« Kiss and Make Up »
°°°°
Tok ! Tok !
Asha mengigit bibir apabila tiada sahutan. Patung yang dipeluknya semakin tersepit diantara dada gebunya. Wah, untung sungguh patung jantan itu.
"Dinding... bukalah pintu ni.. aku takut.."
Asha mengigil apabila angin sepoi - sepoi menampar wajahnya dan suasana yang sunyi buat Asha hampir dapat mendengar bunyi deru nafasnya sendiri.
Belum sempat Asha nak menangis kerana melihat sebuah kelibat dihujung koridor yang gelap akibat lampu rosak, pintu dihadapannya terbuka.
"Kodahkenapaterpacak
malammalambutanidekatrumahorang ㅡ"
Asha terus meloncat memeluk Yoongi yang muncul dengan wajah tanpa jiwanya buat lelaki itu terhinjut akibat terkejut.
Tangannya segera menahan tubuh yang bergayut bak koala itu agar tidak jatuh. Sekilas, mata sepet itu kelihatan berkedip gugup.
"Tu..Tutup pintu !"
Yoongi yang pada mulanya blur, menyepak pintu hingga tertutup. Nyaris tidak mampu bernafas lelaki itu akibat rangkulan erat Asha. Malah kedua kaki Asha melingkar pinggangnya.
"Kau tahu aku penat dengan kerja aku, penat dengan hidup ni, penat nak bercakap. Jadi jelaskan."
Kalau tidak memikirkan perasaan takutnya, mungkin Asha sudah menghantuk kepala Yoongi namun mungkin lain kali.
"Aku nak tidur dengan kau. Kau kena tidur dengan aku."
Yoongi tersedak air liur apabila kata bernada perintah dan penuh maksud tersirat itu menampar gegendang telinga.
Tidur ? Tidur macam mana ? Tidur berbaju atau tidur tidak berbaju ㅡ okay lupakan Yoongi, lupakan.
"Aku ni pengetua kau. Kau ajak aku tidur macamni, dah dikira melanggar tatasusila. Carilah lelaki lain yang rela puaskan nafsu kau. Dasar budak sekolah terlebih tengok FLPPJ [ Fake Love Perfomance Part JK ]."
"Bodoh, bukan tu maksud aku ! Aku takut tidur sensorang dekat rumah aku sebab Aryn tak balik ! Dari tadi aku dengar bunyi nafas orang tapi tak ada orang pun ! Terkencing aku tahu tak ! Aduh, temanlah aku. Sekali - sekala bantu anak murid sendiriㅡ"
"Kau fikir aku peduli ? Siapa suruh berlesbian dekat rumah tu sampai jin jantan muncul kacau kau masa kau tinggal sensorang ? Padan muka."
Asha yang geram mahu melepuk pipi Yoongi namun lelaki itu mengelak. Malang tidak berbau, Yoongi tidak mampu mengimbang berat dirinya dan Asha dan...
BRUK !
"ARGH WOI BURUNG AKU TERKEPIT KAKI KAU !"
_________
"Bangun, snow white. Putera berkuda anda dah datang. Adakah tuan puteri mahukan sebuah ciuman dibibir untuk terjaga dari lena ?"
Bisikan itu begitu lirih dicuping telinga, namun mampu menaikkan bulu roma. Namun Aryn kesah apa, tidur itu ibarat nafasnya. Tiada tidur, tiadalah dia.
Namun sepertinya ada yang tidak berpuas hati kerana Aryn mengabaikan bisikannya. Dengan nakal, wajahnya digeselkan pada lekuk leher itu, manja seperti anak kucing yang memerlukan perhatian tuannya.
"Jangan tidur lama - lama. Suami awak ni perlukan perhatian juga.." lirih suara itu, merajuk.
"Abang Jimin BTS ni nakal ehe.." lirih Aryn apabila jemari itu menghilang dibalik kemeja putih yang dipakainya.
"BTS mana pula ni ?"
Dahi Aryn berkerut apabila angan - angannya musnah dan dia memaksa kelopak matanya untuk buka dan tanpa dapat ditahan, dia memutarkan mata bosan sebaik saja terpapar wajah Deo yang tersengih.
"Terung eh, kenapa rambut kau warna hitam dah ?"
Tanpa sedar Aryn mencebikkan bibirnya kerana melihat rambut hitam kelam milik Deo. Mana rambut ungunya ?
Ala, lepasni tak boleh lah panggil terung dah...
"Kenapa muncung ni ? Tak suka warna hitam ni ke ? Oh, suka warna ungy ya ? Nanti Deo warna balik. Demi Aryn."
Aryn menjadi salah tingkah sebaik saja Deo menatapnya dengan tatapan bersalah. Malah lelaki itu memegang rambutnya dan menghelakan nafas kecewa kerana Aryn tidak menyukai gaya terbarunya.
"Eh, eh tak. Aku kesah apa kau nak tukar warna rambut sampai kau botak tengah ke apa.. Tak ada kaitan dengan aku."
Arin bangkit dan menyesal. Ah, faham tak perasaan pening bila bangun terlalu cepat tu ?
"Aduh, peninglah pula.." lirihnya sambil kembali duduk dibirai katil, jemari memicit dahinya.
Deo yang mendengar itu terdiam namun sesaat setelah itu matanya membulat. Lelaki itu segera menghampiri Aryn, hampir jatuh telungkup diatas katil.
"Pening ? Ada rasa nak muntah tak ? Mengidam apa - apa ke ?" soal Deo bertubi - tubi, buat Aryn makin pening.
"Tak.. Eh kejap... kau ingat aku ni.. WOI AKU TAK MENGANDUNG LAH ! MERAPU !"
Mereka saling bertatapan sebentar namun keduanya menjadi kelam - kabut.
"Siap cepat, kita pergi beli pregnancy test !"
Aryn hanya menyarungkan tudung eh bukan, menyarungkan hoodie milik Deo, membiarkan kakinya yang memakai skirt sekolahnya.
Mereka menaiki kereta Deo yang terus memecut ke kedai farmasi berdekatan.
"Kau pergi / Kau yang pergi." ujar keduanya bersamaan.
Aryn memutarkan matanya dan menyilangkan tangan didada. Deo mengaru keningnya yang terasa gatal.
"Kita berdua masuk, aku cuma teman kau dari jauh saja."
Deo terpaksa redha apabila Aryn menatapnya tajam, memaksanya untuk bersetuju.
Deo berjalan sedikit maju, sementara Aryn sengaja melambatkan langkahnya. Memerhatikan tubuh Deo dihadapannya.
Penjaga kaunter mengucapkan selamat datang dan tersengih gatal apabila Deo membalas senyumannya. Aryn berdengus dan membuat wajah jijik.
'Gatal. Muka pun jalan tak turap.' ujar Aryn didalam hati.
Deo berpura - pura berjalan ke arah rak dimana vitamin pengurus badan berada dan berpura - pura fokus disitu.
Dia mengerling Aryn, melihat yeoja itu menyuruhnya cepat dan jangan lembap seperti kera eh kura - kura.
Deo menghelakan nafas dan mengikut perintah Aryn. Suasana didalam farmasi itu sunyi tanpa pelanggan, yang ada hanya mereka berdua dan penjaga kaunter yang tidak lepas tersengih memerhatikan Deo.
Deo mengerutkan dahi apabila melihat ada berbagai jenis pregnancy test. Mengangkat bahu, Deo mengaut benda itu hingga penuh kedua tangannya lalu berjalan ke kaunter.
Terus hilang sengihan si penjaga kaunter apabila taburan alat pregnancy test melimpahi meja kaunternya.
Dengan wajah muram, pekerja itu mengimbas satu persatu barang itu dan menyebutkan harga keseluruhan. Deo hanya mengesekkan kad hitamnya tanpa peduli.
"Oh, isteri Tuan nak buat ujian kehamilan ya ? Tapi kenapa isteri Tuan duduk jauh sangat ?"
Deo mengedipkan matanya sementara Aryn yang dari tadi memerhati, terus tersedak apabila mendengar itu.
"Isteri ?"
Pekerja itu mengangguk walaupun tidak rela apabila lelaki setampan Deo sudah mempunyai isteri malah hampir mengandung.
Deo yang tadinya mengerutkan dahi, tersedar apabila melihat ke mana arah tatapan pekerja itu.
Ke arah baju mereka. Hoodie yang dipakai mereka berdua.
Aryn segera menarik tangan Deo keluar dari kedai itu dan masuk ke dalam kereta.
"Aku yang bodoh ke atau kau yang tak betul ? Kenapa aku tak perasan benda kat hoodie ni dan kenapa kau ada hoodie ni sedangkan kau single dan tak laku ?" ujar Aryn tidak sabar.
"Baju kawan Deo lah tu.. Erm, cubalah test." ujar Deo dengan nada lembut, tahu yang Aryn yang berperangai seperti singa.
"Kau nak aku kencing dekat sini ke ? Aduh, benda ni kena balik dulu dan buat dekat rumah. Ya Tuhan, bengapnya aku tak dapat nak tolong.."
Deo diam tidak membalas dan hanya menghidupkan enjin. Aryn yang melihat itu seperti tertimpa rasa bersalah.
'Dia terasa yang aku cakap dia bengap ke ?'
Aryn pun hanya diam, tidak mahu berkata apa lagi. Mereka tiba dirumah Deo dan lelaki itu menghulurkan plastik beg kepada Aryn tanpa menoleh.
Terkedek - kedek Aryn mengejar langkah laju Deo yang masuk ke dalam rumah agam itu. Jika Deo boleh dikatakan pendek bagi kalangan lelaki, Aryn pula berukuran rendah bagi kaum perempuan.
Susah payah kaki pendek Aryn mengejar dan Deo berhenti lalu membukakan pintu bilik air tingkat bawah untuknya. Dengan kekok Aryn masuk.
Mata Aryn ragu mengerling Deo sekilas namun dia dapat melihat raut wajah yang selalu tersenyum dan tersengih nakal itu kini kosong tanpa emosi, kelihatan dingin.
Deo memusingkan tubuh, menunggu Aryn dihadapan pintu. Gadis itu menghembuskan nafas cuba mengumpul keberanian dan mula mencuba satu alat itu.
Deo mengetuk - ngetuk kakinya ke lantai dengan perasaan berdebar menunggu Aryn.
Setelah setengah jam, pintu bilik air terbuka. Terpaparlah wajah hampir menangis Aryn.
"D..Deo.. hiks.."
Mata Deo terbeliak dan dia segera merengkuh tubuh mengigil Aryn. Jemarinya mengusap belakang kepala gadis itu cuba menenangkan.
"Tak apa, tak apa. Shh, Deo ada dekat sini. Kita hadapi bersama ya ? Anak itu anugerah Tuhan ㅡ"
"T..Tak... Aryn t..tak tahu nak guna benda ni... Asyik jatuh masuk lubang jamban je HUWAAA !"
----------
TBC
----------
Selepas aku kahwin dengan dahi Taetae, akhirnya aku disini ! Sowy sia aku dah hampir dua bulan tak hapdet en ? Ke baru sebulan ? akksks dah berkulat dh reader AHAHAHHA UHUK !
Borahae dan Terima Kasih ! 💜✨
Goals : 200 komen 💜✨❤