My Mr. Chef ❤{Completed}

By AmelAlana

1.6M 59.5K 1.6K

Tekadnya hanya satu. Dia ingin mencari calon suami yang kaya raya untuk dijadikan teman hidup memandangkan di... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Sinopsis Hadirnya Mayfarda
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Epilog
Read my new story : Mrs. Aisy
Read my new story : Putera Kebal
Read my new story : Olivia Kikan😘
Read my new story : #HeartStealer

Bab 42

17.3K 632 7
By AmelAlana

"Wulan... jom.!"

Tiada angin tiada rebut tiada hujan, tiba-tiba Zarif keluar dari bilik pejabatnya dengan tergesa-gesa lalu mengajak Wulan keluar. Wulan kebingungan buat seketika. Terpinga-pinga dia memandang ke arah Zarif.

"Nak ke mana?" Soalnya pelik.

"Kita jumpa client then lunch sekali." Jawab Zarif dengan tenang.

Wulan mengeluh perlahan. Alahai... tak dapatlah aku nak jumpa my Raykal hari ini...! Wulan hanya mampu menjerit kekesalan di dalam hati.

"Wulan, jomlah." Ajak Zarif sekali lagi.

Wulan buat muka. Gaya bosan.

"Yalah..."

Wulan mengikut langkah Zarif dengan malas. Dalam hati dia tidak ingin untuk keluar bersama Zarif. Serius dia tak tipu. Dia tak suka dengan Zarif. Apa kata orang tu? sebab dia sombong, berlagak, perasan dan paling penting sekali dia tu lelaki playboy!





Sayang.. I tak dapat lunch dengan you. Bos ajak jmpa client

Wulan menghantar SMS kepada Raykal untuk memberitahu Raykal bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu. Hmm... Wulan mengeluh lemah. Sehari tak jumpa Raykal maka sehari itulah dia tiada semangat untuk bekerja. Raykal umpama pengecas tenaganya. Rindu my Raykal...

"You Whatsapp siapa tu?"

Wulan tersentak. Tiba-tiba orang sebelah bertanya. Hish dia ni kan... fokus sajalah pada pemanduan tu. Ni tidak. Sibuk lagi nak tahu hal tepi kain orang. Bentak Wulan dalam hati.

"My chef..." Jawab Wulan dengan jujur. Baginya, my chef itu membawa maksud yang banyak seperti, my Raykal, my sayang, my boyfriend, my future husband, my love, my buah hati dan banyak lagilah. Banyaknya tak terkira sehingga tak tahu nak gelar dia apa lagi. Apa-apapun, Raykal adalah segala-galanya.

Zarif kerut dahi.

"Chef? You ada chef peribadi?"

"Hmm..." Malas rasanya untuk membuka mulut. Tiada minat untuk berbual dengan Zarif jika fikirannya jauh kepada buah hatinya di sana. My Raykal...

"You okey ke ni? Macam tak okey aje I tengok."

Sedar pun awak yang saya ni tak okey. Ya, memang saya tak okey sebab awak ajak saya pergi lunch. Saya nak lunch dengan my Raykal, bukan awak.! Bentak Wulan tetapi cuba di tahan agar tidak terkeluar suara kegeraman itu.

"Saya okey cuma pening sikit je. Awak memandu ajelah. Tak payah ajak saya berbual lagi. Nanti bertambah-tambah pening kepala saya ni dengar awak bercakap." Selamba saja Wulan menuturkan kata peringatan itu. Tiada masa untuk dia menjaga hati orang sekarang. Hati sendiri pun tengah sakit.

Zarif senyap selepas itu. Lantak dialah jika terasa hati dengan apa yang aku katakan. Tiba-tiba, iPhone miliknya bergetar. Whatsapp daripada 'My Sayang'.

Tersenyum dia melihat balasan SMS daripada Raykal. Tetapi sebaik saja membaca SMS itu, senyumannya serta merta mati.

Takpa. Aku faham.

Huwaaa... chef tak faham. Chef tak tahu betapa saya rindukan chef sekarang ini. Saya nak chef.! Rasa nak meraung saja Wulan tika ini. Nasib baiklah dia naik kereta encik bos. Kalau tak...

Hmm.. Nasiblah...



Wulan menguis-guis nasi di pinggannya. Tiada selera untuk menjamah nasi tika ini. Dia ingin pasta buatan chef Raykal.

"Tak sedap ke nasi you tu?" Zarif menegur tiba-tiba.

Wulan tersentak. Dia mendongak memandang Zarif dengan pandangan tanpa riak apa-apa. Kosong. Sekosong hatinya ketika ini. Cuma ada dia dan Zarif di meja makan. Client yang mereka jumpa sebentar tadi sudah berlalu kerana ada kerja lain yang perlu dia kerjakan. Maka, tinggalkan Wulan berdua-duaan dengan Zarif. Sedari tadi mereka hanya berdiam diri. Wulan pula lebih suka melayan perasaan sendiri dan sesekali sahaja dia menjamah nasi itu. Itupun sekadar mengisi perutnya yang lapar.

"Sedap je..."

"Kenapa tak makan?"

"Saya makanlah. Tak nampak saya kunyah nasi tadi?" Geram pula Wulan di soal siasat begitu.

"Dari tadi I perhatikan cara you makan. I tengok you tak makan tapi lebih kepada mengelamun. Kalau makanan you tak sedap, I orderkan you yang lain."

"Eh, tak payah la."

Wulan menahan. Karang bertambah lama mereka duduk di sini hanya kerana menunggu dia makan. Beri dia lauk lain pun dia tidak akan makan. Nak pasta chef Raykal sahaja.

"Saya habiskan yang ini aje."

Zarif mengangguk perlahan lalu menyambung kembali menjamu selera. Wulan pun kembali ke dunia sendiri. Ala Wulan... kau feeling macam kau tengah makan dengan chef Raykal sajalah.

"Wulan..."

Namanya tiba-tiba diseru oleh Zarif. Lembut pula lelaki itu memanggil namanya.

"Apa?"

"Kalau I tanya, you jangan marah ya?"

Terjongket kening Wulan mendengarnya.

"Awak nak tanya apa?"

"You suka I?"

Wulan tersedak. Wajahnya memerah.

Hesy..! Masa aku minumlah dia tanya soalan macam tu. Apa yang tak tersedaknya?

"Sorry..." Ucap Zarif sambil meyerahkan sehelai tisu kepada Wulan. Wulan menyambutnya.

"Dah okey? Jawablah soalan I tadi." Zarif mendesak lagi.

Mata Wulan bertemu dengan Zarif. Mereka berpandangan buat seketika. Aku suka dia? Memang taklah. Tapi, kenapa? Kenapa aku tak suka dia? Dia ni baik juga walaupun aku pernah dengar dia seorang playboy dan sombong. Tapi, itu kata orang. Kata aku?

Entah la...

"Sukalah. Awak kan bos saya."

Zarif senyum. Terpaku Wulan melihat senyuman itu. Patutlah ramai perempuan suka kat dia. Muka pun kacak. Senyuman dia cukup menggoda. Woi Wulan.! Apa yang kau merepek ni hah? Tak ingat dengan chef Raykal kau dah?

"Tapi, kenapa I rasa you macam tak selesa dengan I. You tak banyak bercakap dengan I. Layan I pun dingin."

Wulan terkelu. Ek eleh... sedap mulut dia saja nak mengadu dengan aku macam tu.

"Saya tak rasa apa-apa pun dengan awak. Perasaan awak aje tu kut." Wulan masih beriak tenang. Walaupun dalam hati dia sudah rasa semacam. Dadanya berdebar dek kerana tenungan mata Zarif.

"So, you selesalah ni kerja dengan I?" Soal Zarif lagi. Wajahnya tampak sedikit ceria berbanding tadi.

"Kalau saya tak selesa dengan awak, dah lama saya letak jawatan. Saya boleh minta jawatan lain lagi dengan pak long." Balas Wulan mendatar.

Melebar senyuman di bibir Zarif. Nafas lega dihembus perlahan. Ingatkan Wulan tidak selesa dengan dia.

"Baguslah kalau macam tu. Lega hati I dengar Wulan. Kalau you nak tahu, I happy sangat bila papa jadikan you PA I."

Wulan memandang Zarif dengan sebelah keningnya terangkat. Sedikit terkejut dengan kenyataan lelaki itu. Dia happy? Aku tak happy pun...

"Dah lama I tak jumpa dengan you. Paling last jumpa you pun bila I terpaksa ke luar negara sambung study. Lepas tu, I dah lost contact dengan you. Tak sangka bila dah jumpa, you dah besar panjang dan semakin cantik." Zarif tersenyum menggoda.

Errr... Wulan terkelu. Hanya mata yang membalas pandangan ceria Zarif yang sibuk nak bercerita tentang masa lalu mereka. Dulu ya, memang dia rapat dengan Zarif. Tapi itu dulu, sewaktu dia masih kecil. Bila dah besar panjang ni, dia sudah berasa segan untuk berbual dengan Zarif. Lebih-lebih bila terdengar dari mulut orang bahawa sepupunya ini seorang yang playboy. Lagilah dia tak nak dekat. Karang tak pasal-pasal dia pun jadi mangsa kepada lelaki itu.

"Saya tak berapa ingat dah. Maklumlah, saya ni ada masalah sikit untuk mengingat." Balas Wulan sambil tersengih. Saya mengaku dah tu. My Raykal sendiri cakap macam tu kat saya. Saya ada masalah mengingat. Muda-muda lagi cepat lupa.

"Tak apalah. I faham. Waktu tu pun you tak besar mana lagi."

Ohhh... terangguk-angguk Wulan mendengarnya.

"You cantik sangat."

"Hah?"

Aku dengar dia macam puji aku tadi. Ya tak?

"I kata, you ni cantik sangat. Terpikat hati I." Zarif mengulangi bicaranya smabil tersenyum memandang ke arah Wulan.

Nafas Wulan terasa sesak. Bukan kerana dia tersentuh hati. Bukan juga kerana terharu. Akan tetapi kenapa terloya. Nak muntah tahu dia kata macam tu. Geli sangat mendengarnya.

"Makanlah cepat. Lepas ni kita kena masuk office semula." Ujar Zarif lagi apabila melihat Wulan seakan tidak berminat untuk berbual dengannya. Pujiannya pun tadi hanya dibiarkan oleh gadis itu. Bukannya reti senyum atau ucap terima kasih padanya. Boleh pula dia bagi muka kelat dia. Macam tak suka saja aku puji dia. Gumam Zarif sendiri.



Much love..

Continue Reading

You'll Also Like

797K 35.3K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
173K 10.2K 59
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...
126K 7.1K 73
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...
185K 12.4K 75
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffa...