A New Life A New Story

By DarkAramin

5K 185 27

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup kembali di masa lalunya. Namun sayangnya dia kembali... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10(mewgulf)(kene&neen)
11(kene&neen)
12 (Kane&Neen)
13(kane&neen)

14(mewgulf)

501 14 10
By DarkAramin

Selama 2 minggu mereka semua berada di workshop untuk menyesuaikan diri dengan watak dan peranan masing-masing.

Malah lidah mereka semua juga sudah ringan memanggil kawan mereka yang lain dengan nama watak mereka.

Mereka semua juga sudah menjalinkan hubungan rapat dimana mereka boleh duduk dengan membuat bulatan dilantai dan membaca skrip masing-masing dan berbincang dengan actor yang akan mempunyai scene bersama mereka.

Mereka semua benar-benar bekerja keras untuk melakukan terbaik dalam series ini. Bagi mereka biarpun mungkin series ini tidak berapa mendapat tarikan namun asalkan mereka dah buat yang sebaik mungkin!.

Meskipun banyak newbie dalam barisan actor bagi TharnType itu dimana terkumpulnya banyak actor lelaki kacak-kacak untuk membintangi drama bl ini. Namun sikap mereka sepanjang 2 minggu workshop ini dah seperti profesional.

Dalam drama bl Thai memang jarang melihat cast perempuan. Adapun mereka selalunya akan muncul seketika. Lagipun novel TharnType kan bergenre BL buat apa juga mahu selitkan watak perempuan sepanjang espisode?.

"Besok akan bermula program promosi"

Beritahu staf yang diberi tugas memberitahu mereka.

"Dimana?"

"Kita akan melakukan roadshow kat beberapa tempat dan melakukan fanservice. Beberapa perkembangan yang berlaku di studio sepanjang berada diworkshop juga akan mula di upload dalam twitter dan laman sosial yang lain. Link akan diberikan kepada semua untuk dikongsi dalam timeline masing-masing. Video-video pendek kamu semua sudah diedit jadi jangan lupa tengok dan share"

"Skrip soalan yang akan ditanya dalam setiap interview akan disediakan. Kamu semua cuma perlu ingat soalan dan ingat jawapan masing-masing. Mungkin ada soalan yang akan ditanya secara spontan oleh para interview terutama pada Khun Tharn dan Khun Type, jadi harus sediakan diri jika berlaku kemungkinan ini"

"Awww na~ madam ai'Type. Selesanya duduk"

Usik Lhong ketika menyedari tempat Gulf duduk iaitu diatas paha Mew sedang memegang skrip soalan yang baru diedarkan tadi.

Gulf memberi senyuman lebarnya pada Lhong dengan mengangkat keningnya.

"Saya tengah bantu P'Tharn exercise"

Jawabnya tanpa berkelip mata. Hanya menayangkan giginya yang cantik sebagai balasan usikan mereka.

Mew pula ketawa kecil mendengar jawapan Gulf dan hanya menggerakkan tangannya memegang bahu Gulf sebelum memandang skripnya balik.

Sejak sudah biasa skinship dua actor itu selalu saja berkepit malah dimana jua mereka berada pasti bersama. Sehingga kan mereka merasa dimana-mana saja mereka dihidangkan 'Dog Shit'!.

Tidak mahu dihidangkan dengan PDA lagi Lhong cepat-cepat ke arah yang lain yang sudah lama melarikan diri kerana takut buta mata🤣.

"P' masa kat sana nanti perlukah beri fanservice?"

Gulf menyoal. Kerana baginya Mew ialah rujukannya yang paling utama dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

"Ya. Kalau kita nak promosikan series ini kita perlu berikan fanservice kat fan. Kalau boleh kita mesti buat cp macam pasangan cp dalam drama series yang lain"

"Perlukah kita melakukan intimate skinship?"

"Maksud N'Type?"

"Maksud saya kita melakukan skinship intimate yang selalu kita praktis iaitu kissing?"

Mew. "Uhuk!!!..."

Dia tersedak terus dengan liurnya sendiri. Mujur dia bukan tengah minum air sekarang kalau tidak pasti dah tersembur ke arah Gulf yang tengah duduk dipahanya sambil melihat skripnya.

"Kamu okey P'?"

Soal Gulf dengan muka innocentnya seperti dia langsung tidak ada menyebut sesuatu yang extreme tadi.

"Tiada apa-apa. Yai Nong (panggilan Mew pada Gulf) fan service tak perlu beri scene intimate macam itu. Berpeluk pun dah cukup dah"

Dia penuh sabar menerangkan pada Gulf.

"Kalau boleh buat seperti biasa yang kita lakukan sepanjang 2 minggu ini"

Dia menambah lagi.

Gulf memusingkan badannya agar menghadap Mew dan memeluk leher Mew tiba-tiba.

"Macam ni?"

Soalnya.

"Ya. Macam ni pun boleh. Tapi rasanya berpegang tangan pun boleh juga"

"Lagipun waktu itu selalunya kita akan berdiri jadi peluk bahu pun boleh juga"

"Kissing? Kita selalu praktis itukan juga selama ini?"

Run, Techno Lhong, Tum dan Champ yang hampir dengan mereka hanya mampu memandang langit.

Ya...biarpun mereka dah bertekad tidak mahu makan 'Dog Shit' tapi mereka tidak dapat mengawal diri dari ingin mendengar lawak dan hiburan yang diberikan oleh partner itu!. Seperti yang mereka sedang dengar sekarang.

Mahu saja mereka merakkan lilin pada Mew ketika melayan Gulf.

Yups....sejak Gulf sudah dapat biasakan diri melakukan skinship dengan Mew, dia dah lebih clingy berbanding Mew. Malah mereka dapat rasakan jika sebelum ini Mew yang suka mengusiknya kali ini dia pula mengusik Mew, entah sengaja atau tanpa sedar.

"Boleh. Tapi buat kat dahi, pipi pun dah okey"

"Macam ni?"

Dia mencium dahi Mew selepas itu.

Yang lain "🤤🤤🤤😱"

"Ya seperti itu"

Balas Mew seperti perkara itu ialah perkara biasa. Lagipun dia juga selalu melakukan itu pada Gulf sebagai usikan agar Gulf dapat biasakan diri dengannya. Namun sejak dah biasa ini Gulf sering melakukan hal yang sama padanya. Sama ada sebagai usikan dan sebagai latihan mereka membiasakan diri.

Jadi bagi dia dan Gulf itu ialah perkara biasa yang mereka lakukan. Bukan membawa maksud lain. Namun dipandangan orang lain pula berbeza dari yang mereka berdua fikirkan.

Dua pasangan itu langsung tidak menghirau sekeliling mereka. Seperti hanya mereka berdua saja dalam studio itu.

"Ni tak perlu fanservice pun dah okey dah"

Bisik Lhong.

"Ya. Dah neutral dah"

Sokong Run.

"Kalau saya tak tahu yang mereka berdua cuma partner dalam TharnType pasti saya dah ingat mereka berdua ialah lover!"

Ujar Techno pula.

"Kalau kat laman sosial fan selalu komen yang risaukan kalau P'Mew jatuh hati kat partner dia kali ini macam yang berlaku tahun-tahun lalu itu, saya pula risau kalau Ai'Gulf dulu yang jatuh!"

Kaki gosip Champ turut serta dalam memberi komennya.

"Ya!. Lagipun saya tengok P'Mew sangat berhati-hati dalam menjaga hubungannya agar tidak melampaui batas kat orang sekelilingnya"

Tum tidak mahu ketinggalan juga.

"Maybe ship kali ini boleh belayar?"

Kata Lhong dengan mata bersinar.

Semua memandangnya terus dengan pandangan 😒😒😒.

"Hei! Maksud saya pure cp relationship okey!"

Dia membetulkan salah faham mereka.

Sebab yang dia maksudkan ialah cp yang hubungan mereka benar-benar baik mahupun didepan fan dan dibelakang tabir. Bukan sekadar FanService sahaja!.

Mereka semua sibuk bergosip dalam suara berbisik yang tidak didengar oleh orang yang digosip dan kamera yang merakam aksi mereka.

Yups....sejak akhir-akhir ini kumpulan actor ini sudah mula 'develop' habit untuk bergosip sesama sendiri! Siap buat bulatan besar dan mulalah gosip mereka menandingi gosip para staf perempuan di studio itu.

***
"P'Tharn khrap"

Panggil Gulf dengan senyuman manisnya yang bersinar-sinar.

Mew memandang ke arahnya sambil membalas senyumannya.

Senyuman keduanya begitu memukau para fujoshi dan fudanshi dalam studio itu.

"Jom praktis"

"Okey"

Tidak lama selepas itu.

Wajah mesra Gulf berubah menjadi watak Type iaitu berwajah tegang. Dimana dia merenung Tharn dengan pandangan marah dan benci sekali ketika mengetahui Tharn ialah seorang gay.

Tharn juga masuk dalam wataknya dengan membalas pandangan mata Type dengan tenang. Wajahnya juga tenang. Iaitu imej budak baik dan gentleman.

Mereka berdua praktis sehingga beberapa scene selepas itu berhenti untuk membaca scene mereka yang lain dengan berbincang dengan ms. Mame yang lebih memahami watak Tharn dan Type.

Gulf juga akan berlatih dengan Techno kerana dia banyak screen bersama Techno kerana mereka berdua ialah sahabat dalam series itu.

Mew pula melakukan workshop drum nya. Dia perlu memantapkan lagi drumnya dan berlatih muzik yang akan mereka mainkan dalam drama itu dengan Lhong sebagai vokalis dan pemain guitar dan keyboard.

Namun pada waktu malam pula tiada yang tahu Gulf selalu ke bilik Mew ketika semua sedang tidur dan praktis scene yang heavy dengan Mew sehingga dia berakhir tertidur dibilik Mew.

Dia sudah menjadi roommate Mew sepanjang seminggu lebih ini tanpa dirancang oleh keduanya.

Dia juga cuba menganalisis reaksi teman seprojek mereka dalam series ini. Kerana dia mendapat tahu ada yang berniat nak tidur dengan idol dia disini?!.

The heck?!.

Nak dia pandu lori dan langgar kau?!. Biarpun dia tak tahu pandu lori tapi kenderaan lain dia tahu pandu okey?!. Skuter dengan basikal pun kenderaan juga dan boleh buat mampus juga! 10juta kali langgar reverse 10 juta!.

Huh...dia berasa lega pula dapat menjadi bodyguard tak berbayar Mew. Kerana dia dengan jayanya dapat menyelamatkan idolanya untuk tetap remain suci!.

Dia lupa terus yang setiap malam apa mereka berdua buat kat bilik dengan alasan nak praktis😏😏.

Well it was really just a practice ah...!

"Kita akan bertolak tak lama lagi. Kamu dah bersedia?"

Suara Lhong menyedarkan dia.

Dia mengangguk." Ya sudah. Cuma kita ke sana naik apa ya?". Soalnya ingin tahu.

"Tak tahu. Kenderaan yang boleh muat kita. Mungkin"

Lhong menjawab dengan muka comelnya itu. Sungguh tak sangka muka secomel dan innocent ini memegang watak big boss dalam TharnType the Series ini.

"Berapa hari kita di sana?"

Sampuk Techno.

"Tak tahu. Yang saya tahu lepas habis semua program kita nak hadiri tu. Kita akan mula shooting scene yang kita dah buat workshop dah"

Ujar Lhong. Dia memegang belakang lehernya sambil memberi senyuman yang cantik.

Gulf dan Techno benar-benar akui dalam hati lelaki ini mempunyai senyuman yang cantik!.

Mereka berdua berpandangan sambil tersengih faham dengan apa yang berlegar dikepala masing-masing.

"Yao nong"

Gulf yang baru berniat mahu berbual dengan Lhong dan Techno tadi membatalkan niatnya bila terdengar suara p'Mew memanggilnya.

"Aku ke sana dulu"

Ujarnya sambil memegang bahu Techno dan memberi senyuman lebar kepada mereka berdua sebelum melangkah pergi menuju ke arah P'Mew berdiri menunggunya.

"Kenapa Khun Pi?"

Soalnya.

Mew memandang lelaki muda itu dengan wajah tenangnya seperti biasa sebelum tersenyum.

"Jom. Kita dah nak bertolak sekarang"

Ujarnya.

"Kita ikut apa khun p'?"

Dia menyoal. Sebab soalannya tadi tidak mendapat jawapan dari Lhong dan Techno kerana mereka juga tidak tahu. Yang mereka tahu saja asal muat untuk mereka semua naik.

"Van"

Jawab Mew sepatah.

Dia melangkah keluar dari studio dan diekori oleh Gulf.

"Van? Tapi yang lain belum keluar lagi p'Mew?"

Hairan dia. Sebab dari jauh dia sudah nampak Quin, manager p'Mew. Dia kenal manager itu sebab pernah tertangkap dia semasa dia tidur di bilik p'Mew beberapa hari yang lalu semasa dia ke sana atas tujuan praktis tetapi berakhir dengan tertidur😑.

"N'Gulf ikut Mew. Kita ke sana ikut kereta p"

Jawab Mew sambil melirik lelaki muda itu yang sedang buat muka hairan dan selepas itu terkedu seketika.

"Really? Tapi Gulf mahu ikut van ah. Sana banyak kawan..."

Dia langsung tak sangka itu pula yang keluar dimulut nong itu. Mahu dia mengeluh dan menggeleng.

"Sana sempit nong"

Dia memperingatkan.

"Tapi p'Mew. Saya sudah lama tidak berbual dengan mereka"

Dia memberi alasan. Sebenarnya dia tidak mahu kelihatan rapat dengan p'Mew. Dia tidak mahu p'Mew disalah erti oleh orang luar selain distudio yang sudah tahu akan keakraban mereka. Tapi orang luar tidak. Jangan sangka dia tak tahu gosip hot mengenai P'Mew sekarang yang banyak menuduhnya akan jatuh cinta dengan CoStar dalam series bl barunya ini iaitu dia. Dan banyak yang menuduh juga p'Mew ini tidak profesional dalam kerjanya. Dia sebagai fan p'Mew sejak dulu dan memang ahli dalam The Mellion memang amat update dengan gosip mengenai p'Mew biarpun sejak beberapa tahun ini dia tidak kerap ke laman sosial. Tapi sejak memegang watak Type dia sudah kembali aktif sebab p'Mew ialah Tharn nya dalam series itu.

Jadi sebagai fan dia memang amat sedih dan tidak mahu mencemarkan lagi nama P'Mew. Namun dia tidak mahu p'Mew tahu apa yang dia fikirkan sebab dia malu ah! Dia tidak mahu sesiapa tahu dia ini peminat p'Mew😐😐.

"Tadi tu?"

Hairan Mew. Selalunya lelaki muda ini tidak mahu berpisah dengannya ketika dalam studio.

"P' saya ke sana dulu ya. Ada barang tertinggal! P' jalanlah dulu, jangan tunggu saya. Saya ikut yang lain"

Tanpa menunggu jawapan dari p'Mew dia terus berlari masuk ke dalam studio balik meninggalkan Mew yang berdiri tidak faham dengan sikap Gulf itu.

Quin yang mendekati mereka tadi turut hairan.

"Kenapa?"

Soalnya.

Mew memandang Quin dan menjungkit bahu sebagai jawapan. Dia melangkah menuju ke keretanya selepas itu.

Quin merasa menggigil terus dengan cara Mew memandangnya. Meski dia tahu bukan ditujukan kepada dia namun tetap memberi impak kepadanya kerana dinginnya dia rasa ah!.

Ai Nong Gulf na...! Kenapa kamu buat hal pula sekarang!. Raungnya dalam hati.

Gulf yang tersenyum polos ketika masuk balik ke dalam studio langsung tidak sedar yang niat sebenarnya mahu menjaga imej P'Mew nya dari tercemar sudah disalaherti oleh orang yang diidolanya dan sudah buat idolanya hilang mood.

"Aiik ai'Gulf, Kamu tak ikut p'Mew?"

Soal Champ hairan bila melihat Gulf masuk kembali ke dalam studio.

"Saya ikut van"

Jawabnya jujur. Siap tersenyum lebar.

"Kalau macam tu jom. Kita ke van sekarang"

Diapun berjalan disebelah Champ. Dia tersenyum ke arah Tar dan Tum yang turut baru sampai dan menyertai mereka.

"Kamu bukan ikut p'Mew?"

Lhong dan Techno pula menyoal bila melihat Gulf turut masuk ke dalam van mereka.

"Tak. Saya nak berbincang mengenai scene yang akan kita start shoot lepas ni dengan ai'Techno"

Jawabnya memberi alasan tanpa berkedip mata. Senyuman pula lebar. Dia memandang ke tempat kereta p'Mew tadi yang sudah tiada diparking. Pasti sudah jalan dulu.

Continue Reading

You'll Also Like

10K 235 27
BLURB : MILIK TUAN LUTH ISKANDAR PENULIS : KENSHIN SUGAWA Ditinggalkan si kekasih hati yang berjanji untuk berkahwin dan mencipta bahagia bersama-s...
314K 15.5K 48
( ssars love written series 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. ยฉ ssarserans december story 2022
189K 7.7K 44
[๐˜จ๐˜ข๐˜บ / ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ด๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜บ] : "I - I'm em ... I'm pregnant Niel." "You must be kidding me" [ ๐™—๐™–๐™๐™–๐™จ๐™– ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ...
1.5K 287 24
Derita, Seksaan, Dugaan...semua telah dilalui olehnya. Dilahirkan untuk menjadi seorang pembunuh bukan yang dia mahukan. Dia hanya mahukan kasih saya...