✓ RAJA DAIYAN GHAZI

By Blqs_Rose

6.1M 353K 42.4K

(Under Maintenance) # 3th UNDER HE SERIES: •Raja Daiyan Ghazi 🃏 ~Under His Charms~ RAISSA NURRANA akur denga... More

🃏 •Hero & Heroin•
🃏 •Prolog•
🃏 •BAB 1•
🃏 •BAB 2•
🃏 •BAB 3•
🃏 •BAB 4•
🃏 •BAB 5•
🃏 •BAB 6•
🃏 •BAB 7•
🃏 •BAB 8•
🃏 •BAB 9•
🃏 •BAB 10•
🃏 •BAB 11•
🃏 •BAB 12•
🃏 •BAB 13•
🃏 •BAB 14•
🃏 •BAB 15•
🃏 •BAB 16•
🃏 •BAB 17•
🃏 •BAB 18•
🃏 •BAB 20•
🃏 •BAB 21•
🃏 •BAB 22•
🃏 •BAB 23•
🃏 •BAB 24•
🃏 •BAB 25•
🃏 •BAB 26•
🃏 •BAB 27•
🃏| Last Love~
🃏 •BAB 28•
🃏 •BAB 29•
🃏 •BAB 30•
🃏 •BAB 31•
🃏 •BAB 32•
🃏 •BAB 33•
🃏 •BAB 34•
🃏 •BAB 35•
🃏 •BAB 36•
🃏 •BAB 37•
🃏 •BAB 38•
🃏 •BAB 39•
🃏 •BAB 40•
🃏 •BAB 41•
🃏 •BAB 42•
🃏 •BAB 43•
🃏 •BAB 44•
🃏 •BAB 45•
🃏 •BAB 46•
🃏 •BAB 47•
🃏 •BAB 48•
🃏 •BAB 49
🃏 •BAB 50•
🃏 •BAB 51•
🃏 •BAB 52•
🃏 •BAB 53•
🃏 •BAB 54•
🃏 •BAB 55•
🃏 •BAB 56•
🃏 •BAB 57•
🃏 •BAB 58•
🃏 •BAB 59•
🃏 •BAB 60•
🃏 •BAB 61•
🃏 •BAB 62•
🃏 •BAB 63•
🃏 •BAB 64•
🃏 •BAB 65•
🃏 •BAB 66•
🃏 •BAB 67•
🃏 •BAB 68•
🃏 •BAB 69•
🃏 •BAB 70•
🃏 •EPILOG•

🃏 •BAB 19•

74.7K 4.9K 579
By Blqs_Rose

TUAN RAJA?

Raja Daiyan Ghazi?

Maksudnya Daiyan Ghazi la Tuan Raja tu. Ya Allah! Kenapa aku tak dapat pickup dari semalam dari? Kenapa kau lambat loading Raissa oii!

Oh my.

Haru birulah hidup aku nanti.

"Kenapa cari aku?" Suara garau itu buatkan Raissa tersedar dari lamunannya.

"Tadi Gee ada beritahu saya yang Ming ajak budak-budak Ahn dengan Henry untuk adakan perlawanan persahabatan. Alpha. Macam mana Tuan Raja?"

Daiyan Ghazi diam. Wajahnya berkerut sedikit.

"Perlawanan persahabatan?" Ketawa kecil meletus di bibirnya. Kelakar betul Si Ming tu.

"Aku tak kisah. Suka hati Ahn. But make sure, they're not too open. Simpan sikit rahsia. Jangan sampai Ming dapat baca."

Ferhad mengangguk mendengarnya

"Baik Tuan Raja." Terkelip-kelip mata Ferhad memandang Raissa dan Daiyan Ghazi bersilih ganti.

"Aku nak kidnap dia." Daiyan Ghazi bersuara. Tenang. Terkejut Raissa mendengarnya.

"Okey tuan. No hal. Tapi jangan kidnap dia ke tempat lain pula." Usik Ferhad. Bibirnya tersenyum nakal.

"Aku tahulah. Kau ingat aku ni firaun sangat ke. Dah lah pergi makan sana. Nanti tak dapat makan, membebel, mengadu kat awek kau yang aku tak bagi kau makan."

Ferhad sengih. "Baik tuan."

"Raissa jom. Kau nak belanja aku makan kan?" Daiyan Ghazi tersenyum sinis sebelum berjalan melepasi Raissa.

"Dia... majikan awak ke?" Bisik Raissa. Ferhad memandang pelik gadis itu.

"Ya. Dialah Tuan Raja. Kenapa cik? Cik terngorat Tuan Raja eh?" Ferhad kecilkan mata memandang Raissa. Senyum nakal.

Raissa terkejut apabila lengan baju kurungnya ditarik lembut. Terkelu dia apabila melihat tangan berurat itu mencengkam elok lengan bajunya.

"Kau ni lambat lah."

Raissa diam. Bagai lembu dicucuk ekor. Dia mengikut sahaja langkah kaki Daiyan Ghazi.

"Ehh sekejap!" Raissa merentap lengannya.

Teejongket sebelah kening Daiyan Ghazi memandang gadis itu.

"Tak apalah. Encik... Err tuan... Maaf. Tuan Raja guna je lah private lift tuan. Saya guna lif biasa. Nanti kita jumpa kat bawah." Raissa tersenyum janggal.

Daiyan Ghazi hanya diam. Pelik betul minah ni. Perempuan lain selalu termimpi-mimpi nak naik private lift dengan aku. Sampai mengigau. Dia tak nak pula. Tolak tuah betul.

"Excuse me." Apabila melihat Daiyan Ghazi diam tanpa reaksi, Raissa terus menyelinap masuk ke dalam lif di sebelahnya yang kebetulan masa itu terbuka.

Raissa tersenyum lega sebaik sahaja memboloskan tubuh ke dalam lif. Fuh.

"Awak semua nak pergi ground floor ke?" Tanya Raissa memandangkan dia sahaja yang berdiri berdekatan tombol-tombol lif. Pekerja-pekerja di dalam lif itu tersenyum dan mengangguk.

Raissa senyum. Cepat-cepat dia menekan tombol G.

Pintu lif yang baru hendak tertutup itu tiba-tiba terbuka kembali. Raissa memandang pelik kasut hitam berkilat yang menghalang pintu lif dari tertutup.

Wajah Daiyan Ghazi terpampang di hadapan mata. Suasana dalam lif terus senyap sunyi. Menikus semua dengan kehadiran manusia itu.

Raissa terkaku sama.

What the fish...

Daiyan Ghazi melangkah masuk ke dalam lif dengan wajah selambanya. Sengaja dia melanggar bahu Raissa ketika hendak menekan tombol G.

Mengeras tubuh Raissa. Ya Allah mamat ni. Menguji betul lah.

Diam. Sepanjang hidupnya, masa seminit itu adalah masa yang sangat mendebarkan. Semuanya membisu buat kali pertama. Raissa diam berdiri di sebelah Daiyan Ghazi.

"Kenapa tuan tak naik private lift Tuan Raja?" Bisik Raissa. Lembut dan perlahan.

"Don't be too formal with me, sayang. For pretty girl like you, i prefer you call me Daiyan."

Membulat mata Raissa mendengar suara Daiyan Ghazi. Agak kuat kedengaran di dalam suasana yang sunyi sepi ini. Perlahan-lahan dia pusing pandang belakang. Semua mata memandang ke arah mereka berdua. Raissa tersenyum kekok. Malu.

"Jangan panggil saya sayang. Orang dengar. Tak elok." Bisik Raissa lagi. Dah nama pun Daiyan Ghazi. Apa dia kisah. Lantaklah.

Pintu lif terbuka. Cepat-cepat Raissa keluar dari lif. Sesak nafas naik satu lif dengan perangai selamba babun di Daiyan Ghazi.

Daiyan Ghazi pusing memandang wajah-wajah yang berada di dalam lif.

"Sayang tu nama dia. Sesiapa buka mulut atau mula bergosip kat office, siap! Saya tak nak dengar. Sepuluh orang. My eyes on you guys."

Tengah membebel sempat lagi dia kira orang dalam lif tuh. Kemudian dia keluar dari lif.

"Tuan Raja buat apa tadi?"

"Tak ada apa." Daiyan Ghazi terus menarik tali beg Raissa. Terdorong tubuh kecil itu.

Ceh tarik-tarik orang pula. Ingat kita ni lembu ke?

Tapi kau ikut juga. Pfft!










"TENTANG permintaan Tuan Hambali yang nak bekerjasama dengan aku tu..."

Raissa yang mendengar terus memasang telinga. Sudu di letakkan di atas pinggan. Memindahkan sepenuh perhatiannya kepada Daiyan Ghazi.

"Aku terima."

Berkerut dahi Raissa Nurrana. Wah. Semudah itu?

"Macam tu je? Kata Ferhad, saya berurusan dengan dia hanya empat puluh peratus. Lagi enam puluh peratus, saya akan berurusan dengan awak."

"Betullah tu. Apa yang peliknya?" Daiyan Ghazi menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya dengan mata masih menatap wajah bingung Raissa. Aduh perempuan ni. Lambat pickup betul.

"Slow. Jadi, 'aku terima' tadi tu adalah enam puluh peratus daripada aku. Kau faham tak?" Raissa tersengih sebelum mengangguk.

"Lagi pula, Ferhad mesti dah buka mulut pasal semua benda kan?"

"Haah. Tapi satu benda pun saya tak faham."

Daiyan Ghazi tersenyum lucu mendengarnya. Biasalah tu.

"Terima kasih, Daiyan. Sebab sudi bekerjasama dengan Tuan Hambali. Tapi kenapa awak tak jumpa saya semalam je? Kan senang. Tak adalah saya terperuk kat bilik office tu macam orang tak betul." Bebel Raissa. Makin melebar senyum lucu Daiyan Ghazi.

"Baguslah tu kau terperuk kat bilik office aku semalam. Kalau tak, aku tak dapat tengok kau main game. Aku tak dapat tengok kau tidur. Aku tak dapat tengok kau mengeliat. Aku tak dapat nak tengok kau main-main kerusi."

Tersedak Raissa mendengarnya. Cepat-cepat dia capai jus epal miliknya di atas meja.

"Awak perhatikan saya?" Daiyan Ghazi yang sedang menyuap nasi ayam terus angkat muka.

"Haah." Daiyan Ghazi tersenyum senget.

Raissa ternganga. Ya Allah. Mesti dia tengok melalui kamera litar tertutup. Ahhh malunya!

Daiyan Ghazi kemudian bangkit dari duduknya.

Raissa membebel sendiri. Weh malunya. Nasib baik aku tak buat benda tak senonoh tau. Nasib baik aku tak kentut. Tak korek hidung!

Aduh...

Dasar!

"Kau dah siap makan?" Daiyan Ghazi tiba-tiba muncul semula.

Raissa hanya mengangguk. Berbahang rasa wajahnya.

"Awak dari mana?"

"Aku bayar makanan tadi."

Raissa tersedak lagi. Cepat-cepat dia menyedut jus epal miliknya. "Kan saya belanja. Kenapa awak yang bayar?"

"Kau kata nak bayar semua terus kan? Nanti-nanti jelah kau bayar." Lelaki itu menghabiskan kopinya.

"Ta... Tapi..."

"Kau lambat. Aku tinggal." Daiyan Ghazi kemudian bangun dan melangkah keluar dari restoran itu.

Raissa garu kepala. Kan dah cakap. Huru hara hidup aku.

Haih. Nasib awak hensem.

Astaghfirullah halazim!










"HEI perempuan!" Raissa julingkan mata. Bala sudah sampai sudah!

"Hmm. Kau nak apa?" Tanya Raissa Nurrana.

"Ini macam mana? Aku tak faham lah." Adeera menghempas fail di tangannya ke atas meja Raissa. Raissa mengeluh. Lambat-lambat dia menyelak helaian fail itu.

"Ini senang je. Dekat Amerika kau tak belajar ke pasal benda ni?" Tanya Raissa selamba.

Berasap Adeera mendengar suara lembut bernada perli itu. Tak guna betul.

"Kalau senang. Kau buatkan untuk aku. Aku nak rehat sekejap." Raissa ternganga. Wait what?!

Ahh sudah! Ada orang dah ambil tempat Fify pulak!

"Kau bangun! Bagi aku duduk!" Adeera menarik Raissa. Terpinga-pinga Raissa berdiri. Dia hanya mampu melihat sahaja tatkala Adeera melabuhkan punggung di atas kerusi empuknya.

"Macam mana aku nak buat kerja kau, kalau kau duduk kat tempat aku. Kau naiklah tempat kau dulu. Nanti dah siap aku mesej."

"Mana boleh. Nanti kantoilah dengan papa. Bodoh lah kau ni!"

Raissa cuba sabarkan diri.

Eh! Kau yang bodoh lagi nak cakap orang. Pigidah!

"Cik Adeera. Ada baiknya cik buat kerja cik sendiri. Cari pengalaman. Itulah dia. Tuan Hambali suruh ambil kerja-kerja bawahan macam cik Raissa dulu tak mahu. Nak juga ambil kerja atasan terus. Kan dah tak pandai." Halus benar cara Alif memerli Adeera. Adeera apa lagi. Berasaplah minah tu.

"Bising je. Buat kerja kau sendiri sudahlah!"

"Ish dah lah! Nah ambil fail ni, kau pergi naik. Buat sendiri! Aku pun ada kerja juga. Bukannya nak layan kau je sepanjang masa. Sudah. Pergi sana!" Halau Raissa.

Adeera semakin bengang dibuatnya. Fail di tangan Raissa terus dirampas. Sengaja dia melanggar kuat bahu Raissa sebelum berjalan meninggalkan tingkat tiga puluh enam itu.

Raissa memegang bahunya. Sakit siot! Bahu besi ke apa?

"Cik okay?" Soal Alif. Prihatin. Raissa menarik senyum jua walaupun hati ni berbara rasa.

"Saya okay je. Tak apa, awak sambung je kerja awak. Saya nak pergi pantri sekejap." Raissa kemudian berjalan meninggalkan ruang office-nya.

"Cik okey?"

Alif buat muka apabila ada suara mengejeknya. Dah mula dah.

"Wah wah kau Alif. Bukan main ye kau. Gatai!" Semua mula ketawa kecil melihat wajah cemberut si Alif.

"Mana ada gatal. Tanya je. Lagipun Cik Raissa tu baik apa. Cantik pun ya. Fuh. Kalau dia single, memang saya dah masuk jarum dah kak Emy oii." Gurau Alif. Nasib baik Cik Raissa tak ada. Hehe.

"Tapi malangnya engkau tu. Cik Raissa tu sudah bertunang. Dengan Syed Arif lagi. Ha. Kau tu ada apa je!" Bidas Emy.

Alif menggeleng kepala sahaja. Memang semua pekerja di situ bermulut lancang. Tapi mereka baik-baik belaka.

Haihh. Cik Raissa... Cik Raissa...

Melepaslah hasrat aku nak jadi menantu orang kaya!









SYED ARIF menghulurkan ice-cream cornetto perisa coklat kepada Raissa. Lambat-lambat Raissa menyambutnya. Sebab... dia tak suka coklat. Dia suka vanilla.

Hmm. Tak apa. Janji aiskrim.

Diam. Mereka masing-masing mula menyuap aiskrim cornetto di tangan mereka.

"Tak sangka. Lagi sebulan kita nak kahwin kan?" Syed Arif teruja apabila mengingatkan yang lagi empat minggu dua hari, si cantik manis di sebelahnya ini akan menjadi hak miliknya. Akhirnya. Tercapai juga hasrat yang satu itu...

Raissa terdiam sendiri. Dia tidak rasa teruja langsung. Hatinya rasa berbolak-balik. Rasa tidak sedap hati. Kenapa dia rasa seperti ini?

"Siapa perempuan yang berjalan dengan awak hari tu?" Tanya Raissa.

Syed Arif tersengih.

"Yang pakai baju kurung ke? Itu Fika."

"Bukan."

"Oh. Yang pakai tudung eh?"

"Bukan."

"Err... yang pakai skirt biru?"

"Awak keluar dengan berapa ramai perempuan ni, Arif?" Soal Raissa tidak bernada. Sudah lali dengan Syed Arif. Peramah sangat dengan perempuan.

Hmm. Mungkin sebab itu dia sukar hendak menerima Syed Arif?

"Hehe. Okay yang ni last. Dengan perempuan rambut perang tu ya?"

Raissa berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"Oh. Itu Mary. Kawan sekelas saya dulu. Sekarang dia dah jadi pramugari. Dia kerja di Dubai. Jarang jumpa dia. Baru hari tu jumpa. Tu yang dia ajak lepak." Cerita Syed Arif.

Raissa senyum sahaja. Aku tanya siapa je. Tak perlu kut sampai nak cerita perempuan tu kerja apa...

"Awak jeles eh?" Usik Syed Arif.

Raissa hanya senyum pahit. Entahlah. Belum tiba masanya untuk saya jeles.

"Tak adalah. Saya cuma nak awak tahu. Saya masih percayakan awak tau. Saya harap awak tak hancurkan kepercayaan saya. Itu saja."

Hilang terus senyuman di bibir Syed Arif. Makan dalam.










RAISSA termenung memandang keindahan tasik di hadapannya. Suasana pagi ini sangat indah. Bau alam mencucuk hidung. Tenang. Burung-burung berkicauan. Menghasilkan suasana yang harmoni.

Hmm. Bukan selalu dia dapat berjoging seperti ini. Sebab tu jika dapat berjoging, pasti dia akan memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya.

"Joging tak ajak."

Raissa terus pusingkan tubuh. Terkejut beruk dia mendengar suara itu.

Daiyan Ghazi?

"Daiyan! Awak buat apa kat sini?" Raissa memandang Daiyan Ghazi yang kelihatan kacak dengan baju jersi berwarna merah tanpa lengan. Menayang otot-otot lengannya yang cantik terbentuk. Seluar tracksuit dengan lambang puma dan kasut sukan adidas pula tersarung smart di kakinya. Wajahnya berpeluh.

Ya Allah!

Peluh-peluh pun hensem...

"Jangan pandang aku macam tu. Kat sini ada kita berdua je." Daiyan tersenyum nakal.

Memerah wajah Raissa mendengarnya. Mata terus dikalihkan memandang orang ramai yang berada di seberang tasik. Tak ramai yang mahu berjoging di sini. Sunyi. Sebab tu Raissa lebih suka kat sini. Lebih aman tanpa gangguan manusia-manusia lain.

Daiyan Ghazi memandang Raissa atas bawah. Meneliti pakaian yang tersarung di tubuh kecil gadis itu.

Raissa terus tunduk memandang bajunya. Ada salah di mana-mana ke?

"Ke... Kenapa?"

"Baju kau. Besar sangat." Komen Daiyan Ghazi.

"Baguslah. Tak adalah orang tahu saiz badan saya berapa. Kan?" Raissa tersenyum lebar. Sebab saiz sebenar dia biasanya S atau M. Dan hoodie yang dia pakai sekarang ni saiz XXL. Besar. Tapi dia selesa.

"Hmm. Kau nampak comel." Daiyan Ghazi bersuara. Perlahan.

"Awak cakap apa tadi? Maaf saya tak dengar?"

"Tak ada apa." Daiyan Ghazi angkat bahu. Nasib baik kau tak dengar.

"Tapi aku tahu saiz badan kau. S kan? Tak pun saiz M." Selamba Daiyan Ghaz berkata. Raissa terkebil-kebil sendiri. Berbahang wajahnya. Malu.

Daiyan memandang Raissa.

"Tapi yang tak bagusnya. Kenapa kau pakai serba hitam? Seluar hitam. Kasut hitam. Baju hitam. Tudung pun hitam. Tak sesuai." Kimen Daiyan.

Raissa memandang tubuhnya lagi.

"Eh tapak kasut saya putihlah. Bukan hitam." Ujar Raissa ceria. Bibirnya tersengih sambil menayang tapak kasutnya.

Daiyan Ghazi memandang tapak kasut itu. Sepi. "Aku tak buat lawak."

Terus kendur wajah Raissa.

"Yalah. Apa yang tak sesuai?"

"Panas. Nanti kau pengsan macam mana? Lagi-lagi kalau aku tak ada. Siapa nak angkat kau?"

Raissa menjeling lelaki itu. Cis. Ingat dia sorang je ke yang boleh angkat aku?!

"Jangan risaulah. Saya dah biasa." Ceh. Bertuahlah badan kalau seorang Raja Daiyan Ghazi risaukan aku.

"Daiyan. Lagi sebulan saya nak nikah." Sayu sahaja suara Raissa. Sunyi. Tiada balasan dari Daiyan Ghazi.

Raissa angkat muka. Menggigil tiba-tiba apabila terpandangkan anak mata coklat tua milik Daiyan Ghazi. Panahannya tajam. Menusuk ke jantung. Jantung pula macam biasa. Degupannya macam baru lepas joging tadi. Tapi lebih laju.

"Dah tu? Kau rasa aku kisah ke." Daiyan Ghazi angkat bahu. Pandangannya dilempar ke arah tasik di hadapan mata. Lama mereka begitu. Senyap. Sunyi.

Daiyan Ghazi menjeling gadis itu dari ekor matanya.

Wajah Raissa mendung. Membayangkan hari-hari yang mendatang. Membayangkan hari-hari disaat dia menjadi isteri Syed Arif. Hmm. Tak boleh bayang. Terlalu kompleks untuk dibayangkan.

Daiyan Ghazi sembunyi senyum.

Aku tak kisah...

...sebab pusing-pusing macam mana pun kau tetap milik aku juga.






Selamat membaca ya kalian semua.🌹

Do votes 🌟 and comments 📝 ya!

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 67.4K 65
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pul...
1.7M 91K 52
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
4.5M 257K 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka i...
1M 90.4K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...