"Betul ke akak cakap ni? Jangan tipulah kak"
PA Lee berdecit. Dia menggulingkan matanya.
"Betullah apa aku cakap. Disebabkan kau lari dari perkahwinan kau dengan Tuan Jaebeom,orang tuanya menyuruh anak sulung mereka tu untuk berkahwin dengan Puan Hyunji. Kehidupan mereka bertambah baik selepas Puan Hyunji melahirkan anak lelaki" ujar PA Lee dengan nada seperti mahu menyakitkan hati Suzy. Biar puas hati.
Seperti ada batu yang menghempap diri Suzy. Dia ingatkan Jaebeom masih bersendirian. Matanya berair. Dia masih mencintai Jaebeom.
"Jaebeommie....kenapa..."
"Apa yang berlaku di sini?!"
Tengkingan Jaebeom mengejutkan keduanya. Kelihatan Hyunji berdiri rapat di samping sang suami. Dia melihat Suzy. Sungguh berbeza dengan Suzy dahulu yang seperti seorang ratu mewah menguasai dunia. Semua yang berada di bawahnya dilayan buruk seperti dia sahaja yang berharta. Sekarang hanya seorang hamba yang bekerja sebagai seorang pencuci di syarikat ayah mertuanya.
"Beommie...sampai hati awak..."
Suzy yang sedang menangis terus memeluk Jaebeom. Lelaki itu terkejut. Dia menolak kuat Suzy sehingga jatuh. Semua pekerja yang berada di situ menjadi penonton kepada situasi tersebut. Hyunji cemburu tetapi pada masa yang sama dia kasihan pada Suzy. Ya,dia juga memahami air mata seorang wanita. Namun air mata yang dikeluarkan oleh Suzy seperti menyakitkan hatinya.
"Kenapa awak berkahwin dengan dia?! Kenapa awak tak tunggu saya?!" Tangisan Suzy bertambah kuat.
Hatinya seperti dihiris-hiris dengan pisau. Disiat tanpa belas kasihan. Dia tidak menyangka Jaebeom telah bernikah dengan orang yang tidak setaraf dengan dirinya.
"Tunggu kau!? Nak buat apa?! Nak buat apa aku tunggu perempuan macam kau! Sanggup malukan aku dengan keluarga aku di hari perkahwinan tu! Buang masa jelah!
Tapi....mujurlah kau lari masa tu. Kalau tidak,mungkin aku tidak akan dapat bernikah dengan Hyunji dan ada kehidupan yang lebih baik seperti sekarang. Terima kasih ya,Bae Suzy. Jom sayang,kita jangan layan minah ni"
Hyunji hanya diam ditarik lembut oleh ayah kepada Feng Er. Dia tidak mahu masuk campur.
"Daripada kau menangis sampai bengkak mata tu,baik kau pergi sambung kerja. Tu. Kain buruk atas meja orang. Dah kenapa kau ni?" - PA Lee
Suzy berdiri dengan hidung berairnya dikesat. Pekerja-pekerja lain yang menjadi penonton tadi kembali ke tempat masing-masing.
______
"Sudahlah tu menangis. Cuba cerita kat unnie apa yang berlaku??"
"Dia kejam,unnie. Sanggup dia kahwin lain. Dia tak sayang Suzy pun. Suzy kecewa dengan dia...."
Fei berasa kasihan. Dia menarik Suzy ke dalam dakapan dan menenangkan gadis itu dengan menggosok lembut belakangnya.
"Sampai hati dia buat macam tu kat Suzy. Suzy cubalah lupakan dia. Ramai lagi lelaki dalam dunia ni,Suzy. Lagipun dia dah berkahwin. Dah ada isteri. Maknanya jodoh dia bukan dengan Suzy"
"Tapi unnie...Suzy sayang dia...I'm still love him...dialah segalanya bagi Suzy..."
"Suzy...janganlah Suzy menangis disebabkan lelaki jahanam macam tu. Membazir air mata saja...kumbang bukan seekor"
"Unnie ni...tak faham perasaan Suzy. Suzy ingatkan unnie nak back up Suzy tapi tak. Malaslah kalau macam ni"
Suzy melepaskan pelukannya dan berlalu pergi. Fei terus memanggil kawan baik yang dianggap sebagai adik sendiri itu.
"Suzy,Suzy...kau masih degil...macam dulu"
Tanpa mereka sedari,satu figura memerhatikan situasi itu di tasik di taman tersebut. Dia tersenyum sinis. Cebisan besar surat khabar lama dipandangnya lama. Surat khabar itu menunjukkan gambar Tuan Bae. Ia tentang berita kematian pemilik syarikat terbesar itu. Ada juga gambar kecil Suzy di tepinya. Pemuda itu membaca beberapa ayat di surat khabar tersebut.
"Difahamkan Bae Suzy telah menghilangkan diri pada hari perkahwinannya sendiri. Keluarga pengantin lelaki,Im Jaebeom tidak tahu ke mana Bae Suzy pergi...."
"Aku dah jumpa kau hehe...."
______
Dia melihat pada cermin,memastikan dirinya kemas. Rambut yang sedikit panjang itu diikat poni. Cermin mata hitam dipakai menutup kesan hitam di sekeliling matanya. Jaket kulit hijau dipakai mendedahkan sedikit dada bidangnya. Memaki seluar hitam ketat. Rokok diambil satu dan dihidupkan dengan mancis. Rokok itu dihisap dan dihembuskan asap. Dia merasakan dirinya kelihatan macho apabila berpakaian sebegitu.
"Goodbye,Kim Jongin. Hello,Kai"
"Aku nampak baru. Tunggu sayangku,akanku dapatkan hak aku balik"
"Kim Hyunji sepatutnya dengan aku. Bukan dengan lelaki tu. Dia pernah hancurkan hidup Hyunji"
"I'm coming,my love. I'll save you"
______
Sedang asyik menaip sesuatu di komputer,Jaebeom tersentak sedikit dengan sebuah panggilan telefon. Dia melihat di skrin telefonnya dan tersenyum.
"Hyunji rupanya. Tak jadi pula nak marah hehe" ujarnya sambil gosok dada. Panggilan dijawab.
"Helo,oppa"
"Ya,sayang. Kenapa telefon oppa? Rindu oppa ya?"
Kedengaran gelak kecil Hyunji di talian sana. Melebarlah senyuman Jaebeom. Comellah, Hyunji!
"Apalah oppa ni. Ji nak tanya. Oppa balik ke tengah hari ni? Kalau ya, Ji nak masak"
"Oh...rasanya tak. Sebab banyak kerja yang oppa perlu selesaikan. Tapi...oppa mengidam masakan Ji..."
"Aigoo,oppa ni. Okey....kalau macam tu oppa beritahu apa yang oppa nak makan. Nanti Ji datang dengan Feng Er"
"Oppa rasa makan nasi goreng kimchi yang Ji buat hari tu. Ji buat sedap sikit ya? Hehe"
"Yelah,oppa yang Hyunji sayang ni. Siap,bos! Okey,Ji letak telefon dulu"
"Baiklah,sayangku~"
Beep!
"Tuan Im...."
Jaebeom menoleh ke hadapan. Dia terkejut melihat Suzy yang terhuyung-hayang ke arahnya lalu dia merebahkan diri ke atas Jaebeom. Jaebeom menangkap tubuh itu.
"Hey,kenapa ni??? Kau mabuk ke apa??"
Suzy hanya berpura-pura sebenarnya. Dia mengambil kesempatan dan memeluk Jaebeom serta melingkar tangannya di leher pemuda itu.
"Jaebeommie....Suzy rindu waktu kita bersama...kahwinlah dengan Suzy...kenapa Beommie kahwin dengan perempuan miskin tu? Sampai hati Beommie"
Jaebeom mula geram. Dia mahu menolak Suzy jatuh ke bawah tetapi ikatan tangan gadis itu semakin kuat. Tak nak terlepas. Kemarahan Jaebeom bertambah. Ya,kita tahu dia ikut perangai ayah dia,kuat baran.
Tapi sebelum tu,Jaebeom menarik nafas dan bertenang. Senyuman diukirkan.
"Suzy sayang...tengok Beommie"
Suzy memandang Jaebeom.
Ppakk!
Lingkaran tangan Suzy terlepas. Dia memandang Jaebeom dengan pandangan yang tidak sangka. Pipi yang merah dan sakit dipegang akibat ditampar kuat.
"Padan muka! Oh~ kau nak goda aku ya??? Dengan buat macam tu kau ingat aku boleh mengalah? Eh,perempuan! Kau tak sedar lagi ke?! Ke kau yang buta??? Kau ada nampak kan isteri aku hari tu. Dengan aku dalam ni. Jadi,kenapa masih nak cari kesempatan ke atas aku?? Wei bukan aku saja lelaki dalam dunia ni. Ramai lagi. Entah-entah kau dah jumpa orang lain selain aku kan? Sebab tu kau lari dari perkahwinan kita tu??"
"Jaebeom!" Suzy terus berdiri dengan tangisannya. Dia berlari keluar dari bilik pemuda itu sehingga ke luar syarikat. Semasa di pintu masuk,dia terserempak dengan Hyunji dan Feng Er. Jelingan tajam diberikan kepada gadis itu lalu beredar.
"Eommaaa. Itulah makcik yang langgar Feng Er hari tu. Sampai tumpah aiskrim..."
Hyunji memandang ke arah anaknya sebelum beralih kepada Suzy yang mula menjauh. Jadi betullah firasat dia. Memang Suzy dah kembali.
_______
Sebuah bangunan terbiar di jalan raya Seoul menjadi tempat lepaskan geram dan raungan Suzy. Jeritan kesedihan bergema di langit. Mungkin ada yang dapat mendengarnya. Suzy terduduk. Dia menumbuk-numbuk pinggir bumbung bangunan itu. Ya, Gadis tersebut berada di atas bumbung sekarang.
"Kenapa!! Kenapa hidup aku selalu malang!! Apa yang aku pernah ada semua dah lesap macam tu je! Aku dah tak kaya! Appa dah mati! Eomma sakit! Jaebeom khianati aku! Nickhun buat aku kotor! Aku dah tak seperti seorang permaisuri macam dulu!
Tuhan,apa salah aku! Kenapa Kau hukum aku macam ni!!"
Suzy berdiri. Dia mendekati pinggir bumbung. Dia sudah tekad. Dia mahu bunuh diri. Dia tidak mampu menanggung segala derita yang dihadapinya. Suzy tersenyum dengan air mata masih mengalir.
"Maaf eomma...tapi Suzy dah tak larat dengan semua ni. Suzy nak jumpa appa. Suzy nak lari. Suzy nak rehat. Selamat tinggal eomma..."
"Jangan!"
Seseorang menarik Suzy ke belakang. Suzy membuka matanya. Dia merasakan seseorang memeluknya dari belakang. Suzy menoleh. Dia tertindih seorang lelaki.
"Hei! Lepaskan aku! Aku nak mati! Aku nak mati!"
"Jangan jadi bodohlah! Kau tu jauh lagi perjalanan!"
Suzy bergelut cuba melepaskan diri. Dia dan lelaki itu berdiri.
"Siapa kau! Berani kau halang aku!"
Lelaki itu tersenyum sinis. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar hitam ketatnya.
"Panggil aku Kai saja. Aku dengar nama Jaebeom masa kau jerit tadi. Jadi mesti Jaebeom tu anak lelaki kepada Im Holdings kan?"
Suzy terdiam. Dia memandang Kai pelik.
"Jadi,kau nak sesuatu dari aku ke?"
"Aku nak kau tolong aku"
"Tolong apa?"
"Dapatkan hak aku balik. Kim Hyunji"
______
TBC