Isteriku Siluman Ular III

By JustineAmping

2.1K 72 1

Sambungan Isteriku Siluman Ular II. Kisah mistik percintaan antara dunia yang berbeza. Apakah yang berlaku di... More

Part 1: Bersedih
Part 2: Teguran Atuk
Part 3: Si Becok Nima
Part 4: Tonik
Part 5: DNA
Part 6: Ayah Hebat
Part 7: Bengap
Part 8: Ada Isi
Part 9: Queen Control
Part 10: Nama
Part 11: Rancangan Membina Rumah
Part 13: Pemandangan Indah
Part 14: Pembinaan Rumah
Part 15: Siap
Part 16: Rupa Rumah

Part 12: Tapak Rumah

112 6 0
By JustineAmping

Di pagi yang indah itu, aku melepak di depan beranda. Melayan pemandangan yang ada di situ. Aku sudah biasa dengan suasana kicauan burung, bunyi geseran sayap serangga. Ia adalah musik yang tiada siapa yang memahaminya, namun ia membuatkan kita merasa suatu ketenangan.


Ayah mertua menyuruh aku dan isteri berjalan sekitar kampung untuk melihat reka bentuk rumah di sekitar itu. Mana tau ada yang kami berkenan. Aku sangat bersemangat, begitu juga dengan isteriku. Kami berdua memulakan aktiviti merayau. Mula-mula memang jalan-jalan pusing kampung. Lepastu, kami pergi ke kebun, di mana kebun tersebut tidak jauh dari kawasan perkampungan itu.


Isteriku membawa aku jalan-jalan di kawasan alam tersebut. Wow, aku ingat rumah hanya ada di perkampungan jer. Rupanya kawasan itu ada banyak rumah juga. Berserta dengan kebun yang cantik-cantik belaka seperti yang digambarkan oleh ayah mertuaku. Penuh dengan bunga-bungaan.


"Sayang tutup mulut tu, nanti masuk serangga" sakat isteriku melihat mulutku terlopong kagum dengan keindahan tempat itu. Di dunia manusia, kalau kita lihat perparitannya, penuh dengan sampah sarap dan hitamnya air mengalir. Di sini, perparitannya dipenuhi ikan dan air batu yang sangat jernih, tak nampak ia adalah parit. Perhh... Patutlah di dunia ini sangat sukar kita mendengar orang sakit dengan pelbagai penyakit.


Sangat jauh beza sikap mereka dengan manusia, mereka di sini sangat mementingkan kehidupan yang semulajadi. Walaupun aku ni separa manusia, aku kecewa dengan sikap manusia yang berajakan kuasa dan menggilakan harta. Eh, terlupa pula diri pernah jadi gila permata, tapi bukan untukku. Alangkah indah juga, jika di dunia manusia sedar kepentingan menjaga alam sekitar seperti mereka.


Kami akhirnya sampai di destinasi di mana rumah kami akan dibina. Isteriku menunjukkan kawasan kebun hasilnya dengan bantuan ayah mertuaku. Dah siap sedia cantik dan menarik apa yang isteriku lakukan sebelum ini. "Sayang ke jaga kebun ni?" tanya ku kagum. "Sayang dulu setiap hari hidup di kebun ni, selepas kahwin dengan sayang lama juga tak jenguk kebun ni" jelas isteriku.


"Sudah lama sayang nak tunjukkan kebun ni pada awak, tapi belum ada kesempatan" jelas isteriku. Sepertimana kebun ayah mertuaku, ia dihiasi dengan pelbagai bungaan, pokok buah yang rendang. "Di sini kah kita akan bina rumah?" tanyaku. Isteriku mengangguk dan hanya senyum. Dia memandangku dengan penuh kasih sayangnya. Wajahnya berseri-seri kerana dia sedar aku ceria bersamanya.

Continue Reading

You'll Also Like

9.1M 583K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...
141K 9.8K 72
"Aku mahu jalani latihan VAT69, aku mahu capai cita-cita aku jadi aku tak mahu berkahwin. Sekurangnya untuk 10 tahun ke hadapan" - Sarjan Mejar Riffa...
2.3M 72.5K 56
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yan...
1.8M 59.2K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...