A.K.U : ALTER

By Zuliana_Zuki

8.4K 1K 143

Syam Syahrul Azmi merupakan host kepada 8 alter yang lain. Tiga daripada mereka sering muncul dalam dunia rea... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
CHIT-CHAT BERSAMA-SAMA AUTHOR DAN RAKAN-RAKAN

BAB 34

167 23 7
By Zuliana_Zuki

Darah menitis dari pedang milik seseorang. Dia baru sahaja lepas membunuh 15 orang musuh yang dihantar oleh seseorang untuk mendapatkan semula sesuatu yang dicuri olehnya. Selama ini dia bekerja untuk menyara hidupnya sendiri di ibu kota yang besar ini tanpa meminta wang daripada ibu bapanya. Dia juga memiliki perkerjaan tetap selain daripada kerja sambilannya pada waktu malam. Kadang kala kerja itu dimulakan pada waktu petang sekiranya hari cuti umum seperti Sabtu dan Ahad.

Kebiasaannya dia hanya melarikan diri untuk mengelak daripada berlawan dengan pihak musuh kerana bilangan musuhnya sangat ramai. Pada masa yang sama, dia juga takut kepada dirinya walaupun dia memiliki senjata untuk mempertahankan dirinya. Tambahan pula, tugasnya bukan tugas yang mudah. Dia perlu memecah masuk kawasan musuh untuk mendapatkan maklumat yang diminta oleh pelanggannya. Dia menerima apa-apa sahaja jenis misi tanpa bertanya tujuan pelanggannya memerlukan maklumat tersebut.

Dirinya dikenali sebagai Night Messenger yang mencuri maklumat atau barang daripada markas targetnya tanpa sesiapa mampu menduga. Tetapi disebabkan sekuriti yang ketat. Kadang kala mereka dapat menjejaknya tetapi tidak pernah dapat menangkapnya. Terdapat juga sesetengah kongsi gelap yang agak gerun untuk berhadapan dengannya kerana kisah silamnya walaupun ramai di antara mereka tahu bahawa dia tidak akan berlawan dan hanya melarikan diri. Tetapi ada trigger yang akan membuatkan dirinya berlawan sehingga tidak ingat dunia. Dia akan berlawan sehingga puas. Tiada manusia yang hidup dan mampu berdiri di hadapannya. Dia sangat takut terhadap dirinya yang sedemikian.

Erzen atau Er-Zen bukan nama sebenarnya. Itu hanyalah nama samaran yang membawa maksud 'Guardian' dan 'Good'. Diambil daripada dua bahasa yang berbeza dan menjadi satu. Dia juga memiliki pistol dan pedang yang mempunyai lambang tersendiri kepada dirinya, iaitu kepantasan dan ketajaman. Sepantas pergerakkannya dan setajam pengelihatannya. Pakaiannya yang hitam melambangkan kegelapan malam dan corak tengkorak pada bandana dan topengnya pula melambangkan kematian.

Pedang dilibaskan ke sisi sebelum dimasukkan kembali ke dalam sarung pedang. Dia pula tersandar pada dinding dan tercungap-cungap mengambil nafas. "Tak guna. Boleh pula main selisih-selisih dengan bahu aku sampai berdarah. Kan tak pasal-pasal semua mampus. Sedih. Sedih. Aku tak suka bau darah. Aku nak balik." Dia menggelengkan kepalanya dan berlari dari situ.

*

"Night Messenger?" Soal Inspektor Firdaus kepada Hafizul ketika mereka berdua sedang makan malam di kedai mamak selepas selesai kerja.

"Ya. Kawan saya ada cerita. Baru-baru ni Night Messenger ada pecah masuk bilik bos dia. Orang tu curi maklumat dalam laptop bos dia. Tapi masa dia dengan kawan-kawan dia nak kejar orang tu. Bos dia kata jangan kejar."

"Eh? Kenapa pula jangan kejar? Sepatutnya kejar la. Tangkap dia. Kawan kamu tu sekuriti, kan?"

"Ya. Kawan yang saya ajak makan sekali minggu lepas." Jawabnya.

"Tapi apa sebab tak bagi kejar? Tu mesti maklumat penting. Tapi kalau tak kejar. Tak penting la. kan?"

"Tu maklumat penting. Maklumat projek baru untuk perbentangan keesokkan harinya. Kawan saya kata. Ada sebab yang buatkan bos dia tak bagi kejar. Sebabnya ialah Night Messenger tu bahaya. Dia tu bekas yakuzan dekat Jepun dulu. Lepas tu dia dipergunakan oleh kumpulan tu. Maksudnya, satu kumpulan tu khianati dia dan hantar dia kepada musuh untuk dibunuh. Tapi akhirnya kedua-dua kumpulan tu mati. Dia terus pindah ke Malaysia. Tapi tak tahu la kalau dia dia jadi warga Malaysia atau tak. Sebab dia tu lahir di Jepun. Tak ada yang tahu pasal keluarga dia." Jelas Hafizul kepada Inspektor Firdaus.

"Bahaya. Cukup bahaya. Sebab dia seorang lawan dengan ramai musuh. Semuanya mati. Dia memang bahaya." Kata Inspektor Firdaus selepas meneguk kopi susu.

"Tapi bos kawan saya cakap. Night Messenger tu hanya melarikan diri tanpa berlawan. Sebab sebelum ni dia pernah berhadapan dengan orang tu. Night Messenger tu hanya akan berlawan kalau ada orang mula serang dia dan buatkan dia cedera. Semuanya akan mati. Bos kawan saya nasib dia baik sebab dia sempat menyorok." Jelasnya lagi.

"Bertindak kalau cedera atau diserang? Maksudnya kalau dia lari. Semua orang hidup. Tapi macam mana dengan maklumat? atau benda dia curi tu?"

"Reda je la." Katanya sebelum menyuap nasi beriani ke dalam mulutnya.

"Itu lebih baik daripada terkorban awal." Sokong Inspektor Firdaus.

"Assalammualaikum. Sini ada orang tak? Tempat duduk lain dah penuh." Sapa seorang lelaki yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna hitam dan bercorak mawar merah.

Inspktor Firdaus dan Hafizul melihat ke arah lelaki tersebut. "Waalaikummusalam." Jawab mereka hampir serentak.

"Silalah. Tak ada orang pun." Inspektor Firdaus mempelawanya.

"Terima kasih." Sepinggan nasi beriani dan segelas milo ais diletakkan di atas meja makan sebelum dia duduk di atas kerusi yang terletak di sebelah kanan Hafizul. Hafizul pula duduk bertentangan dengan Inspektor Firdaus.

"Encik ni nama siapa?" Soal Inspektor Firdaus yang sentiasa beramah mesra dengan sesiapa sahaja yang dia temui.

"Nama saya, Ramadhan. Encik berdua pula?"

"Sebulan lagi nak masuk Ramadan. Lepas tu dah Syawal. Cepatnya masa berlalu. Eh? Ke situ pula saya. Nama saya, Firdaus." Inspektor Firdaus ketawa kecil.

"Saya, Hafizul." Salam perkenalan daripada Hafizul selepas dia meneguk teh suam.

"Ramai juga pelanggan waktu malam-malam macam ni. Saya fikir dah tak ramai sebab tu saya tak bungkus tadi." Kata Ramadhan yang mula membuka bicara.

"Lepas Isyak macam ni memang ramai. Lagi pula yang bekerja sampai malam. Ada yang datang dari masjid dekat-dekat dengan kawasan ni." Jelas Hafizul yang sudah biasa makan di situ.

"Oh. Saya baru hari ni makan malam di sini. Biasanya waktu pagi atau petang je. Malam ni teringin pula nak makan sini sebab dah lama tak makan nasi beriani. Encik berdua baru balik kerja ke? Tengok pakaian macam baru balik kerja." Kata Ramadhan yang melihat dua orang lelaki yang memakai kemaja berwarna putih dan biru berpetak-petak. Milo ais diminum olehnya sebelum menggaul nasi beriani di dalam pinggan.

"Ya. Hafizul ni tinggal seorang. Saya teman la dia makan malam ni. Kesian pula dia hari-hari makan seorang. Entah bila la dia nak kahwin." Inpektor Firdaus menyakat juniornya itu.

"Belum jodoh." Kata Hafizul sambil menggaul nasinya.

"Kamu ni dari tempat kerja juga ke? Atau dari rumah?"  Soal Inspektor Firdaus yang sudah selesai makan dan minum.

"Saya dari klinik tadi. Jumpa doktor. Badan ni rasa tak sihat. Mungkin sebab penat sangat agaknya." Jawabnya lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Kerja pun kerja la juga. Tapi kesihatan tu jangan lupa jaga. Nanti isteri dan anak-anak risau. Kesian mereka." Inspektor Firdaus memberi nasihat kepada Ramadhan.

"Eh? Aku ni ada nampak macam muka bapa orang ke?" Soalnya kepada diri sendiri kerana mulutnya sedang mengunyah makanan.

*

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan..."

Panggilan diputuskan sebaik sahaja dia mendengar suara tersebut. Raz menjatuhkan tubuhnya secara mengiring di atas sofa ruang tamu. "Syamila sibuk ke? Rindu pula nak jumpa. Tapi dia kerja. Doktor selalu sibuk siang malam. Aku tak boleh ganggu dia. Pasangan yang baik ialah pasangan yang memahami. Yes. Aku main game dulu." Dia kembali duduk di atas sofa dan membuka permainan video secara atas talian, Mobile Lagend. 

Kemasukan perlawanan ditekan selepas beberapa minit menunggu pencarian permain. Raz tersengih-sengih tatkala dia melihat gambar profile yang muncul pada skrin tersebut. "Eh eh... satu team la. Ni mesti sebab dia online seorang je ni. Main dengan Miya lagi kot. Aku nak try yang baru."

"Lesley macam menarik. Cuba dulu la. Tapi kalau satu team dengan RaSIS lagi best kalau main ni."

"Raz. Ooo... Raz."

"Ya, mama."

"Tolong mama tengok dapur kejap. Mama nak pergi tandas ni." Kata si ibu yang sedang memasak di dapur.

"Ya, mama." Raz segera bangun dari sofa dan berjalan ke arah dapur.

Si ibu melihat si anak sedang main permainan video sambil berjalan ke dapur lalu menegurnya. "Ni nak masak atau nak main? Nanti hangit pula kari mama masak ni."

Raz melihat ke arah ibunya semantara menunggu masa beberapa minit sebelum perlawanan. "Masak." Dia tersengih-sengih.

"Dah mendidih nanti tutup api." Pesan ibunya sebelum berjalan menuju ke arah tandas berhampiran kawasan dapur.

"Ya, mama." Sahutnya sambil melihat skrin telefon pintar miliknya.

Tidak lama selepas itu, Ash menuju ke dapur untuk mengambil minuman di dalam peti. Belum sempat dia melangkah pergi meninggalkan kawasan itu, namanya dipanggil oleh Raz. "Ash. Tengok kari tu kejap. Dah mendidih nanti tutup api. Abang nak masuk bilik." Katanya sebelum berlalu pergi.

Ash pula melenting. "Eh? Kenapa Ash pula kena jaga? Orang tengah buat kerja sekolah ni. Aduh!"

Pandangannya dialihkan ke arah periuk kari ayam yang berada di atas dapur. "Lambat lagi mendidih. Kerja sekolah aku banyak lagi tak siap. Esok kena hantar." Gas dapur ditutup. Dia segera meninggalkan dapur tersebut. Maka, ayam yang berada di dalam periuk tersebut masih belum masak.

10 minit kemudian, si ibu keluar dari tandas. Dia berjalan ke arah periuk kari ayam dan mengacau-ngacau kari tersebut menggunakan senduk. "Dah masak ke?"

"Mama."

Si ibu melihat ke arah anaknya. "Ya, Syam."

"Lapar. Petang tadi tak makan lagi." Syam berjalan ke arah rak pinggan lalu mencapai pinggan.

"Nasi dengan kari ayam dah masak. Makan la dulu. Mama nak pergi solat Isyak kejap." Kata si ibu sebelum berlalu pergi.

Syam pula hanya mendiamkan diri dan menyenduk nasi ke dalam pinggannya menggunakan senduk nasi. Kemudian, dia menyenduk pula kari ayam yang berada di atas dapur. Pinggan dibawa ke meja makan. Di atas meja tersebut sudah disediakan milo suam dan cawan. Air milo dituang ke dalam cawan. Doa dibaca sebelum menjamu selera.

Syam pula mencubit isi pada peha ayam untuk dimakan. Namun, hampa kerana isi ayam tersebut masih belum masak. "Ayam ni tak nak bagi aku makan dia ke?"

Syam berdiri bersama-sama peha ayam menuju ke arah singki. Peha ayam dibasuh dan diletak kembali ke dalam periuk. Api pada dapur gas dinyalakan. Setelah itu dikacau kari tersebut sebelum dia cari tudung periuk untuk menutup periuk tersebut. Selepas itu, dia kembali ke meja makan untuk makan nasi yang hanya ada kuah kari tanpa ayam.

*

"Laparnya. Masa untuk makan. Kari mama mesti dah siap masak." Kata Raz sambil berjalan ke arah dapur.

"Syam? Kenapa makan nasi dengan kuah kari je? Diet ke?" Soal Raz kepada Syam tatkala dia melihat adiknya sedang makan nasi.

"Ayam tu tak masak. Syam basuh tadi. Masuk balik dalam periuk."

"Eh? Macam mana boleh tak masak pula? Tadi abang surah Ash jaga masa mama pergi tandas."

"Tadi ada mama je dekat dapur. Abang Ash tak ada pun. Masa tu Syam tengok api dapur tak nyala pun. Syam fikir dah siap masak. Mama pun kata dah siap masak." Jelasnya kepada Raz.

"Mama pesan kalau dah mendidih tutup api. Ni mesti Ash sengaja tutup sebelum mendidih sebab tu tak masak ayam tu."

"Kenapa bijak sangat? Nak cepat masak. Tutuplah periuk dengan penutup dia. Apalah abang ni. Abang Ash tu bukan boleh harap pun. Kalau abang guna penutup periuk tadi. Mesti masa Abang Ash tutup tu dah masak sebab haba dalam periuk tu." Syam mengkritik.

"Aku juga yang kena."Monolognya.

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 65K 75
(KARYA KETIGA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3 NO COPY! ⚠️ T...
28.5K 2.8K 63
[EXTENDED VERSION] [currently unpublished] (sudah tamat, cuma yang selebihnya saya unpublished due to some reasons) [Skuad Penyiasatan Manusia Genius...
EVE [COMPLETE] By Violetta

Mystery / Thriller

16.2K 804 57
1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik ke...
18.4K 637 59
Melia Trisya seorang pelajar universiti di Perak. Seorang yang ceria, sabar dan aktif. Dalam masa yang sama dia merasakan semua tindak tanduknya dipe...