[COMPLETED] Misi Memikat Beka...

By SuamikuKacakGila27

417K 41K 4.8K

"Park Hyera, dengar sini. Kita dah tak ada apa-apa. Hati saya dah tertutup untuk awak. Jangan sesekali awak c... More

💮 Prologue 💮
💮 Bab 1 💮
💮 Bab 2 💮
💮 Bab 3 💮
💮 Bab 4 💮
💮 Bab 5 💮
💮 Bab 6 💮
💮 Bab 7 💮
💮 Bab 8 💮
💮 Bab 9 💮
💮 Bab 10 💮
💮 Bab 11 💮
💮 Bab 12 💮
💮 Bab 13 💮
💮 Bab 14 💮
💮 Bab 15 💮
💮 Bab 16 💮
💮 Bab 17 💮
💮 Bab 18 💮
💮 Bab 19 💮
💮 Bab 20 💮
💮 Bab 21 💮
💮 Bab 22 💮
💮 Bab 23 💮
💮 Bab 24 💮
💮 Bab 25 💮
💮 Bab 26 💮
💮 Bab 27 💮
💮 Bab 28 💮
💮 Bab 29 💮
💮 Bab 30 💮
💮 Bab 31 💮
💮 Bab 32 💮
💮 Bab 33 💮
💮 Bab 34 💮
💮 Bab 35 💮
💮 Bab 36 💮
💮 Bab 37 💮
💮 Bab 38 💮
💮 Bab 39 💮
💮 Bab 40 💮
💮 Bab 41 💮
💮 Bab 42 💮
💮 Bab 43 💮
💮 Bab 44 💮
💮 Bab 45 💮
💮 Bab 46 💮
💮 Bab 47 💮
💮 Bab 48 💮
💮 Bab 49 💮
💮 Bab 50 💮
💮 Bab 51 💮
💮 Bab 52 💮
💮 Bab 54 💮
💮 Bab 55 💮
💮 Bab 56 💮
💮 Bab 57 💮
💮 Bab 58 💮
💮 Bab 59 💮
💮 Bab 60 💮
💮 Bab 61 💮
💮 Bab 62 💮
💮 Bab 63 💮
💮 Bab 64 💮
💮 Bab 65 💮

💮 Bab 53 💮

4.4K 547 185
By SuamikuKacakGila27

Hanbyul menyapu lembut wajah Hana dengan losyen. Sesekali bayinya itu merengek-rengek kecil tanda dia suka dengan sentuhan ibunya. Hanbyul senyum.

"Comel anak mama..." bisik Hanbyul lembut. Dia menutup botol losyen dan bangun.

"Sayang, mama nak ke dapur sekejap ambil susu. Jangan nangis tau." Sempat pipi Hana dikucup sebelum dia bangkit dari duduk dan bergerak ke dapur. Peti ais di buka dan mencapai susu badan. Kemudian dia mengambil mangkuk dan mengisinya dengan air panas. Botol susu tersebut dimasukkan ke dalam untuk memanaskan susu badannya.

Hanbyul leka. Lebih kurang 8 minit, Hanbyul angkat semula botol susu tersebut dan mencapai kain tuala kecil. Kakinya bergerak ke ruang tamu. Sampai sahaja di ruang tamu, kaki Hanbyul terus terasa lemah. Menggigil kepala lututnya. Susu yang berada di tangan jatuh terlepas di atas lantai.

"Hana?! Hana?!"

Hana tiada di tempat tidurnya. Kosong. Memang kosong.

"Hana! Sayang!" Menggelabah Hanbyul mencari anaknya. Dia melihat pintu rumah. Tertutup rapat. Kemudian dia melihat tingkap.

Regang.

"Hana anak mama!" Berjurai air matanya jatuh. Pantas dengan kudrat yang bersisa, Hanbyul memulas pintu rumah dan keluar. Walau apa pun yang terjadi, dia perlu mendapatkan Hana semula.

Lemah jantung Hanbyul apabila terlihat ada sebuah kereta hitam baru bergerak dari depan rumahnya.

"Hana! Hana jangan tinggal mama, sayang! Hana!" Terduduk Hanbyul di atas lantai garaj kereta. Sungguh, kaki sudah tidak berdaya hendak bergerak. Baru semalam dia trauma dengan kejadian Ella masuk ke dalam rumahnya dan mengusik Hana. Kali ini Ella betul-betul buat. Betul-betul ambil Hana.

Minda Hanbyul sudah memikirkan banyak perkara. Sangat banyak.

Macam mana kalau Hana menangis?

Macam mana kalau Hanbyul cederakan Hana?

Macam mana kalau...

"Sayang?"

Hanbyul baru tersedar, ada susuk tubuh seseorang berdiri di hadapannya. Hanbyul mendongak dan sekali lagi air matanya jatuh. Teresak dia.

"Eh kenapa ni? Kenapa duduk kat luar?" Jantung Chanyeol berdegup kencang sebelum dia memeluk tubuh si isteri. Hanbyul hanya menangis. Belakang tubuh Hanbyul diusap sambil mencium perlahan ubun-ubunnya.

"Hanbyul, kenapa ni? Hana mana? Kenapa duduk dekat luar?" Soalan kedua Chanyeol mendesak air mata Hanbyul. Dia memeluk erat leher Chanyeol sehingga lelaki itu mula menjangkakan sesuatu. Terus penumbuk digenggam erat.

"Ella.. Ella culik Hana, Chanyeol." Kan betul. Chanyeol terus meleraikan pelukan Hanbyul. Tubuh Hanbyul diangkat dan terus di bawa masuk ke dalam keretanya yang dipakirkan di luar pagar rumah. Melihat isterinya tidak bermaya seperti itu, semakin hatinya panas.

Pantas tangan menyeluk poket dan telefon dikeluarkan. Niat di hati hendak menelefon polis, tetapi ada mesej lain masuk. Dari nombor peribadi.

Nak anak kau? Suruh isteri kau pujuk Sehun untuk kahwin dengan aku. Atau anak kau akan mati. Pergi ke sini [Lokasi]. Tepat 12 tengah hari, kau mesti ada. Jangan lewat walau sesaat dan jangan awal walau sesaat. Bila-bila masa aku boleh campakkkan anak kau dalam laut. Tak pun, cekik sampai lemas. Bayi kan.. cepat je mati. Dan ingat, kalau sampai aku nampak polis kat sini, aku tak teragak-agak untuk bunuh anak kau depan mata kau sendiri. So.. fikirkanlah. I love you.

"Shit. Damn." Mencarut Chanyeol dibuatnya. Hanbyul menoleh. Meminta Chanyeol cerita.

"Kenapa, bi?"

Chanyeol tersedar. Dia memandang Hanbyul. Kemudian dia menggeleng.

"Tak ada apa-apa. Jom, kita pergi."

"Awak rasa Hana okey ke?" Tangan Chanyeol digenggam erat. Chanyeol menarik nafas panjang dan kemudian dia menganggukkan kepalanya. Cuba untuk yakinkan si isteri walaupun dia takut untuk berjanji.

*****

"Tu Ella. Eh, dia bawa baby?" Teguran Na Jung membuatkan Hyera mengangkat kepalanya memandang ke kawasan pantai. Kedudukannya dan majlis tidak jauh. Hanya 20 meter sahaja tetapi cukup untuk Hyera mengecam bayi ada di dukungan Ella.

"Jung, tu Ella kan?"

Na Jung angguk. Hyera mula tak sedap hati.

"Kenapa dia bawa... Hana?"

"Hana? Maksud kau.. anak Chanyeol?"

Tanpa mempedulikan pertanyaan Na Jung, pantas Hyera berlari ke tempat kediaman. Pintu bilik ditolak kasar dan Sehun dicari.

"Sehun! Sehun!"

"Ya?"

"Sehun, Ella dah sampai!" Hyera menarik tangan Sehun. Nafasnya tersekat-sekat. Cemas. Sehun mengerutkan dahi. Hairan.

"Hei, sayang why? Kenapa ni? Relaks. Jangan gabra. Bukan awak yang nak kahwin." Tertawa halus Sehun dibuatnya sambil mengusap belakang tubuh Hyera. Cuba untuk menenangkan hati si isteri yang cemas tak tentu pasal.

Hyera menggeleng laju. Menafikan hal itu.

"Saya nampak... Ella dukung bayi. Bayi tu Hana, Sehun! Ella dah culik Hana!"

"What?!"

Dang! Dang! Dang!

Berdentum-dentum pintu bilik Sehun dan Hyera diketuk dari luar. Kepala Sehun dan Hyera sama-sama tertoleh ke pintu sebelum memandang antara satu sama lain.

Apa lagi yang akan terjadi ni?

*****

"Wow! Wow! Wow! My hero is coming!" Jeritan Ella memenuhi suasana majlis perkahwinan ini. Ella berdiri di atas pentas perkahwinan sambil mendukung Hana. Sementara paderi dan jurukahwin menanti untuk menjalankan tugas mereka. Tetamu? Tiada. Berpuluh kerusi jemputan disediakan tetapi tiada satu pun tetamu. Inilah permainan Ella.

Hyera, Sehun, Chanyeol dan Hanbyul sama-sama berdiri di hadapan Ella setelah berjalan jauh dari bilik kediaman Hyera dan Sehun tadi. Bagaikan seorang hamba menanti arahan dari ratu.

"Apa yang kau nak sebenarnya?" Mendatar soalan Sehun. Ella tersenyum sumbing. Dia mengusap belakang tubuh Hana lembut. Tiada tangisan dari bayi itu.

"I nak you, sayang. I nak you." Ujar Ella. Berdesing telinga Hyera. Kuat hatinya mengatakan bakal ada sesuatu perkara buruk akan terjadi!

"Aku tak nak kau. Aku dah ada isteri aku." Bahu Hyera ditarik sehingga tubuh mereka merapat. Ella terus hilang senyuman. Matanya membulat melihat kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh Sehun itu.

"Lepaskan tangan you! You tak boleh sentuh dia! I je yang layak! I je!" Kuat suara Ella. Jantung Hyera mula berdegup kencang. Dia buntu.

"Dia isteri aku. Kau siapa?" Sehun masih dengan keras kepalanya. Tetapi apabila melihat Ella tiba-tiba mengubah cara dukungan Hana dengan keadaan yang cukup cuai, terlepas tangan Sehun dari bahu Hyera.

"You jauhkan diri dari perempuan tu sekarang! You jauhkan diri! Kalau tak I jatuhkan budak ni."

"Ella!" Menjerit Hanbyul dan Chanyeol serentak. Sehun dan Hyera hilang arah. Mereka berpandangan. Masa berlalu.

"I kira sampai 3. Sehun, you berdiri sebelah I sekarang." Arah Ella. Kepala Hyera tergeleng perlahan. Tangan Sehun digenggam erat. Perlu ke dia menghadapi situasi ini sekali lagi?

"One..."

"Sayang, walau apa pun terjadi, kita tak akan berpisah." Sehun berbisik lembut pada telinga Hyera. Hyera ketap bibir. Matanya memandang Hanbyul yang jelas sudah lemah melihat anaknya menjadi pertaruhan dalam hal ini. Chanyeol pula berbelah bahagi. Dan dia bersalah kerana melibatkan Sehun dalam masalahnya dulu.

"Two!"

"Sehun.. pergilah. Saya percayakan awak." Seakan sudah tahu apa yang bakal berlaku, Hyera melepaskan tangan Sehun. Perlahan-lahan bahu Sehun ditolak.

"Sayang..."

Hyera menggeleng. Dia sudah reda. Kalau inilah mampu meredakan keadaan, dia sanggup. Tidak sampai hati dia hendak melihat Hana diseksa. Bayi itu suci lagi. Tidak tahu apa-apa lagi.

"Thr..."

"Okey. Aku pergi." Sehun terus melangkah ke arah Ella. Maka, lebar senyuman Ella. Sangat lebar. Tangan Sehun terus dipaut erat sementara sebelah tangannya masih mendukung Hana.

"Akhirnya.. you kalah juga dengan I." Ella merenung manja ke arah Sehun. Sehun kaku. Matanya terpaku ke arah Hyera. Hyera memandang dada laut. Tidak sanggup melihat kemesraan itu di hadapan matanya.

"Hanbyul, Chanyeol, I akan serahkan anak you bila I dengan Sehun sah berkahwin. Hyera, you pula, kena sign surat ni. Surat keizinan untuk Sehun kahwin kali kedua."

Terus dunia Hyera menjadi gelap-gelita. Menggigil terasa tubuhnya sebelum Hanbyul mendekati dan memeluk tubuh wanita itu. Air mata mereka sama-sama bertakung.

"Kalau you tak nak sign, bukan Hana je, tapi dengan Sehun sekali I akan lenyapkan dari dunia you. You takkan jumpa sampai bila-bila. You nak?" Soal Ella. Hyera tiada jawapan. Hanya mata yang menikam anak mata Sehun. Sehun mendalami anak mata Hyera. Tepat ke dasar hatinya.

Hyera menolak tangan Hanbyul dari tubuhnya dengan lembut. Kemudian dia menapak ke arah Sehun dan Hanbyul dengan wajah yang tiada riak.

"Mana surat tu?"

"Sayang..." Sehun cuba untuk bersuara lebih tetapi apabila melihat Ella menoleh garang, dia senyap. Ella mencapai surat kebenaran dari atas meja dan dihulurkan kepada Hyera. Pen turut disediakan.

Hyera ambil dan terus tanda tangan tanpa membaca isi kandungan. Tersenyum bahagia Ella.

"Dengan keizinan you, maka segala syarat yang I dah letak dekat surat tu you kena patuhi." Kata Ella. Mata Hyera automatik jatuh kepada dua syarat tersebut. Satu per satu syarat dibaca sebelum air matanya jatuh. Tidak sangka... permainan Ella sangat hebat.

Sehun panasaran. Dia merampas surat tersebut dan membacanya.

1. Sehun tak boleh berjumpa atau berhubung dengan Hyera sepanjang perkahwinan bersama Ella.

2. Sehun juga dilarang untuk menyentuh, mencium, atau memeluk Hyera.

"Kalau you all langgar syarat tu, I tak teragak-agak untuk buat sesuatu yang pasti.. buat you menyesal seumur hidup." Kata Ella lagi. Sehun menggenggam surat tersebut. Ronyok.

"Kau akan menyesal sebab kahwin dengan aku." Kata Sehun. Merah matanya menahan amarah. Merah padam wajahnya. Betul-betul naik suhu badan Sehun.

"I tak akan menyesal. Sebab I dah berjaya buat orang-orang yang I sayang ni, jadi bodoh." Hidung Sehun dicuit.

"Dah, jom kita kahwin."

Hyera masih tetap teguh di hadapan pasangan ini. Sehun dan Ella memusingkan tubuhnya menghadap paderi. Air mata Hyera jatuh tanpa henti. Tidak sangka langsung, perkara ini akan berlaku.

Setelah 5 minit berlalu, tiba-tiba Hyera menangkap ayat keluar dari mulut paderi.

"You may kiss your bride now."

'Sehun... saya percayakan awak. Saya percayakan awak, Sehun. Tolong jaga kepercayaan saya sebaiknya. Saya cintakan awak.'

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 95.9K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
1.1M 70.6K 35
𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑫𝒓𝒚𝒂𝒏 ~ 𝑨𝒚𝒂𝒏𝒂 𝑫𝒂𝒉𝒍𝒊𝒂 " Watch your eyes dude. " Adam Dryan Adam Dryan . Dingin . Garang . Aura yang ada pada dirinya...