Aku Bukan Dyslexia

By NurIzzahHani

25.1K 2.1K 48

Aku Ahmad Furqan dan ini kisah aku More

Kisah Waktu Kecil
Cikgu Wan : Si Bujang LINUS
Encik Papa Dan Puan Mama
Menghidupkan Hati Yang Hampir Mati
Ummah Perlukan Kita

Aku Tak Sendiri

4.2K 361 18
By NurIzzahHani

Aku tak ramai kawan, aku tak suka bercakap dengan orang. Aku ada
dunia aku sendiri yang aku tak mahu orang masuk campur. Cara aku memang tak sihat.

Aku tahu, bukan aku seorang je rasa macam ni. Aku yakin ramai lagi
yang rasa apa yang aku rasa. Sebenarnya, kau perlu minta tolong. Mental yang tak sihat akan memakan kau perlahan-lahan tanpa kau sedar.
Biar aku bagitahu macam mana cara aku keluar daripada belenggu emosi
ni.

Puan Mama dan Encik Papa mula faham situasi aku. Mereka cuba yang terbaik untuk cuba bantu aku. Tapi, kau kena ingat. Manusia tak akan berubah kalau dia sendiri taknak berubah. Jadi, kalau kau tak dapat bantuan daripada orang lain, kau kena usaha sendiri.

Kau berhak bahagia.

Jangan pendam apa yang kau rasa.
Ekspresikan diri.

Ketawa, menangis, marah, suka, cemburu. Semua tu ada fungsinya.
Emosi kau bukan sekadar poker face dengan senyuman palsu.

Macam aku, aku suka melukis jadi bila aku rasa down ke apa aku
melukis. Ada orang suka menulis jadi dia tulis apa yang dia rasa. Kawan aku seorang ni, dia stress dia buat latihan math. Ini reality okay!

Cari orang yang betul untuk dengar luahan kau. Aku ada umi untuk aku
jadikan pendengar setia aku sebab umi tak akan beritahu orang lain tentang apa yang aku ceritakan. Kalau kau tak rasa kawan kau boleh dipercayai, kau pergi jumpa cikgu kaunseling. Serius, walaupun kau tengok cikgu tu macam tak boleh
dipercayai ataupun kau tak rasa dia boleh bantu kau, tapi itulah kerja dia yang sebenarnya. Somehow, dia akan tolong kau.

Kalau betul-betul tak ada langsung yang mahu mendengar, kau jangan
risau. Ada Tuhan Yang Maha Mendengar untuk kau luah segala-galanya. Dia, yang tak kisah kau punya kisah sehitam mana. Yang tak akan ejek kau bila air mata bercampur dengan air hidung kerana sungguh-sungguhnya kau menangis.
Yang sentiasa ada tak kira berapa kali kau datang dan pergi.

Umi yang ajar aku mengaji. Dia yang ajar aku cara sebenar untuk dekat
dengan Tuhan. Pertama sekali, dia ajar aku sucikan hati. Istighfar hari-hari.

Kemudian baru Allah izinkan segala ilmu untuk masuk ke dalam hati.
Puan Mama beri aku pendidikan terbaik. Duniawi dan Ukhrawi.
Aku, aku adalah bukti keajaiban Tuhan. Keajaiban yang benar-benar
wujud bila Tuhan kau jadikan sandaran.

Aku gagap, lembap, lowest of the low. Eja nama sendiri pun tunggang-
langgang. Tapi bila aku ikut cakap Umi dan Puan Mama, aku letakkan Allah yang utama, aku menjadi lebih baik.

Kau kena ingat, tak ada manusia yang dilahirkan bodoh. Keupayaan akal
manusia melangkaui apa yang engkau sangka.

Aku fasih tiga bahasa waktu aku berumur 10 tahun. Sedangkan aku gagap waktu aku 8 tahun. Macam mustahil kan? Ajaib gila kan?
Tapi cuba kau fikir balik, Allah boleh tidurkan Ashabul Kahfi sampai 300
tahun setakat masalah kecil budak gagap ni apalah sangat.

Keajaiban tak akan muncul macam tu je. Kau doalah setiap malam
sampai bercucuran tujuh tempayan air mata sekalipun. kau telanlah tujuh guni kismis dan kurma atau kau minum satu kolah air yaasin.

KAU TAK AKAN JADI PANDAI!

Kalau kau tak usaha.

Kau orang mesti tahu kan? Fomula famous. D.U.I.T
D- Doa
U- Usaha
I-Ikhtiar
T- Tawakkal

Aku terangkan sikitlah tentang fomula ni.

D untuk Doa. Kenapa doa yang pertama? Sebab kau nak buat apa-apa kalau Allah tak izin kau buat, kau takkan boleh buat. Minta dekat Dia. Minta apa sahaja.

“Ya Allah, aku nak pandai.”
“Ya Allah, aku nak keluarga bahagia.”
“Ya Allah, aku nak iPhone X.”
“Ya Allah, aku nak kahwin dengan anak raja .”

Rezeki itu, aturan Tuhan. Setiap doa akan didengar. Setiap doa ada
jawapan. Allah tak akan tolak doa hambanya. Bila doa susah nak makbul, periksa balik diri.

Dosa dengan manusia dah minta ampun belum? Ada makan
makanan haram tak? Makanan haram ni, bukan makan babi je. Tu dah sah haram. Harta anak yatim, makan daripada sumber duit yang haram. Mencuri ke rasuah ke.

Kalau yakin diri tu tak buat semua benda tu, ingat ni pula. Doa akan
dijawab. Jawapan Tuhan ada tiga.
“Ya.”
“Ya, tapi bukan sekarang.”
“Tidak, tapi ada yang lebih baik untuk kau.

Ajaibnya doa.

Ini cerita junior aku.
Berlaku masa dia nak semak kertas pt3. Waktu tu semak kertas dua hari.
Tapi mak dia dah bagitahu result dia dulu sebelum pergi check. Mak dia cikgu, keputusannya 10A 1B Alhamdulillah la sebab dia tak jangka pun result macam tu. Dia tanya apa yang B? Bahasa Arab. Takdalah terkejut sangat sebab Bahasa
Arab dia biasa dapat C tapi rasa macam tak puas lah sebab dia dah sungguh-sungguh untuk kertas tu...

Malam tu dia doa tak putus. Memohon yang terbaik. Berkali kali minta. Waktu tu, dia cuma harapkan keajaiban. Nampak mustahil sangat sebab aku tak dapat gambarkan macam mana benda yang dah ditulis dan orang nampak boleh berubah.

Esoknya, hari semak kertas pt3... dia dah ambil semua kertas kecuali
Bahasa Arab. Memang takut sangat nak ambil. Tapi aku kata, ambillah tak apa reda... aku teman dia ambil kertas tu.

Waktu ustazah hulur kertas, dia tutup mata tak sanggup nak tengok. Tapi aku paksa dia beranikan diri terima kenyataan. Bila buka mata, 82 (waktu ni 80 ke atas A) dia punyalah panik check nama dia takut tertukar kertas, betul.

Dia sampai terduduk dan terus sujud syukur sambil pegang kertas Bahasa
Arab tu. Waktu tu Allah je yang tahu apa perasaan dia. Keajaiban memang berlaku.

Waktu tu aku sedar, doa itu memang senjata kita, doa itu yang hubungkan kita dengan pencipta. Tak ada apa yang mustahil bagi Allah. Sedangkan api boleh hidup daripada pepohon hijau, siang malam bersilih ganti dalam aturan, apalah sangat keajaiban yang berlaku pada aku dan dia.

Selesai bab doa. Yang kedua, Usaha. Kau jangan harap kau doa nak
iPhone X, Allah terus turunkan depan mata. Elok je terletak atas sejadah.
Doa ibarat Entrée. Usaha itu main dish. Hidangan utama yang akan tentukan kejayaan fomula D.U.I.T.
Benda ni penting sangat sampai Allah turunkan dalil Al-Quran.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
Surah Ar-Ra’d:11

Walaupun kau penat dalam usaha kau. Kau rasa apa yang kau buat tak
menjadi. Tengok orang lain dah berjaya dan engkau masih sama. Waktu tu, syaitan mula berbisik.
“Sudahlah!”
“Tak apa, usaha kau dah cukup.”
“Putus asa dan mengalah, kau tak mampu jadi macam mereka.”
Waktu tu, kau baca Surah An-Nas kuat-kuat biar terbakar syaitan tu.
Mengganggu manusia memang tugas hakiki dia. Kau jangan pernah leka
dengan permainnanya.

Kalau pelajar, tanggungjawabnya belajar. Jadi sia-sialah usaha kalau cara belajarnya salah. Manusia ni ada yang jenis visual, audio dan kinestetik

Jenis visual ni kerja dia buat nota. Study tu mata kena tengok buku.
Dalam kelas kena tengok cikgu. Belajar tak boleh minit akhir. Esok periksa, malam baru belajar. Tak gerak macam tu weh! Nota dia pula berwarna-warni.

Jenis audio pula, dia kena bekerjasama dengan orang visual. Dia belajar guna telinga. Dalam kelas tu dia kena dengar teliti cikgu cakap apa. Lepastu dia ajar balik orang visual dengan nota yang dibuat oleh orang visual supaya dua-dua lebih faham. Biasanya orang audio ni nota dia tak cantik mana.

Jenis kinestetik ni pula, sambil belajar, tangannya bergerak. Buat aksi bagi senang ingat. Dia berjalan sana sini. Tapi lebihnya orang kinestetik ni, diaboleh bekerja di bawah tekanan. Maksudnya, esok exam malam tu dia study pun elok je keputusannya. Tapi nak lagi power, kena sedia awal la.

Ada jenis-jenis manusia pula, dia bergabung. Audio visual, Audio
kinestetik, Visual kinestetik. Macam aku, aku visual kinestetik.
Macam mana nak tahu kau yang mana satu?Pergi jumpa cikgu kaunseling tanya inventori cara belajar ada tak cikgu?

Ataupun inventori personaliti diri.
Kalau malas, aku bagi sikit tips la.
Kau jangan jadi orang gila belajar tujuh jam tegak. Titik fokus manusia tu cuma bertahan 30 minit ke 40 minit. Sebab tu bila ada kelas sampai 3 masa ramai yang dah melayang fokusnya ke tempat lain.

Selang 30 minit kau rehat jap. Pergi makan ke apa ke.

Dalam waktu rehat tu JANGAN MAIN TELEFON. Kalau tak nanti kau
kemana, buku kemana.
Senggang waktu rehat tu dalam 10 ke 15 minit.
Susun jadual elok-elok. Fokus dekat subjek yang kau lemah tapi jangan
tinggalkan subjek yang kau dah boleh score terus.
Paling penting dalam usaha kau nak belajar, JANGAN SOMBONG,
JANGAN MALU.
Jangan sombong. Kalau kau pandai, orang minta tolong, kau tolong.
Ada dua benda dalam dunia ni yang akan bertambah bila semakin banyak kau memberi.
Satu, Ilmu.
Dua, kasih sayang.
Jangan malu nak bertanya. Dah tahu diri tu lemah, minta bantuan. Kalau
kawan tak mahu tolong, minta tolong cikgu. InshaAllah cikgu mana-manapun akan bantu. Pergi sendiri dekat dia.

Kau boleh buat! Tak kira perlahan mana engkau merangkak sedang orang lain berlari laju mengalahkan Encik Papa aku.

JANGAN MUDAH PATAH !!!

Biar perlahan asal kau tahu apa yang engkau buat. Berusaha sehabis yang
engkau mampu. Akan ada hasilnya nanti. Lepas kau dah doa minta dimudahkan urusan ilmu masuk ke dalam hati. Kau usaha dengan belajar bersungguh-sungguh, ikhtiar dengan cara yang betul datang selepas itu.
Kismis minda, makanan berkhasiat, kurma, air Yaasin, bacaan ayat-ayat
Al-Quran itu semua ikhtiar. Pergi tuisyen pun kira ikhtiar.

Ikhtiar ni ibarat lampu suluh.
Contoh aku bagi situasi dalam dewan peperiksaan. Masuk dewan kau dah doa. Segala usaha kau dah curahkan atas kertas. Tiba-tiba, kau blank. Benda yang keluar tu benda yang kau dah baca berkurun dulu tapi sebelum exam kau cuma pandang sekilas je. Kira kau dah simpan ilmu
tu dalam loteng gelap. Waktu tulah, ikhtiar yang kau buat akan jadi penyuluh loteng gelap tu. Bila tiba-tiba kau terdetik tentang tajuk tu, itulah dia.

Tapi, kalau tak ada usaha, ikhtiar tu cuma suluh loteng kosong. Nampak
tak pentingnya usaha? Barulah kau iring dengan ikhtiar.

Akhir sekali, tawakkal.
Bila semua dah selesai, kau serahkan segalanya kembali kepada Allah.
Biar Dia yang urukan.Kau ikut fomula ni, inshaAllah kau akan dapat keputusan yang terbaik sesuai dengan jalan yang Allah dah rancang untuk kau lalui.

Aku terlepas daripada belenggu depressi dengan sokongan ramai orang.

Aku lari daripada dunia dalam almari ke alam realiti. Aku baru sedar yang aku disayangi.

Continue Reading

You'll Also Like

38.3K 1.1K 3
[ON GOING] Emyr x Edeline Edra
414K 12.9K 49
[COMPLETE] > ** π“π„ππ†πŠπ” π€πŠπˆπ… πƒπ™π”π‹πŠπˆπ…π‹πˆ - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
736K 33.5K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...
78.9K 103 1
akan ditukar apabila cerita completed.