Hari demi hari Dahlia melihat agenda manis mereka.. ye,, walaupun Iskandar itu terpaksa berkhawin dengan Farah tapi itu tak bermakna yang Iskandar tak akan jatuh cinta dengan Farah.. Dahlia sudah dapat melihat yang Iskandar semakin hari semakin berubah.. Dahlia seperti sedikit terabai.. Tapi Dahlia tetap kuatkan dirinya demi rumah tangganya dan juga anaknya.. Belum ada masa yang sesuai lagi untuk Dahlia bagitahu Iskandar tentang kandungannya..
Usai solat subuh, Dahlia terus pergi ke dapur untuk membuat sarapan.. Sarapan yang dimasak Dahlia adalah makanan kegemaran Iskandar, mee goreng.. Teringat pula kenangan manis mereka sewaktu awal perkhawinan mereka, Iskandar sangat suka dengan mee goreng ibunya.. "aku harap Iskandar suka lah mee goreng ni" Tersenyum Dahlia. Dahlia cepat cepat naik ke atas untuk memanggil Iskandar dan Farah sarapan.. sebaik sahaja dia ingin mengentuk pintu bilik mereka.. Dahlia terdengar suara manja Farah.. "abang jangan laa.. hahaha.. nanti baby ni kata apa pulak".. "alaa gurau je, takkan baby nak kata apa pula dekat ayah dia kan" lembut suara Iskandar..
pintu bilik mereka tidak tertutup kemas membuatkan Dahlia boleh melihat sedikit ruang bilik itu.. Apa yang Dahlia nampak, Iskandar sedang mencium Farah.. berkecai hati Dahlia.. peritnya dugaan dimadukan.. Dahlia semakin hari semakin tidak tahan dengan mereka berdua.. sedih, tidak adil.. sudah berhari Iskandar seperti mengabaikannya.. Dahlia terkaku di depan pintu bilik mereka, termenung nasib.. Iskandar bangun dari katil lalu membuka pintu luas.. "eh Dahlia.. dah lama berdiri kat sini?" Tanya Iskandar.. Dahlia terkejut dari termenung.. "abang izinkan saya keluar dari rumah ni?" Sapp tiba tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya.. "keluar? Kenapa?" Tanya Iskandar.. Dahlia tidak mahu menunjukkan dirinya seorang yang lemah jadi dia terpaksa menipu Iskandar..
"saya nak pergi bercuti dengan kawan saya.. kalau ikutkan kami kene bawak suami, tapi saya faham awak mesti nak jaga Farah kan?.. 3 hari je".. "bile?" Tanya iskandar lagi.. "kalau ikutkan petang nanti bertolak tapi saya nak keluar sekarang sebab nak beli barang keperluan sikit" jawab Dahlia tipu lagi.. Dia tak sanggup untuk melihat agenda manis mereka lagi.. "okey" balas iskandar.. " terima kasih.." Dahlia terus bersalam dengan Iskandar lalu pergi ke biliknya untuk mengemas baju.. "Dahlia! Awak tak balas lagi soalan saya.. sejak bila awak berdiri disini?" Tanya iskandar. "Ouh.. baru je.. saya nak panggil korang berdua makan.. pergilah..saya masak mee goreng.. saya dah makan tadi.. saya pergi bersiap dulu ye" Dahlia jawab dengan sedikit gagap.. Farah yang sedang membawa perut sarat itu pun pergi berdiri di sebelah iskandar.. "kenapa bang?" Tanya Farah.. "entah. Jom makan" iskandar memimpin Farah..
Dahlia hanya perhatikan mereka berdua di sebalik pintu bilik sewaktu mereka menuruni tangga.. "iskandar betul betul jaga Farah yang sedang mengandung tu.. bila aku boleh bagitahu dia pasal kandungan aku ni? Dia asyik sibuk, takde masa dengan aku, selalu tidur di bilik Farah.. kesiannya anak aku belum dapat kasih sayang ayahnya" Dahlia mengusap perutnya yang masih lagi belum kelihatan tanpa sedar air matanya jatuh..
***
Dahlia membuat keputusan untuk menginap di hotel.. kebetulan sewaktu dia menginap di hotel itu bersendirian, alahan mengandungnya semakin membuat buat.. selalu saja muntah dan pening.. tiada langsung selera makan.. Dahlia baringkan dirinya di atas katil lalu menekan butang on tv.. Iklan aiskrim dikaca tv itu telah mengusik Dahlia.. terus Dahlia rasa mengidamkan aiskrim tapi dia sangat tidak larat.. dia tiada pilihan, Dia terus call Irdina suruh belikannya aiskrim..
***
Dindong
Dahlia cepat cepat melihat siapa didepan pintunya lalu membuka pintu..
"Sampai pun.. masuk lah.. nak aiskrim" Happy sungguh Dahlia.. "lambat betul kau jalan" ejek Irdina.. "aku tak larat la" balas Dahlia yang sedang berjalan menuju katil sambil mencekak pinggangnya.. Irdina menggeleng lalu meletakkan makanan dia ats meja.. "aiskrim?" Tanya Dahlia.. "takdenye.. kau kene makan ni dulu.. mak aku masakan untuk kau.. kau tu macam aku tak tahu.. mesti kau dah muntah banyak kan so kau kene lah makan ni dulu" pujuk Irdina.. " kau ni kan.. baik aku tak payah panggil kau" merajuk pulak Dahlia.. "okeyy kau jangan lah merajuk.. lepas kau makan ni kau makan lah aiskrim sepuas kau.. kau ingat aku tak beli ke?" Irdina mengeluarkan sebekas aiskrim orea lalu meletakkannya ke dalam peti.. tersengih Dahlia
"Nah makan" irdina menghulurkan masakan ibunya itu.. Dahlia mencapainya.. Irdina duduk dihadapan Dahlia, dia perhatikan saja Dahlia.. irdina sangat simpati dengan apa yang berlaku terhadap Dahlia.. Masih lagi dia ingat beberapa hari lepas Dahlia kelihatan sangat tidak fokus bila berkerja.. bila irdina bertanyakannya kenapa, Dahlia terus menangis teresak esak memeluknya.. dia sudah dengarkan cerita itu dari A sampai Z.. irdina lah tempat dia luahkan perasaan selalu.. "kau okey? Aku nampak macam tak je.. boleh tak kalau aku nak jaga kau sepanjang kau duduk sini?" Irdina mempelawakan dirinya untuk menjaga Dahlia.. "eh aku okey la.. takpe lah.. susahkan kau je" jawab Dahlia.. irdina mencapai tangan Dahlia.. "aku tak kira.. aku nak kau terima pelawaan aku ni.. aku tak nak apa apa jadi kat kau kat sini sorang sorang.. okey?" Ujar Irdina.. Dahlia mengalah.. "okey,, kau makan lah aiskrim ni dulu.. lepas ni aku nak balik ambik baju aku datang sini" kata Irdina lalu mendepakan tangannya.. Dahlia terus memeluk Irdina..
***
Dahlia tidak berhenti muntah muntah dari tadi.. Irdina sangat rungsing dengan Dahlia.. "leya kau okey tak?" Tanya Irdina dari luar tandas.. "okey.. nanti reda lah ni" jawabnya.. "welkkk!!" Muntah Dahlia lagi.. "iskandar! Kau sepatutnya jaga Dahlia sewaktu dia menderita menahan penat lelah alahan mengandungkan anak kau ni! Ni kau sibuk jaga Farah 24 jam yang tak pasti tu anak kau" omel Irdina
***
Akhirnya muntah Dahlia semakin reda apabila malam sudah menjelma.. Dahlia dan Irdina baring di atas katil untuk melenakan tidur masing masing tapi Dahlia sikit tak boleh tidur.. difikirannya sangat merindukan kasih sayang suaminya.. tanpa sedar dia teresak esak.. esakkannya terdengar oleh Irdina.. "leya kau nangis ke? Kau fikir apa?" Tanya Irdina lalu bangun dari baringannya melihat Dahlia yang sedang baring sambil melihat suasana malam diluar.. "Leyaa" panggil Irdina lembut.. Mata Dahlia kini memandang Irdina lalu bangun memeluk irdina.. "aku rindu Iskandar" tangisnya.. "shh.. aku faham.. kau kene kuat leya.." Irdina menggosok belakang Dahlia.. tangisannya semakin reda.. "aku nak ke tandas" Dahlia bangun menuju ke tandas..
"leyaa kau okey tak?" Risau pulak irdina apabila tiada sebarang bunyi dari dalam bilik air tu.. sekurang kurangnya bunyi la air sikit.. irdina terus bangun menuju je pintu tandas "leyaa!" Laungnya sambil mengentuk pintu.. Dahlia menahan denyutan kepalanya.. pening sangat sampai tak mampu nak menjawab laungan Irdina.. "Leya kau kunci tak pintu ni?" Tanya Irdina.. "tak" jawabnya sepatah.. "boleh aku masuk?" Tanya Irdina.. tiba tiba bunyi seperti jatuh.. terkejut Irdina cepat cepat Irdina masuk ke bilik air.. "Leya?" Irdina dapatkan kawannya yang pengsan itu..
***
"Kandungan Puan Dahlia lemah jadi saya harap Puan Dahlia dapat jaga kesihatan elok.. jangan fikir banyak, jangan buat kerja berat" pesan Doktor Suhaila..
***
"Leyaa kau dengar tak apa yang Doktor tu pesan?" Tanya Irdina sambil membuat muka serius.. "aku dengar.. kau jangan risau" jawab Dahlia.. "bagus lah kalau macam tu.. kau pergi tidur sekarang.." arah Irdina.. "irdina, tq sebab kau ambil berat pasal aku" Dahlia bersyukur dapat sahabat macam Irdina.. "takde hal.. ni time kau.. mana tahu time aku susah pulak.. kita saling lah membantu.. lagi pun kau lah sahabat yang aku sayang" jawab Irdina.. Dahlia melemparkan senyuman kepada Irdina.. "Aku rase aku nak balik la esok" kata Dahlia.. "esok? Baru dua hari.. kau kata 3 hari" hairan Irdina.. " aku rase aku kene cari peluang untuk bagitahu Iskandar yang aq mengandung.. kalau aku tak cari sampai bila dia tak tahu Irdina.. lagipun aku jugak yang cakap aku okey terima Farah haritu.. so aku tak boleh tunjuk lemah" jawabnya.. irdina mengangguk betul jugak apa yang Dahlia cakap.. "tapi kau kene ingat.. jaga diri kau.. kesihatan kau.. kandungan kau" tegas Irdina.. "iye InShaAllah baik je ni.. takkan iskandar sampai nak pukul aku, buat aku keguguran.. kau ni" ketawa Dahlia.. "eh tak lah.. dah kau pergi tidur"arah Irdina
***
Dahlia parking keretanya di garaj kereta.. "diorang ada kat rumah.. iskandar tak pergi kerja ke? Takkan ambik cuti jugak macam aku?" Bisik Dahlia.. Tanpa membuang masa Dahlia mengambil beg bajunya lalu mengunci keretanya.. Dahlia menuju ke pintu rumahnya.. "tak kunci? Bahayanya" Dahlia masuk ke dalam rumah terus kunci.. Dahlia menaikki tangga satu persatu.. semakin naik semakin kedengaran satu lagu seperti lagu untuk mengulik bayi.. Dahlia teruskan sahaja menaiki tangga, sampai sahaja di ruang keluarga ditingkat 2,, Dahlia melihat agenda manis Iskandar dan Farah. Mereka tak perasan kehadiran Dahlia kerana Dahlia berdiri di belakang sofa yang mereka duduki..
Lagu yang dipasang di tv lagu ulik bayi
Mereka duduk berdua
Iskandar back hug Farah sambil mengusap perut Farah lembut
Farah membelai pipi Iskandar ketika iskandar menongkatkan kepalanya di bahu Farah
"Ya Allah.. cemburunya" detik Dahlia
"Ehem Assalamualaikum sorry kalau ganggu" Dahlia mendekati mereka.. Iskandar dan Farah tersetak.. Mereka membaiki kedudukan masing masing..Dahlia bersalam dengan Iskandar.. "Kak leya bila balik?" Tanya Farah.. "baru je" jawab Dahlia kawal suaranya.. "cawak cakap, esok balik" kata Iskandar berkerut dahinya.. "kawan ada hal kena balik hari ni" jawab Dahlia..
"Abang, awak free tak?" Tanya Dahlia "asal?" iskandar seperti malas nak melayan Dahlia. "Saya nak cakap dengan awak kejap tapi dalam bilik kita" jawab Dahlia tersenyum.. "dalam bilik? kat sini kan boleh.. dalam bilik jugak dia nak".. "tapi benda penting" Dahlia memandang Iskandar dengan penuh harapan.. iskandar mengeluh.. "Farah awak naik lah dulu abang nak cakap dengan Dahlia" lembut sahaja percakapannya dengan Farah.. "ye aku nampak kau berubah.. kau berubah 360 darjah.. kau macam lupa aku.. kau lupa kenangan kita.. janji kita.. ye aku faham kau sayang betul Farah sebab kau nanti akan dapat anak daripada Farah.. tapi kau tak patut layan aku macam ni" bisik Dahlia dalam hati..
Farah pun dengan perut yang sarat mengandung itu menaiki tangga satu persatu.. sebaik sahaja Farah hilang dari pandangan mereka,, iskandar terus memandang Dahlia.. "ha apa awak nak cakap tu?" Tanya Iskandar.. "saya mintak maaf sebab sepatutnya saya bagitahu awak awal awal pasal ni tapi haritu saya tak dapat bagitahu sebab peluang itu hancur mase tu,, dan lagi satu akhir akhir ni awak tak duduk dengan saya.." ujar Dahlia.. "ha apa dia cakap la" arah Iskandar..
Farah yang sedang berada dalam bilik itu merasakan perutnya sangat sakit.. bayi kuat menendang.. "aduduh.. auchh! Kenapa sakit sangat nii.. aduhhh" Satu cecair mula keluar.. terkejut Farah.. "aduhh"
"Saya sebenarnya pregnant dah nak masuk 1 bulan" "arghhhhhh!!!!! Abangggggg!!!! Abangg!! Aduhhhhh!! Sakit abangggg!!!!! Abangggg!!!!" Jerit Farah serentak dengan percakapan Dahlia tadi.. Dahlia dan Iskandar terkejut.. Iskandar terus berlari menaiki tangga menuju ke bilik Farah.. Dahlia terpaku seorang diri disitu.. "Ya Allah!! Biy macam dah nak beranak niiii!!!" ujat Iskandar resah.. Dahlia masih lagi terdiam.. "biy? Farah?"
"Dahliaaa!!" Laung Iskandar.. Dahlia cepat cepat menuju ke bilik Farah.. "ye?" Tanya Dahlia.. " ye yeee.. berdiri apa lagi kat situ?! Tak nampak ke Farah dah nak beranak ni?! Pergi start enjin kereta!!" Teriaknya.. tersentak Dahlia.. "betul ke ni Iskandar yang aku kenal?" Kecewa betul hati Dahlia.. "abanggggg sakitttt bangg" Farah menggenggam tangan Iskandar kuat.. "tahan ye biy" Iskandar mendungkung Farah lalu menuruni tangga berhati hati manakala Dahlia sudah berada di dalam kereta untuk membawa Farah ke Hospital untuk bersalin..