CPD | Cinta Perisa Dia!

By NurSyahin

12.2K 546 41

Dia perempuan tetapi dia berkawan dengan sekumpulan lelaki. Banyak masalah yang dia buat sehingga seringkali... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
FOR READERS (◠‿◕)
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
JUST FOR YOU!

Bab 2

482 25 4
By NurSyahin

"Hah baru ingat nak balik? Kamu ni daripada mana Airis! Ibu dah suruh balik cepatkan, tapi kamu ni degil sangat kenapalah" pekik Puan Farah sebaik sahaja nampak kelibat anak perempuannya di muka pintu.

"Ibu ni Airis daripada hospitallah.. Kawan orang sakit bukan Airis pergi mana pun" kata Airis lalu menyalam tangan ibunya.

Dengar sahaja perkataan kawan ibunya sudah mula naik darah. Tak dengan perempuan sekumpulan lelaki lepak tu lah! Pantas di hampiri anak perempuannya lalu telinganya dipiat.

"Kamu masih berkawan dengan lelaki-lelaki itu ke Airis? Kamu tu perempuan.. Berapa kali ibu pesan! Tak elok berkawan dengan dorang!" bebel Puan Farah geram.

"Ibu ni kenapa? Sakitlah.. Lagi pun ibu sendiri kata kawan boleh dicari tapi musuh jangan dicari.. Ibu lupa ke?" kata Airis dengan mengusap telinganya perlahan.

"Mulut kamu ni ada je nak menjawab! Kamu tu satu-satu je anak dara ibu! Kamu nak kena tangkap khalwat baru nak dengar cakap ibu ke? Ingatkan dapat anak perempuan senang tapi payah juga!"

"Apa ibu merepek ni? Dorang baiklah ibu.. Dorang tak macam apa yang ibu sangkakan tu.. Lagipun Airis bukan buat jahat pun" kata Airis dengan membela kawannya.

"Tengkorak kamu tak buat jahat! Setiap minggu ada je yang bertampal tu tak dinamakan buat jahatlah! Luka lama tak hilang, luka baru datang! Merasa ibu kahwinkan kamu tak lama lagi!" desir Puan Farah dalam api kemarahannya.

Airin yang mati kata terus melangkah menuju ke biliknya. Nak bantah lagi macamlah dia tak tahu perangai ibunya macam mana. Nak melawan tak boleh! Itu ibu bukan lawan.

"Tak habis-habis topik kahwin! Aku baru habis degree kot, calon lelaki pun tak ada nak kahwin apanya" kata Airin lalu baring menelentang. Sakit juga hatinya sewaktu ibunya desir pasal tangkap khalwat tapi nak marah tak boleh.

Dia pun hairan salah ke hendak berkawan dengan rakan lelaki? Kenapa mesti ada tanggapan negatif? Dia berkawan dengan lelaki pun sebab dia selesa. Dan dorang pun banyak tolong dia time dia susah. Ingat lagi dia pertemuan mereka pertama kali.

Flashback

"Eh, Farish apa kita buat dekat sini?" kata Airin gusar apabila sampai sahaja di kedai tersebut. Lebih-lebih lagi meja sekumpulan lelaki yang ditujunya.

"Lah.. Kau kata nak aku tolong kau buat assignment untuk presentation" kata Farish pelik. Minah ni aku luku kang kepalanya nanti!

"Ialah tapi kenapa dekat sini? Kenapa bukan library?" tanya Airin lagi.

"Kau ni banyak tanyalah Airin! Aku bukan satu jurusan dengan kau.. So macam mana aku nak bantu kau? Ni pun aku minta tolong kawan aku yang sama jurusan dengan kau! Dah alang-alang dia free apa salahnya." kata Farish panjang lebar.

"Tapi ramai kot kawan-kawan kau.. Tak akan semua sama jurusan dengan aku?"

"Airin kau ni kenapa banyak tanya sangat hari ni? Kau sebenarnya takut kita orang buat something dekat kau ke?" kata Farish yang mula ragu.

"Eh tak! Itu bukan maksud aku" balas Airin dan cuba membuang tanggapan buruknya.

"Aku kenal kawan akulah! Dorang tak akan buat macam tu so trust me okay" pujuk Farish lagi.

Tersenyum Airin apabila moment itu menejah di kotak fikirannya. Tuala dicapai lalu melangkah ke bilik air. Sempat lagi dia mencapai telefonnya untuk di cas.

☁☁☁☁☁

Masuk sahaja ke dalam rumah Faiz terus rebahkan badannya ke sofa. Hari ni tak menang tangan dia mengejar patient di kawasan kecemasan. Matanya di pejam untuk melepaskan lelahnya.

"Haa Izz baru balik? Macam mana kerja okay?" kata Dato Aryan sebaik sahaja turun daripada anak tangga terakhir.

"Macam itulah daddy.. Lepas dah tukar bahagian tak terlepas tangan ni" balas Faiz dalam lelahnya.

"Normallah tu dah namanya doktor.." kata Dato Aryan dengan sengihan.

"Haih anak beranak dah duduk sekaki lupakan mummy kat dapurlah jawabnya" kata Datin Azian lalu mendapatkan sofa single.

"Mana adalah mummy.. Mummy tu je suka fikir bukan-bukan" tempik Faiz dengan sengihan.

"Iyalah tu.. Kamu ni dah makan ke belum? Kalau belum jomlah makan sekali.." kata Datin Azian lagi.

Belum sempat Faiz hendak menjawab kata-kata ibunya telefon di poket seluar di minta diangkat. Laju sahaja tangannya menyeluk melihat si pemanggil.

"Hello" kata Faiz menyahut. Dua pasangan suami isteri itu hanya memerhati sahaja. Tak nak menggangu perbualan si anak mungkin.

"Okay sekejap lagi saya sampai.. Bagi saya 25 minit" kata Faiz sebelum meletakkan panggilan. Muka kedua orang tuanya dipandang. Lebih-lebih lagi si ibu. Bukan dia tidak tahu yang ibunya berharap sangat dia makan bersama.

"Sorry mummy hari ni Izz tak dapat.. Ni pun dapat emergency call maybe next time?" kata Faiz lalu menyalam kedua tangan orang tuanya.

Sampai sahaja di hospital Faiz terus menuju ke kawasan kecemasan. Dia terus mendapatkan jururawat yang bernama Amri.

"Mana patient tu?" kata Faiz senada.

"Dekat katil itu" kata Amri lalu menunjukkan katil hujung sekali.

Laju sahaja kakinya melangkah ke arah katil tersebut. Tarik je kain langsir dia sudah tergamam melihat figura yang terbaring di atas katil.

"Kau lagi? Kali ni gaduh dengan siapa.. Mamat motor pula? Tak padan dengan perempuan nak jadi genster!" sembur Faiz pedas. Sebabkan perempuan ni dia tak dapat makan bersama dengan keluarganya.

"Kalau nak membebel macam mak nenek lebih baik tak payah datang!" balas Airin bengang. Aku tengah sakit kau sibuk pula nak bermukadimah depan aku!

"Eh, kau kira bersyukur tau aku yang datang nak rawat kau! Kalau ikutkan hati memang taklah aku nak datang!" sembur Faiz pedas.

"Dah tu tak payahlah datang!" Airin menjeling tajam. Sakit pula hatinya mendengar butir bicara yang keluar daripada mulut lelaki itu.

"Eh kalau aku tahu kau yang terlentang atas katil ni memang taklah aku nak datang! Menyusahkan!" sembur Faiz dengan segala yang terpendam di dalam hatinya. Kisah apa dia kalau perempuan ni terasa!

"Kau kata apa? Menyusahkan? Kau nak aku report dekat orang atasan ke perangai kau macam mana?" kata Airin sedaya upaya menahan rasa.

"Dalam keadaan kau macam ni kau rasa kau mampu ke? Elok kaki dengan tangan kau je sakit silap hari bulan bukan tangan dengan kaki je satu badan pula sakit!" kata Faiz penuh isi tersirat. Airin yang mendengar sudah naik gerun. Terus termati kata-katanya.

"Bagi sini tangan kau!" kata Faiz lagi setelah mengambil alatan pencuci luka.

"Arghh! Pelan-pelanlah" terus Airin tarik pergelangan tangannya. Semakin lama dia di sini, semakin bengang dibuatnya. Balas dendam ke apa mamat ni?

"Tekan kuat-kuat je doktor.. Baru dia serik" sampuk satu suara di belakang. Faiz dan Airin menoleh memandang figura tersebut.


"Ibu ayah!" kata Airin separuh menjerit. Faiz hanya melihat tingkah laku anak beranak tersebut.

"Apa betulah kata ayah kamu! Kamu ni bukan padan dengan perempuan yang gatal nak panjat tu kenapa! Along ada biarlah along ambil" kata ibu di sebelah. Airin hanya menekur lantai. Nak membantah bukan dia berani sangat.

Faiz meninggalkan anak beranak tersebut. Laju sahaja dia mendekati Amri yang seakan mencari sesuatu.

"Amri patient dekat katil hujung tu dah buat x-ray ke? Kalau belum kamu tolong bawakan dia ke bilik x-ray lepas tu keputusannya bawa ke bilik saya suruh mereka sekali masuk" kata Faiz lalu masuk ke biliknya. Dalam beberapa minit pintu biliknya diketuk daripada luar.

"Nah doktor" kata Amri lalu meminta diri.

"Airis Adriana" kata Faiz lalu memandang muka masam perempuan dihadapannya.

"Tak payahlah sebut nama panjang aku!" kata Airis perlahan. Kalau kuat merasa ada yang kena ketuk. Faiz di hadapan hanya buat dengar tak dengar sahaja. Fikir dia kisah!

Kepetusan dikeluarkan daripada sampul berwarna coklat. Laju sahaja kakinya menuju ke arah cermin cayaha. Suis di tekan. Dalam beberapa minit dia kembali ke kerusinya sempat lagi dia menutup suis lampu.

"Tulang kaki anak pakcik dengan makcik okay just urat kaki dia lari sikit.. Kira macam terseliuhlah.. Sebelum saya benarkan dia balik saya kena tarik kaki dia untuk betulkan urat tu.. Mungkin sakit sikit" kata Faiz cuba menakutkan perempuan dihadapannya. Muka Airin yang pucat lagi bertambah pucat mendengar bait bicara yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya.

Sebaik sahaja ibu ayah perempuan itu keluar petikkan jari dihadapan muka perempuan itu cukup menyedarkannya ke alam realiti.

"Bangun tak akan aku nak dukung kau pula.. Pergi duduk dekat atas katil tu" kata Faiz. Butang interkom ditekan memanggil salah seorang jururawat yang bertugas.

Sebaik sahaja Airin duduk di atas katil pergelangan kakinya di sentuh oleh Faiz. Nak menjerit nanti ibu ayah dia kata apa pula. Tapi sejujurnya sakit bila Faiz pegang betul-betul dekat pergelangan kakinya. Dalam beberapa minit pintu bilik diketuk. Muncul jururawat perempuan bersama pembalut di tangan.

"Tahan sikit cik" kata jururawat tersebut sambil memegang tangan Airin.

Faiz yang mengambil posisi sudah memegang pergelangan kaki Airin dengan kedua belah tapak tangannya. Dalam beberapa saat kedengar jeritan di bilik doktor lelaki itu. Mata-mata di luar sudah memandang antara satu sama lain.

"Kau tipu aku! Kau kata tadi sakit sikit! Ni dah macam kena segat gila!" pekik Airin dengan tangisannya. Kakinya sedaya upaya dijauhkan daripada Faiz. Puan Farah dan Encik Kamal yang mendengar jeritan anaknya sudah berlari masuk ke dalam.

"Bagilah sini kakinya macam mana nak balut" kata Faiz bengang tapi nada suaranya cuba dikawal.

"Cik kaki cik kena balut biar susut bengkaknya" kata jururawat perempuan itu yang sedari diam daripada tadi.

"Aku tahulah effect dia untuk apa!" marah Airis pada jururawat itu. Faiz hanya nenggelengkan kepalanya. Nak pukul anak orang. Sebaik bukan bini aku!

"Airis apa terpekik-pekik ni? Orang dengarlah" kata Ayah di hadapan pintu.

"Tak apalah awak boleh keluar" kata Faiz pada jururawat yang memegang lengan Airis.

Dalam beberapa minit kakinya juga sudah siap berbalut. Arahan yang diterima Airis terpaksa akur. Sempat lagi Faiz menekan kaki sakit Airis. Lucu mungkin bila dengar suara jeritan Airis. Tapi tidak bagi Airis jelingan maut dihadiahkan sebagai amaran.

#janganlupalike >_-

Continue Reading

You'll Also Like

12.8K 1K 32
[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhadap kerjayanya, namun di sebalik kejayaan...
2.3M 89K 68
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yan...
650K 49.5K 39
Tidak pernah langsung terlintas di dalam fikiran Pearl Helena bahawa pensyarahnya sebenarnya seorang mafia. Dia dapat mengetahuinya apabila terdengar...
50.6K 2.3K 47
Suri Hawani menjadi mangsa hasad dengki Yusra Zulaika yang mahukan kedudukannya sebagai wanita kesayangan Emir Hadi. Pelbagai fitnah dan adu domba di...