MELODI TERINDAH(COMPLETE)

By aisyfifi

76.2K 3.3K 560

Kisah AHMAD WAHYU seorang CEO 'W' STUDIO AGENCY'S telah jatuh cinta terhadap seorang gadis blur yang juga pel... More

PROLOG✓
BAB 1 KEMALANGAN✓
BAB 2 KEMATIAN✓
BAB 3~SIAPA DIA?✓
BAB 4~MIMPI✓
BAB 5~PUTUS TUNANG✓
BAB 6~DEBUT✓
BAB 7~PENULIS LIRIK✓
BAB 8~HANAN FALISYA✓
BAB 9~PERCUTIAN✓
BAB 10~AHMAD WAFIY✓
BAB 11~TEMAN✓
BAB 12~WAHYU KEMBALI✓
BAB 13~SIASATAN✓
BAB 14~ BELAJAR✓
BAB 15~ MENJENGKELKAN✓
BAB 16~ J.LO & JAY✓
BAB 17~PELANCARAN ALBUM✓
BAB 18~PERBALAHAN✓
BAB 19~ AIR MATA✓
BAB 20~MAJLIS PERDEBUTAN✓
BAB 21~ MR CUTE✓
BAB 22~KELAS MUZIKAL✓
BAB 23~ BULI✓
BAB 24~ PENJAGA CEMONG✓
BAB 25~KECEWA✓
BAB 26~ CEMBURU✓
BAB 27~ PROJEK LAGU BARU✓
BAB 28~ AKU RINDU DIA✓
BAB 29~ GOSIP✓
BAB 30 ~ PUTUS ASA✓
BAB 31~ PERTEMUAN✓
BAB 32~ CEMONG DILANGGAR✓
BAB 33~ KEMATIAN CEMONG✓
BAB 34~ KENANGAN BERSAMA✓
BAB 35~HADIAH KEYBOAD PIANO✓
BAB 36~ 'JATUH CINTA'✓
BAB 37~ ALERGIK✓
BAB 38~ SONG BATTLE✓
BAB 39~ MENGUJI MENDUGA✓
BAB 40~ HANAN JADI SUPERSTAR✓
BAB 41~ANNUAL DINNER✓
BAB 42~ MERAJUK✓
BAB 43~ MEMUJUK✓
BAB 44~ ANNOYING✓
BAB 45-LUAH PERASAAN✓
BAB 46~ BERPALING TADAH✓
BAB 47- TAMAN JEPUN✓
BAB 48~ TERUNGKAI SEBUAH MIMPI✓
BAB 50~ KESEDIHAN✓
BAB 51~ REALITI ATAU MIMPI✓
BAB 52- HILANG INGATAN✓
BAB 53~ MURUNG✓
BAB 54~ SURPRISE OR GAME?✓
BAB 55~ SURPRISE?✓
BAB 56~ NO MORE TEARS✓
BAB 57~ HARI TERINDAH✓
BAB 58 ~ HARI ULANGTAHUN✓
BAB 59~ANNIVERSARY(EPISOD AKHIR)✓
Cast of MT
cast of MT 2

BAB 49~ RAHSIA TERBONGKAR✓

1K 42 0
By aisyfifi


HANAN merenung cincin yang dilamar oleh Mr.cute nya tempohari. Dia tersenyum sendiri bahagia terasa dijiwa. Dan hari itu, dia tidak masuk ke agensi kerana Mr.cute nya mahu dia hanya duduk di rumah sahaja kerana khuatir jika gadis itu berdua dengan Iyyad di sana. Cemburu rupanya. Itu salah satu punca kes yang Wahyu marah di atas rooftop bangunan 'W' Studio Agency's tempohari.

Hanan tergeleng lucu apabila mengenangkan detik-detik itu dan juga fi'il lelaki itu. Dulu, lelaki itu adalah ketuanya dan dia adalah pelatihnya dengan Tuan CEO adalah panggilannya. Namun, kini panggilan itu telah bertukar seratus peratus kepada Mr.cute.

Lelaki itu juga telahpun berjanji untuk menghantar Hanan menyambung pelajarannya ke luar negara setelah mereka diijab kabulkan nanti. Majlis pertunangan akan diadakan selepas perbincangan dan juga persetujuan dari Encik Ahmad Wadi iaitu daddy Wahyu. Dan juga Ahmad Wafiy, adik tirinya. Ya, restu dari mereka berdua amat penting. Hanan bersyukur kerana tiada lagi sifat benci yang tertanam di dalam jiwa lelaki itu terhadap adik tirinya itu. Sungguh dia berasa gembira dengan perubahan itu.

Tanpa sedar pada waktu yang sama, Kate sudahpun melabuhkan duduknya di sebelah Hanan sambil tersengih kecil.

"Amboi! Sampai ke Bangladesh dia punya berangan..." Teguran Kate itu menyentakkan lamunan Hanan.

Lantas wajah Kate itu dipandang seiring dengan senyuman termanis dihadiahkan buat wanita itu.

"Akak ni... ada ke Bangladesh pergi nya. Akak... akak nak tahu something tak?" tanya Hanan seraya menjengkelkan kening sebelah kanannya.

"Apa dia? Apa dia?" Kate mula teruja.

"Tadaa!" Hanan menayangkan jemarinya yang terhias sebentuk cincin di hadapan Kate.

Seperti yang dijangka, mata Kate membuntang luas dengan mulutnya yang sudahpun terlohong dek kerana terkejut plus seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Wow! Cincin... biar betul? Siapa yang lamar? Siapa? Siapa?" Bertalu-talu Kate mengajukan soalan terhadap Hanan dek kerana tidak sabar ingin tahu siapa si pelamar yang bertuah itu.

"Guess who?" Hanan masih berteka-teki.

Kate mula melemparkan sebuah renungan yang cukup tajam buat Hanan. Kemudian, dia mengecilkan matanya seperti dapat mengagak siapa yang melamar gadis itu.

"Hanan... jangan cakap orang yang lamar you ni, Wah-" Baru sahaja dia mahu menyebut nama yang berlegar di dalam kotak fikirannya tika itu, Hanan sudahpun menganggukkan kepalanya tanda mengiakan tekaan gadis itu yang dianggap seperti kakaknya.

"What? Oh my god! I can't believe it... see! See! Akak dah lama agak benda ni akan terjadi. Tak sangka, apa yang akak agak selama ni, betul! By the way, tahniah Hanan!" ucap Kate dengan nada yang cukup teruja dan dia yang terlebih kuah dari sudunya dek kerana terlalu suka tatkala mendapat berita gembira hari itu membuatkan Hanan tergelak lucu dengan aksi spontan wanita di hadapannya itu.

"Terima kasih, kak..." Tubuh Kate ditarik ke dalam pelukannya. Mahu menikmati hari bahagianya.

Kate membalas pelukan Hanan yang dianggap seperti adiknya sendiri.

"Sama-sama kasih. Hmm, you know Hanan sayang... Hanan adalah orang yang paling bertuah sebab dia pilih Hanan untuk menjadi sebahagian dari hidup dia. Wahyu, orangnya cukup setia. Akak kenal dia dah lama. Akak tahu dia macam mana. Dia seorang yang sangat setia. Walaupun kadang-kadang dia suka melepak dekat night club, namun... dia memang tak main perempuan. You don't worry about that, yeah! Manusia akan berubah satu saat nanti..." Rambut gadis itu digosok lembut persis adiknya sendiri.

Hanan mengangguk faham. Dia telah berjanji akan menerima segala kekurangan lelaki itu Mr cute nya itu. Tidak kisah baik mahupun buruk kerana dia percaya bahawa suatu hari nanti, lelaki itu pasti akan berubah. Dan tidak lagi ke kelab malam lagi seperti selalu bila dia sedang berduka.

Hanan juga telah memaklumkan pada Iyyad tentang dia dilamar oleh Wahyu kerana baginya sebagai sahabat baik kepada Iyyad, Iyyad perlu tahu tentang berita gembira itu Iyyad tumpang gembira setelah mengetahuinya dan siap belanja Hanan makan lagi bagi meraikan hari bahagia Hanan. Mereka berkongsi kegembiraan itu bersama.

****

NEW LUXURY BUNGALOW 2STY TAMBUN, IPOH


HANAN sengaja datang ke rumah kekasih rasminya itu untuk menghantar makanan yang dimasaknya pagi itu. Dia tahu bahawa hari itu Wahyu cuti dan ada di rumah.

Wahyu mempelawa Hanan masuk ke rumahnya dan disuruhnya menunggu di ruang tamu sementara Wahyu pergi ke tandas sebentar.

Hanan yang mulai kebosanan hanya menunggu di situ, mula bingkas bangun dari duduknya dan menapak menuju ke arah rumah kecil milik Cemong yang terletak di satu sudut ruang tamu itu. Hanan merasa rindu sangat terhadap Cemong. Terimbau kenangannya bersama Cemong. Tidur bersama. Bermain bersama. Mencipta lirik bersama. Sungguh hatinya benar-benar dipagut rasa rindu pada setiap detik yang terluang bersama Cemong.

Andai dia mampu memutarkan masa, tentu dia akan putarkan masanya bersama Cemong. Dia berlalu ke ruang dapur dan membuka pintu belakang rumah itu kerana mahu menziarahi pusara kecil milik Cemong yang terletak di belakang rumah itu dilihatnya. Comel kubur kecil dihias bunga seri pagi berwarna-warni kecil di keliling pusara itu. Kreatif betul Mr. cutenya itu. Dia menghela nafas seketika sebelum berlalu masuk ke rumah semula.

Sejurus kemudian, Hanan mengatur langkah menuju ke arah tangga untuk didaki dan naik ke tingkat dua. Berhajat mahu ke library untuk mencari bahan bacaan.
Boleh bersantai di situ sementara menunggu Tuan Wahyu muncul semula.

Elok sahaja dia menapak ke muka pintu masuk mini library, Hanan tersenyum melangkah masuk dan membelek buku yang sesuai untuk dibaca. Buku resepi pun ada? Mesti Tuan CEO nya itu suka memasak.

Dibelek lagi ke arah rak yang lain di bahagian bawah. Buku ilmiah. Buku novel bergenre horror. Dan dalam sibuk membelek buku-buku di situ, matanya tertancap ke arah sebuah buku yang sederhana tebal. Penulisan Stephen King. Novel bergenre Horror.
Dan salah satu yang paling menarik minatnya untuk membaca tajuk 'NOS-4R2 by Joe Hill'

"Wow! NOS4A2 by Joe Hill? Macam best je? Humm, nak cuba bacalah. Siapa tahu ianya menarik. Haish, tak sangka Mr.cute aku ni minat novel macam ni? Banyak jugak novel seram dia tu ek? Ah, apa-apa ajelah. Yang penting aku nak baca." Hanan mencapai buku itu dan terus berlalu naik ke atas sofa bersama buku yang telah diambil tadi dalam pegangannya.

Buku novel horror menjadi pilihan sebagai bahan bacaannya pada hari itu. Baru sahaja dia hendak membuka pada halaman utama buku novel itu, tiba-tiba sahaja dia terlihat sebuah buku yang agak tebal seperti sebuah diari terselit di sebalik sofa yang didudukinya. Tanpa menunggu, Hanan menarik ia keluar dari celahan sofa itu.

My diary is my life~Ahmad Wahyu.

Tulisan tangan pada muka hadapan buku itu dibacanya. Mulutnya sedikit terbuka dalam bentuk 'O'.

"Oh, diari dia rupanya. Ummh, nak baca ke tak? Uh! Tak payahlah. Tak baik baca diari orang." Hanan mahu meletak buku itu kembali ke tempat asalnya.

Malangnya, buku itu telah tergelincir dan terlepas jatuh ke atas lantai dalam keadaan terlangkup.

Hanan tersentak. Lalu, dengan tindakan refleksi dan spontannya, dia melompat turun dari sofa yang agak tinggi sedikit itu. Dia mengambil diari itu dan mahu menutupnya semula kerana buku itu sudah terbuka.

Baru sahaja dia ingin menutup buku itu, matanya tertancap ke arah satu helai muka surat yang telah menarik minatnya untuk terus membuka dan membacanya.

Dia berusaha untuk tidak membaca diari orang. Tetapi, hatinya melonjak-lonjak ingin tahu apakah isi kandungan dalam muka surat itu?

'Maafkan saya, tuan...' desis Hanan memohon maaf di dalam hatinya. Berharap lelaki itu akan memaafkannya jika mengetahui bahawa dia telah terbaca diari lelaki itu dalam diam.

Setelah helaian itu dibelek dan dibacanya isi kandungannya, dengan tidak semena-mena buku diari itu terus terlepas dari tangannya.

Saat itu, nafasnya sudah turun naik. Bibirnya menggigil. Dia mengurut dadanya yang terasa sesak tidak menentu.

Pada masa yang sama, pandangannya menjadi semakin kelam. Kepalanya berpinar-pinar. Pandangannya berbalam-balam. Dan tidak sampai beberapa saat sahaja, dia jatuh terjelepok ke atas lantai. Suasana sepi. Pitamkah dia?

Hanan mulai tersedar dengan keadaan mamai. Bebola matanya meliar merenung ke sekelilingnya. Dia berada dalam sebuah kamar yang begitu asing baginya. Dengan pantas dia bangun duduk seraya menyentuh kepalanya yang masih berpinar-pinar.

Hanan cuba turun dari katil. Dia tertanya-tanya kamar milik siapakah itu? Seperti dia pernah melihat ruangan itu sebelum ini. Tetapi di mana?

Setelah diamati betul-betul, barulah dia menyedarinya. Ternyata, kamar itu adalah milik Tuan CEO nya. Bertaut keningnya kerana pelik, bagaimana dia boleh berada di situ? Lama dia berfikir di situ mencari punca.

Tiba-tiba dia baru teringat. Dia pengsan di perpustakaan mini tadi.
Dan dia mulai teringat akan puncanya pengsan di situ adalah kerana dia telah membaca isi kandungan dari dalam diari milik Ahmad Wahyu seeblun dia jatuh tidak sedarkan diri.

Nafasnya kembali terasa sesak untuk berhembus dengan sekata. Dan dia terus menapak menuju ke muka pintu kamar itu. Hanan memulas tombol pintu dan berlalu keluar dari situ dalam keadaan sedikit terhuyung-hayang.

Hanan menuruni anak tangga satu persatu. Tiba dipertengahan anak tangga, dia terlihat ramai pula yang berkumpul di ruang tamu rumah itu.

Hanan tidak mahu menghiraukan mereka lagi. Dia terus menapak turun hingga ke tangga terakhir. Tiba sahaja di tangga terakhir baru dia sedar tahu bahawa siapa yang berada di dalam rumah lelaki itu adalah Marina, Kate, Jay, Adief yang datang bersama Marina. Dan wajah terakhir yang menjadi santapannya sudah tentu lelaki yang telah melamarnya tempohari iaitu Ahmad Wahyu. Lelaki yang dipujanya dulu, namun kini hatinya telah bertukar menjadi benci.

Kenapa? Pastinya menjadi tanda tanya, kan? Yalah, tiba-tiba sahaja dia bencikan kekasih yang dipujanya dulu. Bukankah ianya pelik?

Hanan tidak menunggu di situ, terus berlalu di hadapan mereka yang tengah berbincang sesuatu dengan wajah mereka masing-masing penuh sarat dengan riak kerisauan.

Hanan melangkah menuju ke pintu utama. Marina yang terperasan akan Hanan segera memanggilnya membuatkan yang lain memandang ke arah Hanan.

Wahyu bingkas berdiri merenung belakang tubuh si gadis kesayangannya itu. Terkelu lidah. Perasaannya penuh sarat dengan pelbagai persoalan serta kerisauan yang menggunung tinggi.

"Hanan! Tunggu!" Panggilan Marina tidak dihiraukan. Malah, dia meneruskan langkahnya dengan pergi dari situ bersama riak yang cukup mencuka dipamerkan.

Dia khuatir jika dia terlepas amarahnya di situ. Dia tidak mahu lelaki itu malu di hadapan rakan-rakannya nanti. Jadi, jalan yang terbaik adalah pergi dari rumah mewah itu.

Dengan hati yang penuh sarat dengan kesedihan dan kemarahan yang membuak-buak, Hanan terus membuka pintu dan keluar dari situ.

Wahyu tidak keruan melihat Hanan yang sudahpun keluar dari rumahnya. Tanpa melengahkan masa lagi, dia terus mengejar Hanan.

Jelas terpancar riak kerisauan pada wajahnya. Yang lain turut bangun dari duduk dan mengekori Wahyu dan Hanan. Risau pula jika terjadi perkara yang tidak diingini.

"Hanan, tunggu! Dinda nak pergi mana, sayang? Dinda baru saja sedar. Keadaan tak stabil lagi tu." Wahyu berjaya menahan Hanan dari pergi di luar pintu rumahnya.

Bahu gadis itu dicengkamnya lembut kerana tidak mahu gadis itu pergi meninggalkannya.

Sungguh dia takut jika perkara yang menyakitkan jiwanya dan mampu membuatkan dia menjadi separuh gila ketika dia putus tunang dengan Bella dulu terjadi lagi. Dia tidak mahu Hanan hanya mematungkan diri seperti tiada perasaan di hadapannya.

"Hanan... mari kita masuk. Kat luar ni sejuk. Tak elok untuk kesihatan. Kawan-kawan kanda semua dah tunggu dinda," pujuk Wahyu cuba berlembut dengan Hanan. Berharap gadis itu akan termakan dengan pujukannya.

Dia berharap gadis itu tidak terbaca lagi isi kandungan di dalam diari miliknya itu kerana di situlah tersimpan semua rahsianya. Tetapi, entah mengapa dia berasa tidak sedap hati dengan mood Hanan pada malam itu.

Hanan menatap seraut wajah keisauan lelaki di hadapannya itu seiringan dengan senyuman sinis yang dihadiahkan buat lelaki itu.

"Siapa sebenarnya kau, hah? Apa niat kau dekati aku?" Bahasa kasar yang meluncur keluar dari bibir gadis itu membuatkan Wahyu tersentak.

Dia sudah dapat mengagak, gadis itu pasti sudah terbaca diari nya tadi siang.

"Hanan... kenapa dinda bercakap kasar dengan kanda ni? Kenapa dinda tanya macam tu? Hey, ini kan your Mr cute, Mr face tight, your Mr lover yang dinda puja, cinta, rindu tu kan, sayang?" Sempat Wahyu berseloroh demi mengawal perasaan takutnya.

Niatnya mahu menceriakan Hanan. Dia cuba menahan rasa dalam hatinya yang gundah gulana itu.

Hanan mengetap bibirnya menahan amarah. Wajah bengis jelas terpamer.

"Stop berlakon seolah-olah kau pencinta yang setia. Aku tahulah kenapa kau rapat dengan aku!" Hanan merenung tajam ke arah lelaki itu. Tiada lagi riak keceriaan dan senyuman indah yang terhias pada wajahnya tika itu.

Terkejut Wahyu mendengarkan dakwaan Hanan. Wajah itu direnung tidak lepas.

"A... apa dinda cakapkan ni? Berlakon apa pulak ni? Kanda... betul-betul tulus cintakan dinda, Hanan. Kanda tak tipu tentang tu..." Tergagap-gagap Wahyu menafikannya dan masih mampu untuk mengawal segala rasa dijiwanya.

Hanan menepis tangan Wahyu kasar.
Hidungnya kembang kempis cuba mengawal kemarahan.

"Dahlah, aku dah tahu siapa kau dan kenapa kau rapat dengan aku. Kau rapat dengan aku sebab...." Hanan berjeda seketika.


Mencari kekuatan untuk bercakap dengan lelaki itu.

"Kau nak tebus salah kau aje, kan? Kau fikir aku tak tahu apa yang kau dah buat dulu? Kau dah langgar kakak aku, kan? Lepas tu kau berambus macam tu aje. Sekarang, kau buat baik dengan aku pulak. Kau buat aku jatuh cinta pada kau supaya kau boleh tutup salah kau, kan? Kau bodohkan aku macam tu je, kan? Hebat permainan kau. Ternyata, orang yang melamar aku, dekat dengan aku selama ni, adalah seorang pembunuh! Kau dah bunuh kakak aku!" tengking Hanan bersungguh melampiaskan segala rasa yang terbuku dihatinya sejak kematian kakaknya dulu.

Kemarahan yang dihamburkan oleh Hanan itu ibarat petir yang menyambar Wahyu tika itu. Lututnya lemah bagaikan mahu rebah menyembah bumi. Namun begitu, dikawalnya sehabis mungkin segala rasa sesak di jiwanya dan cuba untuk berhadapan dengan gadis itu. Hari yang paling dia takuti telah pun tiba.

Ya, mahu tak mahu, dia kena hadap juga dengan tenang.

Manakala rakan-rakan Wahyu yang lain hanya menjadi pemerhati tidak beberapa jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Jelas semua mempamerkan riak kerisauan pada wajah masing-masing.

Hanan rasa puas melepiaskan amarahnya terhadap lelaki itu. Nafasnya turun naik. Debaran jantungnya semakin reda.

'Ya Allah, kenapa mesti dia? Dia orang yang aku cintai tetapi dia jugalah orang aku cari selama ni. Yang buat hidup aku menderita dan kehilangan orang yang aku sayang yang tak bertanggungjawab. Dia buat aku rasa benci dengan dia!' rintih Hanan di dalam hati.

"Ha... Hanan... let... me explain that..." Kedengaran nada gugup Wahyu saat itu. Cuba menerangkan perkara sebenar.

Hanan mengangkat tangan ke muka lelaki itu tanda talk to my hand! Marah Hanan semakin reda setelah dia melepaskan amarahnya tadi terhadap Tuan CEOnya itu.

Hanya perasaan hiba masih berbekas di hatinya. Dengan bibir bergetar menahan sebak apabila terkenangkan kematian kakaknya punca lelaki di hadapannya itu, dia mengundur setapak demi setapak.

"Aku tak sangka kau bohong aku selama ni. Kau tak pernah cintakan aku pun. Kau tak pernah jujur dengan aku. Patutlah kau pernah tanya aku boleh terima kau tak kalau aku tahu siapa sebenarnya kau? Ya, aku memang boleh terima kau... itu kalau aku tahu yang kau kaki clubbing. Kau bukan kaki solat. Kau panas baran. Aku boleh terima semua keburukan tu seadanya kerana aku percaya semua orang boleh berubah. Tapi, bukan pembunuh kakak aku! Aku betul-betul kecewa. Kau orang yang aku sanjung... yang dah buat aku jatuh cinta... orang yang selalu ada bila aku berduka. Orang yang selalu sediakan bahunya sebagai sandaran aku bila aku rindukan kakak aku. Tetapi..." Hanan terhenti ayatnya di situ. Sebak dan terseksa untuk meneruskan lagi ayat seterusnya. Air matanya laju merembes keluar dari kelopak matanya.

Wahyu tidak sanggup untuk melihat keadaan Hanan yang sedih dan marah sebegitu rupa. Dia rasa bersalah yang teramat dalam terhadap Hanan. Dia sedar dirinya yang tak layak untuk Hanan.

"Rupanya, pada hakikat yang aku tak tahu, di sebalik kebaikan kau tu... ternyata, kaulah yang pemberi derita dalam hidup aku selama ni. I hate you!" Dalam sendu Hanan meluahkan rasa terkilannya dan masih mengundur ke belakang berkira untuk meninggalkan lelaki itu buat selamanya.

"Saya minta maaf, Hanan... saya tak ada niat nak sembunyikan apa-apapun dari awak. Saya akui semua yang tertulis dalam diari saya tu, betul. Ya, memang saya nak berterus terang pada awal lagi tapi saya takut kehilangan awak. Semua yang terjadi ni bukan lakonan dan kepura-puraan saya terhadap awak. Begitu juga hakikat soal cinta, tak siapa boleh menyangkalnya. Saya benar-benar dah jatuh cinta pada awak sejak lagu pertama yang awak cipta untuk saya lagi. Tajuk Jatuh Cinta. Tolonglah percayakan saya. Saya tulus mencintai awak. Tak pernah terlintas di hati ini untuk bodohkan awak, Hanan. Trust me, please!" rayu Wahyu bersungguh setelah perjelaskan semuanya pada Hanan. Dia juga berubah gaya panggilan mereka dengan menggunakan bahasa 'awak saya' dek kerana khuatir jika dia akan dimarahi gadis itu lagi. Dan dia merasakan itu bukan waktu yang sesuai untuk mereka bahasakan panggilan manja mereka.

Gadis itu hanya menggeleng lemah merenung Wahyu. Cincin dijari ditanggalkan dan menarik tangan Wahyu. Cincin itu diletakkan ditelapak tangan lelaki itu. Wahyu resah tahap dewa tika itu. Dia cuba untuk memujuk Hanan lagi dengan meraih Hanan ke pelukannya. Malangnya, Hanan menolak tubuhnya kasar dari terus mendekatinya. Hanan berdiri dengan jarak empat langkah ke belakang dari Wahyu. Hatinya yang masih membungkam itu tidak mampu untuk berada dekat dengan Wahyu lagi. Tidak sama sekali.

"Kalaulah dari dulu kau berterus terang begini selepas hari kemalangan tu, tentu aku takkan rasa sakit dan semarah ini. Tentu saja sekarang aku boleh terima kau dan menerima cinta kau seadanya. Tentu saja aku boleh maafkan kau. Tapi, kau dah terlambat. Hati aku dah mati untuk kau. Aku dah tak mampu untuk melihat wajah kau lagi. Aku dah tak boleh terima kau. Mulai saat ini, kita putus. Dan jangan cari aku lagi." Tanpa menunggu, usai bicara kata putus dengan lelaki itu, Hanan terus berlalu pergi keluar dari rumah mewah itu.

Wahyu terkaku di situ. Terkejut tergamam semua bercampur menjadi satu rasa. Tanpa sedar, bebola matanya berkaca jernih merenung belakang tubuh Hanan yang melangkah semakin menjauh dari jauh langsung tidak berpaling lagi ke arahnya. Hati Wahyu terluka teramat dalam. Sekali lagi cintanya pergi meninggalkannya untuk selamanya. Rasa bagaikan dunia gelap gelita. Tiada lagi cahaya yang menerangi hidupnya seperti di saat dia bersama Hanan. Segala memori mereka berdua kembali bertandang ke ruangan matanya. Bagaikan imbasan lalu. Satu persatu menghilang hinggalah dia jatuh terduduk ke atas jalan tar di hadapan rumahnya itu. Lemah terkulai layu. Kali ini, rasa sakit ditinggalkan itu lebih perit dari ketika dia ditinggalkan Bella dulu.

' Masih adakah peluang untuk cinta kita, Hanan? Masih ada lagikah peluang untuk aku dapatkan cinta kau kembali? Masih ada ruang lagikah aku dihatimu? Atau... kau dah buang aku terus dari hidup kau? Ya Allah, Hanan. Kenapa jadi macam ni? Aku minta maaf. Ya, ini memang salah aku. Tapi, aku tak ada niat untuk bunuh kakak kau. Aku tak ada niat. Maafkan aku. Ya, aku sedar. Akulah penyebab hidup kau sengsara. Akulah penyebab kau tinggal sebatang kara. Ya, aku pembunuh! Aku pembunuh yang tak layak untuk dicintai. Tetapi Hanan...'

'Aku dah betul-betul cintakan kau. Aku sayangkan kau. Bagaimana dengan hidup aku nanti jika tanpa kau? Tak ada kau sehari pun hidup aku dah tak tentu arah. Inikan pula kau dah pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya. Tapi... mungkin juga ini yang terbaik untuk Hanan. Hanan tak boleh hidup dengan si pembunuh seperti aku. Ya, demi kebahagiaan kau, aku rela korbankan rasa cinta ini. Takku duga jerat percintaan ini telah memerangkap kau dan aku dalam sebuah pertemuan yang tak dijangka membuatkan aku lupa siapa diri aku ini. Dan dalam jerat percintaan ini juga telah membawa kau hanyut bersama ke dalam duniaku hingga terlupa tujuan asal kau untuk mencari pembunuh kakak kau yang sebenar. Jerat percintaan ini membuatkan kita berdua hanyut oleh arus asmara yang tiada penghujungnya. Ku sangkakan ia akan kekal untuk selamanya. Ternyata, hubungan ini hanya sampai di sini. Maafkan aku... maafkan aku...' Pilu Wahyu meluahkan rasanya di dalam hati sendirian.

Rakan-rakannya datang menenangkannya.

disember_2412
hnissyuhada
krupkrapyummy
Zac220778
annecayunk
hudakhasha
jajawaka_

Continue Reading

You'll Also Like

617 74 20
#BOOK_2 You excite me as much as the theme park does. ©️cikanggun | 2022 cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️
815K 36.1K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
301K 21.1K 76
[ Rujuk Princess Xavier dan Princess Xavier Return dahulu ] [Awas : jiwa anda perlu kental!] Bukan mudah untuk menjadi puteri kepada Rayyan Farhan da...
36K 818 40
"Dalam ni, ada RM5000. Aku tahu, kau mesti perlukan duit kan? Lagi tengah tengah bulan. Kerja kau senang je. Kau bagi aku maklumat dan kau ikut apa y...