Lakaran Kisah Kita

By atqhnr

26.1K 1K 51

[ C O M P L E T E D ] Apabila dua hati terserempak tanpa sengaja, apa yang bakal terjadi? Apabila hati mula t... More

Nashwa Aqilah
Danish Aufa
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22

11

772 36 1
By atqhnr

Hari yang mereka tunggu telah tiba. Hari di mana mereka akan melangkah ke medan perang dan berjuang untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik.

Dan tiga bulan sebelum ini, banyak kenangan yang diciptakan oleh Nashwa dan Danish. Sama ada gelak tawa, gaduh kecil dan pelbagai lagi. Semoga kenangan itu terus kekal di minda.

" Nashwa "

Nashwa yang sedang mengikat alat tulis yang bakal digunakan nanti terus memandang Danish. Dia kenal suara itu. Suara yang sering menenangkan hati dia.

" Goodluck untuk UPSR ni. Kita fight sama-sama okay. Nish doakan yang terbaik untuk Nashwa dan Nish. Moga Allah permudahkan urusan kita. Nasihat Nish, jangan push diri kalau tak boleh jawab. Jawab yang lain dulu. Buat betul-betul ye Nashwa Aqilah. " sejurus berkata begitu, Danish terus mendekati kawan-kawan. Nashwa ditinggalkan dengan perasaan terharu.

Terharu dengan doa Danish buat mereka. Dan dia masih ingat di mana dia tanya soalan itu. Jawapan Danish membuatkan dia yakin dengan Danish.

" Danish takkan sayang perempuan lain. In Sha Allah, selagi Allah letak perasaan ni buat Nashwa Aqilah, Danish Aufa akan tetap sayangkan dia. "

Dengan senyuman lebar, Nashwa melangkah mendekati Aliya. Moga hari-hari akan datang jadi lebih baik dari sebelumnya.

Danish kata kalau nak berjaya, kena terus berusaha. Kalau nak usaha itu ada hasil, kena sentiasa solat dan amalkan surah-surah lazim.

Kalau dia leka, dia masih ada Danish yang selalu akan mengingatkan dia. Dan dia nak Danish selalu ada di sisi dia jika dia leka dalam istiqomah dia.

Tapi siapa sangka aturan Allah itu lebih indah daripada rancangan mereka. Setelah habis peperiksaan UPSR mereka, Nashwa terpaksa berpindah ke Terengganu.

Dia masih ingat bagaimana reaksi Danish ketika dia beritahu khabar berita itu. Sewaktu mereka sedang bahagia dengan keputusan mereka tapi Nashwa sedih kerna terpaksa meninggalkan orang yang dia sayang.

Dan kini setelah 5 tahun berjauhan, dia masih ingat ayat Danish ketika dia hendak pergi.

Flashback

Nashwa memegang erat hadiah daripada Danish. Seraut wajah itu terlihat tenang sangat sampaikan dia rasa Danish ni tak sayang dia ke.

Namun, ayat Danish meruntunkan hati dia.

" Kalau boleh, aku nak jaga dan lindungi kau sepanjang hayat aku. Tapi apakan daya, Tuhan kata belum saatnya lagi. In Sha Allah Nashwa Aqilah, satu hari nanti kalau kita jumpa dan masa tu masing-masing single, aku akan jadikan kau yang halal untuk aku. " Danish menarik nafas yang dalam. Dalam dia tenang, hatinya tetap berat.

" Jaga diri. Jaga iman. Jaga aurat. Dan jaga hati kau baik-baik. Aku tunggu kau. In Sha Allah " ujar Danish sebagai penutup mereka.

Saat itu Nashwa rasa sebak. Sebak yang dia sendiri tak mampu nak cakap macam mana. Dia kena pergi sebab ini masa depan dia. Dia kena perjuangkan masa depan dia.

Walaupun sekarang dia masih contact dengan Danish tapi jarang untuk rapat macam dulu. Kerna dia sibuk. Danish sendiri juga sibuk dengan pelajaran dekat tahfiz sana.

Tuhan , apa Kau sedang uji hati kami?

Apa kami ini sungguh lemah untuk berdepan dengan ujian dariMu?

Nashwa teringat tika Danish tahu dia curang. Curang dengan manusia yang Danish sendiri kenal. Masa tu Nashwa rasa malu dan serba salah.

Sebab Danish kata buat apa dia cari perempuan lain kalau bakal bidadari syurga dia ada depan mata dia. Tuhan je tahu perasaan Nashwa tika itu macam mana.

Awalnya niat dia cuma ingin menguji kesetiaan Danish tapi pada akhirnya dia sendiri yang jatuh dalam permainan dia. Mungkin Allah nak tegur dia.

Kerna Islam sendiri melarang kita sesama muslim menyakiti antara satu sama lain.

Nashwa dah cukup beruntung Danish masih sabar dengan perangai dia. Jika orang lain, mungkin dah kena tinggal.

¤¤¤¤

" Oii ! Hah termenung lagi jauh-jauh. Ni hah, pergi hantar dekat bilik guru sana. Tugas kau harini kan hahaha " usik Delina apabila melihat Nashwa yang termenung jauh. Entah apa yang fikirkan gadis itu entah.

Dengan rungutan geram, Nashwa mengangkat buku yang hendak dihantar ke bilik guru. Sepanjang perjalanan ke arah bilik guru,Nashwa memerhati sekitar. Tak lama lagi dia akan tinggalkan sekolah.

6 tahun cukup lama dia tunggu Danish. Dan cukup 2 tahun Danish menghilang atau mungkin mereka dah hilang contact. Tuhan je tahu betapa dia rindukan lelaki itu.Khabarnya bagaimana. Sihat ke tidak. Ya Allah.

Dushh!

" Adoiiii " Nashwa mengusap pinggangnya yang sakit akibat jatuh tadi. Buku-buku yang berselerak mula dicapai satu-satu.

" Ehh ya Allah! Maaf dik maaf " ujar satu suara garau.

Nashwa mengangkat kepala. Lahh ketua pelajar ke yang dia langgar?

" Takpe Senior. Saya okay je " jawab Nashwa. Dia mengangkat buku yang siap disusun , baru ingin melangkah pergi namanya dipanggil.

" Lah Qilah ke? " Syakir tergelak kecil. Dia bertembung dengan manusia yang dia sendiri kenal atau mungkin yang dia sendiri minat.

Nashwa tersenyum miris. Aqilah tu cuma Danish je yang boleh panggil tapi tiba-tiba manusia ni pun join sekali. Kau ingat kau istimewa ke? Hish.

Dia masih ingat bagaimana dia boleh kenal senior Syakir ni. Di mana mereka kenal tika sesi orientasi setahun yang lalu. Orientasi bagi Tingkatan 4.

Haih bala!

Tbc

Continue Reading

You'll Also Like

40K 2.1K 56
Aku membawa diri ke Italy untuk bercuti, namun keputusan itu tanpa aku sedar ianya akan membuatkan aku terjebak masuk ke dunia yang tak sepatutnya ak...
37K 1.2K 39
"We're here, me, Kaleb, and Levi. We're not going anywhere." "I-I d-don't w-want you... I want him..." -- Kidnapped at seven and forced into being p...
80.3K 1.1K 45
David Reyes and Aaliyah Martinez, swear up and down that they hate each other. But they come to fall in love with each other?
506 80 8
تــکــایە ئەلــێنــا بمــگەڕێنـــەرەوە بـۆ داهـاتـــوو کـاتــێک دەگـەڕێـتــەوە گـرنــگ نییــە چــەند بـە ســەختــی هــەوڵبــدەیــت بـە هــیچ شــێوەی...