8K 3.6K 51
๐Ÿฌ3 | ๐—›๐—˜๐— ๐—Ÿ๐—ข๐—–๐—ž ษดแดœส€สœแด€ษด แดกแด€แด€ษชสŸ | สแด€ส€แด€ สœแด€ษดษชษดแด€ " If my love for you is a crime , I want to be the most wanted criminal " Ditugaskan menjadi detekti...
HYDRA 187 By eynaasarah

Mystery / Thriller

27.2K 2.4K 30
#1 ๐—–๐—ข๐——๐—˜ ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿณ ๐˜ผ๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™๐™– ๐˜ฟ๐™ฎ๐™ง๐™– yang berumur 23 tahun kini sedang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai seorang pelajar universi...