unwanted love • k.th [C]

By beaujoyce

135K 10.5K 808

• pertemuan yang tak disangka dan timbul perasaan yang tidak sepatutnya dirasai antara dua pihak • • taehyung... More

1;
2;
3;
4;
5;
6;
7;
8;
9;
11;
12;
13;
14;
15;
16;
17;
18;
19;
20;
21;
22;
23;
24;
25;
26;
27;
28;
29;
30;
31;
32;
33;
34;
35;
36;
37;
38;
39;
40;
41;
42;
43;
44;
45;
46;
author's note;
some good news! (lol i think?)

10;

3.3K 293 5
By beaujoyce

"Aku tak nak ketuklah!". Encik Kim berdegil untuk mengetuk pintu rumah ibu dan bapanya. Aku menarik lengannya dengan kuat.

"Awak jangan degil boleh tak? Kita dah penat-penat ke sini lepastu nak blah macam tu je ke?". Bebelku.

"Aku boss kau, pahal nak buat arahan sendiri hah? Dah jom balik!". Katanya.

"Kalau awak tak nak ketuk pintu rumah ni, biar saya yang buat!". Kataku.

Encik Kim memandangku dengan mata yang terbeliak, "Yah! Jangan--"

Tangan kananku mengetuk pintu itu.




Tok tok tok

"Annyeonghaseyo~". Kataku.




Encik Kim menepuk dahinya dengan keluhan yang kuat, "Aish!".

"Matilah aku". Kata Encik Kim di dalam hatinya.

Selepas beberapa minit, pintu itu dibuka secara perlahan dan menunjukkan seorang perempuan yang berumur agak-agak 20 lebih dan wajahnya seiras dengan Encik Kim.

"Aku rasa ni mesti kakak dia.."

"Annyeonghaseyo~". Kataku dengan menundukkan tubuhku sebanyak 90°.

Perempuan itu senyum pelat pada aku kemudian pandangannya mengalih pada Encik Kim.

"Kenapa kau datang kat sini lagi? Tak serik lagi ke kau nak susahkan omma dan appa? Baliklah kau.. aku tak nak tengok omma dan appa bersedih lagi sebab kau". Kata kakaknya tetapi dia tidak meninggikan suaranya. Mungkin dia cuba bersikap lembut depan aku.

"Taeyoon nuna~ s-saya nak minta maaf pada kamu semua.." Kata Encik Kim.

"Sudahlah Taehyung.. perempuan mana pula kau bawak ni hah? Tak cukup lagi ke perempuan yang kau dating selama ni? Lelaki jenis apa kau ni?". Kata kakaknya dengan memberi jelingan pada Encik Kim.

Encik Kim hanya menundukkan kepalanya dan diam.

"A-Aniyo! Saya bukan teman wanita Encik Kim. Saya adalah pembantu rumahnya.. sebenarnya saya nak bawa dia kat sini. Cik Kim, dia kata yang dia rasa bersalah selama ni kerana dia abaikan keluarganya.. dia nak minta maaf. Dia cuma takut kerana bimbang dihalau lagi dan dibenci oleh omma dan appa dia. Saya cuma berharap kalian boleh berbincang dengan baik di dalam rumah?". Kataku dengan senyuman manis.

"Betulkah Taehyung?". Soal kakaknya pada Encik Kim.

Encik Kim mendongak kepalanya untuk melihat wajah kakaknya. Kemudian, dia menangis dan berlutut lalu memeluk kaki kakaknya. "Nuna.. s-saya minta maaf sebab abaikan kamu semua selama ni. Saya tahu saya salah.. saya dah menyesal! Saya sayangkan korang dan rindu korang. Tolong maafkan saya? Saya nak jumpa omma dan appa.." Kata Encik Kim dengan menangis teresak-esak.

"Pertama kali aku tengok Encik Kim menangis seperti ni.."

Kakaknya juga menangis, "Taehyung-ah.. bangun.. janganlah macam ni". Kata kakaknya.

"Andwae! Saya nak nuna maafkan saya dulu!". Katanya.

"Yelah.. s-saya dah maafkan awak. Tolonglah bangun~". Katanya.

Encik Kim perlahan-lahan bangun dan dia segera memeluk kakaknya dengan erat. Mereka saling berpelukan sambil menangis.

Aku menahan rasa sedih dalam hati dan berasa terharu kerana melihat mereka sudah berbaik. Tapi, Encik Kim masih belum berbaik dengan kedua orang tuanya.

Kakaknya melepaskan pelukan dan memegang wajah Encik Kim, "Dah lama saya tak peluk awak macam ni.. rindu nak bergurau dengan awak. Hm.. kamu berdua masuk ke dalam dulu ya? Nanti peminat nampak awak kat sini susah kita nanti". Katanya dengan senyuman dan lap air mata Encik Kim.

"Arasseo". Kata Encik Kim dengan senyuman.

Encik Kim memandangku, "Jemputlah masuk.." Katanya. Kakak memegang tanganku.

"Ah.. ne". Kataku dengan segan.

Kami masuk ke dalam rumahnya. Rumah ini juga boleh tahan besar.

"Tak perlu segan~ awak dah banyak membantu adik saya. Siapa nama kamu?". Soal kakaknya pada aku.

"Nama saya Kang Seolmin. Panggil je saya Seolmin". Kataku dengan senyuman manis.

"Betulkah awak ni pembantu rumah? Awak nampak macam masih muda dan cantik. Saya sangka awak adalah girlfriend Taehyung". Katanya.

"Saya ada beberapa masalah peribadi. Saya terjumpa dengan Encik Kim di tempat dan masa yang tak disangka. Dia ambil saya jadi pembantu rumahnya. Lagipun, Encik Kim dia sangat sibuk dan tidak sempat untuk menguruskan rumahnya sendiri jadi sebab tu saya sanggup bekerja dengannya". Kataku.

Kakaknya memandang Encik Kim dengan jelingan, "Aish.. dia ni memang pemalas dari dulu. Kemas rumah pun nak suruh orang". Kakaknya perli Encik Kim.

"Saya memang sibuklah nuna.. sebab tu saya ambil dia untuk bekerja". Kata Encik Kim.

"Hah, yelah tu". Kata kakaknya.

"Saya ada bawa makanan untuk kamu semua!". Kataku dengan menghulurkan seplastik mengandungi bekal makanan yang agak banyak.

"Oh, yakah? Kamsahabnida. Nanti kita makan bersama ya?". Katanya.

Aku senyum dan menganggukkan kepala.

"Mana omma dan appa? Suami nuna dan anak nuna kat mana?". Soal Encik Kim.

"Omma dan appa ada kat atas. Mereka tak tahu yang kamu ada kat sini. Suami nuna macam biasalah pergi kerja dan anak nuna sekarang kat sekolah". Katanya.

"Oh~". Jawabnya ringkas.

"Kamu nak jumpa omma dan appa?". Kata kakaknya.

"Jangan.. s-saya rasa mereka masih bencikan saya--"

"Tak apa, biar saya yang naik atas untuk pujuk mereka". Katanya.

"Tapi?--"

"Tak apa. Biar saya yang uruskan. Kamu naik atas bersama dengan saya dan tunggu di luar sekejap ok?. Seolmin, awak tunggu kat sini dulu ya?". Katanya.

"Ne~". Jawabku.

Mereka berdua naik ke atas dan berjalan menuju ke tempat yang mereka tujui.





---

Di dalam kereta

Kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Encik Kim memandu keretanya dengan cermat.

Kami tidak bersuara langsung dan aku hanya memandang ke luar tingkap sambil menikmati pemandangan yang cantik.

"Terima kasih". Encik Kim tiba-tiba bersuara.

"Terima kasih sebab apa?". Soalku dengan hairan dan memandang wajahnya.

"Kau dah tolong aku untuk betulkan balik hubungan keluarga aku. Sekarang, omma dan appa aku dah maafkan aku. Kalau kau tak tolong aku mesti perkara ni takkan terjadi. Aku tak tahu macam nak balas balik". Katanya.

"Tak apa, saya tak mengharapkan balasan pun. Saya cuma nak Encik bahagia semula. Saya rasa senang bila tengok keluarga Encik berbaik semula seperti dulu". Kataku.

Encik Kim hanya senyum.

"Aku nak bawa kau kat sesuatu tempat yang confirm kau suka". Katanya Encik.

"Kat mana tu?". Kataku.

"Adalah~ mana boleh bagitahu". Katanya dengan nada gurau.

"Ish, tu pun nak berahsia". Kataku dengan memuncungkan bibir.

"Kalau aku bagitahu, nanti bukan suprise lah namanya". Katanya.

"Hm.. arasseo". Kataku.



Selepas beberapa minit, kami telah tiba di sebuah tempat yang sangat cantik. Sebelum keluar, Encik Kim parkir keretanya dengan cermat di tepi jalan terlebih dahulu agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas.

Encik Kim mematikan enjin keretanya dan kami keluar dari kereta ini. Kami berjalan bersama-sama menuju ke tempat itu.

"Wah~ cantiknya!". Kataku dengan perasaan kagum dan jakun. Aku memusingkan badanku sebanyak 360° untuk melihat setiap sudut keindahan di taman ini.

"Cantik kan?". Katanya.

"Cantik sangat-sangat!". Kataku sambil melompat kegembiraan.

Encik Kim ketawa melihat gelagatku.

"Comel dia ni". Kata Encik Kim di dalam hatinya.




"Sinilah tempat aku first time shooting dengan Maddie. Masa tu.. Maddie nampak cantik sangat dengan gaun warna merah". Katanya.

Aku hanya mampu senyum, "Maddie memang cantik orangnya~". Kataku dengan senyuman.

"Tapi, tujuan aku bawa kau kat sini bukan sebab Maddie tapi aku nak bawa kau tengok keindahan taman ni". Katanya.

Aku senyum, "Encik dah banyak kali ke pergi sini?". Soalku.

"Ya~". Katanya.

"Untunglah~ saya tak pernah pergi ke tempat ni lagi. Tapi, Encik bawa saya ke sini pun dah cukup buat saya rasa gembira!. Taman ni terlalu cantik". Kataku.

Kami berdua berjalan-jalan sambil mencuci mata dengan melihat pokok-pokok cantik ini. Encik Kim asyik memandang aku kerana dari tadi aku memegang bunga. Dia ketawa kecil.

"Saya dah lama tak tengok bunga-bunga ni.. kali terakhir saya tengok masa zaman remaja saya. Sekarang, baru saya dapat melihat balik semua ni". Kataku.

"Aigoo~ kasihannya kau. Banyak ketinggalan kau ni". Katanya.

"Haha tak perlu kasihan pada saya.. saya memang dilarang keluar pada masa tu. Tapi, sekarang saya dah dapat tengok semula pokok-pokok bunga ni. Saya rasa seronok sangat~ Terima kasih Encik!". Kataku.

Encik Kim ketawa, "Sama-sama". Jawabnya.





Kami meluangkan masa hampir beberapa minit di sini. Encik Kim hanya mampu mengikuti aku dari belakang.

Encik Kim sempat mengambil telefon dari poket seluar jeannya dan cuba menangkap gambar aku yang sedang melihat bunga-bunga ini.

"Cantik~". Katanya dalam diam.

Aku menolehkan badanku dan ternampak tindakan Encik Kim dan berasa agak hairan. "Encik buat apa tu?". Soalku.

Encik Kim terperanjat dan segera menyimpan semula telefonnya ke dalam poket seluarnya. "Huh? Tak ada apa-apa~". Katanya.

"Encik ambil gambar saya eh?". Kataku dengan senyuman sinis.

"Siapa nak ambil gambar kau?". Kata Encik Kim dengan nada gurau dengan memberi jelingan pada aku dan cuba mengelak dari aku. Dia berjalan meninggalkan aku di situ.

Aku berlari mengejarnya, "Encik! Tunggulah saya~".

Encik Kim senyum sendirian.








+

Update again!

😍❤

Continue Reading

You'll Also Like

33.6K 845 22
Phuwin yang jatuh hati kepada abang seniornya iaitu Pond Naravit yang dikenali sebagai ketua tim basketball Happy reading! HOMOPHOBIC DNI (n.) slow...
105K 8K 66
daripada pengasuh sampailah jadi isteri... Status: COMPLETE Start: 24 Oct 2018 End: 5 Oct 2020 hambar ? ofcourse
82.7K 4K 43
Leftenan Hud Azim × Bunga Sofea --- Blurb coming soon...
14.2K 857 15
Seorang serigala jadian...seorang lagi manusia...agknya diorang boleh ke tak stay together? ....