Setiap malam,mesti aku akan rasa seperti ada yang memerhatikan aku.
Dan setiap pagi juga,mesti akan ada kesan-kesan lebam dekat badan aku sama ada di paha,kaki,dada,leher dan sebagainya.
Mula-mula,aku hanya mengendahkan sahaja perkara tersebut kerana aku beranggapan bahawa mungkin aku buas sangat kot masa tidur tu ataupun aku salah tidur..
Tetapi makin lama makin bertambah banyak pula kesan-kesan lebam dekat seluruu badan aku.
Setiap malam pula,semakin banyak gangguan yang mengacau aku.
Suara orang menangis
Bunyi dinding dicakar
Bunyi orang ketuk tingkap
Hembusan nafas tepi leher
Kesan gigitan dekat leher
Ditindih semasa tengah tidur
Semua benda tu berlaku dekat aku
Jadi,aku pun ambil keputusan untuk jumpa peramal perubatan Islam.
Dan ustaz tu cakap yang ada entiti dah jatuh cinta dengan aku.
Dan...
Entiti tu hampir nak rogol aku
Entiti tu nak aku jadi milik dia selamanya
Entiti tu taknak ada orang lain bersama dengan aku
Jadi,aku berusaha untuk jauhkan diri dan hapuskan entiti tersebut.
Namun,aku tetap gagal.
Dan akhirnya..
Aku dah jadi milik entiti tersebut.