KEMBALIKAN SENYUMANMU PADAKU✔️

By nadhira1998

990K 14.2K 127

[Complete✔️] Satu kemalangan yang melibatkan Datuk Khalid dan Natasha menyebabkan Adam mula membenci Natasha... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Iklan
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Iklan
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
IKLAN
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Akhir Kata
New Story

Bab 36

17.3K 266 2
By nadhira1998

Natasha membetulkan kolar baju Haikal dan memakaikan sedikit bedak talkum di muka Haikal..Haikal hanya tersenyum melihat ibunya yang kelam kabut menyiapkan dirinya itu..Haikal kelihatan comel sekali apabila mengenakan baju seragam berwarna oren dan berseluar hitam itu..

"Okey..Siap!..Haikal pergi turun breakfast dulu ye sayang..Tokma and Tokpa ada dekat meja makan..Ibu nak siap kejap..Kejap lagi ibu turun"..

Haikal segera menganggukkan kepalanya lalu berlari anak keluar dari bilik..Satu persatu tangga dituruni oleh Haikal dengan berhati-hati.Haikal segera berlari menuju ke arah ruang makan..

"Ayah!"

Haikal yang memandang Adam yang turut berada di meja makan itu menjerit ceria..Adam yang berada di meja makan itu segera memalingkan mukanya ke arah suara si comel itu..Terus terserlah senyuman di wajah Adam dan juga Haikal..Haikal berlari mendekati Adam..

"Hey anak ayah yang handsome!.."

Adam menyahut apabila Haikal memanggilnya tadi..Adam segera menyambut Haikal yang berlari ke arahnya dengan mendepakan kedua belah tangannya..Adam menyambut depaan Haikal lalu diangkat Haikal untuk duduk disebelahnya..Datin Aida dan Datuk Khalid hanya memandang ke arah Adam dan Haikal itu..

"Haikal panggil kamu ayah,Adam?"..

"Haah paa..Adam yang suruh Haikal panggil Adam macam tu"

Datuk Khalid bertanya kepada Adam kerana terkejut apabila mendengar Haikal memanggil Adam "ayah"..Adam pula menjawab soalan yang ditanya oleh Papanya dengan muka yang selamba sahaja..

"Ibu mana?"

"Ibu tengah siap..Kejap lagi ibu turun.."

Haikal menjawab soalan yang ditanya oleh Adam sambil tangannya memegang gelas yang berisi susu itu..Adam menunduk sedikit kepalanya lalu dicium ubun-ubun rambut Haikal itu..Datuk Khalid hanya memandang Haikal dan Adam itu tanpa suara..

"Kamu ni Adam suka hati aje suruh si Haikal panggil kamu tu ayah.."

Datin Aida yang berada di dapur itu melangkah masuk ke ruang makan sambil tangannya membawa sambal nasi lemak untuk dihidangkan itu..Selepas meletakkan sambal itu,Datin Aida menyampuk perbualan anak beranak itu..Tangan Datin Aida pula ligat menceduk nasi lemak untuk Datuk Khalid..

"Alah..Kenapa pulak..Shaa tu pun rileks aje si Haikal panggil dia ibu"..

Adam menjawab selamba apa yang mamanya berkata tadi..Datin Aida yang mendengar jawapan Adam itu terus menjeling..Adam yang melihat mamanya itu menjeling terus memberi senyuman kambing kepada ibunya..
***

Natasha berdiri di depan meja soleknya sambil membetulkan tudung dan bawah baju yang dipakainya..Perfume jenama Lancome Miracle itu dicapai lalu disembur di sebelah kiri dan kanan tudungnya..Natasha memusingkan badannya dan bersedia untuk turun itu terus mencapai handbagnya itu lalu menuju ke ruang makan...

Natasha menghampiri ruang makan..Kerusi disebelah Haikal ditarik lalu melabuh duduk..Natasha sempat melirik ke arah Adam yang sedang makan nasi lemak yang dimasak oleh mamanya itu..Haikal pula hanya memakan coco crunch beserta dengan susu segar..

"Hai Abang Adam..Makan dekat sini pagi ni..Wife tak masak ke?"

Adam yang sedang mengunyah makanan di dalam mulut itu terus terhenti...Adam memusing kepalanya menghadap ke arah Natasha..Jelas mata Adam menunjukkan sinar yang bahaya..Datuk Khalid yang melihat keadaan yang dingin itu terus membuka mulut dan mengalihkan topik perbualan mereka...

"So,Shaa pergi hantar Haikal sorang jela ni?Nak mama dan papa temankan tak?.."

"Haah..Shaa pergi sor........"

"Shaa pergi dengan Adam nanti pa..Sebab tu la Adam datang sini pagi ni.."

Natasha belum sempat menghabiskan kata-katanya lagi Adam sudah memotong menjawab soalan yang di ajukan oleh papanya itu..

"Kalau macam tu baguslah..Tak adalah papa and mama risau sangat"

Datin Aida juga bersetuju apabila mendengar jawapan Adam..Adam masih beriak selamba..Selepas selesai sarapan pagi..Natasha,Adam dan Haikal bersalaman dengan Datuk Khalid dan Datin Aida sebelum melangkah pergi..
                            ***

Suasana di didalam kereta begitu janggal..Adam begitu fokus memandu..Haikal yang berada di seat belakang hanya mendiamkan diri sahaja..Tangannya ligat bermain dengan permainannya..Sesekali Adam mengerling ke belakang melalui cermin pandang belakang untuk melihat Haikal..Natasha yang berada di sebelah Adam itu memandang ke luar tingkap seolah-oleh sedang mengelamun..

Setelah setengah jam,Mereka bertiga sampai di taska Royal Amber Kids..Natasha keluar dari perut kereta milik Adam lalu membuka pintu belah kiri penumpang..Natasha segera membuka seat belt yang dipakai oleh Haikal itu..

"Terima Kasih ibu"

Haikal mengucapkan terima kasih kepada Natasha lalu menghadiahkan senyuman yang menawan buat Natasha..Adam yang baru keluar dari perut kereta itu segera membuka pintu belakang sebelah kanan itu lalu mengambil beg kecil milik Haikal..Adam sempat tersenyum melihat telatah Haikal yang begitu petah bercakap itu..Walaupun usia Haikal baru 3 tahun setengah,Tapi cara Haikal menunjukkan dirinya seperti seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun..

Natasha tersenyum dan mengucup pipi gebu milik Haikal..Adam menghampiri Natasha..Lalu beg kecil milik Haikal bertukar tangan dengan Natasha..Selepas itu,Adam menghampiri Haikal lalu diangkat Haikal turun dan meletakkan Haikal berdiri di atas tanah..

"Terima Kasih ayah angkatkan Haikal"

"Sama-sama anak ayah"

Adam menggosok ubun-ubun rambut Haikal dengan lembut..Mereka berjalan beriringan lalu masuk ke dalam Taska Royal Amber Kids itu...
***

"Haikal jaga diri elok-elok okey..Ibu dah nak pergi kerja ni..Jangan nakal-nakal tau.."

Natasha duduk mengcangkung itu sempat memberi pesanan kepada Haikal..Haikal tersenyum dan menggangguk-anggukkan kepalanya...Haikal segera menghulurkan tangannya kepada Adam dan Natasha untuk menyalami tangan mereka sebelum masuk ke kelas..
***

Adam yang sedang memandu sesekali mengerling ke arah sisinya yang terletak elok bidadari syurganya itu..Selepas hantar Haikal ke taska tadi,Natasha hanya mendiamkan diri sahaja..

"Sayang kenapa ni? "..

"Abang tu dah kenapa..Siap bahasakan diri sebagai Ayah dengan Haikal..Abang sengajakan nak bagi si Haikal tu harapan palsu!"..

Natasha yang dari tadi hanya mendiamkan diri itu mula meletus bagai gunung berapi..Dia betul-betul sakit hati apabila mendengar Haikal memanggil Adam ayah...Natasha takut sekiranya semua itu akan membuat Haikal menaruh harapan kepada Adam..

"Sayang..Tak salahkan Haikal panggil abang macam tu..Lagi pun sayang pun bukan ibu kandung Haikal.,Okey aje Haikal panggil sayang ibu..Ohh..by the way,Abang suka dengar Haikal panggil sayang ibu..So Sweet to me..

Adam menghabiskan katanya sambil mengenyit matanya pada Natasha..Natasha yang melihat kenyitan itu terus memberi jelingan maut kepada Adam..Adam hanya tergelak kecil melihat muka Natasha itu..

Setelah 20 minit perjalanan dari taska Royal Amber Kids ke syarikat mereka,akhirnya mereka sampai ke syarikat Jaya Holdings itu..Adam memarkir keretanya di tempat yang telah disediakan untuknya..Sebelum itu,Natasha sempat mengambil cermin kecil dari handbagnya lalu melihat mukanya itu..Adam hanya memerhati gelagat Natasha itu..

"Sayang dah cantik.."

Puji Adam ikhlas..Natasha mendengar jawapan Adam itu terus menaikkan bola matanya ke atas..Cermin kecilnya kembali disimpan di dalam handbagnya..

Sewaktu Natasha ingin membuka pintu kereta,Adam secara tiba-tiba memegang bahu Natasha..Natasha yang terkejut itu terus berpaling ke arah Adam..

"Cupppp"

Bibir Adam melekat pada bibir munggil milik Natasha..Natasha terkedu seketika..Bulu matanya beberapa kali berkedip..Selepas 5 saat,Adam melepaskan bibir munggil milik Natasha..

"Sedap..Rasa macam gula-gula kapas!"

Adam berkata dengan selamba..Muka Natasha segera merona merah apabila mendengar kata-kata Adam..Natasha segera membuka pintu kereta lalu berlari anak dan masuk ke dalam pejabat..Adam ketawa kecil apabila melihat muka Natasha yang merona merah itu lalu Adam juga keluar dari perut keretanya lalu berjalan masuk ke dalam pejabatnya..

Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 36.6K 15
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...
586K 878 2
Ameer Ulhaq - Anak tengah daripada 3 orang adik beradik. Sikapnya yang dingin, ego, sarkastik itu jelas menunjukkan dia jauh beza dengan adik beradik...
1.1M 59.9K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejá vu. Setiap kali...