Hari yang telah dinanti nantikan oleh
satu pasangan telah tiba. Di mana
pada hari ini majlis bagi menyatukan
anak perempuan Eriq Ermando dan
anak lelaki Tengku Zarif.
Rinne berasa sangat nervous.
Walaupun bukan dia yang
melafazkan akad nikah tapi dia
masih berdebar untuk memegang
tanggungjawab sebagai isteri kepada
lelaki yang berjaya menambat
hatinya.
Pada pagi itu, Rinne memakai
sepasang dress berwarna putih untuk
majlis akad nikah yang akan
diadakan sebentar lagi di hotel
kepunyaan daddynya sendiri iaitu
Mr. Eriq Ermando.
" Babe! You look so gorgeous! I don't
believe it!" kata Qairina
Masih korang ingat kawan baik
Rinne? So, that's her!
" Hmm aku nervous ar! Tolong aku,
babe!" kata Rinne dengan tangan terketar ketar.
Nervous sangat tu!
" Okayy kau rilek! Jangan fikir sangat
Insya Allah tak ada apa apa. Kau ni
jangan laa over nervous sangat.
Macam kau pulak yang nak lafaz nya
nnti. " kata Qairina
Rinne hanya menganggukkan kepalanya. Tapi, dalam hati hanya Allah je yang tahu betapa takutnya dia. Macam nak berperang pun ada.
Dia sudah bersiap sedia dari awal
lagi. Kerana Mummynya yang
menyuruh untuk bersiap awal. Takut
kelam kabut je nanti.
Setelah itu, mereka berdua terdengar bunyi ketukan pintu bilik hotel itu.
Tok!
Tok!
" Rinne, pengantin lelaki dah sampai.
Jom turun. Qairina tolong bawa
turun anak aunty ye. Aunty nak turun
dulu." kata Mommy Rinne, Mrs.
Ervira
Qairina hanya menganggukkan
kepalanya. Lalu pandangannya
beralih kepada Rinne yang hanya
berdiam diri sahaja.
" Babe, kau okay? Jom laa turun.
Pengantin lelaki dah sampai tu. "kata
Qairina lalu membawa Rinne turun
ke bawah untuk menuju ke dewan
hotel itu.
Sampai sahaja mereka berdua di
tangga terakhir, ramai tetamu yang
melihat mereka. Terutamanya, ke
arah pengantin perempuan.
Rinne terus duduk di atas kerusi khas
untuk pengantin dan mommynya
duduk. Kerusi itu berada di atas
pentas yang sudah dihiasi dengan
banyak bunga bunga yang cantik.
Zafriel terpegun seketika melihat bakal isterinya yang sangat cantik pada malam itu.
Pengantin lelaki pula elok duduk di
hadapan pengantin perempuan. Di
mana pengantin lelaki duduk di
kerusi yang disediakan untuk kaum
lelaki yang terlibat semasa lafaznya
akad nikah.
" Baiklah mari kita mulakan." kata
tok kadi.
Semua berada di situ semua
menganggukkan tanda mengiyakan
majlis itu diteruskan.
" Tengku Zafriel Mukhriz bin Tengku
Zarif!" laung daddy Rinne, Mr. Eriq
" ye saya"
" Aku nikahkan dikau dengan anak
perempuan ku Edrinne Elizabeth
binti Eriq Ermando dengan mas
kahwin nya sebanyak dua puluh ribu
ringgit tunai!"
" Aku terima nikahnya Edrinne
Elizabeth binti Eriq Ermando dengan
mas kahwin nya sebanyak dua puluh
ribu ringgit tunai"
Hanya dengan sekali lafaz sahaja,
Rinne sudah menjadi isteri kepada
Tengku Zafriel Mukhriz.
Rinne terus menitiskan air mata
kerana sekarang gelaran nya sebagai
bujang telah bertukar kepada isteri.
Jadi, dia sudah mempunyai
tanggungjawab yang patut dia jaga.
Dia terus berpelukan dengan
mommynya.
" Tahniah anak Mommy" kata
mommy Rinne, Mrs. Ervira
Selepas itu, beralih pula kepada
mama Zafriel.
" Tahniah Rinne! Sekarang kamu dah
jadi menantu Mama. Mama ucapkan
terima kasih sangat sebab sudi
terima anak Mama." kata Puan Mary
" Rinne terima dengan ikhlasnya
Ma... ma" tergagap gagap apabila
Rinne mahu menyebut dengan
panggilan mama. Masih tak biasa.
Tanpa dia sedar, suaminya sudah
berada di hadapan nya kini. 'haish
leka sangat aku sampai tak sedar
suami dah ada di depan mata' kata
Rinne dalam hati.
" Assalammualaikum!"
Selepas sahaja Zafriel solat sunat, dia
terus pergi ke arah isterinya untuk
upacara pembatalan air sembahyang.
'Ya Allah, aku bersyukur sangat
kerana sekarang di sudah menjadi
isteriku yang sah. Bantulah aku untuk
membahagiakannya hingga ke
jannah.'
Zafriel terus duduk berhadapan
dengan Rinne yang masih leka
bercakap dengan mamanya.
" Assalammualaikum!" kata Zafriel
dengan nada yang perlahan
Berderau darah ke muka Rinne
apabila Zafriel sudah berada di
hadapannya.
" Waa... laikummussalam" jawab
Rinne dengan gagap sedikit.
Zafriel hanya tersenyum kecil apabila
melihat isterinya yang terkejut
dengan kehadirannya sampai
tergagap menjawab salam.
" Tunggu apa lagi tu? Kalau nak
tenung lama lama dalam bilik pun
boleh. Sarungkan laa cincin tu" kata
seseorang
Zafriel seakan sudah menganggak
akan gerangan yang bercakap
kepadanya. Dan orang itu tak lain tak
bukan adalah adiknya, Tengku Zafran
Mikael.
Zafriel terus mengambil cincin dan
menyarungkan ke jari Rinne. 'sejuk
giler jari isteri aku ni. Takut sangat
ke?'.
Dan selepas itu, Rinne pula yang
menyarungkan cincin ke jari kasar
milik suaminya, Zafriel.
" Ha Riel! Cium laa dahi isteri kamu
tu. Dah halal kan? Nak takut apa lagi"
Kata papanya, Tengku Zarif
Mereka yang berada di situ hanya
bergelak tawa melihat pasangan
pengantin itu seakan akan malu.
Tanpa tunggu lama, Zafriel terus
memberi kucupan di dahi isterinya.
Sangat lama.
Rinne berasa tenang apabila
menerima kucupan di dahi daripada
suaminya itu. Kucupan yang ikhlas. Terdapat kerlipan cahaya kamera yang merakam aksi itu.
Selepas itu beralih kepada Rinne
pula. Dia terus menyalam suaminya
itu walaupun dia masih lagi malu
utnuk bersentuhan dengan lelaki.
Selesai sahaja pembatalan air sembahyang, para tetamu diminta menjamu selera.
Rinne dan Zafriel juga pergi ke
tempat santapan pengantin untuk
menjamu selera.
Selesai sahaja terus pulang
ke rumah memandangkan tetamu
juga sudah beransur pulang. Ramai tetamu yang hadir untuk menyaksikan majlis dua mempelai itu. Dan terdapat juga wartawan wartawan yang datang ke majlis itu.
Ye laa anak jutawan kan. Mesti laa ada wartawan untuk mengetahui tentang isu semasa yang berlaku.
Mereka tidak menginap di hotel
kerana mereka akan berlepas ke Itali
untuk majlis resepsi bagi pihak
perempuan.
Zafriel terus ke arah isterinya di
mana mereka tidak boleh lagi
bersama. Kerana majlis resepsi masih
belum dijalankan.
Zafriel berasa sedih sedikit kerana kena berjauhan dengan isterinya buat seketika. Untuk mengemas pakaian.
Walaupun nanti dia akan berjumpa
juga dengan isterinya itu. Rindu
katakan!
" Sayang?" panggil Zafriel
Rinne terkaku sekejap. What? Sayang
dia panggil aku? '
Lambat lambat Rinne berpaling. Ye
laa tibe tibe je panggil dengan
panggilan sayang.
" Hubby dah nak balik ni. Sayang jaga
diri okay. Nanti kita jumpa dekat
Airport. " kata Zafriel
Again!? Dia bahasakan diri di Hubby?
Oh my god!
" Baiklah Hu...hu..bby. Jaga diri juga"
kata Rinne dengan gagap gagap nya.
Haish sejak bila aku jadi gagap ni.
Zafriel hanya tersenyum lalu di terus
mencium dahi isterinya manakala
Rinne menyalam tangan Zafriel. Ye
laa suami dia kan. Suka hati dia laa.
Selepas itu, Zafriel terus menaiki
kereta adiknya, Zafran untuk pulang.
Manakala Rinne menaiki kereta
abangnya, Elvin. Memandangkan
ibu bapa diaorang semua sudahpun
pulang untuk mengemas baju ke Itali.
" Pengantin baru dah sampai.
Huhuhu. Lepas rindu kat suami ke?"
tanya abangnya, Rinne. Sambil
ketawa.
" Ishh abang ni. Jangan laa usik org.
Cepat laa bawa kereta tu. Rinne penat
dh ni. Nak pack baju lagi." kata Rinne dengan nada yang penat.
Elvin hanya ketawa melihat telatah
adiknya itu.
Semasa kereta meluncur laju ke jalan raya, Rinne sudah terlelap. Haishh penat sangat tuh!
Selesai sahaja Zafriel mengemas baju dan di masukkan ke dalam bagasinya, dia terus turun ke bawah. Memandangkan flight mereka ke Itali pada 5 pagi.
Sekarang sudahpun pukul 4 pagi
Mereka semua masih mengantuk
tetatpi mereka terpaksa cepat takut
terlepas flight.
Sementara itu, Zafriel cuba
menelefon isterinya itu.
Tut... Tutt
" Hello? Assalammualaikum!" kata
Zafriel.
" Waalaikummussalam. Ye?"
" Sayang ada kat mana tu?"
" Ade kat rumah lagi. Nanti baru nak
gerak. Kenapa?"
" Oh! Tak ada apa. Cuma rindu je!"
" Ishh ada ada je laa. Okay laa Rinne
nak gerak dah ni. Nanti kita jumpa
dekat Airport okay. Bye!"
Belum sempat Zafriel berkata apa
apa Rinne terus menutup panggilan.
'haishh mujur sayang'
Selepas itu, Zafriel pun terus masuk
ke dalam kereta yang di pandu
olehnya. Mereka pun terus ke KLIA.
Rinne hanya duduk di sebelah
abangnya memandangkan ngantuk
nya menguasai diri nya sekarang itu.
" Rinne? Jangan laa tidur mati pulak.
Nanti flight kita nak berlepas dah."
kata abangnya, Elvin.
Rinne hanya mengangguk.
Selepas itu , muncul lah satu keluarga
yang mereka tunggu tunggukan.
Zafriel hanya melihat ke arah Rinne
yang tidur sebelah Elvin. Dia terus
menyalam tangan mommy dan
daddy Rinne sebelum pergi ke arah
isterinya.
" Ha elok sangat laa kau datang sini.
Ni tengok laa isteri kau ni. Dia
boleh pulak tidur lena." kata Elvin
Zafriel tidak berkata apa. Dia terus
duduk sebelah Rinne sambil
mengejutkan isterinya.
" Sayang? Bangun laa. Hubby dah
sampai ni." kata Zafriel
Rinne terpisat pisat bangun apabila
dengar ade orang yang
mengejutkannya.
" Eyh Hubby? Bila sampai? Sorry
Rinne tak sedar pun" kata Rinne
" Dah Rinne tidur tadi. Macam mana
nak sedar" jawab Zafriel
Rinne terus bangun dan menuju ke
arah mama dan papa Zafriel. Dan dia
menyalam tangan kedua dua orang
tua Zafriel.
" Rinne? Okay tak?" tanya Tengku
Zarif atau bapa mertuanya.
" Rinne okay je pa" jawab Rinne
Tengku Zarif hanya mengangguk.
Lalu daddy Rinne terus mengarah
supaya ke balai berlepas kerana flight
nya telah diumumkan.
Zafriel terus berpegang tangan
dengan isterinya. Manakala Rinne
hanya membiarkan sahaja.
Mereka menaiki suit business class
memandangkan muat untuk dua
orang.
Zafriel memang akan duduk
disebelah Rinne memandangkan
mereka sudah menjadi suami isteri.
Eleh dulu tak jadi suami isteri pun
duduk sebelah jugak!
Rinne sudah terlelap apabila sampai
sahaja di dalam kapal terbang.
Zafriel hanya tersenyum melihat
Rinne yang sangat kepenatan itu. Dia
masih lagi tidak melepaskan
pegangan tangan Rinne. Sayang
sangat tu!
Beberapa minit kemudian, flight pun
berlepas untuk ke Itali.
TBC............