Mister Rie punya Miss Stress...

By FiqAnNur

125K 8.3K 366

Mulanya cuma ada Kak Mun, Kinah dan Indah. Tapi selepas Saila muncul, banyak pula cerita lain yang keluar. T... More

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19

Part 14

6.3K 435 12
By FiqAnNur

SAMPAI di depan tandas wanita, Qairie terus mengetuk pintu bilik air tersebut. Tiga kali ketukan, kemudian dia diam menunggu. Jika yang keluar itu lain dari empunya tubuh yang dinanti, dia sudah bersedia untuk memberi penjelasan.

Selang beberapa saat kemudian, pintu ditarik dari dalam. Wajah pucat lesi Saila terjengul keluar. Nampak benar payah untuk menarik pintu berat yang akan kembali tertutup jika tidak ditahan.

"Tak sihat?" Qairie serentak membantu menahan pintu dari bergerak membanting tubuh Saila yang nampak melayah saja cara berjalannya.

"Pening." Saila melepas nafas berat. Hendak bercakap pun terasa sangat melelahkan. Dengan sendirinya dia menghulurkan tangan meminta sokongan untuk berjalan.

Qairie menyambut tangan isteri yang bila disentuh terasa dinginnya sudah melebihi tahap suhu penghawa dingin bangunan tersebut. Sebelah tangan naik melilit belakang tubuh Saila. Bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang lebih teruk.

Baru melangkah beberapa tapak, Saila kalut mengangkat tangan. Membuat isyarat untuk berhenti seketika. Terus disandarkan tubuh ke dinding sepanjang laluan yang menghala ke pejabatnya.

Qairie berdiri memerhati tingkah si isteri yang kemudiannya berpaling merapatkan hadapan tubuhnya ke dinding. Pipinya dilekapkan ke dinding. Jelas terzahir riak lega di wajah pucat tidak berwarna itu.

"Kenapa tak keluar makan lunch? Nanti perut masuk angin." Kalau bukan kerana mereka berada di pejabat, memang sudah ditepuk perut Saila untuk memastikan sejauh mana kebenaran telahannya itu. Jika keluar bunyi tong kosong, memang benar si isteri pening kerana badannya sudah dipam angin.

Saila menggeleng. Mahu memberitahu yang dia tidak punya selera, tapi dia memilih untuk diam saja. Diam menikmati ketenangan yang dapat diserap dari keras dan sejuk dinding yang sedang menampan pipi.

"Dinding lagi seronok dari bahu abang ke?"

"Hmm..." Terbit satu senyum di bibir Saila semasa mengia. Tak pernah Qairie bertanya soalan di luar alam begitu. Yakin benar hanya mereka berdua yang berada di kawasan itu.

Melihat isterinya sudah mampu tersenyum, bibir Qairie serentak longgar dari ketatnya tadi. Soal Nain ditolak menjauh ke belakang kepala. Semasa panas dengan permainan tarik tali Nain tadi, suara Saila di dalam talian yang kedengaran tidak bermaya membuatkan dia terus hilang fokus walaupun riak di wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin untuk tidak kelihatan cemas.

Padanya, Saila itu lebih penting. Bukannya isu bodoh yang sengaja dijadikan umpan oleh si adik untuk menaikkan amarahnya.

"Let's go home." Dia meraih jemari Saila. Tangan sebelah lagi menarik tubuh si isteri untuk berdiri tegak.

"Tak apa. Saya boleh balik sendiri." Saila menarik kembali tangannya. Sudah berkira mahu memanggil grab car. Keretanya tinggalkan dahulu di situ.

"Abang hantar." Sekali lagi Qairie membuat penegasan. Tangan isteri yang baru terlepas, kembali diraih. Dan kali ini, pegangannya kemas. Tidak lagi lembut berhemah seperti tadi.

"Abang ..."

"Kenapa? Takut orang nampak?"

Saila menghela nafas dalam. Diperhati lama wajah si suami yang tegang sebelum dia akhirnya kalah menunduk. Tidak pernah berani berlebihan menunjuk rasa. Suaminya tegas. Suaminya garang. Dahulu pun, Qairie akhirnya bersetuju untuk merahsiakan hubungan mereka kerana ada sedikit logik dapat ditanam oleh Saila masuk ke dalam kepalanya. Persetujuan yang sebenarnya punya waktu tamat tempoh, tetapi dilanggar oleh Saila tanpa memikirkan hati si suami.

"Abang dah bagitau yang Saila ni wife abang."

"Ha?" Mata Saila membulat.

"Kak Mun, Indah and Kinah. I told them that you're my wife, not Nain's."

Nafas Saila tiba-tiba terasa pendek. Mata masih terpaku memandang wajah Qairie. Anak matanya tampak bergetar laju, seiring dengan kepantasan otaknya mahu menghadam kata-kata suaminya. Bukan isteri Nain? Apa maksudnya itu?

"Isteri Na ...." Sama lenggok dengan soalan tidak lengkapnya, tubuh Saila tanpa amaran melolot jatuh ke bawah seperti benang terputus dari layang-layang yang terbang di udara.

Tangan Qairie automatik bergerak ke hadapan. Menyambut tubuh isterinya dari terus terjelepuk ke lantai. Kuat bunyi tubuhnya jatuh terduduk di lantai untuk mengalas jatuh Saila.

"Saila!" Ditepuk beberapa kali pipi Saila yang tergeletak separa berbaring dalam pangkuannya. Tiada tanda isterinya akan kembali sedar. Terkejut sampai begitu sekali? Darah mencanak naik ke kepala agaknya.

Qairie memandang kawasan sekeliling. Melihat jika ada sesiapa berada berdekatan. Waktu rehat begitu, ramai yang keluar makan ataupun pergi beristirehat di surau. Syarikat mereka menjalankan polisi penjimatan elektrik semasa waktu rehat. Semua lampu akan ditutup. Kalau ada yang mahu terus bekerja, mereka hanya dibenarkan membuka komputer sahaja.

Merasakan tiada pilihan lain lagi, Qairie akhirnya mengambil keputusan untuk membawa Saila ke sick bay. Dihela nafas sedalam mungkin sebelum berdiri, membawa bersama tubuh Saila bersamanya. Ditarik graviti, tubuh isterinya kembali mahu jatuh sebelum disangga kukuhnya bahu Qairie.

Dada Qairie turun naik laju mengatur nafas. Jarak mereka dan sick bay bukannya dekat. Dalam 50 meter jauhnya. Sekali lalu dia melirik tubuh Saila dari atas ke bawah. Dikuatkan tekad yang ada sebelum dia tunduk laju menyauk belakang lutut isterinya. Dengan sekali lambung, kedudukan Saila terasa lebih kemas untuk dicempung.

"Bismillah ..." Kemaskan niat, kuatkan tekad. Langkahnya mula diatur ke arah pintu keluar bangunan tersebut. Sick bay letaknya di bangunan hadapan. Perlu merentasi kawasan tidak berbumbung. Memikirkan panas mentari di luar sana, dia merapatkan sedikit tubuh Saila supaya wajahnya terlindung di pangkal leher Qairie.

Dalam hatinya, ada juga rasa lega mengingatkan lawatan berkalanya ke gym yang dilakukan kerana bosan berada di rumah keseorangan semasa mereka tinggal berasingan dulu. Nasib baik juga, Saila memang jenisnya yang kurus kering. Makan sebanyak mana pun, tubuhnya kekal begitu saja.

"Ya Allah Encik Rie! Siapa tu?" Seorang staf wanita yang kebetulannya baru pulang dari surau ternampak Qairie sedang mencempung seseorang. Bergegas dia datang merapat.

"Buka pintu sick bay." Diberi arahan beberapa langkah lagi sebelum sampai ke sick bay. Staf wanita itu bertindak pantas. Membuka pintu untuk memberi laluan kepada Qairie masuk dan meletakkan Saila di atas katil.

"Eh, Saila ke? Kenapa ni?"

"Pengsan." Itu saja yang dapat Qairie jelaskan dalam keadaan dia sendiri sedang termengah mengumpul nafas. Rasanya aktiviti cempung mencempung ini hanya boleh dilakukan sekali saja dalam seumur hidup. Lelah!

"Encik Rie keluar dulu. Saya boleh handle seorang."

"I'm staying. Buka tudung dia, bagi masuk udara sikit."

Staf wanita dari bahagian purchasing itu terkejut. Dua kali terkejut. Pertamanya kerana Qairie berdegil tidak mahu beredar. Makin bertambah pula terkejutnya bila lelaki itu selamba memberi arahan untuk membuka tudung Saila.

"Eh, tak elok lah macam tu Encik Rie. Saila ni kan ..."

"She's my wife." Laju Qairie menyekat. Kemudian kepalanya tunduk, tergeleng kesal. Hari ini hari apa ya? Dalam masa sehari saja, rasanya seperti dia sudah membuat banyak kali pengumuman tentang hal yang sama. Saila itu isterinya. Saila ni isteri saya. Saila is my wife.

Mungkin dia perlu menaikkan notis di papan buletin pagi esok. Cepat,mudah dah berkesan. Tidak perlu lagi dia mengulang berkali-kali bila hal kecemasan seperti ini berlaku.

"Perlu ke saya tunjuk kad nikah saya?" Melihatkan staf tersebut masih terkaku melihatnya, Qairie sudah menyeluk tangan ke kocek belakang untuk mengambil wallet. Tapi terhenti bila dia teringat, kad nikah miliknya diletakkan di dalam dashboard kereta.

"Saya tunggu luar." Akhirnya dia beralah. Cukup sudah dia berperang mulut untuk hari ini. Simpan sedikit tenaga untuk menanam perkara positif saja dalam kepala Saila malam nanti.

Sebelum keluar, sempat dia berhenti seketika merenung Saila dari muka pintu. Pucat. Lebih pucat dari wajah asalnya yang memang sedia selalu tampak tak bermaya.

Kasihan isterinya. Sentiasa terbeban dengan fikiran kecilnya. Terlampau berfikir tentang dunia sekeliling. Risaukan hal yang sebenarnya tidak perlu pun untuk dirisaukan. Saila juga lebih senang mengikut kata hati yang sangat suka mengelak dari dihentam cabaran dunia.

Ada sesetengah perkara, sangat susah hendak diubah jika itu adalah tabiat yang sudah sebati dalam diri sejak dari kecil lagi. Perubahan yang diharap dari Saila, mungkin akan memakan masa yang lebih lama untuk menunjukkan impak.

Kalau terlalu dilindungi, boleh jadi Saila akan semakin jauh terpuruk.

Tapi jika diletakkan terlampau tinggi keyakinan, bimbang pula dia akan jadi terbeban. Hendak dimarah berlebihan pun, sifat pengecut Saila juga yang menemukan jodoh mereka berdua dahulu. Sedikit sebanyak, ada juga hal yang kreditnya perlu diserahkan pada sikap yang satu itu.

Mungkin apa saja perubahan yang melibatkan isterinya itu perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Contohnya, praktis membina keluarga. Bila ada tanggungjawab yang perlahan-lahan berkembang membesar seperti sebuah keluarga , mungkin keberanian dan sikap membela diri juga akan beriringan menampakkan diri.

Bina keluarga?

Hmm .... Qairie memandang sekilas pintu bilik sick bay yang sudah tertutup rapat. Apa ya punca Saila pening seteruk itu?  

Continue Reading

You'll Also Like

10.9M 260K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
2.4M 182K 93
💍 the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) ‼️ mature readers...
6.2M 316K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
194K 24.2K 40
- in which he waits for her. 224th, i'm still here. ミ☆ - short au! [ angst, pure love, imaginations ] > perfect for a crying session.