Ingatan Capaian Rawak (gxg)

By InfinityTouch

9.2K 218 15

"Beberapa tahun aku tidak menjejak kaki ke tanah air setelah aku berselisih faham.." "cikgu diorang ni nak bu... More

INTRO
ICE BREAKING
MELATI SI BUNGA
SEKEPING KERTAS BERLIPAT TIGA SEGI
APRIL FOOL OR CLEVER?
SEBAB AKU PERGI DAN KEMBALI
TERINGAT YANG LAIN PULAK
ISTANA ROCK N ROLL
LIMAU AIS CELUP
NAKAL KEMBAR SEPUSAT
TERLEBIH SUDAH?πŸ”ž
NASIB BADAN
BUDAK KAMPUNG
BUDAK KELAS PERAK
BELAKANG PINTU
KAMPUNG SEPOHON KAYU
SURAT MISTERI
HURUF J
DAH PANDAI CEMBURU
SELAMAT PENGANTIN BARUπŸ”ž
PEMBARIS 30CMπŸ”ž
TINGGAL KASIH TINGGAL PUJAANπŸ”ž

KOTAK MISTERI PULA

222 9 0
By InfinityTouch

90's
Kelas Platinum
Sekolah Menengah Perempuan Pucuk Paku

Pagi yang indah. Sejuk. Tapi malangnya hari Isnin. Kalau tak boleh tidur lama sikit. Kalau weekday kena bangun awal. Sebab nak mandi untuk elakkan berebut tempat mandi. Dah la ada yang mandi macam tuan puteri tak tahu gosok apa je. Ramai yang menunggu, buat tak faham pula siap boleh menyanyi lagi. Takde sivik punya orang. Jual ikan!

Aku dah Diana biasanya akan sampai awal ke dewan makan. Bila bangun awal, boleh sarapan dengan penuh nikmat. Tak perlu rushing. Bila sampai kat sekolah boleh berehat atau kalau ada terlupa buat kerja sekolah boleh copy orang punya. Aktiviti separa jahat budak sekolah lah tu. Tapi waktu ujian atau exam, mujur boleh jawab dengan baik.

Bila aku duduk saja, aku akan masukkan buku di dalam laci. Sewaktu memasukkan buku, buku aku tersekat di skala enam seolah-olah ada benda di dalam laci. Aku meraba-raba untuk mengeluarkan benda tersebut. Bila aku keluarkan, ianya sebuah kotak kecil yang dibuat sendiri. Aku melihat kiri, kanan, depan dan belakang untuk mencari siapa yang meletakkan kotak tersebut. Tapi aku tengok semua tengah sibuk membuat kerja sendiri.
Aku menunjukkan Diana kotak tersebut. Diana juga bertanya siapakah yang memberinya.

Aku membuka kotak tersebut. Hanya kertas putih di tampal dan tercatit beberapa baris ayat. Tulisan yang sama seperti aku dapat sebelum ini. Kemas dan tersusun.

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya di bibir saja
Bersungguhkan rindu yang engkau pamerkan
Ataukan sekadar lakonan
Rindu telah melekat dalam hatiku
Walau awan lalu
Rinduku tak berubah arah

Rindu-rindu pula dah. Siapa kah kamu wahai sang pengirim. Boleh tak munculkan diri. Macam tahu je aku memang mencari dirinya. Tapi tidak bermakna aku rindu. Aku tertanya-tanya saja. Aku cuba belek tiap inci kotak itu. Ada penjuru kertas yang tidak melekat. Aku selak dan ada beberapa pesanan.

Ni lagu Siti Nurhaliza bertajuk Purnama Merindu. Surat sebelum ni sama juga tajuk lagu wajah kekasih.
Kalau Rhe sudi nak balas. Balas dan masukkan surat Rhe dalam kotak ni dan letak tempat asal.
Take your time😊

Mujur kau faham aku nak tahu ayat dari mana yang kau dapat ni. Ingatkan sajak tadi. Lagu Siti Nurhaliza pula. Mesti peminat Siti ni. Aku nak balas apa pula. Balas dengan lagu. Lagu apa? Aku tahu la, aku ni minat muzik. Tapi takde la sampaikan hasrat hati dengan lagu. Aku tunjukkan surat ni pada Diana. Diana pun menyuruh aku membalasnya dan menyuruh aku mengintip siapa yang akan ambil surat ni nanti. Bijak juga Diana ni. Aku pun mula mengingati lagu yang aku boleh kaitkan dengan surat ini.

Hilang tumpuan aku belajar hari ni sebab nak fikir nak balas lagu apa.  Mujur tidak ada kuiz mengejut atau cikgu yang perasa aku tidak begitu memberi tumpuan pada hari ni. Gara-gara nak balas surat berlagu. SPM tahun ni woi. Jangan banyak main. Fokus Rhe fokus.

Akhirnya sebelum tamat waktu terakhir persekolahan, aku mendapat idea dengan lirik lagu apa yang harus aku balas. Aku mengambil buku latihan dan mencabutnya di bahagian tengah buku. Aku pun mula menulis

Every little thing that you have said and done
Feels like it's deep within me
Doesn't really matter if you're on the run
It seems like we're meant to be

Aku membalas dengan lirik lagu As Long As You Love Me nyanyian Kumpulan Backstreet boys. Setelah menilik beberapa kali ejaan dan tulisan cakar ayamku itu agar mudah difahami. Aku melipat kertas tersebut dan memasukkannya ke dalam kotak tadi. Selesai aku membalas. Loceng tanda tamat waktu persekolahan pun berbunyi. Aku menyusun buku masuk ke dalam beg galasku dan terus bergegas keluar dari kelas. Diana juga mengikut langkahku. Bukannya kami nak balik ke asrama tapi ingin mengintip siapa yang akan mengambil kotak tersebut.

Kami menunggu di tepi tingkap yang tersembunyi di belakang almari kelas. Aku tidak peduli lagi dengan matahari yang tegak di kepala dan perut yang berbunyi kuat. Aku memegang perutku yang lapar dan mengesat peluh yang mengalir deras di dahiku. Hampir sepuluh minit aku menunggu namun tiada siapa pun yang datang mengambilnya.

"Rhe, macam takde siapa je yang ambil tu. Jom lah kita balik. Perut aku dah macam ada petir je ni. Gigil dah lutut ni wei"

"Sama lah. Tapi kenapa orang tu tak ambil ya. Aku kena kencing je ni kot. Ni yang aku tak suka ni. Dah la aku dah reply. Nak ambil semula aku segan kalau terserempak dengan orang tu. Esok je la aku ambil. Biar lah tu. Jom la makan" Aku sedikit mengalah kerana kesian akan Diana. Lagipun aku sendiri pun lapar juga. Dengan matahari lagi yang tak membantu. Boleh pengsan aku kalau tunggu lama lagi. Takpe esok masih ada. Jangan gelojoh.

******************************

Aku tak sabar nak sampai ke sekolah. Awal aku bangun hari ni. Diana pun terpaksa ikut juga dengan rentakku. Bukan aku paksa pun, tapi dia yang kepoh nak tahu juga. Sibuk je nak tahu. Sampai saja aku di sekolah hanya beberapa orang saja yang ada di dalam kelas. Awal betul aku sampai hari ni. Sebaik saja aku duduk, benda pertama aku capai adalah kotak di dalam laci. Aku hairan kerana kotak itu seperti berubah rupa bentuknya. Takkan ada orang dah buka kot. Pabila aku membuka kotak tersebut, ternyata memang dah dibuka dan telah di balas. Orang ni tak balik rumah ke. Rasanya awal dah aku sampai ni.

Dari mata dari jiwa yg berahi
Kini ku mengerti istilah percintaan ini
Moga nanti ada seru menyatakan kau kekasih
Hingga ke akhirnya

Bait kata yang aku dapat kali ini membuatkan jantungku tersentak sesaat. Apa sebenarnya yang nak dia sampaikan. Dia sukakan aku ke. Tapi kenapa tak berterus-terang saja. Aku makin pelik dengan kata-kata yang disampaikan. Seolah-olah menagih kasih dariku. Suka betul kau bermain dengan aku ya misteri. Aku pasti suatu hari nanti kau akan confess.

Aku tersentak bila teringat sesuatu. Siti Nurhaliza. Aku menoleh ke belakang memandang Noraini. Tak kan lah dia kot. Dia pernah tegur aku waktu dekat koperasi tu je. Lepas tu hanya senyum dari jauh atau sekadar ucapan selamat pagi. Kalau dia pun apa salahnya. Aku tersenyum sendiri dengan angan-anganku. Namun, impian anganku musnah tatkala Diana menepuk dahiku.

"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang. Dah lah tak bagi tengok surat yang kau dapat tadi"

"Sakitlah bengong. Aku nak bagi tengok lah ni. Tapi aku terbayang something pula"

"Ni sajak ke lirik apa pula ni. Oh, ada tulis kat bawah ni Siti Nurhaliza. Kau Kekasihku. Siapa pengirim surat ni sebenarnya. Misteri betul dia ni. Ni dah siap kekasih bagai ni. Korang dah jumpa ke. Tak cakap pun"

"Eh nenek. Pernah ke aku tak cakap kat kau kalau ada apa-apa jadi. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya lagi la. Aku ingat kita dah awal dah tadi. Ni siap dah reply pula tu. Maknanya dia lagi awal datang ke sekolah"

"Siapa kat kelas kita ni selalu datang awal?"

"Mana la aku tahu. Kita kan selalu datang saat-saat akhir je. Hari ni je kita awal"

"Jom kita selidik siapa kat kelas ni selalu datang awal. Tak pun kau tengok tulisan tiap seorang kat kelas kita ni. Surat tu tulis tangan kan"

Aku mengurut dagu yang tidak berjanggut. Bernas juga idea Diana. Tengok tulisan tu yang paling bernas. Tapi, tak kan lah aku tiba-tiba minta buku mereka hanya utnuk tengok tulisan. Macamana cara yang paling baik dan orang tak akan mempersoalkannya.

"Uii Rhe, kat surat ni dia suruh kau balas lagi" tak habis lagi Diana ni membelek surat tadi. Dia tengok tiap bucu kertas ke apa. Nak membalas ni pula satu hal. Sebenarnya aku jadi tertarik juga dengan cara macam ni. Penuh misteri dan menggunakan bait lagu untuk sampaikan hasrat hati.

"Nantilah aku cari idea nak reply lagu apa. Otak aku beku sekarang ni"

******************************

Let it go
If you want me girl, let me know
I am down, on my knees
I can't take it anymore

Aku membalas dengan lagu Tearin' up my heart nyanyian kumpulan N'sync. Aku dah sabar nak tahu siapa gerangan peminat Siti Nurhaliza ini. Harap dia faham yang aku dah angkat bendera putih. Setelah membalas aku hanya membiarkan saja di dalam laci. Lantas menggalas beg dan terus keluar pintu menuju ke asrama. Dalam fikiranku kini makan dan tidur.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk latihan berkumpulan. Aku, Diana, Azharina dan Noraini berada dalam satu kumpulan.  Diana yang menguasai subjek Sejarah menjadi ketua kumpulan kami. Kami diberikan kertas mahjong putih dan marker pen untuk melakar peta minda mengikut tajuk yang diberikan. Kumpulan kami mendapat tajuk tingkatan tiga iaitu pendudukan Jepun di negara kita. Perah otak juga kami nak melakar peta minda tu. Mujur la cikgu bagi kelonggaran untuk merujuk buku.

Azharina seperti biasa dengan gaya manjanya. Sekejap melentok dibahuku. Lepas tu menongkat dagu di bahu aku. Aku yang segan dengan Noraini hanya tersenyum kelat memandangnya. Noraini pula hanya memandang sekilas dan menyambung menulis di atas kertas mahjong.

Aku dan Diana mencari maklumat di buku rujukan dan buku teks. Azharina pula menulis nota yang kami dapat. Sesekali aku merenung ke arah Noraini. Azharina yang perasan akan perbuatanku lantas mencubit lengan aku. Bila aku melihat ke arahnya, Azharina menunjukkan muka cemburu. Apahal pula dia ni nak cemburu pula. Kita bukannya ada apa-apa pun. Suka hati aku la nak tengok siapa pun. Diana hanya tersengih dan menggeleng dengan drama kami. Aku jadi rimas dengan Azharina lantas aku pindah tempat bersebelahan Noraini. Aku minta Diana rehat lima minit sambil aku meneliti peta minda yang hampir siap.

Cantik dan kemas tulisan Noraini. Lurus macam ada jalur je kertas mahjong ni. Kalau aku yang tulis mesti senget dan cakar ayam. Aku baca semula dan memeriksa tiap ejaan.
Aku terperasan sesuatu. Macam aku pernah nampak cara huruf J itu ditulis. Tapi di mana ya. Aku hanya membiarkan saja tanpa memikirkannya . Otak aku dah rasa penat dengan latihan yang diberikan dari awal waktu kelas bermula lagi.

Kami hanya diberikan setengah jam sahaja untuk menyiapkan peta minda. Mujur kami mendapat banyak maklumat. Kebetulan Diana ada membawa buku rujukan ringkasan yang dibelinya di kedai buku tempoh hari. Jadi mudah lah kami menyiapkan peta minda dengan cepat. Kami diberi masa lima minit lagi untuk memeriksa peta minda. Selaku ketua kumpulan, kami minta Diana untuk memeriksanya sebelum kami membentangkannya di hadapan kelas. Diana membawa kertas itu ke mejanya supaya boleh meneliti tiap baris ayat.

Sedang Diana menelitinya. Tiba-tiba dia memanggilku. Aku yang tengah bersembang dengan Noraini lantas pergi ke arahnya. Diana menunjuk huruf J tersebut. Aku bertanya dia kenapa dengan huruf tersebut.

"Kau ni lembap la. Tak kan kau tak perasan"

"Perasan apa. Apa kena dengan huruf J ni. Aku tahu cara tulis tu unik. Aku terfikir juga tadi. Rasa macam pernah nampak. Tapi tak tahu kat mana"

"Memang kau ni tak prihatin betul la. Surat yang hari tu mana. Kau bawa tak?"

"Jap aku tengok. Ala ada kat bilik la. Tapi apa kaitan dengan surat tu pula?"

"Nanti balik kau tengok semula surat-surat tu"

Aku hanya mengangguk dan pergi semula ke tempat Noraini. Azharina yang baru menoleh ke belakang memanggilku. Aku hanya melihat sekilas dan menyuruhnya tunggu sekejap. Lantas dia pun membuat muka cemberutnya. Lantak kau la. Tak kan aku nak layan kau saja. Cemburu tak bertempat. Naik rimas aku. Aku yang baru nak berkenalan lebih rapat dengan Noraini ada saja yang nak mengacau daun. Sebelum ni aku tidak mempunyai alasan untuk bersembang dengan Noraini. Bila dah jadi satu kumpulan tadi, satu tembok telah runtuh antara kami. Peluang keemasan yang ada ni aku tidak akan sia-siakan. Sekali aku melangkah. Aku akan terus melangkah. Noraini pun nampak selesa untuk berborak denganku. Mujur rakan yang duduk sebelah Noraini tidak hadir hari ni. Aku pun duduk la disebelah persis Siti Nurhaliza ni dengan penuh keselesaan.

Continue Reading

You'll Also Like

501K 16K 56
#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terla...
784K 30.3K 68
𝑅𝒢𝒿𝒢 πΏπ“Šπ“‰π’½ π»π’Άπ“Žπ“Žπ’Άπ“ƒΓ—π’²π’Ύπ’Ήπ‘’π“π’Ύπ’Ά 𝐻𝒢𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan...
451K 17K 29
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak...
1.6K 136 10
"You're the best papa!" -Waish Idlan "He is?" -Nawwaz Darwish Serentak ketiganya mengangguk. "He is the best papa for ever! We love him so much, uncl...