Aku duduk berdekatan putri yang tidur dia atas sofa.
Aku duduk sambil melihat dia. Dia mempunyai wajah yang cantik,mata yang bundar dan badan yang kecil tetapi berisi
"Siapa 'DIA' yang putri maksudkan?" tanya hati khlisa yang seperti tertarik dengan kes yang bakal dikendalikan nanti
"Hai khalisa" tegur Kamal
"Ehh kamal kau buat apa kat sini?" soalku yang sedikit terkejut.
"Ouhh aku saja je datang sini sebab tengok kau alonely je kat sini"
"ouh hehe" kataku menggaru kepala yang tidak gatal
"so macam mana dengan mangsa tu? " katanya ingin menukar topik apabila suasana semakin sunyi.
"Mangsa masih trauma dan temu bual ditunda buat sementara" terangku
"kalau begitu kau boleh teman mangsa buat sementara sebab aku ada hal yang hendak disiasat"
Setelah keadaan putri stabil sepenuhnya. Aku menyuruh putri untuk mengingati apa yang sebenarnya berlaku. Sungguh aku berdebar-debar. Putri memulakan ceritanya.
"Kami (geng putri) merancang untuk membuat aktiviti di hutan itu" putri menunjuk hutan yang dimaksudkan
"Entah macam mana malam tu kami tersesat walhal kitorang dah tanda tempat-tempat yang telah kami lalui. Dan kami terasa seperti ada yang mengekori kami tapi kami abaikan perasaan tu dan teruskan perjalanan untuk mencari tempat yang sesuai mendirikan khemah" sambung putri
"Putri yakin yang kamu semua telah tanda jalan yang kamu lalui? "
"ya saya yakin kerana kami telah mengikat mati tali di setiap pokok-pokok itu" jawabnya bersungguh-sungguh
"Tu yang kami pelik kerana nak dikata haiwan yang buka ikatannya tidak mungkin melainkan haiwan itu ada akal seperti manusia" katanya lagi
"Putri kata kamu semua seperti dieekori, benarkah? " soalku
"Ya saya dapat rasakan melalui firasat saya,lagi pula kami semua turut merasai hal yang sama" katanya memandang anak mataku
"Kamu pernah nampak orang yang mengekori kamu semua? " soalku
"Sepanjang perjalanan kami tersesat di hutan itu kami tidak pernah melihatnya" katanya sambil menunduk
"Baiklah kamu boleh sambung semula cerita" kataku tersenyum
"Kami berjalan sehinggalah terjumpa satu rumah yang Agak usang semua rakanku ingin menginap di sana untuk malam itu tapi,tidak bagi saya sebab saya merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi sekiranya menginap di sana" sambungnya sambil menunduk atau menangis?
"Mereka semua memujuk saya untuk tinggal di situ buat sementara. Akhirnya saya mengalah kerana mereka sahabat saya" kata putri sambil minum air.
"Kami pun mula bertapak di rumah usang itu"
"Boleh kamu ceritakan keseluruhan cerita kamu semasa berada di rumah usang itu?"
"Boleh" jawabnya ringkas sambil tersenyum.
◇Flashback ◇
"Putri dan Amanda tolong cari kayu api, marina dan aku pasang khemah,Aminah dan Ayu masak okay? " kata Alia kepada sahabat-sahabatnya "baiklah" kata mereka pendek dan terus melakukan kerja-kerja mereka dengan segera
Putri POV
Aku berjalan di sekeliling rumah usang itu bersama Amanda
"weyh putri kau nampak? " kata Amanda "nampak apa? Kau jangan memacam kita kat hutan ni"kataku sedikit gugup "kau perasan tak kita macam diekori " kata Amanda berbisik
"aku pon rasa camtu, alah biasalah kita sekarang ni kan kat hutan mesti pelbagai andaian yang kau fikir" kata putri menenangkan sahabatnya dan dirinya
"kalau macam tu kau cari kayu kat sana sambil aku cari batu yang boleh dibuat api" kata Amanda "haa yelah²" kataku
Sedang tekun aku mencari kayu api tiba-tiba terdengar suara yang sayup-sayup memanggil namaku aku menoleh ke sebelah kanan dan ya aku nampak seorang wanita yang sedang menangis menutup wajahnya
Tanpa rasa apa-apa aku mendekati wanita itu. Apabila aku semakin hampir wanita itu mengangkat wajahnya dan aku terkaku kerana wanita itu tiada wajah.
Peluh mula membasahi badanku mulutku seperti terkunci dan juga kakiku seperti dipaku. Aku benar-benar benci suasana begini. Wanita itu semakin dekat denganku dan berbisik kepadaku
"Tinggalkan rumah itu dengan segera" katanya tegas "kenapa pulak kitorang mesti tinggalkan rumah itu? " kataku tanpa melihat wajahnya
"kalau tak kamu semua akan mati" kata wanita itu lagi. Aku terkejut dan mukaku pucat "mati? " soalku
"kalau kau berdegil kamu semua akan terima padahnya" katanya sambil menghilangkan diri.
◇End flashback ◇
"Jap dia mimpi wanita yang tiada wajah? Kenapa macam mimpi aku? " desis hati khalisa kerana dia pernah bermimpi wanita itu "siapakah dia? " kata hatinya
"Putri yakin dia tiada wajah? " soal khalisa meminta kepastian
"Ya saya yakin kerana dia jelas di hadapan saya" katanya bersungguh
"Apa yang terjadi selepas kamu berjumpa dengan wanita itu? "
"Dia terus hilang dan muncul kembali selepas..... " seperti berat untuk putri berkata dan dia menangis
Aku memujuknya dan biarkan dia berehat. Aku masih tertanya-tanya siapakah budak itu?
Adakah wanita yang sama muncul di dalam mimpi aku?
Ahh sungguh aku pening dengan cerita ini. Aku harap dapat merungkai misteri rumah usang dan budak perempuan itu.