Dr.Tarmizi berusaha melepaskan ikatan tali rafia di pergelangan tangannya. Dia tidak mahu diseksa oleh para haiwan itu. Ya. Dia mengakui ini semua salahnya kerana menangkap haiwan secara tidak terancang seterusnya dibunuh untuk dijadikan sebagai bahan eksperimen anatomi haiwan.
Pak!
Seluruh bahagian badan Dr.Tarmizi dilibas menggunakan ekor. Seekor tikus jantan berdiri dihadapan Dr.Tarmizi memandang bengis Dr.Tarmizi. Ekspresi seperti seorang mafia versi haiwan.
"Sial kau, manusia!" jerit si tikus jantan.
"Aku– Min- minta maaf!" ucap Dr.Tarmizi separuh gentar.
"Ah! Maaf kau tu aku dah muak dengar. Disebabkan kau, isteri dan anak aku mati tau!" si tikus jantan berteriak kuat. Perit ketika mengingatkan isteri dan janin didalam rahim isterinya mati dijadikan bahan ujikaji Dr.Tarmizi.
"Gangs! Ambil pisau bedah sekarang!" si tikus mengarahkan kuncu-kuncunya mengambil pisau bedah. Pisau bedah itu diserahkan pada si tikus jantan.
"Please! Jangan! Uphm!" mulut Dr.Tarmizi disumbat dengan kasut.
"Tak ada guna kau menjerit wahai manusia. Kau harus terima padahnya." Si tikus jantan merobek isi perut Dr.Tarmizi tanpa perasan kasihan hingga menampakkan usus besar, usus kecil, perut, hati dan buang pinggang.
"Balasan." si tikus jantan kemudian membakar mayat Dr.Tarmizi dengan minyak tanah.