Kamu Sangat Nakal [COMPLETED]

By CikMuda_

245K 5.5K 27

mengisahkan kehidupan seorang gadis berumur 18 tahun(NurulFatihah) yang terpaksa berkahwin dengan anak angkat... More

authour
part 1
part 2
part 3
part 4
sambungan
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
Part 16
part 17
part 18
part 19
part 20
part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
authour
Thank
PROMOTE

part 5

8.6K 206 2
By CikMuda_

Di shopping mall..

Abang Riz, bayarkan" Sengih. ujar fatihah sambil jarinya menunjuk donut itu. 

“Dia yang nak makan, orang pula nak bayar.. " Dalam membebel tu, di keluarkan juga wallet Polo dari poket seluarnya.

“Ustaz cakap, jangan nak berkira dengan isteri sendiri.” Gelak, teringat akan ceramah Ustaz Kazim Eilyas ketika mereka menyertai ceramah itu.

“Iyelah. Berapa harganya dik?” Hariz dah sedia keluarkan duit dari dalam wallet dia.

“RM 17.00 je encik. Er, ni isteri ke adik ni?” Si salesgirl yang dari tadi diam akhirnya bersuara juga.

Agak pelik dia tengok pasangan di hadapannya. Dari tadi dia tertanya-tanya apa hubungan mereka. Awalnya, bila mereka masuk tadi dia ingatkan mereka berdua adalah adik beradik. Abang sulung yang bawa adik bongsunya pergi jalan jalan. Tapi bila dengar ayat budak perempuan ni, dia rasa pelik pula. Isteri?

“Isteri saya ni.” Oh, itu rupanya yang salesgirl ni dok fikir dari tadi. Not lima keping duit lima puluh ringgit dia hulur.

“Isteri? Lorh, ingatkan adik.” Si salesgirl terperanjat.

“Ya kak, dia ni suami saya ni.” Gelak.

Adakah dia di sangka adik Hariz? Apa, dia tak ada gaya ke jadi isteri atau girlfriend Hariz? Pakai baju tee longgar dengan cardigan, selendang di kepala dan seluar jeans siap pakai sneakers ni tak cukup cun ke nak orang nak addres dia sebagai “Hariz wife”? Taulah isteri-isteri orang lain tak pakai beg sandang tepi macam dia.

“Haha. Muda sangatlah dik, macam tak sesuai lagi jadi isteri.” Ujar si salesgirl lagi sambil memberi baki duit Hariz.

Tersengih-sengih dia memandang wajah pasangan suami isteri di hadapannya itu. Si isteri comel dengan senyuman dan si suami serius tanpa riak di wajah. Nampak macam tak sesuai kot. Wajah keanak-anakan versus wajah serius bajet cool, mana sesuaikan? Kan?

“kenapa dik? Nampak tak secocok ke?” Soal Hariz, sengih.

“Secocoklah encik. Cuma kalau encik selalu senyum  macam isteri encik ni lagilah double triple secocoknya.” Sengih. Jujur sangat dengan kata-katanya.

“Haha. Itulah, kan tihah dah suruh Abang Riz jangan buat muka macam tu.” Gelak sakan fatihah bila dengar kata-kata kakak salesgirl tu.

“Terima kasih di atas komen yang membina tu dik.” Senyum paksa sebelum menarik tangan fatihah pergi dari kedai . Eww, gila terasa dia.

“Bye kak, dan komen kakak sangat bestlah.” Gelak.

Sempat lagi dia melambai-lambai kakak salesgirl yang terkedu di meja kaunter. Haha. Itulah kak, kan dah nampak dah “senyuman paksa” Hariz tu. Kan dah terbius, bisu terus tu.

Lawaklah sangat. Dah cepat, kata nak tengok wayang.” Hariz jalan menonong meninggalkan Fatihah di belakang.

"Abang Riz, nak pergi toilet kejap.” Sengih. Banyak sangat gelak sampai rasa nak terkucil jadinya.

“Itulah, banyak sangat gelak. Pergi cepat!” Hariz capai beg yang di hulur Fatihah. Langkahnya perlahan sahaja mengekor Fatihah yang menuju ke tandas.

“Kenapa?” Soalnya bila Fatihah cuma berdiri depan pintu toilet tanpa bergerak masuk.

“auntie tu tengah basuh toiletlah, dia tak bagi masuk.” Juih bibir.

Dah penat dia bertekak dengan auntie india yang tengah basuh toilet itu. Orang nak buang air kecil jelah auntie, mana ada bau!

“Tunggulah kejap lagi.” Balas Hariz tanpa mengetahui kalau isterinya dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak.

“Alah, tak boleh tahan dah ni.” Fatihah berdiri tak senang. Macam cacing kepanasan jadinya.

“Dah tu, takkan nak buang kat sini pula?” Uish, agak tak bermoral isterinya ini kalau terfikir nak buat macam tu.

“Kau pernah dengar tak pepatah ni? Apabila satu pintu tertutup, pintu yang lain sedia terbuka menanti kita masuk?” Fatihah sengih sambil tengok signboard di pintu sebelah yang tertulis perkataan “MALE”.

“Don’t tell me…” Hariz tarik tangan Fatihah yang dah melangkah menuju ke pintu tandas lelaki. Usha line dulu.

“Kosonglah Abang Riz.” Sengih. Dah bersedia dia untuk melangkah masuk.

“tihah,kau jangan nak buat gila kat sini.” Haruz menarik tangan Fatihah yang tubuhnya sudah separuh masuk ke dalam. Tak waras ke isterinya ini masuk toilet lelaki?

“Alah, kejap je. Abang Rix jaga pintu tau, kalau ada orang datang jangan bagi dorang masuk. Kalau nak masuk juga, cakap isteri Abang Riz ada kat dalam.” Menyentap kuat tangannya dari pegangan Hariz sebelum laju masuk ke dalam tandas. Dah tak tahan sangat ni!

“Tihah!” Okey, tak sempat. Rasanya dia tak sempat nak berkelip pun bila isterinya hilang di balik pintu. Gilaaa..

“Janganlah ada manusia yang datang nak masuk toilet ni..” Hariz berdiri betul-betul depan pintu toilet. 

Continue Reading

You'll Also Like

131K 3K 23
Hani yang baru shaja ingin move on dari cinta, terpaksa dikahwinkan oleh Haziq iaitu kembar kepada cinta pertamanya. Tapi demi keluarganya terpaksa j...
51.4K 1.6K 10
Andainya mampu kan ku ukir. Namamu dan namaku di bulan. Agar satu dunia melihat, restui cinta kita. Hafiz Suip- Kisah Cinta Kita🎵 Start: 20/5/2019 (...
87.2K 5.5K 71
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.1M 117K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...