❝ demam Jisoo unnie datang balik ❞ beritahu Rose sebaik sahaja Jennie dan Lisa menjejakkkan kaki ke dalam rumah.
Lisa dan Jennie segera melangkah menuju ke bilik Jisoo. Wajah Jisoo yang pucat itu dilihat. Ditambah dengan matanya yang sembab itu membuatkan Jennie rasa sedih.
Siapa sahaja yang tak sedih apabila rakan yang dianggap ahli keluarga sendiri melalui perkara sebegini?
Jennie kemudian keluar daripada bilik Jisoo. ❝ Baekhyun ada beritahu apa-apa ke? ❞ soal Rose kepada Jennie.
Jennie mengeluh. Dia menggelengkan kepalanya. ❝ dia cuma cakap yang Jisoo unnie salah faham ❞ jawab Jennie.
Rose mengerutkan dahinya.
Tetapi salah faham apa yang membuatkan Jisoo menangis sebegitu teruk sekali?
°•°•°
Jisoo membuka matanya secara perlahan-lahan apabila menyedari seseorang masuk ke dalam biliknya.
❝ B-Baekhyun? ❞ ujar Jisoo dengan suara serak basahnya.
Baekhyun segera mendekati Jisoo. Dahi milik Jisoo disentuh.
❝ I cuma bermimpi je kan? ❞ soal Jisoo. Namun pertanyaan daripada Jisoo tidak dijawab.
Dia mengambil tempat duduk di sisi katil. Tangan milik Jisoo digenggam.
❝ memandangkan ni cuma mimpi, I nak beritahu you sesuatu ❞
Baekhyun hanya menanti kata-kata yang keluar daripada mulut Jisoo.
❝ I suka you ❞ ucap Jisoo. Dia merenung wajah Baekhyun dengan pandangan mata yang redup. Wajah Baekhyun agak kabur di pandangan matanya. Mungkin disebabkan ini hanyalah mimpi.
❝ I buat pengakuan ni sebab I dah tak boleh pendam seorang diri. Biarlah I luahkan pada you walaupun dalam mimpi ❞ ujar Jisoo. Kemudian, matanya mulai tertutup secara perlahan-lahan.
Ya, semua ini hanyalah mimpi.
°•°•°
❝ demam unnie dah kebah ke? ❞ soal Lisa teruja apabila melihat Jisoo keluar daripada biliknya. Pada ketika ini, dia sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.
Jisoo hanya membalas pertanyaan tersebut dengan senyuman. Dia kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Lisa.
Kepalanya disandarkan pada bahu Lisa. Matanya dipejamkan.
Panas badannya sudah berkurangan tetapi pening kepalanya masih ada.
Demamnya pada kali ini sekejap sahaja. Mungkin demamnya ini kerana dia banyak menangis tempoh hari.
Rose menyertai mereka berdua sambil membawa semangkuk buah epal yang sudah dipotong. Dia melabuhkan punggungnya di atas lantai.
Sepotong epal diberikan kepada Lisa. Manakala sepotong epal lagi disuapkan pada mulut Jisoo.
Beberapa potong epal yang lain selamat masuk ke dalam mulutnya sehingga habis. Hanya dua potong sahaja yang diberikan kepada Jisoo dan Lisa.
Memang kuat makan betul!
Jisoo membuka matanya apabila teringat tentang mimpi yang dialaminya semalam.
Mimpi tersebut macam benar.
❝ malam tadi ada sesiapa masuk bilik unnie tak? ❞ soal Jisoo. Rose dan Lisa masing-masing menggelengkan kepalanya tanda tiada.
Jisoo tersenyum hambar. Betullah semua itu hanylah mimpi.
Takkanlah Baekhyun mahu datang ke rumahnya selepas mereka bergaduh semalam kan?
I had really sweet dreams yesterday
Dream that I can never have again
°•°•°
Baekhyun merenung tajam lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
❝ kenapa kau datang sini, Suho? Tak puas tengok hubungan aku dengan Jisoo retak disebabkan engkau? ❞ soal Baekhyun.
Suho tersenyum sinis mendengar pertanyaan daripada Baekhyun itu. Kopi hangat yang terletak di atas meja dihirup.
❝ kau bercinta dengan orang lain. Kahwin dengan orang lain. Kau ni memang lelaki tak guna kan? ❞ balas Suho pula.
Baekhyun terkedu dengan kata-kata Suho. Dia sebenarnya faham apa yang dimaksudkan oleh Suho itu. Tetapi entah kenapa dia tidak boleh menerangkan kepada Suho tentang semua yang telah dan akan berlaku.
Hal yang berkaitan dengan Jisoo.
Rancangannya yang berkaitan dengan Irene.
Dia cuma tak boleh memberitahu kepada Suho tentang semuanya. Dia takut sekiranya rancangan yang dirancangkan tidak menjadi.
❝ Baek. Irene tu teman wanita aku. Boleh tak kau cuba pujuk ayah kau untuk tak kahwinkan kau dengan dia ❞ rayu Suho secara tiba-tiba. Baekhyun memandang Suho.
Satu keluhan kecil terbit di bibirnya. ❝ A-Aku bukan tak boleh. Aku dah cuba. T-Tapi papa aku- ❞
❝ -suruh aku umumkan yang aku dengan Irene akan berkahwin. Tapi dia beritahu pada aku yang perkahwinan tu tak akan pernah terjadi. But you know, I don't trust him. Aku sekarang tengah fikir cara lain untuk menghalang perkahwinan tu terjadi ❞ terang Baekhyun panjang lebar.
Suho bangun dari duduknya. ❝ Aku tolong kau. Aku akan bawa Irene jauh dari sini. ❞ usul Suho secara tiba-tiba. Baekhyun terkejut dengan cadangan yang diberi oleh Suho itu.
Dia ni biar betul?
❝ kau tak fikir ke nanti Tuan Bae mengamuk? ❞
❝ Itu hal aku. Buat masa sekarang kau kena fikir cara untuk pujuk teman wanita kau tu. Dan maafkan aku pasal semalam ❞ kata Suho tulus.
Baekhyun tersenyum mendengar kata-kata Suho. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Suho menyambutnya.
❝ aku terima maaf kau ❞
°•°•°
Tbc