Kau Milikku ✔

By hazatulmunirah

85.5K 2.1K 136

[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. T... More

CAST ✨
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
SPECIAL CHAPS
AUTHOR TALKS
ANNOUNCEMENT

BAB 37

1.4K 38 3
By hazatulmunirah

'I love you and you're mine'


SUDAH seminggu Sara duduk di rumah Azura. Sepanjang tempoh dia berada di situ, Sara macam takda rasa nak pulang ke rumahnya. Khabar tentang suaminya langsung dia tidak ambil peduli. Setiap masa telefon Sara berbunyi, tapi dia biarkan saja tanpa diusik walau sekali.

Masalahnya sekarang ni Sara tu asyik termenung jauh. Bila duduk sorang-sorang dia mesti melayan perasaan sendiri. Menyesal ke ambil keputusan lari dari rumah ? Dah rindu dah ke bila berjauhan dengan suami sendiri. Azura hanya memerhati Sara dari jauh. Dia duduk di meja makan dan Sara pula berada di ruang tamu. Konon nak tengok tv tapi fikiran ke lain.

"Ara kau tak nak balik rumah kau ke ? Dah seminggu kau dekat sini, kau tak rindu dekat suami kau ?" soal Azura.

Sara diam. Soalan Azura tak dijawab, matanya tertumpu pada drama Korea di tv.

"Wei aku tanya tu jawablah. Aku rasa kau tak bisu atau pekak."

"Ish apa kau merepek ni. Aku takkan balik ke sana semula. Aku benci dengan dia. Dia dah sakitkan hati aku," balas Sara tegas.

"Tapi sampai bila ? Sampai bila kau nak berjauhan dengan Hail macam ni. Sampai bila kau nak tinggal dengan aku, kau sedar tak yang kau tu isteri orang. Walaupun Hail bagi keizinan kau duduk dengan aku tapi cara yang kau buat ni salah. Tempat kau sepatutnya di sisi dia, syurga kau tu di bawah tapak kaki dia. Kau jangan lupa benda tu," ujar Azura.

"Dia yang salah. Kenapa dia perlu buat aku macam ni. Dia tahu aku sayang dekat dia tapi kenapa perlu hancurkan hati aku sampai macam ni sekali. Kau tak faham Zura sebab kau bukan dekat tempat aku. Kau tak payah sebut pasal dia lagi. Aku tak kisah kalau aku duduk sini buat selamanya. Kalau dia takda pun aku boleh hidup."

Azura menggelengkan kepalanya. Masyaallah apa dah jadi dengan kawan aku sorang ni.

"Astaghfirullahaladzim, eh Ara kau sedar tak apa yang kau cakap ni. Sampai macam tu sekali kau benci dekat Hail, kau tak kesian ke dekat suami kau tu ?"

"Kesian ? Nak kesian buat apa. Kalau dia ada rasa kesian, dia takkan tidur dengan perempuan lain," balas Sara sinis.

"Ara kau dah melampau dah ni. Kau nak jadi isteri derhaka ke apa. Kau ada bagi peluang dekat dia untuk jelaskan semua ni. Ada kau dengar dulu penjelasan dari dia ? Haa ada ke ?"

"Nak dengar penjelasan apa lagi ? Sudah terang lagi bersuluh yang dia kena tangkap basah and tidur dengan Najwa tu. Sudah aku tak nak dengar apa-apa lagi, cukup sampai sini je kita cakap pasal Hail," Sara masih lagi berdegil.

Azura mengeluh berat. Degil sungguh ! Tak padan dengan mengandung pun keras kepalanya Ya Allah tak boleh bawa bincang langsung.

"Kau nak tahu sebab apa kau macam ni. Ini sebab kau ego ! Kau lebih pentingkan ego kau tu daripada perasaan kau sendiri. Aku tahu kau rindu dekat Hail tapi sebab kau ego, kau nafikan semua tu. Kau beringat sikit due date kau dalam minggu ni. Tunggu masa je anak kau tu nak keluar takkan kau dengan Hail nak terus macam ni. Takkan hubungan korang nak kekal macam ni je sampai bila-bila," bebel Azura.

"Ish rimaslah aku dengan kau ni !"

Sara mula rimas apabila Azura asyik bercakap tentang hubungannya dengan Hail. Dia menapak naik ke biliknya, malas nak layan Azura.

"Eh kau nak ke mana tu ? Aku tak habis cakap lagi ni," tambah Azura.

Sara terus melangkah naik, suara Azura dihiraukan begitu sahaja. Beberapa langkah sahaja lagi nak sampai ke bilik, Sara berhenti. Dia rasa sesuatu yang pelik. Rasa macam basah-basah.

Sara pandang ke bawah. Seluar palazo yang dipakai sudah basah, hidungnya terhidu bau sedikit hanyir. Perutnya mula rasa tidak selesa.

"Zu-Zura !" panggil Sara kuat.

Azura yang mendengar suara Sara terus menapak naik ke atas. Dia mendapatkan Sara.

"Kau pahal ni ?" soal Azura. Risau pula dia melihat Sara.

"A-aku rasa air ke-ketuban aku dah pecah. Perut aku dah rasa sakit dah ni."

Dahi Sara sudah berkerut seribu. Sakit di perutnya makin terasa, Ya Allah sakitnya !

"Hah ! Kau jangan main-main Ara. Aku baru je cakap takkan kau dah nak beranak kut ?"

"Aku tengah sakit ni gila ! Takkan aku nak main-main pula !" marah Sara.

Azura panik. Dia tak tahu nak buat apa. Aduh macam mana ni, aku takda pengalaman nak sambut baby. Aku bukan doktor.

"Err okay-okay. Jom ki-kita pergi hospital sekarang."

Azura memapah Sara pergi ke kereta. Dia kena bawa Sara ke hospital dengan kadar yang segera. Kalau lambat nanti takut baby lemas pula dalam perut.

****

"YA ALLAH ! Comelnya cucu tokma ni," ucap Puan Salina.

Dicium kedua belah pipi cucunya itu. Sara hanya tersenyum. Alhamdulillah, Sara selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Dia lahirkan baby secara normal, syukur kepada Allah anaknya sihat tanpa sebarang cacat cela.

Puan Latifah dan juga Encik Zamri turut tersenyum gembira. Mereka sudah naik pangkat menjadi atok dan nenek. Encik Malik pula hanya memerhati isterinya yang sibuk dengan cucu baru mereka. Azura yang hubungi mereka beritahu yang Sara nak beranak.

"Tahniah Ara. Kamu dah jadi seorang ibu sekarang," ucap Puan Latifah.

"Terima kasih ibu."

Puan Latifah memeluk Sara. Dikucup ubun-ubun anak gadisnya itu. Sara membalas pelukan ibunya. Dipeluk tubuh ibunya erat.

"Hail tak datang ke ? Takkan dia tak nak tengok isteri dan anak dia dekat sini ?" soal Encik Zamri kepada keluarga besannya.

"Entah. Dia sibuk dengan kerjalah tu. Biarlah dia kalau dia seorang yang bertanggungjawab, dia tahu apa yang dia perlu buat sebagai seorang ayah," jawab Puan Salina. Encik Malik hanya diam dan memerhati sikap isterinya itu.

Encik Zamri hanya tersenyum kecil. Puan Latifah dan Sara pula hanya diam. Marah betul Puan Salina kepada Hail.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam," jawab Puan Latifah.

Riak wajah Sara berubah apabila melihat tetamu yang datang. Tetamu itu adalah Hail. Hail mendekati keluarga mertua dan juga keluarganya. Dia bersalaman dengan mereka semua. Hail sempat memandang Sara, tapi gadis itu memandang ke tempat lain.

"Err papa dengan mama keluar dulu. Jom," ajak Encik Malik. Puan Salina jebik, hish orang baru nak main dengan cucu.

"Ayah dengan ibu pun sama. Korang dua boraklah ye," Encik Zamri dan Puan Latifah pun turut keluar. Bukan apa nak bagi ruang kepada Hail dan Sara.

Suasana dalam bilik wad itu senyap. Hail rasa kekok, dia curi-curi memandang Sara. Sara pula masih sama, dia pandang ke tempat lain.

"Ara okay ? Abang nak minta maaf sebab abang takda dengan Ara. Abang sibuk sikit," ujar Hail.

Sepi. Sara tidak membalas. Hail menarik nafasnya panjang, sabar Hail sabar. Perit macam mana pun kau kena hadap benda ni.

"Pasal Naj-..."

"Kalau awak nak cakap pasal tu, saya rasa lebih baik awak balik," potong Sara dingin. Dia masih memandang ke tempat lain.

Hail mengetap giginya. It's okay Hail ini semua ujian untuk kau. Mata Hail terpandang bayi lelaki yang berada di dalam troli. Hail mendekati anaknya, saat dia terpandang wajah si kecil itu Hail sebak. Dia sudah menjadi seorang ayah.

"Assalamualaikum anak daddy. Daddy datang ni, daddy minta maaf tak dapat teman ibu dekat dalam labour room. Apa-apa pun welcome to your new world my lovely son," ucap Hail. Terukir satu senyuman di bibirnya.

Sara yang mendengar ucapan itu tergamam seketika. Sebenarnya dia tak nak pun jadi begini tapi entah kenapa Sara langsung tak boleh melihat wajah suaminya. Dia rasa marah sangat terhadap lelaki itu.

"Baby dah azankan ke ?" soal Hail.

"Belum. Saya tunggu awak. Seeloknya awak yang azankan sebab awak ayah dia."

Hail tersenyum kelat. Diangkat bayi itu dengan penuh hati-hati. Hail mendekatkan mulutnya pada telinga kanan si kecil itu. Hail pun mula azan.

Sara sebak mendengar alunan suara suaminya. Air matanya mula bertakung, maafkan ibu sayang. Ibu tak kuat nak hadap semua ni.

Selesai azan Hail mengucup pipi anak lelakinya itu. Dipandang setiap inci wajah si kecil dengan penuh kasih. Oh my god, he's so cute ! Hidung bayi itu mancung persis dirinya. Bibir kecil itu pula sebiji seperti Sara.

"Sayang nanti..."

"Saya nak berpantang dekat rumah ibu," potong Sara lagi. Hail belum sempat menghabiskan percakapannya.

"Ouh...okay. Nanti abang hantar semua barang dekat rumah ibu. Lagi satu apa nama anak kita ?"

"Haiyan Rizqi," ucap Sara.

Haiyan Rizqi, ye nama tu nama yang Hail dan Sara sudah pilih sebelum ini. Sampai berperang mulut nak pilih nama anak. Sara nak ada nama macam islamik sikit si Hail pula nak nama famous-famous sikit. Last-last nama Haiyan Rizqi juga yang dipilih. Haiyan bermaksud yang hidup manakala Rizqi pula membawa maksud rezeki atau kurniaan dari Allah.

Hail rindu momen itu. Dia rindu nak gaduh manja dengan Sara tapi kini tiada lagi. Semua hanya tinggal kenangan.

"Okay nanti pasal bil hospital apa semua ni biar abang yang uruskan," ujar Hail.

Si kecil yang berada dalam dukungan Hail mula menangis. Kedengaran suara si kecil memenuhi ruang bilik itu, Hail rasa kekok. Dia terus mendekati katil Sara.

"Ni Haiyan menangis. Nak susu kut ni," si kecil diberi kepada Sara.

Sara pantas mengelap sisa air matanya. Si kecil itu bertukar tangan. Makin kuat tangisannya. Sara menepuk punggung bayi itu perlahan untuk menenangkannya daripada terus menangis.

"Sayang. Kenapa menangis ni, lapar ke ? Okay-okay ibu bagi susu," pujuk Sara. Hail hanya memerhati dari tepi.

Sara membetulkan kedudukannya. Sebelah tangan memegang Haiyan, sebelah tangannya lagi menarik baju ke atas. Perbuatan Sara terhenti apabila Hail masih berdiri di tepi katilnya.

"Awak tercegat apa lagi dekat situ ?" soal Sara.

"Hah ?"

"Awak boleh keluar sekejap. Saya nak susukan Haiyan tapi saya tak selesa pula kalau awak ada dekat sini."

"Ouh okay, a-abang keluar dulu," pamit Hail. Sempat lagi tangannya mencuit pipi anaknya sebelum keluar.
Bila Hail sudah keluar, Sara menghembuskan nafas lega. Kalau ikutkan Hail sudah tengok semua hak miliknya luar dan dalam. Bukan setakat tengok, sentuh pun dah. Mungkin hubungan mereka tak berapa baik kut itu yang rasa segan tu. Kalau tidak tanggal baju depan-depan pun takda masalah.

Hail menutup pintu bilik wad itu perlahan. Dia mendekati keluarganya dan juga mertuanya yang sedang menunggu di luar.

"Kenapa kamu keluar Hail ? Tak teman Ara dekat dalam ?" soal Puan Salina. Anak kan marah macam mana sekalipun rasa sayang tu masih terpahat dalam hatinya. Hail menyembunyikan senyumannya apabila Puan Salina sudah tidak marah lagi.

"Err Ara tengah susukan baby. Dia suruh Hail keluar dia segan katanya," jawab Hail.

"Kalau macam tu ibu dengan mama masuk baliklah. Boleh kami bantu dia, baby first ni kena banyak tunjuk ajar sikit."

Puan Latifah dan Puan Salina masuk semula ke dalam bilik wad Sara. Tapi sebelum masuk, Puan Salina sempat bercakap dengan Hail.

"Malam nanti balik rumah mama. Dah lama mama tak makan malam dengan kamu. Mama nak dengar penjelasan dari kamu. You have to told me the whole story," ujar Puan Salina. Dia menghadiahkan satu senyuman kepada Hail.

Hail mendengarkan itu mengangguk laju. Alhamdulillah, mama dah tak marah lagi. Hail membalas senyuman itu. Elok saja kedua wanita itu masuk, Hail jatuh terduduk. Air matanya mengalir keluar, dia rasa dugaan ini sungguh berat baginya.

"Ya Allah Hail !"

"Pa...Hail tak kuat nak hadap semua ni. Hail tak mampu nak tanggung semua ni, isteri Hail dah bencikan Hail. Isteri Hail dingin dengan Hail, Ara tak boleh terima semua ni. Hail buntu, Hail tak tahu nak buat macam mana lagi. Hail nak kembali macam dulu, Hail tak nak kehidupan yang sekarang. Kenapa semua ni jadi dekat Hail, kenapa Hail yang kena ? Hail tak salah, Hail tak buat semua tu..." luah Hail.

"Hail. Ini semua ujian dari Allah untuk kamu. Allah nak uji tahap kesabaran kamu. Ayah tahu kamu tak buat semua tu, ayah tahu kamu sayangkan anak ayah seorang. Tapi kamu tak boleh mengeluh, kamu tak boleh berputus asa macam ni. Minta pada Allah, minta pertolongan dariNya. Ayah yakin ada hikmah di sebalik semua ni. Pasal Ara tu kamu kena banyak bersabar sikit. Kamu tentu tahu kalau dia marah memang susah sikit nak pujuk tapi ayah yakin marah dia tu tak lama. Ayah kenal anak ayah, pujuk dia elok-elok. Itu saja yang ayah mampu tolong tapi ayah dan papa akan sentiasa ada di belakang kamu," ujar Encik Zamri memberi semangat.

Hail melepaskan tangisannya kuat. Dia memeluk tubuh bapa mertuanya erat. Encik Malik menepuk bahu Hail perlahan. Dia tahu Hail boleh tempuh cuma dia perlukan sokongan dari orang yang dia sayang.

"Terima ayah. Terima kasih papa..."

'Ya Allah bantulah aku.'

Hai guys 🙋.

Yeay Hail junior dah lahir 👏. I'm soooo excited, but Sara still dingin dgn Hail hmm so sad 😔. Alaa don't worry Sara marah dekat Hail tak lama. Bgilah chance dekat author nak usik saraf sedih korang tu 😆. Author nk bagi korang koyak bila baca hehehehe.

Btw gambar baby tu imagine author utk baby Haiyan Rizqi ! He's so cute tho 😍. Vote & komen, thank you !

-H.Munirah-


Continue Reading

You'll Also Like

10.9M 260K 31
US Mafia: 1st Series [TERBIT 2022] Highest rank #1 in Romance [No.2 Hot in Killer] Quin Avrin binti Dato' Arfan dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun...
4.3M 294K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...
10.7M 242K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...
10.9M 473K 86
Kisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia