Last Hunter : Distopia

By mynameismas

26.2K 2.3K 2.6K

Kitab Mirria. Kitab itu kitab terkutuk dan sangat tabu .Dalam masa yang sama, kemunculan seorang pemuda membu... More

-1-
-2-
-3-
-4-
-5-
-6-
-7-
-8-
-9-
-10-
-11-
-12-
-13-
-14-
-15-
-16-
-17-
-18-
-19-
-20-
-21-
-22-
-23-
-24-
-25-
-26-
-27-
-28-
-29-
-30-
-31-
-32-
-33-
-34-
-35-
-36-
-37-
-38-
-39-
-40-
-41-
-42-
-43-
-44-
-45-
-46-
-47-
-48-
-49-
-51-
-52-
-53-
-54-
-55-
-56-
-57-
- 58 -
-59-
-60-
-61-
- 62 -
-EPILOG-
-EPISOD BONUS-
-TINTA SANG AUTHOR NAN ABSURD-
BAB BONUS - TRIBUTE TO THE READERS
BAB BONUS : TRIBUTE TO THE READERS
BAB BONUS:TRIBUTE TO THE READERS
BAB BONUS : TRIBUTE TO THE READERS
BAB BONUS-TRIBUTE TO THE READERS
BAB BONUS
BAB BONUS
BAB BONUS:TRIBUTE TO THE READERS
BAB BONUS : MODUS OPERANDI 1
BAB BONUS : MISI N
BAB BONUS
BAB BONUS : SAINGAN REIID

-50-

283 32 41
By mynameismas

Rupanya ringkik kuda yang resah dengan kehadiran ramai sekali lelaki berpakaian tentera serta pedang itu hanya membuatkan susuk tubuh di atas pelana kuda putih itu tersenyum santai. Melihat wajah tegang Putera Reiid, dia melorekkan sebingkai senyum sinis.

Satu percaturan yang sudah diduganya sejak awal-awal lagi. Helah budak hingusan begitu tidak akan membuatkannya leka sama sekali. Pekan yang mendadak sunyi sepi, gerbang istana kota yang terbuka bagaikan menyambut kedatangannya malahan istana yang seperti tidak berpenghuni. Bukankah ia terlalu mudah ?

Dididik dengan segala bentuk kemungkinan dan peluang, mana mungkin dia tidak mencurigai perjalanan mereka menakluk istana kota yang tampaknya begitu lancar tanpa sebarang penentangan begitu?

Melihat Jeneral Arke yang memandangnya seperti hendak menelannya sekaligus itu, susuk tubuh berselubung hitam itu tertawa kecil lagi. Segalanya sudah berada di dalam perkiraannya. Jeneral Arke tiba di istana mungkin masuk akal tetapi bagaimana mungkin ketumbukan tentera seramai lima belas ribu orang itu dapat dikumpulkan ke ibu kota hanya dalam masa dua hari?

Sedangkan Gerbang Timur yang terletak paling dekat dengan istana kota sendiri memakan masa dua hari berkuda tanpa singgah bermalam di mana-mana. Apatah lagi Gerbang Utara yang terpaksa merentas kawasan bersalji itu.

Maka disimpulkan bahawa tentera yang ada di ibu kota hanyalah tentera yang terletak dibawah kuasa Balai Temenggung dan jika dihitung, jumlahnya tidak pun mencecah seribu orang!

Seribu orang menentang dua ribu orang. Satu jumlah yang sangat tidak seimbang dan keadaan yang sangat memihak kepada mereka asalkan segala-galanya berjalan mengikut apa yang telah mereka rancangkan sebelum ini.

" Bukankah terlalu biadap untuk tidak menyambut kedatangan ayah saudara sendiri wahai Putera Reiid?  Telah kau kemanakan tatasusila istana selama ini? "

Panglima Cassius sudah menapak ke hadapan sambil meraba hulu pedang di belakangnya namun Putera Reiid pantas mencengkam pergelangan tangannya.

" Datang tiba-tiba membawa sekumpulan tentera yang lengkap dengan baju perang.Meletakkan mata-mata di istana dan cuba meracuni para pembesar.Sambutan bagaimana yang Tuan Medea harapkan daripada istana? "

Putera Reiid mencebik melihat wajah yang sudah terlalu lama tidak dilihatnya itu. Sekali imbas, masih ada garis-garis yang sangat menyerupai bingkai wajah ayahnya pada wajah itu kerana hakikatnya lelaki di hadapannya itu tetap sahaja merupakan ayah saudaranya yang pernah pada suatu ketika dahulu menggendongnya di belakang dan mengajarkannya bagaimana untuk menaikkan layang-layang jika hari sedang berangin.

Lama dulu sebelum seluruh Keluarga Eurus dikenakan hukuman buang negeri kerana terlibat dalam pakatan untuk menggulingkan pemerintahan beraja yang pada anggapan mereka menjalankan sistem pemilihan yang tidak adil dan korup.

Itu lama dulu! Satu persengketaan dalaman yang hanya diketahui oleh para pembesar istana tetapi lihatlah kini. Lelaki itu bukan lagi ayah saudaranya yang mengajarkannya bagaimana cara menaikkan layang-layang atau bagaimana untuk menunggang kuda dengan betul melainkan seorang lelaki  yang dikaburi rasa dendam serta keinginan untuk menaiki takhta istana.

" Perlu masa lebih empat hari untuk mengumpulkan semua tentera yang berada di sempadan untuk melindungi ibu kota. "

Medea,lelaki berambut kelabu yang diikat tinggi di atas kepala itu melompat turun daripada pelana kuda tunggangannya  dengan yakin dan bersahaja tetapi tetap sahaja kelihatan angkuh dan dingin.

" Maknanya, tidak sukar untuk menakluk istana kota. Tidak begitu, Jeneral Arke? "

Pandangan mata setajam helang milik lelaki yang menyandang gelaran jeneral itu menggerenyat benci.Hulu pedang di tangannya sudah digenggam kejap. Hanya menunggu masa Putera Reiid memberikan isyarat-tidak akan teragak sedikitpun dia akan memutuskan kepala lelaki pengkhianat tersebut.

Namun, sekoyong-koyong kedengaran suara tiupan yang melenguh kedengaran memeningkan kepala dan Jeneral Arke kenal bunyi itu. Ia tidak lain adalah bunyi tiupan Shofar - sejenis alat bunyi-bunyian yang diperbuat daripada tanduk dan dibunyikan sebagai isyarat paluan genderang perang yang mencabar musuh untuk berperang secara berhadapan. Kerutan pada wajahnya membuatkan Tuan Medea mendadak tertawa lalu mendepa tangannya puas.

" Betul.. " Jawabnya masih dalam tawa yang bersisa " Seluruh istana kota sudah dikepung.Berikan apa yang aku mahukan dan seluruh istana akan selamat. "

Putera Reiid masih sahaja nampak tenang dan berdiri tegak tanpa berganjak sedikitpun walaupun hatinya mulai rasa tidak tenteram apabila mendengar bunyi Shofar perang itu sudah ditiupkan bersahut-sahutan pada empat penjuru istana kota.

" Sedangkan ikatan darah sendiri pun tidak menjadi halangan buat Tuan Medea mengkhianati Istana Marduk, apa jaminan yang Tuan akan menepati janji? "

Seketika lelaki itu tertawa lagi. " Mari kita bertaruh siapa yang sanggup menunggu siapa. Aku.. " tundingnya ke arah Putera Reiid " Atau kau! "

" Dengar sini."

Tiba-tiba Putera Reiid merasakan ada hawa panas menyambar belakangnya dan dia segera mengetahui siapa yang berada di situ ketika itu.

" Saya sudah memeriksa di keempat-empat gerbang.Hanya kira-kira sepuluh orang berada di situ dan tiupan amaran tersebut hanya helah bagi menakut-nakutkan tentera istana. Kita perlu membawa mereka keluar dari istana kota bagi menjamin keselamatan semua orang. "

Panglima Arke yang sempat mendengar bisikan Ara itu sekilas menghantar anggukan setuju kepada Putera Reiid. Bertempur di dalam kawasan tertutup dan dilingkungi tembok bukan satu keadaan yang memihak kepada mereka kerana mereka tidak dapat menduga sehingga ke tahap apa kelicikan yang dimiliki Tuan Medea. Manakala dalam masa yang sama, tentera-tentera dari sempadan hanya akan sampai ke ibu kota dalam masa sehari lagi dan dalam tempoh tersebut banyak perkara yang akan berlaku.

" Katakan apa yang Tuan mahu
tawarkan! "

" Serahkan dia pada aku dan seluruh istana akan selamat! "

Telunjuk kurus Tuan Medea menunding seseorang di sebelah Putera Reiid dan bingkai senyum sinis lelaki itu membuatkan darah Putera Reiid menyeruak ke kepala kerana dia tahu siapa yang dimaksudkan.

Ara!

" Tidak akan semudah itu. " Sahut Putera Reiid mencapai hulu pedangnya dan tanpa sedar menapak ke hadapan membentengi Ara daripada tundingan hujung jari Tuan Medea " Langkah mayat beta terlebih dahulu!! "

Wajah Putera Reiid yang mendadak kelam begitu entah bagaimana sekaligus membuatkan Panglima Zethus dan Panglima Cassius juga bergerak serentak ke hadapan sehingga susuk kecil Ara tenggelam di sebalik benteng bahu-bahu tegap tinggi tiga pemuda itu.

" Alangkah.. " Sinis sekali Tuan Medea tertawa " Aku tidak menyangka punya seorang anak saudara yang lemah hanya kerana seorang perempuan! "

Taktik melengah-lengahkan waktu yang entah bagaimana difahami begitu-begitu sahaja oleh mereka berlima walaupun sebenarnya seperti melibatkan keadaan saling berbalas sindiran dengan perkataan yang tidak diduga begitu terutama sekali kepada Panglima Cassius dan Panglima Zethus yang buat beberapa detik tergamam seketika apabila melihat riak wajah sang sahabat yang tidak pernah mereka lihat sebelum itu nampaknya berhasil.

Jelas sekali Tuan Medea sudah terpancing emosinya dan sedang mentertawakan Putera Reiid yang pada anggapannya telah melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya ketika itu apabila menunjukkan kelemahannya iaitu seorang gadis yang tampak aneh.

" Sekarang, Tuanku!! "

Suara Ara kedengaran lagi dan kali ini ada haba panas yang meruap di belakang mereka tetapi mereka tidak mahu untuk menoleh.

" Gerbang Barat. "

Begitu bisik gadis tersebut dan ketika itu jugalah pintu gerbang di sebelah kanan mereka mendadak meledak seperti ditujah dengan besi besar dari luar oleh sekumpulan tentera. Hawa panas tiba-tiba menyelimuti kawasan dengan tanah di bawah tapak kaki mereka terasa bergegar sehingga membuatkan para tentera yang menceroboh istana kota itu berpusing kebingungan di atas kuda tunggangan masing-masing.

Baik Tuan Medea, tentera yang menyertainya, Jeneral Arke mahupun para tentera istana seketika tergamam dengan perubahan tiba-tiba kawasan sekitar. Entah dari mana ada angin yang berhembus kencang menerbangkan daun-daun kering dan pasir.Berpusar-pusar bagaikan angin puting beliung yang kecil memaksa para penceroboh itu menutup mata masing-masing bagi menghalang pasir daripada memasuki mata mereka.

Reda sedikit sahaja,Tuan Medea mengetap giginya geram apabila tidak ada lagi susuk Putera Reiid dan dua pengawal rapatnya berada di situ melainkan beberapa orang tentera yang kelihatan sedang melarikan diri melalui Gerbang Barat.

" Cis, pengecut!! " Tempik Tuan Medea separuh hilang akal " Kejar mereka sampai dapat!! "

Mendengar sahaja arahan begitu, para pengikutnya tanpa bertangguh mencambuk punggung kuda tunggangan masing-masing membuatkan kuda-kuda tersebut berlari kencang ke hadapan mengekori kuda Tuan Medea yang berada di hadapan ketika itu.

Jeneral Arke hanya mampu mengerling susuk tubuh rendah yang hanya separas telinganya itu dengan rasa kagum yang bukan dibuat-buat. Memang sebentar tadi keadaan sangat tidak memihak kepada mereka tetapi entah bagaimana gadis tersebut dapat memikirkan hal itu dengan begitu pantas.

Tinggalkan bagaimana pintu tembaga Gerbang Barat itu boleh meledak begitu sahaja seperti kepingan kulit kayu kerana memang tidak ada penjelasan logik yang boleh diambilnya namun kepantasan berfikir gadis tersebut benar-benar mengagumkannya. Tidak lain kerana dia tahu tujuan mengapa pertempuran tersebut dialihkan ke sebuah padang rumput yang luas seperti di Gerbang Barat adalah bagi memastikan semua orang yang berada di dalam Istana Marduk tidak akan terlibat dalam pertembungan bersenjata begitu.

Jika sebentar tadi, Tuan Medea sudah berasa seperti di atas angin kerana kononnya bagaikan telah berjaya membaca pergerakan pihak lawan-namun siapa menyangka 'permainan'itu kembali dikuasai pihak istana sekali lagi dengan taktik sedemikian?  Memanipulasikan apa sahaja keadaan walaupun keadaan cemas begitu dan dengan sedikit helah, membolak-balikkan percaturan lalu akhirnya keadaan memihak lagi kepada mereka.

Sungguh. Satu taktik yang amat bijak dan tidak diduga sama sekali! Ingatkan Jeneral Arke untuk mengambil gadis aneh itu sebagai anak murid kelak walaupun ia adalah suatu hal yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Sayang jika bakat istimewa seperti gadis tersebut disia-siakan begitu sahaja.

Menempatkan para pemanah bagi melindungi istana daripada ancaman susulan dan menyisakan sebahagian daripada para tentera untuk melindungi istana. Menukarkan keadaan daripada pertempuran di kawasan kecil yang tertutup kepada pertempuran gerila secara terbuka!

Kebijaksanaan apa lagi yang dicari daripada taktik tersebut?  Dan hal paling penting daripada keseluruhannya adalah taktik tersebut paling tidak mendatangkan risiko kepada orang lain yang tidak ada kena mengena dalam persengketaan itu.

Suasana di  Lembah Wias senyap-sunyi dan yang kedengaran hanyalah dengus nafas kuda tunggangan yang berdiri tegap di dalam limpahan cahaya matahari yang mulai terik. Angin yang bertiup perlahan membuatkan hujung-hujung rumput hijau di situ meliang-liuk.

Gerombolan tentera pemberontak tersebut yang diketuai Tuan Medea bagaikan tidak sabar-sabat hendak menghabisi riwayat musuh di hadapan mereka ketika itu walaupun mereka sedar mereka sedang berhadapan dengan Jeneral Arke dan dua panglima handalan Istana Marduk tetapi keadaan moral juga semangat mereka sedang berada pada tingkat yang paling tinggi apabila menyedari jumlah tentera yang berdiri dihadapan mereka jauh lebih kecil daripada sebelum ini.

Tetapi, perduli apa dengan keadaan begitu!  Lebih kecil lebih memudahkan mereka untuk menewaskan tentera tersebut.

" Satu hari yang bagus untuk menangkap para pemberontak. " Ara mendesis sambil menarik pedangnya dari sarung lalu melangkah ke hadapan " Bukan begitu, Jeneral Arkeargghhhhhh....! "

Suara yakin Ara mendadak hilang entah ke mana apabila satu bingkai wajah yang mengetap gigi menjelma betul-betul di hadapannya sehingga membuatkan Jeneral Arke menepi pantas dan mengacu mata pedangnya siaga.

" Luna Arabella!! " Bingkai wajah itu menyeringai lalu mencapai hujung telinga gadis tersebut yang juga terperanjat bukan kepalang sehingga pedang berhulu seperti gigi serigala itu terlepas ke tanah " Apa masalah lagi yang Ara buat ni?! "

" Aiid.. " Ara mendesis-desis manakala wajah Putera Reiid, Panglima Cassius dan Panglima Zethus usah dikata lagi. Tergamam dengan kemunculan tiba-tiba beberapa susuk tubuh di hadapan mereka ketika itu. " Aakhhhuu... bollleh jelasshhhkkann.. Adeihhhh.. dehh.. dehh. "

" Kau dalam masalah besar, Ara. Percayalah!"

+              +              +

Continue Reading

You'll Also Like

293K 19.6K 53
Highest rank : #1 action Note : Cerita ni sedikit cringe as it is my first book series. EMIR ADDEN FATTAH - Seorang lelaki melayu kacukan korea. Dia...
179K 15.7K 77
[First Story] Aku, Inspektor Ayana Zulaikha. Secara rasminya akan terlibat dalam operasi undercover bodyguard. Bodyguard? Aku tak kisah jadi apa pun...
43.5K 2.1K 22
[ Sequal Jangan Sakiti Aku ] the truth was she didn't hate him , not for breaking her heart , not for leaving without explanation not for making her...
50.4K 2.7K 11
HIGHEST RANKING: #1 in novel fiksyen (18/11/2019) #1 in suspens (18/11/2019) & (9/2/2021) #2 in thriller (13/11/2019) #2 in aksi (11/11/2019) #2 in s...