Promote
i) Terasa Ada - affraes
ii) Hello My Crush - Na_Nor
°•°•°•°•°
Aish Fahri mengangkat panggilan yang sudah dua kali diterima masuk oleh nombor yang sama. Nampaknya kali ini terpaksa panggilan itu dijawab kemungkinan besar adalah hal penting. Naura sekadar mengangkat kening menanti isyarat daripada Aish Fahri.
"Sorry." ujar Aish Fahri sambil meminta dari dalam bahasa isyaratnya untuk keluar dari butik.
Puan Adila sekadar mengangguk. Memahami pekerjaan pejabat yang tidak lekang dek telefon meskipun pada waktu sengang sebegini. Ada sahaja ulat daun yang mahu mengacau ketenteraman!
"Macam mana?" soal Puan Adila.
Naura Safiyah hanya mampu tersenyum menerima sampul surat berwarna putih. Melalui laman sosial tidak pula terpilih , melalui cara lama menggunakan surat terselit rezeki atas namanya.
"Alhamdulillah, suka sangat!" Naura Safiyah tidak mampu menyembunyikan senyuman gembiranya.
Itu adalah impiannya semenjak kecil tiada yang lain ingin digapai dan dicapai melainkan dengan menubuhkan butik sendiri berserta nama agungnya, Naura.
Puan Adila mengangguk kepala.
"Tarikh interview ada dalam tu jangan lupa. Kalau kerja bawah orang tolong tepati masa. Orang yang menepati masa ada kelebihannya tersendiri , mudah dipercayai. Bukan macam setengah orang tahu makan gaji suka hati datang kerja ikut masa dia langsung tak ada etika. Macam mana negara nak maju kalau tenaga kerja sendiri tak berkaliber."
Naura sudah sedia menadah telinga.
Hal kerja , ibu adalah orang yang paling tegas. Katanya, tanpa ketegasan dalam pekerjaan tiadalah kejayaan yang akan mendatang. Kerana dengan ketegasan sebagai seorang pemimpin dapat mendidik pekerja lain untuk berdedikasi dalam membangunkan perniagaan bersama-sama.
Puan Adila bangkit dari kerusinya dan mula memeriksa beberapa pakai gaun yang baru siap dijahit.
"Tak tahu apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Kalau tak diketuk kerja tak jalan dah macam pahat dengan penukul. Kata sahaja melahirkan waja berfikiran jauh berwawasan tinggi suruh buat kerja mudah itu pun kena beri prosedur apa yang perlu dilakukan. Penat." Puan Adila menggeleng kepala.
Naura Safiyah hanya beriak seperti patung cendana. Tidak tahu mahu masuk celah yang mana satu. Silap masuk padah jadinya.
"Bukan cuti ke?"
Aish Fahri menghembus nafas berat melalui rahangnya. Matanya melirik Naura yang berada di dalam butik. Rasa bersalah kini memuncak tinggi.
"Kenapa aku?"
Bebelan di hujung talian sudah tidak memberi kesan terhadap dirinya. Tanpa membalas talian itu terus sahaja dimatikan. Daun pintu lut sinar itu ditolak dan menghampiri Naura serta-merta.
Naura melihat perubahan riak wajah Aish Fahri. Bingung juga dia melihat wajah kelat Aish Fahri yang terkadang dilihat.
"Awak kenapa?" soal Naura.
Aish Fahri memandang mata Naura dengan pandangan bersalah. Niatnya, hanya dirumah sahaja dia ceritakan hal yang terjadi. Tidak perlu hebahkan satu dunia konflik yang terjadi dalam rumah tangga. Biar bahagia mahupun derita itu disimpan sendiri sebagai kenangan dan pengajaran.
"Balik?" soal Aish Fahri.
"Dah nak balik?" soal Naura semula.
Aish Fahri mengangguk sebagai jawapan membuatkan Naura turut mengangguk meskipun dari raut wajah kelihatan sebaliknya.
"Ibu, minta diri dulu." Naura mula berbicara.
"Hayelah, hati-hati."
Suasana di dalam kereta menjadi sepi. Naura pula memilih diam kerana rasa penat yang menguasai diri. Tiada langsung gelagat lucu yang dipamerkan ketika ini membuatkan Aish Fahri berasa pelik dengan perubah sikap Naura.
"Kenapa?" soal Aish Fahri. Naura Safiyah mengangkat kening sahaja.
"Tak nak jawab?"
Naura Safiyah mendongak dagu memandang Aish Fahri dengan lebih dekat. Sambil tersenyum Naura tanya mengapa.
"Kenapa diam?"
"Penat." balas Naura bersandar semula di kerusinya.
"Hmm." Aish Fahri mengerling ke arah Naura seketika sebelum berhenti tepat di hadapan rumah mereka berdua.
Barang dapur segera diangkut masuk ke ruang dapur. Tanpa berlengah, Naura terus susun barangan dapur dengan membezakan barang basah dan barang kering. Mana yang patut diletakkan di ruang sejuk mahupun beku.
Aish Fahri menghalang pintu peti sejuk apabila Naura hendak menutupinya.
"Kenapa?" Naura menyengetkan kepala memandang Aish Fahri.
"Sebelum tu, sorry."
Naura Safiyah merenung mata suaminya dan tidak dapat mengetahui apa yang terkandung di hati Aish Fahri. Maklumlah, mata dan hati rasanya begitu jauh antara satu sama lain untuk dijangka ada apa dengan hati melalui mata. Hah!
"Tak faham. Cakaplah kenapa?" Naura cuba menutupi peti sejuk itu namun Aish Fahri pula yang datang mendekat.
"Sorry, esok aku kerja. Langkawi cancel." ujar Aish Fahri sambil menunduk.
"Oh." itu sahaja yang terkeluar dari bibir Naura. Dia cuba untuk memahami kerja Aish Fahri namun perkara ini turut menyakitkan hatinya, sedikit.
"Tak apalah!" Naura tersenyum ceria dan menunduk untuk mencari di mana mata redup milik suaminya.
Dagu Aish Fahri dinaikkan ke atas meskipun agak sukar kerana dikeraskan! Naura tersenyum tenang.
"Tak apa , saya faham. Lain kali ada kita boleh pergi kan?"
Aish Fahri memandang Naura dan hembusan nafas dari rahang kedengaran. Naura masih lagi tersenyum kerana tidak mahu Aish Fahri rasa bersalah.
"Sorry if you disappointed." bisik Aish Fahri.
Tali leher biru kehitaman berjalur putih itu diletakkan di atas katil bersebelahan kemeja kemeja biru laut. Naura meletakkan pakaian Aish Fahri tanpa sebarang kedut. Senyuman milik Naura tidak pernah mati membuatkan Aish Fahri terasa tenang.
"Pakaikan." ujar Aish Fahri dari belakang.
"Hey!" Naura terkejut menolak tubuh Aish Fahri yang begitu dekat dengannya. Terkejut punya fasal!
"Minta maaf! Minta maaf." Naura merapatkan tangan diwajahnya. Aish Fahri menggosok dadanya yang ditolak agak keras.
"Sakitkan? Sorry tak sengaja siapa suruh terkejutkan saya. Tak tahu ke buat orang terkejut boleh kena saman?" Naura menjeling geram.
Aish Fahri sekadar menunjukkan isyarat jari telunjuk pada bibir. Dadanya sahaja yang sakit ketika ini tidak mahu pula ditambah dengan telinga yang bernanah.
"Pakaikan." ulangnya.
Naura menggeleng kepala.
"Kemeja pakailah sendiri tak malu ke?" Naura segera lari dari situ. Dia sebenarnya yang malu melihat Aish Fahri sekadar memakai singlet hitam.
Aish Fahri tersenyum nipis.
Tali leher sengaja tidak mahu dipakai hanya dililit pada leher sahaja. Meja makan terus sahaja dituju dimana Naura sedang menghidangkan sarapan pagi.
"Hey." Aish Fahrj menunjukkan lehernya kepada Naura.
Naura menggembungkan pipi.
"Sengaja lahtu."
"What?"
"Meh saya buatkan ya? Tercekik tak tahu." Naura menarik tali leher itu.
"Tunduk sikit."
"Tak nak." Aish Fahri memandang hadapan dengan belagak.
Naura mengerutkan kening.
"Nak ke tak nak?"
"No."
Naura mengecilkan matanya ingat dia sorang marah kecilkan mata? Kita pun pandailah! Kecik besar kecik besar je tengok dia ni!
Naura menarik kerusi makan dan berlutut di atasnya. Kan sudah selesai masalah, jadi sama tinggi dengan mudah. Aish Fahri sibuk memandang wajah Naura yang leka membelit tali lehernya.
"Macam tak jadi je."
Shaz menahan langkah yang diambil oleh Aish Fahri sebelum rakannya itu menukar meja baru. Maklumlah, ada yang sudah naik pangkat. Beberapa hari lagi hendak graduasi tetapi Aish Fahri sudah dinaikkan pangkat kerana perjanjian untuk terus setia di syarikat ini.
"Style apa ni woi?" Shaz menolak tali leher Aish Fahri ketepi.
Aish Fahri mengecilkan matanya. Kedudukan tali leher tadi dibetulkan.
"Isteri aku buat." Aish Fahri mengerling tajam dan mengangkat kotaknya.
"Jangan marah Fah." Shaz terburu-buru memujuk. Itu adalah Aish Fahri menghargai hasil orang terlalu tinggi. Pelik pun pelik dia akan pakai sebagai tanda menghargai.
"Tak." Aish Fahri membalas setelah meletakkan kotak kerjanya di meja baharu yang lebih besar muatannya dan lebih sejuk. Peh! Aci!
Shaz memerhati kawasan sekeliling. Masyuk sungguh!
"Kau dah siap lukisan tu, boleh aku tengok?" Shas bertanya.
"Belum, sikit lagi. Rangka dah tapi cerita dalam binaan belum." Aish Fahri terus menarik kerusi.
"Hal tu kau kena betul-betul tenang dan bayangkan setiap pelosok kawasan. Itu aku tak mau kacau kau settle sendiri. Safety first memang paling utama. Nanti dah siap bagi aku kita kena cari kawasan pula." Shaz menggusap dagu.
"Aku rasa ini hadiah dari kau paling istimewa dan sweet. Sumpah Fah." Shaz tersenyum bangga.
Aish Fahri hanya diam dan menyembunyikan senyuman. Biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu.
"Tapi Fah, tanah mana nak cari?"
Aish Fahri menarik tangan Shaz.
"Aku dah jumpa." ujarnya.