Alif terkedu mendengar soalan Emma,dia memutarkan bola matanya. Tidak tahu apa yang patut dia jawab,ataupun dia salah dengar kerana bahasa negara Sakura jika salah dengar boleh lain maksudnya.
"Awak soal saya suka kimchi?" soalan Alif membuatkan Emma timbul urat dahi.
"Alif...." Emma mula bengang.
"Eh?" Alif kehairanan.
"YOU'RE IDIOT!!" Emma menghayunkan penumbuk.
BOKK!!
KRAANG!!
Alif terpelanting melanggar dinding,dia terkebil-kebil dengan keadaan tersebut.
Kenapa Emma memberi reaksi seperti itu?
Alif segera bangun dalam keadaan terkial-kial,kemudian membersihkan bajunya dan menghela nafas pendek. Personaliti perempuan kadang sukar difahami,itulah yang bermain dalam kepala Alif dan penulis.
Awan putih tebal berarak di udara,cuaca nampaknya cerah dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Alif menggeliat dan menarik nafas,kemudian dia helakan secara perlahan-lahan.
"Oi.. Apahal kau menung jauh sangat tu?" teguran Azryan membuatkan dia tersentak.
"Huh? Termenung? Mana ada aku biasa je..." jelas Alif dan Azryan mengangkat sebelah kening.
"Apahal kau tenung aku camtu?" soal Alif lagi.
"Kau reaksi macam ada perempuan tanyakan soalan yang kau cintakan dia ke tidak..." kata-kata Azryan membuatkan Alif tersedak.
"Kau okay tak kawan?" soal Azryan lagi dan Alif memalingkan muka daripada dia.
"Aku okay,aku tersedak..." jelas Alif memegang dadanya.
"Hey kamu berdua..!" Emma menegur mereka sebaik sahaja muncul dengan tiba-tiba.
"Emma,ada apa?" soal Azryan.
"Ada misi dari guild.. Nak buat ke?" soal Emma.
"Kelas?" soal Alif dan Emma tersenyum.
"Kelas S,bagaimana?" kata Emma lagi,Alif dan Azryan berpandangan kemudian tersengih.
"SURE!!"
Kapal pesawat hitam meluncur laju merempuh udara,autopilot diaktifkan dan hanya menunggu tiba di destinasi.
"Misi kali ini kita kena menghapuskan sekumpulan demon... Malah katanya ada Devil Knight.." jelas Emma.
"Askar demon la dengan Devil Knight ketua mereka?" soal Azryan dan Alif berfikir sejenak.
"Apa objektif kita?" soal Alif.
"Situ ada relic,katanya ramai dah cuba nak dapatkan tapi ramai la yang gagal..." jelas Emma.
"Hey... Kalau camtu tak payah la..." kata Alif mula risau.
"Awak kenapa Alif? Bukan sudah setuju ke?" soal Emma kehairanan.
"Devil Knight bukan makhluk sembarangan,dia macam manusia boleh berfikir... Level bukan calang-calang..." jelas Alif.
"Come on Alif,bukan selalu... Ganjaran dia bukan main hebat lagi..." ujar Azryan.
Alif terdiam dan memandang Azryan serta Emma,dia tahu jika dihalang sekalipun mereka tetap berdegil untuk melakukan misi yang dimaksudkan.
"Fine,jika berlaku apa-apa aku tidak mahu bertanggungjawab!" ujar Alif tegas.
"Tiada masalah..." Azryan menjawab tersenyum.
"Sama dengan saya..." ujar Emma turut tersenyum.
Pesawat hitam itu terbang dengan laju,akhirnya mereka tiba di destinasi yang telah ditetapkan. Alif mendaratkan kapal jauh dari tempat misi mereka untuk mengelakkan kapal dihancurkan,Azryan dan Emma berbalas senyuman kemudian mengangguk. Alif pula kekal gerak hatinya tidak sedap,namun dia hanya mampu mendiamkan diri.
Mereka melompat dari dahan pokok ke dahan pokok yang lain,mereka bergerak dengan penuh berhati-hati dan menumpaskan demon secara senyap. Mereka harus mengambil relic itu sahaja tugas mereka,jangan sampai bertembung dengan Devil Knight.
Pada masa yang sama tanpa mereka sedari,Devil Knight berada di kawasan relic itu disimpan. Sebaik sahaja tiba di kawasan berhampiran,mereka berhenti di dahan pokok yang berhampiran.
"Itu ke?" soal Emma sebaik melihat Devil Knight dengan matanya sendiri.
"Ya...." jawab Alif.
Aura yang ada pada Devil Knight jelas terasa amat kuat sekali,mengerikan dan mampu membuatkan mereka menggigil. Alif mengepalkan penumbuknya dan menoleh ke arah Azryan serta Emma.
"Guys,aku tak rasa sedap hati.. Kita batalkan misi ni sahajalah..." jelas Alif.
"Apa kau merepek ni Lif? Kita dah sampai separuh jalan ni.." ujar Azryan tidak puas hati.
"Jangan fikirkan ganjaran tu,sekarang nyawa kita jadi taruhan... Kamu berdua tidak sayang nyawa ke?" soal Alif.
"Kau bercakap seolah-olah dah pernah berhadapan dengan benda tu..." duga Azryan.
"Aku tak pernah,tapi aku tahu hanya berdasarkan dengan melihat sahaja...." ujar Alif memberi penerangan.
"Maaf Alif,aku tak suka berundur sebelum berlawan...!" Azryan terus melompat dari situ.
"Oi!!" Alif cuba menghalang namun sia-sia.
Azryan mendarat di hadapan Devil Knight,dia dan makhluk berperisai itu berbalas renungan. Aura dari Devil Knight sememangnya kuat,namun Azryan jenis yang degil dan segera bersiap-sedia.
"Sorry,kau kena kalah!!" Azryan menumpukan kuasanya.
Devil Knight menghunuskan pedang besarnya,bilah pedang kehitaman kerana darah ramai manusia yang disembelih olehnya. Pedangnya diangkat ke atas langit,Azryan kehairanan dan Devil Knight menghayunkan secara menegak.
KRAANG!!
KLONG!!
Azryan segera mengelak dan mengacukan pistolnya,tembakan dilakukan secara bertalu-talu. Devil Knight menahan dengan bilah pedang,tembakan tersebut tiada kesan baginya. Perlawanan di antara Azryan dan Devil Knight berterusan. Alif yang menyaksikan dari atas dahan pokok hanya mampu mendecih,Emma segera turun dan ingin membantu Azryan.
"Bagus,sekarang tambah lagi masalah..." ujar Alif.
TANG!!
KTANG!!
"AZRYAN!! KE TEPI!!" Emma memanggil nama Azryan.
"Ha? Hup!!" Azryan segera mengelak ke tepi,Emma menekap tangan ke tanah lalu muncul rantai membelit Devil Knight.
"Teknik Api!! Hembusan berapi!!" selepas melakukan isyarat tangan,Emma menghembus nafas berapi.
ZROOOSSHH!!!
BRAAM!!!
BOOMM!!!
Letupan yang kuat terhasil dan Azryan serta Emma berundur,Alif turun dari dahan pokok dan Azryan menoleh ke arahnya. Alif hanya mendiamkan dirinya,dia tidak mahu berkata apa-apa kerana merasakan sesuatu tidak kena.
"See? Piece of cake!" ujar Azryan tersengih.
"No... It's not over yet..." kata Alif dan Azryan serta Emma berbalas pandangan,mereka seperti ingin berkata sesuatu tetapi dikejutkan dengan jeritan.
Mereka menoleh ke arah depan semula,Devil Knight masih kekal megah berdiri. Tiada kesan calar pada perisainya,pedang yang berada dalam genggaman mula diangkat.
"Shit!!" Alif segera berlari ke arah hadapan mereka.
Hayunan pedang besar ditangkis,Alif tercampak bersama mereka berdua melanggar pokok besar. Devil Knight menjerit dengan kuat,Alif yang terkial-kial bangun menyedari sesuatu muncul dari kawasan hutan.
"Demon,dia panggil pengikutnya pula..." ujar Alif menahan sakit.
"A... Alif..." Azryan bangkit semula mengibaskan bajunya,Emma dibantu olehnya.
"Puas hati kau?" soal Alif menjeling Azryan.
"Aku tak tahu akan jadi seperti ini..." jelas Azryan dan Emma hanya mendiamkan diri.
Setiap sudut demon muncul dan Alif melukakan jarinya,lalu direnjiskan dan muncul dalam 20 klon Alif melawan demon. Dia memandang ke arah Devil Knight,Alif memasang kekuda bersiap-sedia untuk berlawan.
"Apa yang kau fikirkan nak lakukan?" soal Azryan.
"Devil Knight akan kejar musuh dia sampai dapat,jika kita lari... Dia akan kejar...." jelas Alif.
"Jadi sebab itu kau suruh kita berundur...? Kenapa kau tidak terangkan awal-awal?!" Azryan berkata tidak berpuas hati.
"Aku dah bagi amaran tadi,ada kau dengar?" soal Alif dan terus meluru ke arah Devil Knight.
TANG!!
KRAANG!!
Alif berbalas lagaan senjata dan Alif berlawan sambil memusingkan tongkatnya,pada seluruh tubuh dan dia juga berpusing-pusing ligat. Memberikan pihak musuhnya bingung dengan caranya,itu jika dengan manusia tetapi demon?
Sukar untuk diduga.
TANG!!
Alif tercampak ke belakang dan dia berfikir bagaimana untuk selesaikan musuhnya di hadapannya?
"Aku memang menyampah kalau nak berlawan lama-lama...." ujar Alif sendirian.
"Aku pun nak bantu..." ujar Azryan berdiri di sebelahnya,Alif tersengih sahaja kemudian meluru ke arah demon tersebut.
Azryan mengeluarkan dua pucuk pistol,dia menghapuskan demon-demon yang muncul menyerang. Klon Alif semua masih kekal ada bertarung membantu mereka,Emma turut sama bertarung melawan semua demon yang menyerangnya.
ZRASHH!!
TUSSH!!
Alif bertarung dengan sengit menghadapi Devil Knight,dia berusaha menyaingi kekuatan demon tersebut. Azryan meluru ke arah perlawanan Alif dan Devil Knight,tembakan bertalu-talu dilakukan dan Devil Knight ternyata mula marah lalu melibas hayunan sekuat hati.
ZRASHH!!
"AZRYAN!! HATI-HATI!!" Alif memberi amaran.
Azryan terpelanting jauh kemudian merempuh pokok,dia menahan kesakitan dan Devil Knight mengangkat pedangnya untuk dibalingkan ke arah Azryan. Alif tidak sempat menghalang dan pedang hitam itu,dilempar laju ke arah Azryan yang terbaring.
Apa yang berlaku terjadi dengan sekelip mata,Emma melindungi Azryan namun pedang tersebut menembusi perut Emma. Azryan tergamam manakala Alif menjerit sekuat hati,lalu Alif melibas tongkatnya sekuat hati dan Devil Knight terpelanting melekat pada batang pokok.
"EMMA!!" Azryan bersusah-payah bangkit,pedang dicabut sekuat hati dan meletakkan Emma pada ribanya.
"Emma!!" Alif segera mendapatkan mereka.
"L-luka dia teruk Alif,dia tidak ada harapan..." Wukong bersuara dan Alif hanya mampu melutut di hadapan Emma yang diletakkan pada riba Azryan.
"Hey Emma? Cakap pada saya... Cakap pada saya!" Azryan menggoyangkan tubuh Emma,mata Emma terbuka dan darah keluar sebaik gadis itu terbatuk.
"Emma..." Alif terketar-ketar memerhatikan gadis itu.
"Nampaknya ini balasan saya tak ikut nasihat awak ya Alif?" soal Emma perlahan nadanya,Alif tidak mampu berkata apa-apa.
"Jangan cakap macam tu... Tolong..." Azryan mengalirkan air matanya.
"Azryan.. Saya cintakan awak... Tapi dalam masa yang sama,saya cintakan Alif juga..." luah Emma dan Azryan terkejut lalu memandang ke arah Alif.
"Maafkan saya,tapi saya pilih awak Azryan... Namun kita memang tiada jodoh.... Terima kasih kerana jaga saya... Awak juga Alif...." ujar Emma lagi.
"Emma...." Azryan tidak mampu berkata apa-apa.
"Azryan... I'm really love you..." selepas Emma berkata seperti itu,tangannya terus terjatuh lemah ke tanah.
Jeritan kuat Azryan memanggil nama Emma,Alif terdiam dan suasana menjadi seperti masa berhenti. Devil Knight kembali bangkit,Alif mengetap gigi menoleh ke arah demon tersebut. Pedang Devil Knight dicapai dan diseret,Azryan memandang ke arah Alif yang berjalan lemah.
"Sial kau....." ujar Alif dan air matanya mengalir,aura keemasan sedikit kelihatan.
Alif terus berlari ke arah Devil Knight,pedang yang di tangannya dilibas dan perisai hancur sedikit. Alif menyambung libasan pedangnya,Azryan hanya mampu memeluk tubuh Emma yang tidak bernyawa.
KRAANG!!
Perisai Devil Knight hancur sedikit demi sedikit,Alif terus-menerus menetak tanpa memberi ruang demon itu untuk berehat. Alif melibas dengan linangan air mata,dia kesal tidak dapat melindungi Emma.
"HIARGHHH!!! MAMPUS LAH KAU!!!"
ZRASHH!!!!
Libasan terakhir membelah tubuh demon tersebut,kemudian Alif menyedari pedang tersebut cuba menguasainya. Namun dia terus mengangkat ke udara pedang tersebut,dengan kedua belah tangan dan dihentak pada bahagian peha lalu pedang itu patah menjadi dua.
Sebaik demon itu dihapuskan,semua demon yang ada terus hancur. Klon Alif terus lenyap dari pandangan,Alif berjalan ke arah relic itu. Dia perhatikan lalu Alif capai,Azryan hanya sekadar memerhatikan dari jauh. Alif mengetap gigi dan matanya dibesarkan,dia terus menghempaskan relic tersebut ke lantai lalu hancur berderai.
"Jika relic ini menjadi korban nyawa semata-mata untuk dapatkannya,ia tidak harus wujud!"
EMMA
==========================
Alright ini update terkini
Tidak tahu bila lagi akan update,sila komen pandangan dan vote juga
Jangan komen je tapi tak tekan vote,sia-sia je aku karang
That's all
Ciao!