Something Sweet To Remember

By misselle_

524 61 4

Based on true story. Mostly.. I dedicated this story specially to Dr. F. Thank you for the sweet memory, Dr. F More

Prolog
Bab 1
Bab 4

Bab 2

103 12 1
By misselle_

"EH, Reza. Kau ada dengar tak khabar angin pasal makcik ganas?" Reza yang sedang menaip laporan serta merta terhenti. Tiba-tiba dia teringat kejadian tempoh hari.

"Khabar angin apa?" Soal Reza berpura-pura berani. Firdaus pula sudah menarik kerusi di sebelah Reza. Nampaknya umpan dia mengena.

"Aku dengarlah, makcik ganas tu ada saka." Gulp. Reza menelan liurnya yang terasa kesat. Firdaus sedaya upaya ingin mengekalkan wajah seriusnya. Ya lah. Bukan dia tak nampak halkum si Reza bergerak semasa mendengar khabar angin itu.

"Kau pasti ke makcik tu ada saka?" Soal Reza kembali pucat. 'Tak sangka dia ni penakut juga orangnya.'

"Entahlah. Kau tak nampak ke makcik ganas tu pelik semacam?" Soal Firdaus sambil menjongket kerusi yang didudukinya.

"Siapa yang pelik?" Serta merta mereka berdua menoleh ke arah kaunter.

"Doktor Hariz!" Ujar Reza dan Firdaus serentak sebelum.. Buk!
"Aduh!" Firdaus mengusap pinggangnya apabila dia punggungnya selamat mendarat ke atas lantai sejurus kedengaran suara ketua jabatan mereka. Beberapa orang jururawat yang berdiri di belakang doktor Hariz menekup mulut mereka menahan tawa. Doktor Firdaus adalah doktor yang paling kuat menyakat semua orang dalam unit itu. Jadi mereka sememangnya menantikan detik luar biasa berlaku pada doktor muda itu.

"Ha, padan muka kau. Dari tadi aku tengok kau jongket kerusi tu macam monyet. Perangai tak serupa doktor. Kan dah tergolek kat situ. Tak puas jadi doktor, kau nak jadi pesakit dekat sini pula?" Soal doktor Hariz dengan lagak seperti seorang bapa. Firdaus bangun sambil mengusap tengkuknya akibat malu. Mujurlah yang lihat aksi monyet dia tadi tu adalah doktor Hariz, buatnya doktor Syarif yang nampak. Mahu satu jabatan tahu yang dia jatuh kerusi depan doktor pakar.

"Jom, ikut aku ke bilik 50. Reza, tunggu apa lagi?" Firdaus menoleh kearah rakannya yang kelihatan terlebih tekun menyiapkan laporan pesakit.

"Err.. Saya kena siapkan laporan pesakit, doktor. Dia nak discharge hari ni. Saya pun datang sini sekejap aje untuk buat laporan ni. Lepas tu, nak kena cover tingkat empat semula. Dekat bawah busy sikit, itu yang naik ke sini pinjam komputer." Balas Reza takut-takut. Berkerut dahi doktor Hariz mendengar jawapan Reza tetapi dia malas hendak bertanya lebih. Lelaki separuh abad itu lantas melangkah ke arah laluan ke bilik 50 untuk memeriksa keadaan pesakit.

"Psstt! Reza, kau bawa bersabar ya? Kalau ada dengar bunyi guli ke atau orang bisik dekat telinga kau. Bacalah apa-apa yang patut. Good luck jaga mortuary minggu depan." Sempat Firdaus mengusik sebelum dia beredar dari situ. Setelah beberapa langkah dari kaunter, dia mengekek ketawa sendiri. Puas hati dia dapat mengenakan Reza. Dia memang berdendam dengan Reza. Sepatutnya dialah yang dapat turn untuk pindah jabatan tapi tak pasal-pasal dia terkandas di situ semata-mata sebab mengambil alih pesakit Reza iaitu makcik ganas. Menyesal dia menawarkan diri tempoh hari untuk mengikuti pembedahan kaki makcik ganas. Tak pasal-pasal doktor Syarif beri dia arahan untuk kekal dalam team vascular sehingga keadaan makcik ganas pulih.

"HMM, nampaknya keadaan pesakit dah semakin baik. Makcik boleh keluarlah kalau macam ni." Ujar doktor Hariz bersama senyuman. Makcik Yam tersenyum lebar sambil mengangkat kedua tangannya seakan-akan berdoa.

"Alhamdulillah, doktor. Terima kasih banyak." Senyuman Firdaus serta merta hilang apabila melihat adengan itu. 'Ya Allah! Malapetaka lagi..'

"Doktor, makcik ni nak discharge? Are you sure?" Firdaus sudah cuak. Doktor Hariz mengangguk bersama senyuman.

"Patient ni hypo (hypoglycemia/tekanan gula rendah) tiga kali semalam. Bacaan gula dia belum stabil."

"What?!" Suara doktor Hariz naik seoktaf.

"Bawa sini record dia." Doktor Mila yang sedang memegang laptop segera menghulurkannya kepada doktor Hariz.

"Astaghfirullahalazim. Firdaus, kenapa tak update pasal ni? Kau buta ke tak nampak terang-terang dalam rekod tu ada tulis bacaan gula dia terlalu rendah. Kalau glucose level dia sampai dua sahaja, boleh koma tahu tak?" Firdaus menunduk dengan wajah bersalah. Nampaknya harapan dia untuk pindah jabatan memang sudah terkubur. Kalau pada kali lepas doktor Syarif yang menyebabkan dia kekal di sini untuk beberapa bulan lagi, kali ini giliran doktor Hariz pula yang menambahkan lagi tempoh dia di unit surgikal ini.

"Habis tu, makcik tak dapat keluar ke ni, doktor?" Makcik Yam mula bersuara membuatkan semua mata tertumpu kepada wanita tua itu.

"Erm.. Macam ini lah makcik, saya lepaskan makcik balik untuk beberapa hari sehingga lepas raya. Nanti minggu kedua raya tu, makcik datang semula ke sini, boleh?" Makcik Yam sudah menayang riak tidak senang.

"Tak apalah, mak. Janji mak dapat balik raya dengan kami semua. Tahun ni mak raya rumah Aida pula di KL. Sesekali tukar angin. Apa salahnya, kan? Nanti kalau mak dah sembuh, kita buatlah rumah terbuka dekat Johor pula." Pujuk puan Aida sambil mengusap bahu ibunya.

"Betul tu, makcik. Saya pun raya dekat hospital aje tahun ni sebab tak bagitahu makcik hypo semalam. Lagi kesian." Sampuk Firdaus sebelum dia kembali menunduk. Mana tidaknya, kali ini bukan setakat doktor Hariz saja yang jeling dia. Makcik 'meriam buluh' itu turut menghadiahkan jelingan tajam buatnya. 'Haih, Firdaus. Apalah dosa yang kau dah buat ni? Inilah agaknya kifarah dari Allah sebab kenakan Reza tadi dan tipu sunat pasal saka makcik meriam buluh ni. Nasib kau lah, labu.'

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 13.2K 80
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
418K 30.4K 52
[Under editing] Tropes Forced arrange marriage Age gap Chaotic × Calm Doctor × King Innocent + bold fml Fierce + hot mml 𝗯𝘆 𝗮𝘂𝘁𝗵𝗼𝗿𝗰𝗵𝗲𝗿𝘅...
6.2M 389K 68
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
661K 40.7K 63
He is 30 and she is 19. she yearns for his love, but he hates her to his core. ...