Hai! Sis nak ambil kesempatan ni nak ucapkan Salam Aidiladha. Semoga segala ibadah kita diterima di sisi Allah SWT.
Selamat membaca!!
.
.
.
.
Elise mengambil kot yang dihamparkan di atas katil. Dia melangkah ke arah Akbar yang berdiri di hadapan cermin. Kacak benar lelaki itu di matanya hari ini. Lebih kacak dari biasa.
"Your hand sayang..." pinta Elise lembut. Akbar pantas memasukkan tangannya ke dalam lengan kot yang sedia dipegang Elise.
"Done!" seru Elise merapikan sedikit di bahagian bahu, walaupun kot itu sudah sempurna di tubuh lelaki itu.
"Thank you. Hmm...how do I look?" Akbar membutangkan kotnya dan membetulkan kafling. Sebenarnya, dia tidak gemar berpakaian segak begini. Terlalu kemas.
Dia sudah terlupa bila kali terakhir dia berpakaian kemas seperti ini. Mungkin masa dia masih tinggal sebumbung dengan mama dan papa. Semua pakaiannya disediakan oleh Puan Sri Fazira.
Sejak Akbar bebas, mengatur sendiri hidupnya, dia berpakaian mengikut citarasanya yang santai. Jeans, tshirt, jaket dan beanie.
Tetapi apakan daya, takkan nak pakai semua tu ke pejabat? Tetapi Akbar sudah sebulat hati menerima perlawaan papa sejak bertahun-tahun yang lalu untuk membantu mengembangkan lagi perusahaan Tan Sri Imran. Sudah Akbar berbincang dengan Tan Sri Imran untuk membiarkan dia mula dari bawah. Supaya Akbar lebih faham perjalanan syarikat.
Akbar melihat isterinya dari dalam cermin. Elise pula berbeza dengan dirinya. Isterinya perlu duduk di kerusi teratas. Gadis itu mungkin kecil molek, tetapi hatinya besar. Sekejap sahaja dia sudah serasi.
Akbar juga tahu Elise banyak meminta tunjuk ajar dari Tan Sri Imran dalam menguruskan MEJ Holdings. Dia kagum dan bangga dengan Elise.
Elise memeluk Akbar dari belakang.
"Boleh abang pakai topeng ke office? Nanti kena mengorat dengan staff." ujar Elise bergurau.
Merenung rambut Akbar yang separuh rela dipotong pendek dua hari yang lalu. Hari ini, tersisir rapi.
Akbar ketawa. "Apa kata Elise kurung abang di rumah?"
Elise pula ketawa besar. "Mana boleh nanti papa cari, apa Elise nak jawab. Nanti dia ingat menantu dia gila pulak."
"Takpe, menantunya tergila-gilakan anaknya. Dia faham tu." seru Akbar ketawa apabila Elise menampar manja bahunya.
Akbar berpusing menghadap isterinya, menunduk ke perut Elise. "Sayang, take care of mummy for daddy okay?" Elise tersenyum kecil melihat kelakuan Akbar itu.
"Mana dia faham lah!" getus Elise.
"Elise tu pun abang risau tau?" kata Akbar kembali menegakkan badan.
Elise berkerut hairan, "Kenapa?" membetulkan pula tali leher Akbar.
"Elise kan pregnant, be extra careful okay. I really worried everytime you're not in front of me." Akbar mengelus bahu Elise melurut ke jemarinya. Menggenggamnya.
"Yalah. I'll be extra careful." Ujar Elise. Hari ini genap tiga bulan usia kandungannya.
"Bukan itu aje, coz you are my beautiful bride to be." Akbar berkata perlahan. Risau juga keadaan Elise yang berbadan dua begini kerana tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelma.
Semuanya rancangan Puan Sri Fazira yang mahu membuat kenduri besar-besaran untuk menyambut Elise ke dalam keluarga juga memberitahu teman-teman yang dia sudah bermenantu. Semangat sungguh Puan Sri Fazira mengatur rancangan selepas raya.
"So, kita jumpa petang ni, kat Great Pan's, ya?" ujar Elise. Dia juga tetap menguruskan akaun Great Pan's dan menjadi juruwang sementara Akbar mendapat juruwang baru.
"Good!" Akbar mengucup hidung Elise sekali.
"Nak pakai beanie boleh tak?" tanya Akbar kemudiannya sambil membuat muka kosong.
Elise mengerutkan dahinya. "Hah? Biar betul abang ni?" takkan Akbar nak pakai topi benang kaitnya dengan sut.
"Tak boleh ke? Tak bestlah takde topi tu." Akbar seakan-akan merungut. Bibirnya dimuncung-muncung.
"Tak sesuai sayang. Elise bawak sama dengan baju salin abang. Petang ni, pakai topi tu sambil masak, lepas tu balik, then masuk tidur pun pakai topi tu. Okey? Knock yourself out!" ujar Elise memerli.
Akbar ketawa. "Abang gurau aje. Tapi boleh juga kalau Elise nak bawak." Mengucup dahi Elise.
"Jomlah. Pak Hardi dah datang agaknya." Mereka turun ke dapur dan menghadap sarapan pagi yang dibuat Elise sejak awal tadi.
"Do you think I can do it?" tanya Akbar dan meneguk latte. Dalam keyakinannya, terselit juga rasa gementar.
"Bukan hanya fikir, tapi pasti yang abang boleh lakukannya." Ujar Elise yakin. "Stop worrying, I know you can." Ujar Elise mengusap lengan Akbar yang tersenyum memandangnya.
Loceng pagar berbunyi, tanda Pak Hardi telah sampai. "Okey. My car is here. Abang nak keluar sekarang ke?" Elise sudah bangun menggalas beg tangannya.
Dia berhenti di hadapan Akbar. Menunduk lalu mengucup dahi Akbar.
"Jumpa petang ni okey..." ujar Elise mencapai tangan Akbar lalu mengucupnya. Akbar pula sambil memegang perut isterinya, dia mengucup telapak tangan lembut itu.
"Take care, baby..."
***********************
Kedua-dua perempuan itu menghamburkan ketawa besar di dalam dapur Great Pan's.
"Ya ke?" Elise mengambil lagi sebiji dark chocolate lalu disumbat ke dalam mulutnya. Coklat itu dibuat oleh King untuknya.
"Ha'ah! Nak tau apa paling kelakar?" tanya Sonja, juga mencekup sebiji coklat ke dalam mulutnya. Jiji hanya membuat muka 'kering' mendengar cerita kelakarnya tempoh hari.
Elise dalam ketawa belum redanya menjawab, "Apa? Apa??"
"Punya menggelabah, dalam kalut nak melutut ala-ala mat saleh, buka kotak cincin dengan tangan ketar, Jiji tercampak cincin tu ke dalam longkang!" sekali lagi ketawa bergempita.
Bukan hanya Sonja dan Elise, tetapi juga semua yang berada di dapur.
"Woih!! Kau tak tau betapa seramnya waktu tu tau!" Jiji marah-marah dalam ketawanya. Tidak tahan mendegar gelak sakan rakan-rakannya.
"Habis tu, cincin kena bawak hanyut ke?" tanya Elise risau sambil memegang perutnya, senak.
"Memang Jiji ada good luck. Longkang kering! Hahaha...!" cerita Sonja lagi.
"Punya boss kesian, dia yang tolong cungkil besi longkang tu, sebelum Jiji ambik dan teruskan agenda melamar Yani. Sini aku tunjukkan gambar-gambar. Kau slide sampai last. Ada video." Sonja menyerahkan telefonnya kepada Elise yang terus melihat gambar-gambar hari tersebut.
Seperti kata Sonja, ada juga terselit gambar Akbar sedang mencungkil besi longkang. Rugi dia tak ada sekali hari itu.
Sonja mengenyitkan mata ke arah Jiji yang tersenyum lebar.
Yani menerima lamarannya dengan senang hati. Tiada aral, mereka akan berkahwin hujung tahun ini.
"Aww...again, my hero juga yang jadi penyelamat kan?" ujar Elise bergurau.
"Hah! Yalah. Angin dia baik, apa pun takpe, aku cakap dia t-rex pun dia tak kisah la...!" Sonja meneruskan ketawanya bersambung dengan Elise.
"Kau ni, Laila! Balik-balik aje dah pregnant! Sebelum kau ke London, perut kau dah ada isi ya?" Sonja bertanya dengan suara yang agak rendah, setelah puas ketawa.
Elise tersenyum gembira sambil mengusap perutnya. "Ha'ah. Aku tak tau pun." Ujarnya memikir-mikir.
"Hmm...'accident' ke?" tanya Sonja beriak nakal, mengangkat-angkat keningnya.
Elise membeliakkan matanya besar-besar.
"Woihh!! Mana boleh accident..accident! Rezeki aku babe. Ehem, lagipun Akbar kan dah tua...hihihi....!" ujar Elise tertawa kecil.
Ketawa Sonja serta-merta sirna melihat di belakang Elise. "Err... Aku pergi dulu." Sonja bingkas bangun meninggalkan Elise.
Elise tersedar apa yang membuatkan dapur senyap tiba-tiba dari cakap-cakap dan Sonja yang bangun seperti ternampak 't-rex'.
Ah! Mesti 't-rex' itu sedang terpacak di belakangnya sekarang. Matilahnak!
Elise berpaling. "Abang!!" suaranya diceriakan, lagak dia tidak berkata apa-apa tentang lelaki itu.
"Hmm...seronoknya dia mengutuk orang, ya? Tua? Hmm??" Akbar mendekat sehingga dia betul-betul menghadap wajah Elise yang mengemam bibirnya, menggeleng-geleng.
Sepuluh jarinya disusun di depan batang hidungnya.
"Ampunkan patik tuanku!! Janji tak buat lagi..." seru Elise.
Semua berkalih ke arah lain, berpura-pura tak tahu-menahu.
"Beta mesti hukum rakyat yang buat salah. Tambah mengutuk beta di belakang." Akbar menurut serta dalam gurauan Elise.
"Ada 'penalti' untuk rakyat yang panggil beta tua!" suara Akbar berkata perlahan, mengancam. Hidungnya hampir mengenai hidung Elise.
Elise pantas menyambar beg kertas hijau di atas meja penyediaan dan diletakkan di antaranya dan Akbar.
"Tapi, patik bawa rasuah untuk tuanku. Your beloved beanie!" ujar Elise. Hanya matanya sahaja kelihatan dari atas beg kertas itu.
Akbar menegakkan kembali tubuhnya, ketawa tertahan-tahan. Berair matanya.
"Oh...main rasuah ya. Takpe, you win!" Akbar mengambil beg kertas itu dari tangan Elise sebelum berlalu ke bilik air.
"See, probelm solve." ujarnya kepada Sonja yang tergeleng-geleng.
************************
Sedar tidak sedar, Ramadhan sudah di penghujungnya. Kediaman Tan Sri Imran dan Puan Sri Fazira diwarnai dengan gelak tawa dan usik-mengusik antara anak menantu mereka. Riuh ruang makan itu.
"Hah! Ketawa-ketawa juga, cepat siap-siap, kita solat di masjid kejap lagi boleh bertakbir sekali." Tan Sri Imran mengingatkan keluarganya.
Malam ini adalah terakhir mereka menjalani ibadah puasa. Entah sempat atau tidak mereka bertemu Ramadhan tahun depan.
Sekarang solat maghrib dan isyak mesti di masjid. Bukan masjid orang lain, masjid Tan Sri Imran juga.
Beberapa lama dulu, dia tidak sedar akan kelebihan yang Allah kurniakannya kepadanya. Tan Sri Imran berfikir, pembinaan masjid itu menjadikan namanya gah di mata masyarakat.
Tetapi, dia tidak pernah mengerjakan solat di dalamnya. Setelah hatinya terusik dengan kata-kata anaknya, barulah Tan Sri Imran tersedar akan kealpaannya selama ini.
"Yalah, Elise okey? Nak pergi ke nak rehat?" Akbar memandang ke arah isterinya.
"Alah, nak ngelat la tu!" ejek Arina yang pulang tiga hari yang lalu untuk sama-sama menyambut hari raya bersama keluarganya.
Akbar mengecilkan matanya memandang Arina. "Hei! Mana ada. Along kesian tengok kak Elise ni, nampak bulat perut dia. Sayang telan bola ke?" usik Akbar tiba-tiba sambil mengusap perut Elise.
Elise membeliakkan matanya dan mencubit Akbar yang mengelak 'ketamnya'.
"Bukan bola sayang, tapi telan Pluto, sebab tulah Pluto bukan lagi planet sekarang!" balas Elise mengetap bibirnya. Perutnya sudah hampir 5 bulan. Bulatnya semacam.
Arina ketawa bersama-sama Haikal yang baru sahaja menghabiskan sepinggan nasi sebelum melepaskan sendawa kuat.
Suasana hening tiba-tiba sebelum semua orang ketawakan Haikal. " Oppss..sorry!" ucapnya bersahaja.
"Haikal..Haikal...sendawa cakap apa?" tegur Tan Sri Imran lembut.
"Alhamdulillah..." ujar Haikal lagi. Puan Sri Fazira tersenyum melihat kenakalan anaknya.
"Nak pergi tak?" tanya Akbar sekali lagi ketika semua orang sudah berlalu ke tingkat atas.
Mereka akan bermalam di sini malam ini dan menyambut Aidilfitri keesokkannya. Dan pulang ke kampung nenek Sofiah pada sebelah petang.
"Nak." ujar Elise tersenyum.
**********************
Inilah kali pertama Elise bermalam di rumah tempat Akbar membesar. Penuh dengan 'harta' tuannya.
Ada topi berlambang sekolah masih melekat di dindingnya, juga beberapa trofi debat, bola sepak juga taekwando. Tidak hairanlah lelaki itu pandai bertumbuk!
Pandangan Elise tertancap pada sebuah gambar dibingkaikan yang tergeletak di atas meja tulis. Rasanya pasti semasa Akbar belasan tahun, bahu membahu dengan Akim.
Rambut Akbar pendek ketika gambar ini diambil, dan raut wajah yang agak serius, senyum pun kaku aje. Wajahnya tidak jauh berbeza dengan sekarang, cuma kelihatan lebih remaja.
Dengar-dengar dari Akim, sewaktu dia mula berkawan dengan Akbar, lelaki itu amat pendiam dengan orang lain. Dengan Akim pun kalau datang anginnya, senyap sahaja.
Elise tergelak kecil menggeleng-geleng. Sekarang lelaki itulah juara bercakap!
"Apa yang Elise gelakkan?" sapa Akbar mendekati isterinya.
Dia melihat apa yang dipandang Elise sehingga gadis itu boleh ketawa seorang diri. "Ini." Elise menunjukkan gambar itu.
"Oh! Kenapa? Kelakar kan muka waktu budak-budak?" ujar Akbar mengangkat foto itu melihatnya dekat. Sewaktu gambar ini diambil, dia berumur 18 tahun.
"Kat mana tangkap ni? He's very good looking!" puji Elise separa mengusik. Pasti ramai pelajar perempuan yang minat dengan Akbar ketika itu.
Akbar tersengih. "Kat sekolah. Akim datang for my graduation ceremony. Abang 18 masa. Good looking eh? I know!" balas Akbar mengangkat bahunya, makan puji. Elise memutarkan matanya ke atas.
"Orang puji Akim, perasan!" usik Elise ketawa sambil merenggangkan dirinya dari Akbar.
"What??! Come here you!" dia mengejar isterinya yang ketawa nakal.
************************
Air mata Puan Sri Fazira mengalir deras. Tidak disangka sama sekali penantiannya untuk melihat keluarganya kembali bersama-sama menyambut Aidilfitri akan menjadi kenyataan pada tahun ini.
"Mama kenapa menangis pulak ni?" Akbar melutut di sebelah Puan Sri Fazira yang tidak dapat menahan perasannya ketika foto keluarga diambil.
Elise pula menghulurkan sehelai tisu yang dicapainya di atas meja makan, lalu dihulurkan kepada ibu mentuanya.
"Thanks sayang." Ucap Puan Sri Fazira mengelap matanya.
"Sorry. Emosi pula." Beritahunya.
Tan Sri Imran memahami perasaan terharu itu kerana dia sendiri begitu. Selepas 10 tahun, inilah kali pertama keluarga mereka lengkap pada hari mulia ini.
"Mama tak sangka keluarga kita akan sambut hari raya bersama macam 10 tahun dulu. Ya Allah, lamanya mama tunggu saat kita berkumpul balik macam ni." Luah Puan Sri Fazira.
"Dah la ma. Calm yourself, maafkan papa. Rasanya macam semua salah papa."
"Taklah pa. Akbar yang perlu minta maaf." Rancangan mereka tadi hendak mengambil gambar keluarga dulu sebelum beraya dengan papa dan mama.
Lantas Akbar mendahului isteri dan adik-adiknya melutut di hadapan mama dan papa mereka. Tangan Tan Sri Imran dicapai.
"Papa, Akbar minta maaf dari hujung rambut sampat ke hujung kaki papa atas semua sikap biadap Akbar selama ni. Maafkan Akbar juga kerana tak jadi anak yang tak membanggakan papa." Ucap Akbar. Suaranya bergetar, lalu tangan Tan Sri Imran dikucup lama.
Tan Sri Imran mengusap kepala Akbar. "Papa pun sama, Akbar. Maafkan papa. Papa nak buat pengakuan hari ini pada Akbar yang selama ini, papa sangat bangga dengan apa yang Akbar capai dalam hidup Akbar. I couldn't be more proud of you! Cuma papa ego tak nak mengaku yang Akbar dah berjaya dalam hidup Akbar." Ujar Tan Sri Imran.
"Thanks papa..." sekali lagi Akbar mengucup tangan papanya.
"Actually, papa nak buat pengakuan dah semua kat sini." Ujar Tan Sri Imran.
Masing-masing tertanya-tanya apa yang hendak dia katakan.
"Sebenarnya papa selalu jugak beli makanan dari Great Pan's. Emm..papa suruh budak office take away aje untuk papa." Ujar Tan Sri Imran lalu tertawa dan disambut anak-anaknya.
"Oh, patutlah mama selalu ajak, papa tak pernah nak ikut, rupanya bungkus ya?" Puan Sri Fazira ketawa tergeleng-geleng.
Pecah rahsia suaminya selama ini. Akbar turut tidak menyangka papanya memang pernah makan masakannya. Patutlah selalu ada permintaan khas yang mahu Akbar masak sendiri. Tidak pula Akbar syak apa-apa kerana ada sahaja permintaan begitu dari pelanggannya
"Eh! Cepatlah, Rin pulak nak beraya dengan papa." Sergah Arina, nakal.
Akbar menepi sebelum bergerak ke arah Puan Sri Fazira yang ceria wajahnya.
"Selamat hari raya ma. Maafkan Akbar ma, minta ampun, minta maaf ya sebab tak pernah nak beraya on first day dengan mama selama 10 tahun ni." Adakalanya dia langsung tidak pulang.
Rasa bersalah menggunung di hatinya. Aidilfitri tidak pernah disambut di Malaysia.
Selalunya Akbar menyambutnya bersama keluarga Akim di Paris. Adakalanya Akbar mengambil masa itu untuk bercuti beberapa hari ke beberapa tempat yang terpencil.
"Mama ampunkan, sayang. Mama pun sama minta maaf dengan Akbar."
"Haikal pulak kak Rin!" Haikal menolak bahu kakaknya yang masih di hadapan papa mereka itu ke tepi.
"Nantilah, kak Rin belum pun ambik duit raya dari papa." Arina mengeraskan dirinya di hadapan Tan Sri Imran.
"Kak Rin dah besar, mana boleh ambik duit raya..." ejek Haikal ketawa-ketawa.
Riuh rumah itu. Berbeza sungguh dengan tahun-tahun lepas, hanya bertiga menyambut Hari Raya. Tetapi tidak tahun ini, ada Akbar, Elise, serta Haikal.
"Pandai, siapa besar?!" Arina menggeletek perut Haikal yang ketawa kegelian.
"Haikal nak raya dengan papa ni..." marah Haikal tidak puas hati.
"Eh! Mana boleh, kak Elise dulu!" tegah Elise mengusik si adik yang menggeleng-geleng tidak membenarkan.
"Apa kata Elise beraya dengan abang dulu?" cadang Akbar yang kembali duduk di sofa seorang di sebelah Puan Sri Fazira yang ketawa dengan Arina dan Haikal.
Berselang-seli dengan usikan Tan Sri Imran yang melarikan tangannya yang memegang sampul duit raya dari jangkauan Haikal.
Elise menjeling manja dan melangkah ke arah suaminya. "Hmm...kejap nak melutut."
Akbar segera menahan, "Eh! Tak payah. Duduk sini," selamba sahaja Akbar menarik Elise ke pangkuannya.
"Malulah!" bantah Elise tidak senang.
"Cepat salam abang." Arah Akbar tidak peduli.
Takkan Elise hendak melutut pula.
Papa, mama, Arina mahupun Haikal tidak memberi perhatian kepada mereka, malah setelah beraya sesama mereka, semua beralih ke dapur untuk menghadap juadah hari raya.
"Alah! Tak sempat Elise nak beraya dengan papa dengan mama." Dia memandang wajah Akbar yang tidak bereaksi.
Melihat wajah tegar Akbar yang tandanya tiada kompromi, Elise mencapai tangan Akbar yang serta-merta tersenyum.
"Abang, Elise minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki atas salah silap Elise sepanjang kita kenal." Elise mengucup tangan Akbar.
"Yalah, abang ampunkan. Abang pun minta ampun dengan Elise untuk segala salah silap abang." Dia mengucup tangan Elise lembut.
Meriah sungguh suasana hari itu. Tidak lama kemudian, tetamu mula tiba untuk beraya. Petang itu mereka bergerak pulang ke kampung Elise.
Bukan hanya Elise dan Akbar. Malah Tan Sri Imran, Puan Sri Fazira, Arina dan Haikal turut sama pulang ke kampung Elise. Nak rasa suasana beraya di kampung katanya.
Di sana, Elise sempat menziarahi kubur daddy dan mummy bersama-sama Akbar.
Bersambung...