"Awak. Lapar. "
Aku berdiri tepat di hadapannya. Perut diusap usap perlahan. Nak bagi tambah real lagi, aku buat muka sedih. Tu belum mengada ambik air buat buat macam air mata lagi. Haziq yang sedang membaca surat khabar mengangkat muka sebelum menundukkan kembali.
"Lapar? Pergilah makan."
Selamba dia jawab. Cara cakap macam suruh anak menakan belah umi dia yang umur empat tahun tu pergi makan. Aku dah ragu ragu dah sekarang. Jangan jangan dia nampak diri aku yang masih empat tahun dulu dulu yang rambut pun ikat tocang dua.
Aku rengus geram. Budak besar ni lah!
"Awak, saya lapar ni. "
"Ye, aku tahu kau lapar. Takkan nak ulang enam kali baru nak berhenti? Ke dah tak tahu macam mana nak makan? Caranya.. "
Dia pura pura cedok angin macam dia cedok kari kepala lembu sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
"Lepas tu telan. Macam ni.. "
Sengaja dia kembungkan mulut sebelum di kempiskan kembali. Memang macam betul betul telan makanan. Dan lagi sengaja bila dia telan angin tu betul betul sehingga menampakkan halkumnya bergerak gerak.
"Faham? Ke kau nak aku suap? Ooh, lupa pulak yang isteri Haziq Rifqiy si hensem bergaya ni kan manja. Kalau makan nak abang yang suapkan. Jom kita ke dapur ye sayang. Abang suapkan."
Tangan aku dia tarik. Aku yang dah lapar tahap singa ni dah berkira kira dalam otak sama ada nak buat daging Haziq ni masak asam pedas atau goreng buat cempedak.
Terus aku ambik surat khabar sebelum aku pukul pukul belakang badan Haziq.
"Awak dah gila ke? Melawak tengah tengah pukul sembilan malam macam ni. Awak memang dah lama hidup kan? Nak saya campak dalam kuali dekat dapur tu ke? "
Garang aku bersuara. Geram betullah dengan manusia macam ni. Manusia yang sama spesies macam abang. Jenis yang habis tak ada kerja nak usik aku. Haih.
"Alah Fira. Kau nak campak aku dalam kuali? Mana muat? Bukan ada kawah pun dekat dapur tu? "
Dia sengih dengan tangan cekap menahan tangan aku daripada terus memukulnya. Tangan aku dicengkam kemas.
"Okey saya tak campak. Saya siang dulu, cincang cincang sampailah awak muat nak masuk. Saya tak kira dah ni. Dahlah lapar gila. Masak awak pun kenyang. Bagitau awak bukan awak kesah."
Aku bersuara perlahan. Penat nak melawan. Dah habis tenaga. Tak cukup matanglah kalau sanggup habiskan energy dalam batery badan ni semata mata untuk bertekak.
Haziq dah senyum. Tangan aku yang ada di genggaman dia tarik sehinggalah aku terdorong duduk di sisinya di atas sofa. Badan aku dia hadapkan bertentangannya.
"Penat sangat ke? Kau tak larat nak masak? Mesti sebab aku dera kau masak lauk masak lemak cili api tadikan? Aku boleh tolong kau masak malam ni. Okey?"
Tangan kanan aku yang masih digenggaman diusap usapnya perlahan. Sebelah tangan lagi naik menguak rambut yang terjuntai menutup dahi aku sedikit.
Terus hilang perangai nakal dia ni. Yang tinggal di hadapan aku ialah Haziq yang..Hmm. Malas nak describe. Kejap lagi aku sendiri yang nak jatuh hatilah, jatuh limpa dan segala anggota dalaman badan yang sewaktu dengannya.
"Bukan penat."
"Habis tu? "
Wajah kacaknya diukir riak hairan. Tangan yang tadi di kepala sudah turun ke bahu sebelum dilabuhkan di situ.
"Jom. Ikut saya."
"Nak pergi mana? Cakap je lah. "
Dia bersuara malas. Tangan dia dah gosok gosok di bahu aku. Dia ni lah..
"Ikut je. "
Aku jatuhkan tangan yang melekap elok di bahu. Malam malam macam nilah dia sibuk nak sentuh sentuh bagai. Aku pun tak tahu sejak bila tangan dia mula pandai nak merayap. Dulu dia yang macam jual mahal. Eh, dia jual mahal ke? Aku rasa aku yang jual lagi tinggi harga. Kihkih.
Dia ikut aku sampai dapur. Aku buat muka selamba dengan tangan sibuk membuka pintu pintu kabinet, laci kabinet, penutup tupperware, penutup bekas kaler merah, kaler biru, bekas kecik, besar, silinder dan tak juga lupa bekas aiskrim Nestle warna biru. Bekas tulah yang ibu isi dengan puding roti sebagai bekalan untuk Haziq dan aku makan sewaktu perjalanan dari rumah orang tuaku ke rumah ini.
"Awak tengok ni. Semua bekas kosong. Lalat pun tak de. Tu lah awak. Dah berapa tahun tak bawak saya keluar pergi pasar mana mana. Memang nak tahan pun barang barang basah tu untuk setahun lagi."
Aku perli dia. Haziq hanya angkat bahu sebelum berlalu. Sempat pula dia bagi arahan paduka baginda dekat aku.
"Siap lagi dua puluh minit. Lambat aku tinggal. Dan jangan lupa, tutup balik segala bekas yang kau buka tu. Lain kali nak bagi tau dekat aku tak payah nak buka segala pintu bagai. Kasi tau je yang barang nak masak dah habis. Karang bukan lalat yang kau akan jumpa, tau tau gajah pun tersesat masuk dalam tu. "
🗼
"Nasi goreng belacan dua. Telur dadar dua. Satu sup ayam. Air suam dengan milo ais. "
Oder Haziq pada pelayan lelaki restoran besar ni. Baguslah tu. Makan nasi goreng memalam ni. Aku yang beria ria nak nasi goreng belacan. Hari tu tengok Jannah makan nasi tu rasa cam lagi sikit nak meleleh dekat dalam gelas fresh orange aku.
Waktu tu kalut nak bajet dietlah katakan. Makan nasi pun tak mau. Minum fresh orange pun dah kenyang macam nasi pattaya kononnya. Biskut Lexus purple pun dah okey.
Last last aku yang kalut nak kaut nasi goreng belacan Jannah. Nasib baik Jannah waktu tu dah kenyang. Dia baru habiskan burger yang jual dekat depan taman perumahan rumah sewa kitaorang. Ish ish.
"Lepas makan ni kita ronda dalam cari barang basah. Kau beli untuk stok sebulan tau. Aku tak sempat rasanya nak bawak keluar selalu. Bukan kerja nak menghadap cashier selalu."
Aku angguk. Faham. Lagi pun dah tak sabar gila nak baham nasi yang waiter baru hantar. Masih berasap nipis. Aku ambik bau. Sedapnyer. Mau menjilat pinggan kalau macam ni.
Habis je makan, kami masuk dalam mart besar. Buat apa masuk? Hai, buat buat tanya pulak. Takkan nak berkebun. Mestilah nak main golf. Lama dah tak main. Key, aku gurau je. Mestilah nak beli barang. Kenapa? Tak lawak ke? Okey, tak lawak.
Haziq yang jadi kuli aku kali ni. Dia tolak troli, aku campak barang dalam troli. Nanti waktu nak bayar dialah yang akan keluarkan kertas yang ada nilai dan digunakan sebagai pengganti sistem barter zaman dulu tu. Haha.
Dah lama kami ronda, aku kerling troli kami. Penuh. Dalam hati mengingat ingat apa lagi barang yang perlu aku beli. Rasanya tak ada dah kot.
"Jomlah bayar."
"Lah dah habis ke? Jap nak ambik benda. Ada satu kurang. "
Aku angguk kepala.
"Saya tunggu dekat sekitar depan cashier. Mungkin dekat bahagian baju kot. "
Aku beritahu Haziq. Malas nak tunggu dekat tempat ikan ikan ni. Pening. Tambah dengan rasa loya lepas makan nasi goreng belacan tadi. Karang aku muntah jugak dalam mulut ikan yang ternganga sedikit tu. Erk?
Nasi tu bukannya tak sedap. Sedap je. Tapi aku rasa pening bila makan dengan ayam yang dihidang sekali dengan nasi tu. Ayam tu dah jadi manis manis bila dimasak dalam kuah apa tah. Tak tau nak describe sebab aku bukannya reti sangat nama masakan ni. Yang pasti rasa manis dan pedas nasi tu buat aku nak muntah.
Aku pulak bijak gilerlah minum dengan milo ais. Lagi lah rasa mabuk. Aku tak habiskan nasi tu. Haziq yang tolong habiskan. Tapi muka Haziq tak rasa pelik pun. Tekaknya dah biasa mungkin. Tapi dia adalah mengiakan bahawa rasa mual turut muncul bila makan tu.
Troli aku tolak perlahan. Sampai je bahagian baju, aku berhenti. Saja belek belek. Aku suka tengok warna warna baju dan corak yang terlakar di atas setiap helai baju wanita tuh. Menarik. Tapi tak rasa nak beli pun.
Aku berlegar legar lagi di bahagian pakaian. Dan terus tersenyum. Yang ini lagi menarik! Baju kanak kanak dan baby! Cantik dan comel sangat!
Aku belek lagi. Ada satu gaun putih yang cantik giler nak mati. Kalau pakaikan dekat baby girl mesti dia terus berubah jadi snow white. Cantik sangat. Aku dah mula berangan nak pakai. Ha. Ni masalah aku. Tak sedar yang diri dah besar gedabak.
Beralih pula pada baju baby lelaki. Comel sangat. Lupa terus rasa nak muntah aku. Tersenyum senyum aku tengok baju Melayu kecil. Hadoii. Ni kalau Fayyad pakai mesti hensem. Baju kemeja kecil pun ada. Comel!
Leka menilik, aku terkejut bila satu suara garau menegur dari belakang.
"Ehem, dah tak sabar ke? "
"Tak sabar apa? Awak pergi ambik apa tadi?"
Haziq angkat tangan kanannya yang memegang plastik. Udang. Menjawab soalan aku dengan perlakuan. Plastik itu dia letakkan dalam troli sebelum kaki dia aturkan mendekati aku.
Haziq suka udang? Patutlah hari tu beria ria dia tambah nasi waktu makan dekat rumah aku. Lauk udang je dia sentuh. Tak pandang yang lain dah. Aku pun lupa nak ambik udang tadi. Kalut dengan benda lain.
"Ye lah. Kau tak sabar nak beli baju untuk baby ke? Sampai tersenyum senyum. Aku tak kisah kalau nak beli awal pun. Persiapan awal kan bagus. "
Aku dah mula rasa lain. Haziq dah menyimpang ni. Aku tanya untuk memastikan.
"Baby? Baby siapa? Fayyad ke? "
"Baby kitalah. "
Panas muka aku. Dapat aku rasa yang aku dah blushing teruk. Boleh pulak dia buat muka selamba dengan senyuman nakal. Rasa pening kepala nak muntah datang balik bila aku malu malu macam ni.
Segera pandangan aku alihkan ke tempat lain. Mata aku kini tertancap pada satu gambar yang dipamerkan di bahagian pakaian baby ni. Gambar seorang wanita sarat mengandung dan di sisinya sepasang budak lelaki perempuan sedang tersenyum.
Aku kelip kelipkan mata melihat gambar itu. Pening. Samar samar aku nampak wajah wanita Inggeris itu bertukar menjadi imej seorang wanita yang aku kenal sangat sangat. Jadi muka aku. Aku yang sedang sarat mengandung.
Lagilah teruk kepala aku berputar. Terkejut dengan imaginasi sendiri. Tambah dengan rasa mual makan nasi tadi. Tambah dengan malu aku yang meninggi mendengar Haziq mengusik.
Tak lama aku rasa dunia aku semakin gelap.
Aku. Pengsan.