Bermula dari hari itu, hubungan saya dan Jay semakin dingin. Jay sudah semakin jarang menghubungi saya. Dua minggu sebelum tarikh perkahwinan kami, barulah Jay menghubungi saya.
˝Let's meet up. I have something important to discuss.˝
Saya tersenyum kecil apabila membaca mesej dari Jay. Namun, jauh di sudut hati, saya merasa tidak sedap hati. Seperti ada perkara buruk yang akan berlaku selepas ini.
˝Where?˝
Saya membalas mesej itu dengan perasaan teruja. Selepas Jay menghantar lokasi, saya terus menyiapkan diri dan bergegas ke sana.
Saya menyangka kedatangan saya akan disambut dengan ucapan kata rindu, namun sangkaan saya meleset. Jay tidak berseorangan. Jessica sedang duduk di sebelahnya dengan memakai pakaian yang menjolok mata.
"Tidak perlu tengok saya macam tu, Irene Irelyana."
Jessica tersenyum sinis sambil melentokkan kepalanya di dada Jay. Saya berfikir Jay akan memarahi Jessica, namun sekali lagi sangkaan saya meleset. Jay hanya mebiarkan Jessica berbuat demikian.
'DAMN! WHAT'S WRONG WITH HIM?'
Darah saya terasa seperti menyirap naik di kepala. My face turn to red.
"Sit down, Irene."
Jay mempelawa saya untuk duduk. Saya menarik kerusi dengan separuh kasar lalu duduk tepat di hadapan Jay.
"Erm.."
Jay tergagap-gagap. Saya tidak tahu apa terjadi dengan Jay sehingga perangainya berubah 360°.
"No need to talk if you dont want. Let me tell her everything. And the whole story."
Jessica melemparkan senyuman sinis untuk kali kedua. Pelayan datang untuk mengambil order.
"We can talk later. We eat first. Irene, order?"
Jay melihat anak mata saya sedalam-dalamnya. Pandangan yang susah untuk ditafsir. Seperti kami tidak akan bertemu lagi selepas ini.
"I ask you to bring her here because we want to talk about that. Not because of we want to take our lunch with her! Did you get that?!"
Jessica memarahi Jay. Jay hanya diam dan memandang ke arah lain.
"Miss, order?"
Pelayan itu memandang saya sambil menunggu jawapan.
"No, thanks."
Saya memberikan senyuman tawar. Pelayan tersebut membalas senyuman saya sambil melirik ke arah Jessica dan Jay bersilih-ganti. Dia seperti faham apa yang sedang berlaku di antara kami, terus berlalu meninggalkan kami bertiga di sana.
"Dengar Irene. Saya tidak mau bagi kata alu-aluan."
Jessica memandang saya dengan tajam.
"Jay mau batalkan perkahwinan kamu."
Seperti ada batu besar yang menghempap kepala saya. Jantung saya berdegup pantas selepas mendengar pernyataan yang baru sahaja keluar dari mulut Jessica. Saya memandang Jay. Jay tidak memandang saya. Dia memandang lantai.
"WHAT?!"
Suara Nana bergema di setiap sudut restoran tersebut. Saya tidak tahu Nana datang dari mana. Tetapi yang pastinya saya sangat terkejut. I'm speechless.
"Nana.."
Jay bersuara perlahan.
"Ah baguslah ada adik kau sini. Senang sikit dia mau bagi tau parents kau."
Jessica memintal hujung rambutnya.
"Jay? Apa ni? Betulkah apa yang dia cakap? Kenapa kau diam?"
Nana menolak bahu Jay dengan kasar, tetapiJay hanya diam dan tertunduk.
"Yes, it's true."
Jessica menjawab soalan yang Nana tujukan kepada Jay.
"I'M TALKING WITH JAY! NOT YOU! BITCH!"
Nana menunjukkan jari tengahnya ke arah Jessica. Jessica kelihatan sangat marah. Beberapa orang sudah mula melihat ke arah kami.
"Kau jawab saya Jay!"
Jay hanya mendiamkan diri dan masih menundukkan kepalanya. Saya merasa ada sesuatu yang tidak kena di sini. Tapi saya memilih untuk diam.
"Eh bodohlah kau Jay! Dulu kau yang beria mau tunggu Irene kan? Kau sendiri cakap kau akan jaga Irene dengan baik! But, look at you now! Apa kau buat? Kau mau kasi tinggal dia? Sial!"
Nana memukul meja dengan kuat. Lantas Jay memegang tangan Nana.
"Nana, bukan di sini."
"Kau jangan sentuh saya! Kau bagi tau saya, apa sebab kau mau buat begini?"
Nana menarik kasar tangannya, lalumenunjuk muka Jay. Jay hanya diam. Jessica menjawab soalan Nana.
"Well. Jay perlu bertanggungjawab dengan apa yang dia sudah buat dengan saya. Walau dengan apa keadaan sekalipun, saya tetap mau dia bertanggungjawab."
"Eh babi, saya tidak suruh kau bercakap kan! Saya tanya Jay, bukan kau! Sial!"
Nana maju ke arah Jessica dan terus menerkamnya. Nana menuang jus di wajah Jessica, lalu menarik-narik rambutnya. Nana kelihatan sangat marah. Tiba-tiba, saya ternampak Jessica mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. PISAU LIPAT!
"NANA!"
Saya menolak Nana ke tepi dan serta-merta pandangan saya menjadi berpinar-pinar. Pisau tersebut terbenam ke dalam perut saya hanya seperti angin.
"IRENE!! Oh my God!! WHAT YOU HAVE DONE BITCH!!"
Nana membuang kerusi ke arah Jessica. Jessica terduduk di lantai. Nana terus menyandarkan saya di dinding, lalu menepuk-nepuk pipi saya.
"Oh my God SIL! Kenapa kau buat macam ni?"
Nana mengangkat saya namun dia terduduk semula. Jay mengatur langkah ke arah kami, tetapi Nana memarahinya.
"KAU JANGAN DATANG DEKAT! MULAI HARI INI, KAU BUKAN ABANG SAYA LAGI! KAU PERGILAH KAHWIN SAMA NI PEREMPUAN GILA! KALAU JADI APA-APA SAMA IRENE, AWAS!!"
Langkah kaki Jay terhenti. Jay seperti hilang arah tujuan.
"Irene, don't close your eyes! No no no! Uncle! Tolong angkat dia dulu!"
Ambulans dan polis datang serentak. Sebaik sahaja saya dimasukkan ke dalam ambulans, mata saya tertutup dan saya langsung tidak menyedarkan diri.
* * *
( NANA P.O.V. )
Bibir Irene semakin pucat. Pisau tadi masih ada di perut Irene. Doktor mengambil pisau tersebut sebagai bahan bukti untuk diserahkan kepada polis. Saya menelefon semua ahli keluarga untuk datang ke hospital.
"What happened to my daughter?!"
Semua orang melihat saya dengan penuh tanda tanya. Orang awam yang ada di hospital turut melihat saya dengan tanda tanya. Baju saya dipenuhi dengan darah Irene.
"Sabar Aunty. Tenangkan diri dulu. Nanti saya explain. Sorry, I feel you Aunty."
Saya memeluk Mumy Irene. Namun saya tidak memeluk sepenuhnya. Takut jika darah yang ada di baju saya akan mengotorkan baju Mumy Irene.
"Jay di mana? Kenapa tidak call suruh datang sini?"
Mama bertanya. Darah saya menyirap naik apabila terdengar nama Jay.
"Okay, kamu dengar saya. Buat masa sekarang, tolong jangan sebut nama Jay dan jangan dulu tanya apa-apa. Sebab saya sendiri pun masih terkejut dengan apa yang jadi di depan mata saya. Selepas kita tau keadaan Irene, barulah saya sendiri bagi tau the whole story, what happened to her, who did this to her. Okay? Kamu faham kan?"
Mereka hanya mengangguk. Selepas hampir empat jam menunggu, akhirnya doktor keluar juga.
"Doc, how was my daughter condition?"
Mumy Irene berdiri tepat di hadapan doktor tersebut. Saya melirik name tag doktor tersebut. ADAM. Boleh tahan kacak juga. Well, saya tidak kisah tentang paras rupa sekarang. Saya cuma mau tau keadaan Irene.
"Keluarga mangsa?"
"Ya, saya Mumy dia. Is she okay?"
"Begini puan. Saya minta puan dan ahli keluarga yang lain bersabar."
"Maksud doktor?"
"Kami minta maaf. Anak puan, Irene Irelyana tidak dapat diselamatkan. Anak puan kehilangan banyak darah dalam badan. Kami minta maaf banyak-banyak."
Kami semua terdiam. Masing-masing belum dapat terima khabar yang baru sahaja didengari.
"Puan boleh ikut saya untuk proses pengurusan mayat."
Mumy Irene terduduk. Dady Irene mengikuti langkah Doktor Adam.
"Sabar Aunty."
Saya memeluk Mumy Irene. Tiba-tiba, Jay datang dan terus mencari Irene.
"Where is Irene? Is she okay? Why you all cry? Nana?"
Darah saya menyirap kembali apabila melihat Jay.
"Kau siapa?! Pulang! Kau bukan abang saya! Kau bukan anak Mama sama Papa! Pulang!"
"Where is my fiance? Nana!"
"Kau pulang Jay! Irene bukan tunang kau! Kau sendiri yang buang dia! Kau tidak layak ada di sini! Kau punca semuanya!"
Saya menengking Jay sambil menunjuk-nunjuk wajahnya menggunakan jari telunjuk saya.
"Nana, Jay. Kenapa ni? Apa maksud kamu?"
Mumy Irene bertanya. Saya mula membuka cerita. Dari A sehingga Z. Semua orang terlopong.
"Maa, Jay adalah punca semuanya!"
"Nana, saya..."
Saya memotong percakapan Jay.
"IRENE MATI SEBAB KAU JAY!"
Jay langsung terdiam selepas mendengar pernyataan yang baru sahaja saya ungkapkan.
"Wh.. What? I.. Irene.."
"Tidak payah kau buat bodoh sana! Sekarang kau sudah tau kan? Jadi kau tunggu apa lagi? Berambuslah anjing!"
Saya meludah kaki Jay. Saya tidak sangka saya akan berbuat sebegini.
"Nana.."
"Kau sudah buang Irene bah Jay! Saya dengar! Sekarang kau mau jilat balik ludah kau? Kau tidak gelikah jilat ludah kau balik?"
Jay terdiam dan menundukkan kepalanya.
"Sekarang kau mau berpura-pura ambil tau pasal Irene? Eh tolonglah! Kau pulanglah! Semak sial!"
Jay mula menitiskan air matanya.
"Nana, watch your mouth."
Papa menasihati saya.
"Look Papa. Dulu Jay sendiri yang berjanji bagai, konon mau jaga Irel baik-baik, entah apa semua! Tapi sekarang? Apa dia buat? Saya sudah anggap Irel tu macam kakak kandung saya sendiri tau! Selepas Jay sudah buat macam ni dengan Irel, kamu fikir saya mau berlembut dengan Jay lagi? You are wrong Papa! Jay is not my brother anymore!"
Saya terus meninggalkan mereka di sana. Saya masuk ke dalam bilik Irene. Kelihatan Irene terbaring kaku. Seluruh badannya sudah ditutup dengan kain putih. Saya baru sahaja ingin menyelak kain yang menutupi badan Irene, tetapi dilarang oleh jururawat yang bertugas di sana.
"Boleh saya tau Miss ni siapa?"
"Saya adik dia."
Walaupun sebenarnya bukan.
"Begini ya Miss. Doktor tidak benarkan sesiapa untuk sentuh mayat."
"Kenapa pula macam tu?"
Saya berasa tidak puas hati.
"Terdapat virus berbahaya pada pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dan virus tersebut sudah merebak di seluruh badan mangsa. Virus tersebut telah menyerang organ badan mangsa. Semua organ mangsa gagal berfungsi."
"Jadi kami tidak boleh tengok mayat untuk kali terakhir?"
Jururawat tersebut menggeleng perlahan.
"Oh okay. Thank you."
Saya keluar dari bilik itu dan terus memaklumkan perkara tersebut kepada Mumy Irene. Kelihatan Jay masih ada di sana. Saya sudah tidak berdaya untuk memarahi Jay. Perasaan sedih lebih menguasai diri saya sekarang.
"Doktor cakap, kita tidak boleh sentuh Irene. Pengebumian mayat pun petugas hospital yang akan urus."
Dady Irene kembali dengan membawa berita yang tidak baik. Namun, saya faham. Ini semua untuk kebaikan kami sekeluarga.
"Irene akan dikebumikan hari ini juga."
Kami semua hanya akur. Kami semua masih terkejut dengan apa yang baru saja terjadi. Petang itu, Irene selamat dikebumikan. Tetapi kami hanya melihat dari jauh. Petugas hospital telah mengurus segalanya.
Semua orang sudah pun meninggalkan tanah perkuburan, kecuali saya. Saya masih menatap pusara Irene dengan air mata yang berlinangan di pipi. Saya tidak habis-habis menyalahkan diri saya sendiri dengan apa yang terjadi.
"Nana.."
Jay menegur saya dari belakang. Saya menyangka bahawa saya berseorangan di sini.
"Kau mau apa lagi Jay? Puas hati kau nampak Irene meninggal? Puas?"
Saya tidak memandang wajah Jay.
"Nana, bukan macam tu."
"Baliklah Jay. Saya tiada masa mau bergaduh dengan kau."
"Nana, listen to me first. Saya buat macam ni sebab terpaksa. Jessica ugut saya. Kalau saya tidak ikut cakap dia, dia akan bunuh Irene, dan semua orang terdekat saya. Did you get it?"
Saya terdiam. Kali ini saya memandang anak mata sedalam-dalamnya.
"Jadi? Sekarang Irene sudah meninggal, baru kau mau bagitau? Masa Irene masih hidup, kau langsung tidak explain dengan dia! Saya yang duduk serumah dengan kau pun, kau tidak bagitau!"
"Nana.."
"Kau menyesal pun tiada guna! Kau sendiri yang tidak bagitau kami awal-awal! Kau sudah terlambat Jay!"
"Sorry.."
Jay menundukkan kepalanya. Saya boleh lihat air matanya jatuh ke tanah dengan jelas.
"Kau tidak patut minta maaf dengan saya. Kau patut minta maaf dengan Irene, dengan keluarga Irene. Kau fahamkah?"
Jay mendiamkan diri.
"Kau minta maaflah banyak mana pun, Irene tidak akan hidup balik. Remember this!"
Saya meninggalkan Jay yang sedang terduduk melutut di tanah. Hati saya masih penuh dengan rasa marah. Langsung tiada belas kasihan di dalam diri saya buat masa sekarang.
#AmnesiaGirl17
(1861 WORDS)