Bunga ros putih yang digenggam sejak tadi, aku letakkan di atas kubur appa dan omma yang hanya bersebelahan.
Batu nisan yang terukir nama meereka,aku usap pelan. Rindunya aku pada mereka hanya Tuhan saja yang tahu.
"...Kook akan balas segala perbuatan mereka. Itu janji Kook."
Aku tersenyum nipis.
"Omma...appa...kebelakangan ni kan,ada sorang perempuan selalu kacau life kook. Dia selalu muncul tanpa diundang. Ta-tapi dia baik....kot."
Perkataan 'baik' aku perlahan kan. Dah kenapa aku nak puji perempuan tu pula sekarang ni?
"Omma appa....Kenapa dia selalu buat Kook keliru dengan setiap bicara dia? Setiap ayat yang dia lontarkan seperti ada makna disebaliknya. Kook pelik dengan dia."
Aku menjuihkan bibir lalu berdiri. Kedua dua tangan dimasukkan ke dalam poket hoodie. "Takpe lah. Maybe dia stranger yang baik. Anyeong omma appa. Ada masa Kook lawat lagi."
Seusai itu,perlahan lahan aku menapak ingin pergi.
Tak sampai beberapa langkah,aku berhenti. Mata aku mula menangkap satu susuk tubuh yang amat aku kenali sedang duduk di bawah sepohon pokok di tengah tengah kawasan perkuburan ini.
Nampak seperti dia sedang merenung sebuah kubur di hadapannya.
"...tak salah kan aku nak tegur?"
Kaki berjalan ke arahnya .
"Song Ji Hyo?"
Dia tersentak dengan teguran tiba tiba aku lalu terus mendongak memandang aku disisinya. "Ju-Jungkook?"
Terus sahaja dia berdiri.
"Kau buat apa disini? "
"Nama pun perkuburan,mestilah lawat kubur . Awak pun datang sini lawat kubur juga ?"
Aku mengangguk sekilas."kubur omma appa aku. Kau? Lawat siapa punya?"
Dia terdiam lalu merenung sayu ke arah satu batu yang agak lusuh yang terpacak tak jauh dari situ.
"Kubur siapa tu?"
dia tersenyum.
"Seorang penjual bunga yang mati 9 tahun lalu."
"Huh? Dia siapa bagi kau? Kawan? Kakak? Adik? Dan siapa nama dia?"
"Dia adalah saya dan saya adalah dia."
"Apa yang kau cakap ni? Ak-aku tak faham."
Kenapa aku rasa....macam gadis ini sedikit sebanyak agak ser—seram?
Dia hanya tersenyum lalu menjungkitkan kedua bahunya."tak payah faham lah. Saya pergi dulu nae? Ada masa,kita jumpa lagi! Anyeong!"
Usai berkata,dia terus pergi.
"Seorang penjual bunga?" Pandangan aku mula jatuh pada kubur yang Ji Hyo lawati tadi. Aku menunduk sedikit bagi melihat nama yang terukir di batu nisan itu.
"Cheong Seong Im?"
Kenapa nama ni macam—familiar?
Macam aku pernah dengar...tapi dekat mana.....?
++++++++++++++++