Aku lunjurkan kaki di atas tikar. Lenguh rasanya main keja-kejar dengan Adyan. Pantang nampak air! Macam cheetah dia lari. Nasib baik, Piepie kau sorang ni atlet olahraga dulu! Kalau tak, dah tenggelam aku dalam laut.
"Aik, mana Adyan?" tanya Syafiq. Dia baru pulang daripada memborong makanan dekat gerai-gerai tepi pantai. Di tangannya terdapat tiga buah plastik yang penuh dengan makanan.
"Dengan abang kau lah." jawabku. Plastik berwarna hijau aku ambil. Uuu, takoyaki.
Laju sahaja aku sumbat takoyaki ke dalam mulut. Sedap! Pakai udang betul! Ada sesetengah penjual tu, pakai udang yang campur tepung. Ceh, pastu mahal!
"Fie, hulur nasi goreng. Aku lapar nasi."
Nasi goreng buatan Ibu aku ambil lalu bekas tersebut aku letakkan di hadapan Syafiq.
Disebabkan Ayah tak sibuk, Ayah ajak kami sekeluarga berkelah tepi pantai. Seronok! Masalahnya, aku tak boleh mandi.. Bendera Jepun. Memanglah boleh mandi, tapi aku tak selesa. Hiks, mengada je aku nih. Abang Idyan pula terpaksa mintak cuti sebab Ayah ugut dia kalau tak ikut kita orang pergi berkelah, Ayah rembat Porsche dia bawak pergi kebun Opah. Hahhahahaha.
"Nayli, tangkaplah gambar aku betul-betul! Ni apa ni senget benget?! Bikin aku hangin lah minah Melayu campur ni!!!"
"Hana, ampun!!! Jangan dibaling kamera aku! Mahal aku beli!!"
"Apa yang kecoh sangat tu? Fie, nak ayam gor---Fie? Eh, mana kau per--Oi!!!"
Jeritan Syafiq aku abaikan. Laju aku berlari ke arah dua orang gadis yang sibuk berlari-lari di tepi pantai.
"Nayli!! Hana!!" jeritku.
Dua orang gadis tadi tergamam sebelum berlari ke arahku.
"Rindunya!!" jeritku. Tubuh mereka aku peluk erat. Huwa! Rindu sangat-sangat ni! Tak sangka boleh jumpa!
"Fie pendek! Rindunya kau!!" pipi aku dicium berkali-kali oleh Nayli. Dey, sini ramai orang lah. Kang tak pasal-pasal orang cop serai pulak.
"Fie tak tinggi-tinggi weyh!!"
Ppuk!
Hana mengaduh. Kepala yang aku lepuk menggunakan telefon tadi digosok. Tangan tu tetap tangan besi! Benci aku! Kutuk Hana di dalam hati.
"Jangan main-main dengan tinggi aku! Kau cakap aku pendek, kau lagi pendek tau daripada aku!" ujarku geram. Hana mencebik. Cakap sikit marah. Ni mesti bendera Jepun! Getus hatinya.
"Kau orang memang pendek. Ni, Fie kenapa kau kat sini?" tanya Nayli.
"Holiday dengan keluarga. Kau orang?" tanyaku.
"Samalah. Tapi, berdua je. Sebab tak plan. Aku pergi rumah Hana saja-saja nak melawat. Sekali, dia ajak aku ke sini." terang Nayli. Aku mengangguk.
"Uit, kau dengan abang pengawas kacak tu macam mana?" usik Hana. Ciet! Pengawas kacak kepala lutut anda!
"Apa? Macam tu lah." jawabku malas.
"Eleh... Yelah tu..." kali ini giliran Nayli mengusik aku. Pakej cubit pinggang lagi. Eih, tahu aku sensitif dekat situ, lagi galak dia buat eak!
"Habistu kau nak jawapan macam mana?" tanyaku geram.
"Contoh macam, 'Hm, tengah rancang nak kahwin bila' ke 'Bahagia, tinggal tunggu kahwin je' ke. Haaa.." ujar Hana. Siap kenyit mata lagi.
"Mata asal? Masuk pasir?" tanyaku geram. Hana tergelak kuat. Ha, mengilai-mengilai. Nayli turut tergelak sama.
"Takkan macam tu je? Sampai kesudah?" tanya Nayli setelah tawanya reda. Hana sorang je belum. Beria betul gelakkan aku.
"Habistu, dia kan dah ada tunang." jawabku malas. Sebut pasal tunang ni, aih hati aku mesti rasa sesuatu. Cemburu mungkin?
"Tunang je. Belum bini sah pun. Heh, kalau aku suami orang pun aku tak kesah. Dah memang hak aku." ujar Hana. Ni, dia punya bangang memang tak boleh bawak bincang.
"Suka hati kau je. Nak sangat member kau dilabel perampas?" tanyaku. Hana sekadar tergelak kecil. Ha, gelak lagi gelak. Aku ketuk lagi kepala tu kang!
"Eh, Fie. Kau tau tak yang budak batch kita dengan batch Naufal ada sepakat nak buat reunion?" tanya Nayli. Aku hanya mengangkat bahu mendengar pertanyaan Nayli Humairah Lee Binti Asyraff Lee.
"Duduk dalam tempurung ke apa?" tanya NurHana Ericca. Ciet, cemburu aku dengan nama budak dua orang ni. Nama semua nak glamour je.
"Duduk dalam beg." jawabku selamba.
"Tapi, memang ramai tak tahu lagi. Aku pun lupa nak roger dalam group." kata Nayli.
"Tapi kenapa dua batch ni je?" tanyaku.
"Nak dijadikan cerita, geng Naufal dengan budak lelaki geng kita rapat. Lagi satu, batch kita kan ramai pengawas. Lepastu kebanyakkan semuanya bawah biro Naufal. So, nak memeriahkan keadaan dorang jemputlah dua batch ni. Semua sekali." terang Nayli. Aku hanya mengangguk.
Naufal tak bagitahu pun. Mentang-mentang tengah on mood merajuk dia. Semua benda tak nak bagitahu aku. Geram!
"Mesti ramai dah kahwin, kan?" tanya Hana.
"Entah. Apa yang aku tahu, Kak Mai dengan Kak Huda dah kahwin. Budak lelaki tak tahu lagi. Lepastu, Arif batch kita dah bertunang. Tu je yang aku tahu. Tapi, tak tahulah kalau tiba-tiba ada berita tergempar bekas penolong ketua pengawas hot kita bercinta dengan budak pendek." sempat lagi Nayli mengusik.
"Diam kau."
Mereka berdua tergelak sebelum aku juga ikut tergelak. Kami berbual agak lama sebelum Abang Idyan panggil aku untuk berkemas dan balik ke rumah. Nayli dan Hana pula meminta diri untuk pulang selepas mendapat panggilan maut daripada bapa Hana.
"Kawan kau?" tanya Syafiq tatkala aku dan dia sedang menyusun barang di dalam bonet kereta.
"Haah." jawabku sepatah.
"Siapa yang kecik-kecik sikit tu? Comellah dia."
"Jangan nak menggatal. Ingat Kak Tehah!"
Disebabkan malas mahu melayan Syafiq, aku meloloskan diri ke dalam perut kereta. Susunlah kau barang-barang tu. Aku mengantuk.
***
Aku cium tangan Ayah sebelum berlalu keluar dari kereta. Kaki aku atur laju ke arah sebuah kanopi yang sudah dihias cantik. Dah macam majlis kahwin dah. Beria betul! Tapi, bagus jugak dia buat tepi pantai. Waktu malam lagi, memang kencanglah angin bertiup.
"Fiefot!!" jerit seseorang. Fiesyah!!!
Tubuh Nafiesyah aku peluk erat sebelum Syazrina, Nayli, Hana, dan Irene menyerbu kami berdua. Huwa, rindu kau orang!!
"Nak peluk jugak!!!" jerit seseorang. Adam!
Bbuk!
"Arwah dulu jahat orangnya." ujar Tengku Izz Daniel selamba selepas menolak Adam jatuh di atas pasir.
"Daniel!" jeritku teruja. Aisehman, kacaknya kawan aku yang Tengku ni! Adam yang tersungkur di atas pasir tadi menayangkan senyuman pada aku sebelum aku palau dia.
"Hi, everybody!!!"
Kami menoleh ke arah suara tersebut. Afik, Syah dan Khairil sedang berlari-lari ke arah kami. Macam anak ayam dah aku tengok budak-budak ni.
"Fie, dah lama tak jumpa." tegur Afik. Aku hanya tayang senyum. Tak boleh lebih-lebih nanti Irene marah. Hahahahha!!
"Fie, asal nampak malu-malu ni?" tanya Syah. Aku berdehem.
"Dah lama tak jumpa. Selalu dalam group je." jawabku. Syah hanya meng'oh'kan sahaja. Tahulah kawan aku yang sorang tu memang pemalu. Getus hatinya.
"Ha, daripada bersembang kat sini, apa kata kita masuk dalam. Makanan pun dah siap. Tinggal tunggu abang pengawas kesayangan korang je lah." ujar Khairil. Kami gadis berenam mengangkat kening.
"Bukan kita orang lah. Abang pengawas kesayangan Fie, kan?" usik Syazrina. Hotak anda semua!
"Ha, jom makan! Aku lapar." ujarku. Dengan bersahaja aku berjalan meninggalkan mereka.
"Eik, tadi shyshycat. Sekarang? Shyshyton pulak?" sindir Adam.
Aku hanya mengabaikan mereka semua sebelum melangkah masuk ke dalam kanopi.
1
2
3....
Ramainya orang!