The Virtuoso

By reonaldelle

381K 32.3K 5.5K

[ S L O W U P D A T E ] Eblees. Satu nama yang tidak asing di kalangan pelajar-pelajar sekolah private Vir... More

◾ 01 ◾
◾ 02 ◾
◾ 03 ◾
◾ 04 ◾
◾ 05 ◾
◾ 06 ◾
◾ 07 ◾
◾ 08 ◾
◾ 09 ◾
◾ 10 ◾
◾ 11 ◾
✖ 12 ✖
▪ 12 ▪
▪ 13 ▪
▪ 14 ▪
▪ 15 ▪
▪ 16 ▪
▪ 17 ▪
▪ 18 ▪
✖ 19 ✖
▪ 19 ▪
✖ 20 ✖
▪ 20 ▪
✖ 21 ✖
▪ 21 ▪
▪ 22 ▪
▪ 23 ▪
◾ 24 ◾
◾ 25 ◾
◾ 26 ◾
▪ 27 ▪
▪ 28 ▪
▪ 29 ▪
▪ 30 ▪
✖ 30 ✖
✖ 31 ✖
▪ 31 ▪
▪ 33 ▪
RIP REO
SPECIAL CHAP I
SPECIAL CHAPTER II
SORRY
SPECIAL CHAPTER III
▪ 34 ▪
▪ 35 ▪
▪ 36 ▪
▪ 37 ▪
▪ 38 ▪
▪ 39 ▪
▪ 40 ▪
▪ 41 ▪
▪ 42 ▪
▪ 43 ▪
▪ 44 ▪
Break
▪ 45 ▪
▪ 46 ▪
▪ 47 ▪
▪ 48 ▪
▪ 49 ▪
▪ 50 ▪
Ques°And°Ans
▪ 51 ▪

▪ 32 ▪

5.4K 537 181
By reonaldelle

    The Eblees P.O.V - Arjuna

               Minggu exam. Hari ni bermula la exam percubaan pertama. Sekolah aku ni ada tiga kali percubaan sebelum hadapi SPM yang sebenar. Motif? Untuk elakkan berlakunya kejutan SPM. Ceh!

             Budak lain mungkin sekarang ni tengah struggle habis-habisan untuk cedok balik ilmu yang selama ni diorang biarkan mengalir begitu sahaja. Bila nak exam, baru sibuk nak kutip balik. Apa tujuan sebenar kau belajar ni?

             Namun, tidak pada aku and the geng. Alah, aku dah pandai. Nak baca buku lagi buat apa. Adam mungkin la. Dia paling lembab antara kami.

              "Juna, boleh tolong tak?"

             "Apa?"

             "Nak kasih sayang kau. Muka kau cute sangat. Aku geram."

            Ajwad menyondol-nyondol bahunya pada bahu aku. Aku mengecilkan mata. Tahan, Juna. Budak lagi tu.

          "Adam tak bagi kasih-sayang dekat kau ke?"

          "Adam tak cute. Kau cute. Boleh tak, Abang Juna? Ajwad rindu."

          Jarinya naik berlari-lari di sekitar dada kiri aku. Brengsek ini budak. Pantas aku tekapkan ketiak aku dekat muka Ajwad. Cantik sangat aku pakai baju lengan pendek dan aku selak lagi ke atas sehingga mendedahkan ketiak aku.

           "Weh, hanat la. Kau tak shave. Bodoh! Busuk. Bulu ketiak keriting."

           Aku ketap bibir. Ajwad menolak kuat lengan aku dan berlari ke bilik air. Aku mengendap ketiak sendiri. Ceh, tak keriting pun. Lurus saja package dengan warna perang lagi. Tak salah kan sapu pomade dekat ketiak. Bulu ketiak pun nak bergaya jugak.

             Aku bergerak ke bilik air dan pantas mengunci pintu bilik air dari luar. Biar mati kering budak tu. Kritik ketiak aku sangat.

          "Weh, Dam. Aku gerak dulu la. Lambat-lambat nanti bising lak bini aku kat rumah."

          "Okay. Kirim salam dekat bini kau."

          Kami melagakan buku lima sebelum merapatkan bahu sendiri. Kunci motor aku capai dan melangkah keluar dari bilik Eblees.

           "Woii!! Setan mana kunci aku ni? Arjuna, aku dapat kau, aku cium kau puas-puas. Tak guna."

            Aku buat pekak dan beredar dari situ.

               🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

           Keesokkan hatinya, aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan malasnya. Ada ke lelaki yang rajin datang sekolah? Geng ulat buku mungkin la bersemangat. Tapi tak bagi aku.

            Sebatang pen hitam, pen biru dan sebatang mechanical pencil hitam Pilot aku keluarkan dari poket seluar. Beg sekolah? Minggu exam, kan? Ingat aku macam budak perempuan ke yang usung beg sekolah padahal dalam beg hanya ada pencil case dengan bedak je?

            8:00 pagi dan peperiksaan Sejarah kertas 2 bermula. Dalam banyak kertas, kertas 2 paling aku anti. Bukan sebab susah ke apa. Tapi sebab jari aku bakal kecut lepas jawab soalan essay.

            Soalan pertama aku belek. Apakah punca Limbong menentang penjajah British? Kacang!

          30 saat untuk aku jawab soalan pertama. Soalan ke dua, apakah tindakkan Limbong dalam menentang penjajah Barat? Pulut!

            Beralih pula ke bahagian B iaitu bahagian essay. Jawab tiga soalan sahaja. Ah, aku nak jawab empat soalan.

            Soalan pertama. Bagaimanakah cara perlantikkan Khalifah Umar Al Khattab? Enam markah. Banyak betul markah. Ini aku malas nak jawab ni. Tiga baris aku tulis jawapan. Siap. Ringkas dan padat. Tulis berbaris-baris tapi tak ada point, tak guna jugak. Membazir dakwat pen je.

             Soalan kedua, bagaimanakah berlakunya kemunculan Zaman Gelap? Empat markah. Fuh, nasib sikit je markah. Dua baris dan selesai.

            Malas dah nak jawab, aku tutup pen dan tutup mata. Ada lagi sejam tapi aku dah hampir siap. Tinggal lagi empat soalan. Tidur dulu.

             Aku terjaga semula selepas terdengar pemadam orang sebelah jatuh ke lantai. Kuat betul bunyi. Jam aku pandang. Ada lagi 30 minit sebelum pukul 10:30 pagi.

            Kertas jawapan aku pandang. Empat soalan lagi. Ah, aku tak tahu nak letak jawapan apa ni. Empat soalan kbat dengan enam markah.

            Apakah usaha yang patut anda lakukan untuk memupuk semangat nasionalisme dalam diri rakyat?

           Ah, ada masa pulak aku nak pupuk semangat nasionalisme dekat orang. Ah, tinggal aje la. Enam darab empat baru dua puluh empat markah. Tak cacatkan markah pun.

             "Ehemm.."

             Faiq yang duduk di sebelah aku batuk kuat. Macam sengaja je cara batuk dia ni. Aku  pandangnya. Dia sedang tersengih dan menunjukkan kertas soalan yang masih kosong.

            Aku mengangkat kertas jawapan, pura-pura mencari pembari di atas meja. Sejak bila pulak la aku ada pembaris. Tolong member punya pasal. Lautan nanah sanggup ku redah.

               🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

              Habis kertas satu bermakna habis waktu persekolahan. Aku berjalan sendiri menuju ke motorbike yang sedang landing bawah bumbung. Yang lain masih berada dalam sekolah. Study katanya. Malas aku ambil tahu.

            "Weh, Juna weh. Handsomenya."

            "Machonya dia naik motor. Motor dengan tuan sama hot."

            "Cool betul dia pakai jaket kulit tu. Auchhh, jodoh aku."

           Aku buat bodoh je dengan perempuan-perempuan yang tengah meroyan tengok aku. Typical perempuan akhir zaman. Pandang rupa. Cuba kalau aku ni juling ke sumbing ke lubang hidung kecik sebelah ke. Tak adanya nak puji macam tu.

             Malas nak ambil tahu, aku terus panjat motorbike dan helmet fullface aku sarung ke kepala. Belum sempat aku nak pulas minyak, helmet aku diketuk-ketuk. Dia ingat dia tengah ketuk pintu rumah mintak duit raya ke?

            Aku pandang sebelah. Ajwad tersengih kecil dengan helmet Arai di tangan kirinya. Berkerut dahi aku.

            "Apa hal?"

           "Nak balik dengan kau."

           Sudah budak ni. Tak pernah-pernah mintak balik dengan aku. Naik motor pun dia jarang. Trauma katanya sebab waktu kecik dulu Adam pernah langgarnya dengan motor kanak-kanak yang dia roda tu. Kena masa umur 3 tahun tapi effect trauma tu lama betul.

             "Blah kau dekat Adam."

             "Adam naik motor la hari ni."

             "Dah tu aku tengah naik burak eh sekarang?"

            "Kau bawa aku tak trauma."

            "Gedik. Naik la cepat."

            Ajwad dengan gembiranya memanjat belakang aku. Helmet disarung ke kepala. Rambut cacaknya yang sudah terpenyek tidak dihiraukan lagi.

          Aku mula memulas minyak. Namun, terencat niat aku nak gerak apabila mangkuk belakang aku ni selamba badak memeluk kuat pinggang aku. Tercacak bulu ketiak aku.

             "Woih, agak-agak la. Kau ingat aku ni Adam ke yang spesies suka dipeluk? Lepaslah. Bini aku je boleh peluk aku."

             Tangan aku menolak kuat tangan Ajwad yang masih melingkari pingang aku. Geli-geleman aku.

            "Tak peluk nanti melayang aku kang."

            "Tak payah peluk. Bahu je."

             "Huh."

              Tangannya mencengkam besi di motor aku. Malas ambil tahu, aku mula memulas minyak. Lantak kau la nak melayang ke apa. Janji aku boleh tidur dengan cepat.

              Ketika di selekoh di hadapan sekolah, entah dari mana datangnya sebuah lori ais yang memandu laju ke arah aku. Lori tersebut hilang kawalan.

            Aku panik. Motor aku pulas ke kiri namun terlambat. Lori tersebut merempuh kami kuat. Aku terpelanting dari motor dan terhempas kuat ke jalan. Badan aku terasa menyengat sakit. Helmet aku pecah. Kepala sakit tak terungkap. Telinga berdesing.

             Mata aku sempat menangkap sekujur badan yang terperosok di bawah lori ais tersebut dan diseret sepanjang lori itu bergerak sebelum merempuh pokok. Kakinya terputus dan tertinggal di belakang. Darah menghiasi jalan sepanjang lori itu bergerak.

             Motor aku hancur. Darah mula keluar dari hidung aku. Rambut aku juga basah dengan darah. Terlintas satu wajah yang ada bersama aku tadi.

            "Aj..wad."

            Ya, tubuh yang terseret di bawah lori tadi adalah Ajwad. Pandangan aku kabur. Telinga makin kuat berdesing. Dan gelap.    


susah doh tulis character lelaki duhmak kbye
            

Continue Reading

You'll Also Like

161K 9.2K 72
2018. Langit tak selalu cerah, Hidup tak selalu indah. Dalam sekelip mata, Syazlin Ameera kehilangan semuanya. Keluarga,sahabat dan crush. Semuanya. ...
210K 13.2K 68
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...
712K 66.2K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
1.2M 94.5K 96
Menjadi mangsa buli merupakan satu perkara lazim baginya apabila menjejakkan kaki di sekolah baru. Baginya, semua benda yang jadi adalah perkara yang...