Part 8

132K 5.4K 1.8K
By popieyaa

Aku menghirup udara malam di luar balkoni. Walaupun malam tapi udara still rasa fresh je. Pandai daddy pilih tempat untuk bangunkan rumah ni.

Satu tangan melingkar di pinganggku dan memelukku dari belakang. Kepalanya direhatkan di atas bahuku. Aku hanya membiarkannya, huh malas ar nak layan.

"Tak mengantuk?" soal Airil. Aku gelengkan kepala.

"Jom tidur nak?" aku geleng lagi.

Airil melepaskan pelukannya dan memusingkan badanku agar menghadapnya. Mata dia lama menenung mataku "Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?" soalnya. Sekali lagi aku geleng. Airil menarik aku ke dalam pelukannya. Hidungnya digeselkan ke hidungku. "Kan aku dah kata aku sayang kau sorang je." katanya lembut. Matanya tak lepas daripada melihat mataku.

"Saya tahu la. Saya penat, nak tidur." aku menolak dadanya. Dia berganjak sedikit, mungkin faham akan mood aku yang tidak berapa elok buat masa ini.

"Aisya.." panggilnya. Aku berpaling ke belakang. "Jangan banyak fikir." sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk walaupun tak faham apa. Dan aku mula melangkah ke katil lalu terlena sendiri.

Aku terjaga daripada tidur dalam pukul 2 pagi. Tempat di sebelahku kosong, aku dah agak dah. Dia ni bukan jenis lekat dekat katil pun. Aku bangun bersandar di kepala katil sambil memeluk lutut. Kepala aku sembamkan ke lutut.

Apa plan Airil? Kenapa Amran selalu bersama dengan Airil? Siapa Mary yang sebenarnya? Apa hubungan dia dengan Airil? Adakah hanya sebagai seorang sepupu? Atau..

Cintanya berputik kembali? Haihh.
Negatifnya otak aku malam ni.

"Kenapa tak tidur ni?" aku mengangkat kepala. Kelihatan Airil yang sedang mengelap peluhnya dengan tuala kecil. "Awak dari mana?" soalku sambil merapatinya yang sedang berdiri di sebelah katil. "Gym." jawabnya sepatah dan menapak ke bilik air.

Gym? Time-time macam ni? Serius ar.

Dia mula keluar dari bilik air dan memandangku. "Jom ikut aku." pelawanya. Aku mengangkat muka. "Nak buat apa? Taknak la." jawabku.

Aku kalau bab senaman ni aku memang fail. Airil merapatiku dan menarik tanganku. "Alah buat teman je, kau tak mengantuk pun kan?" aku mengangguk. Betul la tu, memang aku tak mengantuk pun.

Sampainya di gym Airil menyuruh aku duduk sahaja. Aku duduk dan memerhati sekeliling. Cantik gym ni, aku tak tahu pulak dalam rumah daddy ni ada gym sebesar dan selengkap ni. Al maklumla orang kaiyaaa. Aku berpaling pula ke Airil yang sedang melakukan push up.

Wuish terguda siaa. Rambut basah, peluh sana sini.

Pergh, idaman malaya.

Pintu dibuka dari luar. Terpancul wajah Amran dan juga Azri. Diorang buat apa pulak dekat sini? Asal semua tak tidur lagi?

Arghh apekahh. Aku perhati badanku yang hanya mengenakan baju tidur berlengan pendek dan seluar hello kitty panjang. Aku macam budak-budak ke?

Huarghh, malunyaa.

"Wow Aisya, you look so beautiful and cute la." puji Amran lalu duduk agak rapat di sebelahku. Aku membuat muka tidak selesa dan memandang Airil. Airil juga turut memandangku. Dia tersenyum nipis dan mula bangun menuju ke arahku. Amran ditolak begitu sahaja dan dia duduk di tempatnya.

Azri yang sedang duduk di penjuru dinding itu hanya memerhati. Airil mengambil tuala di tanganku lalu mengelap peluhnya. "So, plan kau?" soal Airil dan meneguk air di dalam botol. Amran dan Azri mula merapati kami.

"Er.. Aisya nak masuk bilik la." kataku. Airil pantas memegang tanganku. "No, stay here and listen carefully." kata Airil serius. Aku menelan air liur dan terpaksa akur sahaja. "Okey macam ni. She's have a plan, a big plan. We should make a move now." terang Amran. Aku hanya menongkat dagu, tidak berminat dengan plan mafia mereka. Muka bosan aku tayangkan.

Sedang Amran membebel panjang, Airil mengerling ke arahku sebentar dan kembali berpaling ke arah Amran semula. Now, apa fungsi aku duduk di sini dengan diorang? Nak dengar diorang berbincang pasal plan entah apa-apa tu? Boringnyaaa.

"Aisya mengantuk ke?" soal Azri. Aku hanya menggeleng dan tersenyum. Airil pula memandangku. "Kalau ngantuk tidur sini je." katanya sambil menepuk nepuk pahanya. Aku anggukkan saja walaupun aku agak malu dengan Azri dan Amran yang sedang memandangku. Amran mengeluh berat.

"Orang dah ada bini kann. Kita ni apa je." perli Amran. Azri pula mengangguk tanda setuju. "Ish dah ar, cepat lah bincang pasal Mary ni." kata Airil laju. "Mary?" tanyaku ingin tahu. Mereka bertiga mengangguk saja dan sambung perbincangannya.

Diorang jawab camtu je? Heh.

"Aku dapat tahu, Mary anak buah dia. Kau kena jaga Aisya betul-betul." kata Azri dan memandangku. Aku hanya diam, tak faham apa yang diorang cuba perkatakan. "Ke.. Kenapa dengan saya?" soalku penasaran. "Mary.. Dia dulu lesbian." jawab Azri lalu memandangku.

Whut? Perempuan tu punya lah meletop, takde taste ke.

"Jangan dekat sangat dengan dia, faham?" arah Airil. Kepala aku anggukkan. "Ha- habistu Mummy?" soalku. Dekat Mummy takkan dia suka jugak? Tak, bukan aku nak kata Mummy tu tua cuma Mummy kan rapat dengan dia so tak mustahil dia akan apa-apakan Mummy jugak.

Perempuan kan memang di luar jangkaan pemikiran dia.

Kan?

"Dia cari yang masih mentah. Aisya masih mentah ke?" tanya Amran. Keningnya dijongketkan ke arahku. Tangan Airil hinggap di bahu kirinya. Amran mengaduh kesakitan. "Jangan ganggu dia boleh tak?" Airil memberikan amaran sambil merenung tajam ke arah Amran. Amran mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.

"Sekarang macam mana kita nak suruh Mary keluar daripada rumah ni? Aku yakin dia takkan keluar selagi dia tak dapat mangsa dia." Azri menggaru kepalanya. Amran menjongket bahunya manakala Airil hanya mendiamkan diri. Otak mereka ligat memikirkan sesuatu.

Bunyi pintu dari luar menyentakkan kami. "Guys, borak apa ni?" soal Mary lalu mengambil tempat di sebelahku. Airil, Azri dan Amran memandang aku dan Mary silih berganti. "Aisya, you busy tak pagi esok? Teman I pergi mall please, barang I dah banyak habis." pintanya lalu menarik tanganku ke dadanya. Aku menarik semula tanganku.

Geli makkk.

"Er.. Sa- saya kena tanya Airil dulu." jawabku lalu menjauhkan sedikit jarak antara aku dan Mary. "Airil, boleh kan?" soal Mary. Airil terus mengangguk dan memandangku. "Aku ikut." tungkas Airil. Wajah Mary kelihatan sedikit kecewa namun dikawal. Harap je model, tapi lesbi.

Erk.

"Kami pun nak ikut!" jerit Azri dan Amran serentak. Airil mengangguk manakala Mary sedikit teragak agak ingin membuat keputusan. "Okay, tapi jangan ganggu aku dengan Aisya dah la." kata Mary dan mula melangkah keluar. Amran dan Azri membuat aksi ingin muntah. Aku pandang Airil dan dia juga turut memandangku. Lengan Airil aku pegang.

"Awak, kenapa dia jadi macam tu? Mesti ada sebab." soalku. Airil memandangku lama lalu menundukkan kepalanya. "Bekas suami dia pernah jual dia dekat tempat yang tak baik. Sebab tu dia jadi macam tu, terpengaruh." terang Airil sambil membetulkan rambutku lalu tersenyum manis ke arahku.

"Parents Mary pun beli lah dia balik. Tapi, perangai dia tetap sama dan dia masih bekerja dengan orang yang sama iaitu bekas suami dia sendiri." sambung Azri. Airil menepuk pehanya kuat. "Tak payah la sampai ke situ." bentaknya. "Tapi Mary tak lesbian la, dia cuma nakkan perempuan untuk diberi kepada bekas suami dia." sambung Amran pula. Airil menjeling mereka.

"Untuk apa?" tanyaku lagi.

"Puaskan nafsu dia." kata Airil seakan berbisik di telingaku. Asal seram sangat bunyinya tuu. "Jom, masuk tidur sekarang, nanti bangun lewat." kata Airil lalu berdiri dan menarik tanganku. Aku hanya menurut dan melambai ke arah Azri dan Amran.

Esok kita membawang lagi, ermm.

Airil menutup pintu bilik dan dikunci. Kemudian dia menolak badanku ke arah pintu, tangannya ditahan di pintu. Aku tersepit di tengah-tengah. "Kau memang nak kena kan? Best ke jadi tatapan orang, hah sayang?" soalnya bertalu-talu. Aku mengerutkan dahi. Apa salah yang aku dah buat ni.

"Saya buat apa?" soalku polos. Airil memegang butang teratas di bajuku lalu ditunjukkan ke arahku. Ternyata, 2 butang atas itu telah terbuka. "Seronok?" soalnya sinis. Aku memegang butang yang terbuka itu lalu tangannya naik membuka tudungku.

"Saya tak tahu." kataku dan baru sahaja aku hendak membutangkan balik butang baju itu, Airil menepis tanganku. Aku memandangnya.

"No need, sebab kau pun dah cabar aku. So now, you're mine." katanya lalu mencempung badanku ke katil. Airil menindihku lalu butang bajuku dari atas dibuka perlahan-lahan, matanya tidak lepas daripada memandangku.

"I love you." katanya dan mula mencium lama bibirku.

Oh no, my dara.
































Maaf typo. 🙆

Continue Reading

You'll Also Like

14.2K 679 87
Syed Hilman ❤️ Aurora Medina
39.4K 4.9K 50
Merenung segenap ruang yang menempatkan hampir setengah bulan. Buntu Nara mencari jalan keluar. Melihat kalendar yang terpapar di dinding. Nara past...
62.7K 7.7K 33
Final Chapter of ; MISTRESS series The changes in him. "awak berubah, sayang" "tak, aku tak berubah. cuma aku perlukan ruang setelah kau bunuh anak a...
527K 18.7K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...