"Tae..I'm sorry."
Euncheol menyentuh tangan Taehyung. Dia cuba mencari mata lelaki itu namun sering kali Taehyung memandang ke tempat lain.
"Kalau you layan I macam ni sebab Jimin. I memang tak tahu apa-apa okay! Dia sendiri yang tahu and serang isteri you."
Taehyung mendecit. Tangannya ditarik daripada berterusan disentuh oleh Euncheol.
"Get out."
Hatinya panas. Euncheol dah melampau jika wanita itu mencarinya sampai di tempat kerja. Dia cukup pantang kalau hal peribadi bercampur dengan hal kerjanya.
Euncheol menggeleng laju. Lengan Taehyung ditariknya sepenuh tenaga sehingga tubuh lelaki itu berpusing menghadapnya. Tali leher lelaki itu pula digenggamnya sebelum ditarik ke arahnya. Euncheol mencium bibir itu dengan keluhan berat.
Hatinya panas. Takkanlah Taehyung tak nampak yang dia cintakan lelaki itu sangat-sangat? Kenapa Seomin sentiasa menjadi halangan antara mereka berdua?
Taehyung agak terkejut dengan tindakan wanita itu namun ciuman itu tetap dibalas olehnya. Pinggang wanita itu ditariknya dengan sebelah tangan. Ini yang terakhir. Dia janji.
Kasar. Kecewa. Marah. Semua itu dapat dirasai melalui ciuman Taehyung. Air matanya tidak dapat dikawal lagi. Jiwanya runtun. Langsung tiada ruang ke untuknya bertakhta dalam hati lelaki itu? Lepas semua yang telah berlaku antara mereka?
Kenapa Taehyung begitu senang melupakan salah perempuan tu sedangkan, salah yang dia buat tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan Seomin.
"This is the end. For us."
Ucap lelaki itu dalam nafasnya. Euncheol merenung anak mata Taehyung dengan riak tidak percaya. Pandangan mereka bertaut. Dia cuba mencari makna disebalik mata hitam itu namun apa yang dia nampak hanyalah kekecewaan.
🌫🌫🌫
"Okay lah. Aku jujur." Kata Seokjin dengan nafas yang dihela perlahan.
Kertas hasil ujian dna di tangannya dikoyak menjadi dua. Seomin ternganga memandang tindakan Jin yang tiba-tiba itu.
"Jungwook bukan anak aku. Tapi aku cuma nak kau tahu yang Jungwook pun bukan anak Taehyung jugak."
"Pft." Kata-kata Jin membuatkan Seomin memusingkan bola matanya.
"Kalau dia anak Taehyung, dah lamalah aku hidup bahagia." Ujar wanita itu dengan nada sarkastik.
Muka Seokjin berubah selepas Seomin berkata begitu. Lelaki itu kelihatan sedikit gusar. Wajah Seomin dipandangnya dengan lama.
"Aku minta maaf."
"Huh?" Seomin kelihatan terkejut dengan ucapan maaf yang keluar daripada mulut lelaki di hadapannya ini. Seokjin memang pelik.
Helaian kertas lain yang dihulur oleh lelaki itu disambutnya dengan tanda tanya.
"Ini yang ori punya. Nama dekat situ. Itulah bapa kepada Jungwook." Ucapnya dengan nada mengendur.
Seomin meletakkan kertas itu kembali pada telapak tangan Seokjin selepas melihatnya buat beberapa saat. Perbuatannya membuatkan doktor muda itu pelik.
"Aku tak kisah. Tak nak ambil tahu."
"Kau tak boleh macam ni. Ini soal anak kau. Bukan kau. Jangan pentingkan diri sendiri boleh?"
Kata-kata Seokjin membuatkan hatinya menjadi panas.
"Kalau dia bapak kepada anak aku pun kenapa? Apa yang aku boleh buat? Dia nak kahwin dengan aku? Tak kan?"
Satu persatu air mata Seomin jatuh membasahi wajahnya sendiri. Kenapa sekarang baru nak bagitahu? Asal tak bagitahu bila Jungwook dah tua aje?
Riak wajah Seokjin masih kekal membeku walaupun Seomin sudah menangis di hadapannya.
"Kalau..aku kata ya?" Ucap lelaki itu tanpa mempedulikan tangisan Seomin.
Jantungnya berhenti buat sedetik. Seomin memandang Seokjin dengan matanya yang membundar. Tangisannya terus terhenti.
Tak masuk akal langsung!
"Tinggalkan Taehyung. Kahwin dengan Yoongi." Tambah Seokjin lagi. Nadanya kedengaran cukup serius di telinga Seomin.
📑📄📃
Taehyung meneguk minuman keras itu dengan rakus. Alkohol yang diminumnya sudah memberi kesan kepada tubuhnya. Segala beban yang terasa di kepalanya mulai hilang sedikit demi sedikit.
Keadaan yang membingitkan itu langsung tidak mengganggu manusia bernama Taehyung ini. Lelaki itu masih setia melayan perasaannya di bangku club itu.
Sejak Seomin melarikan diri, dia semakin kerap bertandang ke sini. Setiap kali kepalanya memikirkan wanita itu, hatinya terasa satu bebanan. Beban apa yang dirasainya pun, dia sendiri tak pasti.
Matanya merenung seseorang dari kejauhan. Entah kenapa lenggok wanita itu sangat menarik untuk dia lihat. Lama dia memerhatikan wanita itu.
No way.
No.
Taehyung turun dari bangku itu. Kakinya digerak ke arah wanita itu berdiri. Jantungnya berdegup kencang. Semakin kencang apabila derapan kakinya sudah hampir dekat dengan wanita itu.
Jelas bahawa wanita itu kelihatan terkejut dengan kehadirannya. Taehyung terus mencengkam pergelangan tangan wanita itu untuk menariknya ke sebuah bilik karaoke yang kosong.
Taehyung mengunci pintu bilik itu sebelum tangannya memerangkap tubuh wanita itu daripada melarikan diri.
"Kenapa kau lari dari aku?" Anak matanya memerhatikan wajah ketakutan wanita itu.
Seluruh tubuh wanita itu menggigil. Taehyung tidak lepas membunuh wanita itu dengan pandangan tajamnya.
Bibirnya terukir sebuah senyuman kecil apabila wanita itu masih mendiamkan diri. Hanya bunyi nafas mereka yang kedengaran.
"Kenapa diam, wife?" Bisiknya dengan nakal. Rambut panjang Seomin dipintalnya dengan hujung jari.
"Awak mabuk."
Taehyung memandang gaun hitam separas paha yang membalut tubuh isterinya. Dia langsung tidak ambil peduli dengan kata-kata wanita itu.
Untuk siapa isterinya bersolek?
Untuk siapa isterinya berpakaian begini?
Taehyung mendengus perlahan. Rasa beban itu mula bertandang semula di hatinya.
Tangannya menyentuh belakang wanita itu sebelum ia melurut di sepanjang tulang belakang wanita itu dan berhenti pada pinggang isterinya.
Wajahnya didekatkan pada wajah itu. Dia memandang lama pada bibir merah itu.
Nafasnya menjadi berat. Semakin berat apabila hujung hidungnya berlaga dengan hidung Seomin.
"No." Perlahan sahaja nadanya namun cukup untuk buat Taehyung berang.
"Kenapa? Kau dah jual mahal dengan aku sekarang?" Dia mencengkam pinggang Seomin sehingga wanita itu mengaduh sakit.
"Lepaskan saya."
"No." Genggamannya semakin dikuatkan.
"Saya sakit.." Kedua-dua tangannya memegang tangan Taehyung yang berada di pinggangnya. Taehyung ni dah kenapa? Dia dah kembali pada Taehyung yang kaki pukul tu ke?
"Boleh tak sekali, kau faham?"
Kata-katanya menarik perhatian Seomin. Wanita itu berkerut memandangnya.
"Macam mana saya nak faham kalau awak tak pernah bagitahu saya apa-apa?" Ujar wanita itu dengan nada keras.
Dia fikir aku ni apa? Boleh baca fikiran orang?
Aku merenung matanya dengan tajam. Namun riak wajah aku berubah apabila melihat air yang jernih bertakung di tubir matanya.
Taehyung menangis?
"Please. Jangan pergi lagi. Jangan tinggalkan aku lagi." Air matanya tumpah saat dia berkata dengan suaranya yang mula serak.
Aku menyentuh kedua-dua belah pipinya. Senyuman tawar terukir di bibir aku. Ibu jari aku mengelus pipinya perlahan.
Minta maaf. Saya nak awak benci saya semula.
"Saya pergi dulu. Maafkan saya Tae, tapi awak dah ganggu date saya malam ni."
Tbc
Hai guys, memandangkan al-kisah Tae dan Seo ni nak habis,
Apa kata korang baca story baru author? ;)
Dark Souls 👻