[OG] Pujaan Hati Mr Headprefe...

By wanyhoney

218K 16.8K 21.5K

selamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi d... More

00 : 00
00 : 01
00 : 02
00 : 03
00 : 04
00 : 05
00 : 06
00 : 07
00 : 08
00 : 09
00 : 10
00 : 11
00 : 12
00 : 13
00 : 14
00 : 15
00 : 16
00 : 17
00 : 18
00 : 19
00 : 20
00 : 21
00 : 22
00 : 23
00 : 24
RAYA BERSAMA PHMH
00 : 25
00 : 26
00 : 27
00 : 28
00 : 29
00 : 30
00 : 32
00 : 33
00 : 34
00 : 35
00 : 36
00 : 37
00 : 38
00 : 39
00 : 40

00 : 31

3.9K 463 1K
By wanyhoney

sebelum mula, please lend me your 1 minutes untuk sedekahkan Al-Fatihah for my dearest, lovest person. he passed away in the first day of aidiladha. dia terlibat dalam kemalangan langgar lari dan sampai harini, suspek masih tak dapat diberkas. doakan supaya case ni berjalan lancar ya?

Fahmi Hazim bin Khairul Azimi

he made my day, brightened my life and selalu buat aku marah, gaduh dengan dia paling best sebab dia selalu mengalah. semoga allah ampunkan dan rahmati kau. aku dan semua readers akan selalu doakan kau. murung aku lepas kau tinggal aku macam tu je.

tunggu aku dekat sana okay? aku ontheway :)

aku sayang kau zim. aku sayang, walaupun aku selalu marah ii kau.

rest well, ♡



song recommended :
rewrite the star - zac efron & zendaya

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
GOALS
122+ votes
222+ comments
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

notes khas untuk silent readers;
(yang bukan silent readers jangan baca tau)

hai awak. sampai bila nak jadi silent readers? jom kawan nak? cara nak kawan, senang. rajinkan diri untuk comment atau paling tidak pun vote seperti mana saya rajinkan diri untuk update walaupun idea kelaut. I'll appreciate if u do so. I pun penat tau perah otak nak tulis novel ni. i dont ask for your money or what. just ask you to have mercy on me.

tak, saya tak marah. cuma saya kecewa dengan awak semua')

« ta'aruf »

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

enjoy reading my blueberries ♡

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"WALHAMDULILLAHI rabbil alamin."

Aku duduk bersimpuh di atas sejadah apabila selesai menunaikan solat fardhu Subuh.

Aku tundukkan wajah tatkala pipi aku tiba tiba membahang, teringat kejadian semalam.

'Bersaksikan bulan dan bintang pada malam ni, aku berjanji yang aku akan wartakan hati aku hanya untuk Laura Ameena binti Amiruddin.'

Sepanjang malam, wajah dan suara itu menghantui aku hingga aku langsung tak boleh tidur dengan nyenyak. Pipi aku lenguh sebab asyik senyum.

Ya Allah, aku tahu aku masih terlalu muda dan mentah untuk semua ni. Jadi, aku mohon supaya Kau bimbing hati aku ke arah yang benar dan jauhkan aku dari menaruh harapan pada orang yang salah.

Sesungguhnya, aku manusia biasa. Tak lari dari mempunyai naluri suka dan jatuh hati pada seseorang. Lindungi aku, Ya Allah.

Aku angkat wajah, memandang sejadah biru itu. Aku senyum lagi.

Cari lah cinta ilahi dahulu sebelum kau mengejar cinta manusia. Dan sesungguhnya, cinta ilahi adalah satu satunya cinta yang akan kekal abadi.

"Erm..."

Aku terkedu tatkala mendengar suara erangan seseorang. Pantas, aku alihkan pandangan pada katil.

Marina, masih dengan baju tidur dan sedang hanyut dalam dunia mimpi.

Aku mengeluh kasar. Dah la semalam aku terpaksa mengalah tidur atas toto. Marina sedap conquer katil.

Aku tak kisah. Sebab aku jenis tak suka berkongsi. Lebih lebih lagi berkongsi barang kepunyaan aku dengan orang yang aku benci. Jadi, aku ambil keputusan untuk mengalah.

Nak kejut ke tak nak?

Kalau tak kejut kang, aku pulak yang turut sama berdosa kerana Marina tak Solat Subuh.

Aku angkat sedikit kain telekung untuk memudahkan aku berjalan. Seterusnya, aku menapak mendekati Marina yang baring sambil peluk bantal bercorak unicorn kepunyaanku.

"Marina." aku menolak bahu Marina, perlahan.

Tak ada respon.

"Marina Finanda." aku menolak bahu gadis itu lagi, tapi kalini lebih kasar daripada tadi.

Masih sama. Marina tak bergerak walau seinci pun. Malah, dengkuran Marina menjadi lebih kuat.

Eh minah ni. Kang aku siram muka dia pakai air milo panas baru tahu.

"Kau nak aku azan kat telinga kau dulu baru nak bangun?"

Dahi Marina berkerut, tak senang dengan gangguan yang diterimanya.

"Memekak la kau ni! Pagi pagi dah bising." Marina palingkan wajah ke arah lain dan terus tekup wajah menggunakan bantal.

Dan saat itu juga, baju tidur biru di tubuh Marina terselak.

Aku terkedu.

Di belakang tubuh Marina, penuh kesan lebam dan merah. Seakan...

Dia dipukul.

Bukan itu sahaja, banyak parut parut luka lama yang menghiasi segenap inci badan Marina. Aku terundur ke belakang, terkejut dengan apa yang baru aku saksikan.

Jadi, dia tak tipu? Dia memang didera?

Tapi kenapa dia senyap? Kenapa dia tak suarakan benda ni? Kenapa dia tak pertahankan diri?

Aku baru nak pegang bahu Marina sekali lagi, tapi deringan telefon mematikan hasrat aku. Telefon aku yang berdering minta diangkat.

Eh tapi, siapa pula yang menelefon masa subuh subuh macam ni?

Pantas, aku atur langkah ke meja solek berhadapan katil.

Berdiri membelakangi Marina, aku terkedu tatkala skrin telefon memaparkan satu nama.

Izwan Hakiem 🐯
Ringing

Mata aku terkedip kedip menatap skrin telefon beberapa kali.

Dia telefon? Kenapa?

Aku berkira kira sama ada nak angkat ataupun tak. Aku berpaling ke belakang, memandang Marina.

Marina masih nyenyak tidur.

Mana tahu Izwan ada hal penting nak cakap? Ah, angkat jelah Ara.

Butang hijau ditekan seraya telefon dilekapkan pada telinga dengan debar di hati.

Senyap. Tak ada suara atau bunyi apa apa. Aku mula rasa cuak.

"He-hello?" tersekat sekat, aku memanggil.

Diam. Tiada respon.

Mata aku berkelip kelip, menunggu respon dari si pemanggil.

Tapi tiada.

"Kau salah call ke? Aku letak eh?"

Aku mengeluh kecil apabila dia masih tak bersuara. Takkan dia tertekan butang call?

Ah. Apa apa jelah.

Baru sahaja aku menjarakkan telefon dari telinga, aku terdengar satu suara berdehem.

"Dah solat?"

Okay bye aku nak terjun lombong.

Weh suara dia serak serak basah. Suara pagi yang sempurna bagi aku. Aku cair betullah dengan dia ni huwa.

"D-dah. Kau?" aku cuba berlagak biasa sambil menggigit bibir beberapa kali.

"Dah."

Krik krik.

Dia telefon sebab nak tanya aku dah solat subuh ke tak je? Baik mesej, kan lagi senang.

"Em Izwan, aku..."

"In just one night, you make me miss you. Again."

Aku terkedu. Pipi aku rasa macam dah nak terbakar. Aku usap pipi yang mula memerah, bertukar rona.

Dia berjaya buat aku senyum, buat adrenalin aku mengalir laju.

"Susahlah."

Aku angkat kening. Apa yang susah?

"Kau tanyalah aku, apa yang susah."

Aku ketawa kecil. Macam budak budaklah dia ni. Nasib comel.

"Hm apa yang susah?" aku menyoal, hanya ikut rentak lelaki itu.

"Aku ingat nak puasa dari fikir pasal kau. Tapi kau dah batalkan puasa aku, Meena."

Aku buat muka menyampah. Ceh. Aku jugak yang salah.

Aku mencebik.

"Oh yeke? Ha pergilah sambung puasa kau tu balik. Maaf buat puasa kau batal." nada suara sengaja aku rendahkan, acah acah merajuk.

Aku dengar tawa halus di hujung talian.

Aku tak tahu kenapa tapi...

I can't resist this man. Marah macam mana pun aku pada lelaki ini, aku tetap akan sejuk bila dengar suara dia. Dulu, aku tak selemah ini. Tapi jujur aku cakap, perasaan aku mengubah diri aku menjadi sisi diri yang lain.

"Kalau dah batal puasa, mana boleh sambung puasa balik. Mazhab mana kau pakai ni?"

Aku berdecit geram. Ada je jawapan dia.

"Harini duduk rumah. Jangan keluar. Aku tak izinkan kau pergi mana mana." mendatar, Izwan beri arahan.

Hello. Ini bukan sekolah. Kalau kat sekolah, memanglah dia boleh bagi arahan macam macam.

"Kau bukan suami aku, Izwan." aku duduk di kerusi setelah penat berdiri. Penat dengar Izwan mengarut di subuh hari.

"Sekarang, aku bukan suami kau. But we never know what will happen in future. Jadi apa salahnya kalau aku practice dari awal?"

Aku mengetap bibir apabila jantung aku mula berdegup kencang. Ah, dia tak pernah gagal buat aku berdebar tak tentu hala.

Aku syak, dulu masa kecil kecil, mak dia tak bagi minum susu. Mak dia bagi dia minum madu.

Tu yang ayat dia bikin kencing manis.

"Okaylah. Aku kena gerak ni. Talk to you later,"

Aku mula rasa sedih tanpa sebab. Haish, Laura. Izwan nak putuskan talian telefon pun kau nak sedih ni dah kenapa?

"Last. Listen to me this time."

Hm? Dengar apa?

"Mula mula, aku sendiri ragu ragu tentang perasaan aku. Tapi jujur aku cakap, kau yang pertama Ameena. Yang pertama buat aku rasa percaya dengan perasaan 'suka' sesama manusia."

"Aku nak kau tahu yang aku selalu letak nama kau dan nama aku dalam doa aku. Dan kalau ditakdirkan kau bukan untuk aku..."

Aku menelan liur yang terasa pahit. Izwan ni sengaja buat aku emo pagi pagi.

"Aku doakan lelaki bertuah yang dapat memiliki kau nanti akan jaga kau dengan baik. Jaga kau lebih baik dari apa yang aku cuba lakukan selama ni."

Game over.

Menitis juga air mata aku akhirnya, tanpa sedar.

Aku tak boleh bayangkan semua tu. Kalau dia dan aku ditakdirkan bukan untuk satu sama lain, aku lebih rela tutup pintu hati aku untuk mana mana lelaki buat selama lamanya.

Demi tuhan, aku tak rasa aku sanggup jika takdir tersurat sedemikian rupa.

Aku tak nak orang lain, Izwan Hakiem.

Aku nak kau, untuk aku.

"Pahal tiba tiba emo subuh subuh macam ni? Dah Meena, berhenti menangis."

Eh. Macam mana dia tahu aku tengah menangis?

Pantas, aku tolehkan wajah ke seluruh isi bilik. Mana tahu ada CCTV tersorok dalam bilik ni. Izwan bukan boleh jangka.

Tawa kecil Izwan kedengaran lagi.

Tolonglah Ya Allah, izinkan aku miliki perempuan ni. Sesungguhnya, aku sangat menyayanginya. Ya, sepenuh hati aku.

Izwan ukir senyuman sambil menanggalkan songkok di kepala. Baru lepas solat subuh berjemaah dengan papa dan mama.

Aku mencebik. Ceh dia ni. Orang baru tengah mood mood sedih macam dalam drama tu. Potong line betul!

"Nak tahu something tak?" Izwan menyoal dengan nada mengusik.

Aku merengus geram. Ada lah tu nak kenakan aku lagi.

"Hm. Apa dia?" soal aku, malas.

"Tadi aku solat subuh dengan mama, papa. Aku jadi imam."

Aku mengerutkan dahi. Pastu? Dia nak suruh aku tepuk tangan? Ke nak suruh aku buat pulut kuning untuk meraikan kejayaan dia jadi imam untuk mama dan papa?

Okay tu melampau.

"So?" soal aku, pelik.

Izwan diam seketika.

"Tapi satu hari nanti, kontrak imam antara aku dengan parents aku akan tamat. Sebab aku akan jadi imam sepenuh masa untuk kau sorang je."

Bib.

Serentak dengan itu, talian terputus begitu sahaja. Aku terkedu dengan wajah yang dah merah macam tomato.

Tolong aku.

Aku rasa, saluran pembuluh darah aku dah tersumbat dengan madu dan gula yang ditabur oleh Izwan sebentar tadi.

Sudut bibir aku terangkat, membentuk satu garis senyuman manis di bibir. Telefon tadi aku tarik menjauhi telinga lantas skrin ditatap penuh minat.

Kredit habis atau dia sengaja matikan talian?

Ah, mesti dia sengaja.

Dah bagi aku kencing manis, pastu tak nak bertanggungjawab pula. Aku rebus kau kang.

"Siapa call?"

Terangkat bahu aku apabila tiba tiba disergah tanpa amaran oleh seseorang dari belakang.

Aku lihat Marina dah duduk di birai katil, memandangku dengan wajah tegang tanpa secarik senyuman.

"Ada kaitan dengan kau ke?" aku buat nada sarkastik. Sengaja buat Marina naik darah.

Dengan dia, aku tak boleh berlembut. Kena kasar supaya aku tak dipijak pijak. Semalam, aku berjanji dengan diri aku yang itu kali terakhir aku akan berlembut dan mengalah dengan dia.

Saksikan Marina dan Laura di gelanggang WWE.

Anda semua sokong siapa?

"Izwan call. Am i right?"

Aku pandang wajah Marina yang nyata tidak senang dengan perbualan telefon tadi.

Aku ingat, dia spesies tidur mati. Ye lah, nak kejut bangun subuh tadi pun liat. Lepas subuh, kau nak tidur sampai tak nak bangun pun tak apa weh.

Yang penting, solat. Solat subuh penentu kelancaran kehidupan kau dalam suatu hari tu. Kalau solat subuh pun kau tinggal, apatah lagi Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak?

"Pergi ambil wudhu'. Solat." pendek, aku membalas.

Aku berjalan ke arah rak gantung telekung sebelum perlahan lahan merungkai telekung itu dan menggantungnya rapi.

"Semalam pun Izwan datang kan?"

Aku berpaling, memandang Marina dengan kerutan di dahi.

Jap, apa masalah dia ni? Kenapa semua benda nak ambil tahu? Kenapa sibuk nak jaga tepi kain orang?

Marina berdiri lalu memeluk tubuh sambil pandang aku atas bawah. Senyuman sinis menghiasi bibirnya.

"Kau dah kotor. Buat cara kotor. Kesian kau. Apa Firash buat? Hm? Dia sentuh kau kan?"

Dada aku terasa seakan berhenti berombak apabila mendengar soalan itu.

Macam mana Marina boleh tahu tentang hal ni? Sedangkan kawan kawan baik aku sendiri pun tak tahu menahu tentang hal ni.

Hanya aku, Firash dan Mia yang tahu.

Aku percayakan Mia. Sebab dia dah banyak pegang rahsia aku sebelum ni.

Firash...

Dia yang beritahu Marina?

Marina ketawa lantas mengorak satu langkah menghampiri aku. Menghapus jarak yang tersisa antara kami.

Dalam tak sedar, dia dah ada di depan aku.

Aku tundukkan wajah. Aku masih rasa lemah dan takut kalau isu ini dibangkitkan.

Soal maruah, harga diri seorang wanita.

"Dia buat apa kat kau, hm? Dia buat macam ni ke?"

Serentak dengan itu, Marina menyentuh bahagian pinggang aku dan menarik aku mendekatinya. Aku menolak Marina, spontan.

Dada aku berombak kencang apabila Marina bertindak untuk terus menghampiri aku.

Terbayang wajah Firash, buat aku makin takut dan akhirnya terus menapak ke belakang.

Sumpah, aku masih trauma dengan apa yang berlaku.

Marina sengaja buat aku lebih trauma. Dia sengaja buat semua ni. Dan tak mustahil kalau...

Dia dalang di sebalik semua yang terjadi antara aku dan Firash.

Kau kejam, Marina. Kau kejam.

"Pastu Firash buat apa lagi? Dia-"

"Stop right there or i will scream." aku beri amaran dengan suara terketar ketar menahan rasa takut dan cuak.

Langkah Marina mati beberapa tapak dari aku. Dia pandang wajah aku dengan senyuman sinis menghiasi bibirnya.

'Stop right there or i will scream.'

Aku ingat dengan jelas ayat tu. Aku pernah cakap pada Firash supaya berhenti.

Tapi dia tak berhenti malah dia-

"Apa agaknya perasaan Izwan kalau dia tahu apa yang dah jadi antara kau dengan Firash eh? Hm, paling tak pun, dia mesti jauhkan diri dengan kau. Lepas tu semua budak sekolah pandang serong dekat kau." Marina meletakkan tangan pada dagu, berpura pura berfikir.

Aku mengetap bibir, menahan air mata dari tumpah buat kesekian kali. Aku tak nak nampak lemah, tapi hakikatnya aku memang lemah.

"Jangan libatkan Izwan." keras, aku menutur kata.

Cukuplah hubungan aku dan Izwan dah makin membaik. Aku tak nak Izwan pula jauhkan diri dari aku hanya sebab apa yang berlaku.

Marina ketawa sinis. Dengan tiba tiba, dia bergerak ke meja dan mencapai telefon miliknya. Setelah itu, dia menghampiri aku kembali.

Dia menekan skrin telefon beberapa kali sebelum menghalakan skrin telefon pada aku.

Aku menekup mulut.

Tak percaya. Tak percaya dengan apa yang aku sedang saksikan.

"Tak. Tak! Ini semua fitnah!" air mata aku gugur akibat rasa sesak di dada.

"Apa yang fitnahnya? Cuba kau tengok betul betul. Dalam video ni, ada kau dan Firash. Berdua. Ops. Apa yang korang berdua buat tu?" Marina sengih.

Aku pantas bertindak mencapai telefon itu, tapi Marina seakan boleh menjangka reaksi aku. Dia terus masukkan telefon tadi ke dalam poket seluarnya.

"Marina, tolonglah. Aku merayu. Padam video tu." aku tundukkan wajah apabila air mata tak henti henti turun, membasahi pipi.

Ini bukan soal perkara main main. Tapi ini soal maruah diri aku.

"Ah, sukanya aku tengok kau merayu macam ni. Nampak comel, dan nampak naif." Marina senyum suka.

Aku mengepal penumbuk. Sabar, Laura Ameena. Sabar.

"Aku sanggup buat apa apa. Asalkan kau padam video tu,"

Aku angkat wajah dan pandangan kami bertembung.

Aku lihat riak wajah Marina berubah senang dengan kata kata aku. Mata gadis itu berpinar pinar, teruja.

"Serius? Apa apa je?" Marina pandang aku tanpa berkelip.

Aku memejam mata serapat rapatnya.

Demi abah dan ummi, aku sanggup. Aku akhirnya gerakkan kepala, membentuk satu anggukan kecil.

Marina bercekak pinggang.

"Kneel down,"

Aku tersentak apabila mendengar arahan Marina. Ap-apa?

"Aku cakap melutut. Melutut depan aku, sekarang." Marina menaikkan nada suara, buat aku termangu sendirian.

Buat, Laura. Ini demi diri kau.

Dengan wajah merah padam menahan marah dan kesal, aku tundukkan badan lalu akhirnya melutut di hadapan Marina sambil memandang lantai.

Tak sanggup nak pandang wajah angkuh itu.

"Dan sekarang, aku nak kau minta maaf."

Dahi aku berkerut seribu. Minta maaf?

Untuk apa aku perlu minta maaf? Bukan ke dia yang sepatutnya minta maaf pada aku? Dia yang dah banyak menganiaya aku selama ni.

"Minta maaf jelah. Apa yang susah sangat kau ni?" Marina pandang aku dengan pandangan jengkel.

Aku menarik nafas sedalam dalamnya.

"Aku... aku minta maaf."

Walaupun aku sendiri tak tahu apa salah aku.

Sudut bibir Marina terangkat, membentuk satu senyuman sinis dan lebar. Menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi.

"Syarat terakhir sebelum aku padam video ni..." Marina memutarkan telefonnya di hadapan aku. Sengaja buat darah aku naik.

"Apa dia lagi, Marina Finanda?" soal aku sambil mendongak, memandang wajah Marina.

"Jauhkan diri kau dari Izwan."

Aku tergamam.

"Kalau kau tak nak video ni tersebar satu sekolah, baik kau ikut jela apa yang aku cakap. Maruah atau perasaan kau yang lebih penting? Aku bagi kau peluang untuk pilih."

Aku ketawa dengan nada tak ikhlas.

Marina ni boleh tahan bodoh jugak kan. Kalau dia sebarkan video tu, dah tentu gambar Firash pun akan tersebar sama.

Dan dah jelas lagikan nyata, Firash yang memaksa aku. Orang takkan pandang serong pada aku semata mata.

Firash turut sama akan terlibat, lembap.

"Oh aku lupa pulak nak tunjuk satu benda kat kau." Marina kembali menekan nekan paparan skrin telefonnya beberapa kali sebelum menghalakan skrin pada aku semula.

Aku terdiam, bibir aku bergetar menahan seribu satu rasa yang tidak enak.

Video tadi dah disunting oleh Marina. Aku tak tahu skil apa yang ada pada Marina hingga video itu menunjukkan aku yang bersalah dalam hal itu.

"Aku cuma tukar posisi korang dalam video ni supaya kau yang nampak bersalah. Jadi macam mana? Masih nak keras kepala?" Marina menyilangkan kedua tangan pada tubuh.

"Marina Finanda!"

Belum sempat aku meluru ke arah Marina, pintu bilik diketuk oleh seseorang dari luar. Buat langkah aku mati dan terhenti.

"Meena, dah bangun ke? Jom turun tolong ummi siapkan sarapan. Panggil lah kawan tu turun sekali. Kita sarapan sama sama." lembut, suara ummi automatik buat jiwa aku kembali tenang.

"Ummi-"

"Okay ummi!" belum sempat aku menjawab panggilan ummi, Marina terlebih dahulu dah mencelah.

Aku dengar bunyi tapak kaki ummi kian menjauh, menandakan ummi dah berlalu ke dapur.

"Kau tak layak panggil mak aku dengan panggilan ummi. Kau panggil lagi sekali, aku tampar kau." aku berjalan melintasi Marina untuk ke dapur, membantu ummi. Sempat aku langgar bahu Marina, biar padan dengan muka dia.

"Ummi..."

Berdesup darah aku naik bila Marina sengaja mengusik. Dah tahu aku tak suka, dia tetap buat.

Akhirnya, aku berpaling semula. Melangkah ke arah perempuan itu.

"Marina."

Marina menoleh untuk memandang aku.

Pang!

"Tu balasan kau." senyum suka aku apabila wajah Marina terteleng ke tepi lepas aku tampar muka dia dengan kelajuan maksimum.

"Laura Ameena! Tak guna!"

Marina baru nak capai bahu aku tapi aku terlebih dahulu tolak dia dan apabila dia dah jatuh tersungkur, aku pijak tubuh Marina hingga dia tak boleh bergerak.

Pantas, aku selukkan tangan pada poket seluar Marina. Senyum aku makin lebar apabila telefon Marina kini berada dalam genggaman aku.

"Aku takkan jauhkan diri aku dari Izwan. Malah, aku akan buat kau terciduk, terkedu, terkejut dan terberanak lepas tengok adegan sweet tahap potong kaki antara aku dan Izwan lepas ni."

Heroin lemah?

Heh, maaf.

Dalam novel ni, cuma ada heroin kacukan singa dan serigala yang akan makan semua watak antagonis.




















































❀❀❀


"LETAK kat sini ke, ummi?" aku pandang ummi yang sedang membersihkan sinki.

Ummi angguk kecil tanpa memandang aku.

Aku terus letak teko berisi teh panas itu di atas meja makan sebelum menarik sebuah kerusi dan duduk di atasnya.

"Kawan Meena mana?" ummi menyoal.

Aku terus terdiam.

Si Marina tu? Heh. Dia tengah sibuk menelefon seseorang. Entahlah. Aku pun tak tahu dia telefon siapa. Tapi yang aku tahu, lelaki.

Nak kata abang, setahu aku Marina hanya ada adik perempuan sebab dia kakak sulung. Tu pun adik tiri je.

Boyfriend?

Hm. Tak mungkin la kan?

"Eh Meena ni. Ummi tanya dia, dia boleh termenung pulak." ummi menepuk bahu aku lembut sebelum duduk berhadapan denganku.

Aku sengih.

"Abah mana?" aku cuba tukar topik sebenarnya. Bercakap pasal Marina buat mood aku hilang.

"Abah lepas subuh tadi dah keluar. Katanya ada hal dengan kawan. Kalau hal dengan kawan takpelah. Kalau tiba tiba ada bini nombor dua?"

Ummi bergumam sambil mencedok nasi goreng ke dalam sebuah pinggan lalu menyerahkannya pada aku.

Alahai, ummi. Ummi selalu cemburu. Abah setia orangnya. Aku yakin. Abah takkan sesekali sanggup menduakan cinta ummi.

"Ummi, nak adik boleh?" spontan, aku meminta.

Terus terjatuh senduk yang berada dalam genggaman ummi. Wajah ummi merah padam dengan tiba tiba.

"Laura Ameena!"

Aku mengelak apabila tangan ummi nak mendarat untuk cubit aku.

"Ala, orang tanya je." aku mencebik sambil buat muka 30 sen.

"Ummi dengan abah dah tak larat. Ummi tunggu anak Meena nanti je."

Tersembur nasi goreng aku tadi ke dalam pinggan ummi. Apa yang ummi merepek ni!

"Meena sekolah pun tak habis lagi la ummi!" aku pantas capai cawan berisi air putih lalu meneguknya rakus.

Tercekik aku.

"Mana tahu kalau jodoh Meena sampai awal. Ummi tak halang pun. Ummi lagi suka. Terhindar dari maksiat." ummi senyum simpul.

Memang lah terhindar dari maksiat.

Masalahnya, calon pun tak ada lagi nyah.

"Meena nak belajar dulu la ummi. Belajar tinggi tinggi lepastu dapat la capai cita cita. Kalau panjang umur, baru Meena nak fikir pasal benda tu."

Ya, kalau aku panjang umur.

Ummi menyuap sebiji karipap ke dalam mulutnya sebelum mencapai telefon di sebelah.

Aku pula sibuk makan nasi goreng kampung buatan ummi yang memang manthap.

"Ni. Tengok ni."

Ummi menghalakan skrin telefon kepada aku dengan mata bersinar sinar keterujaan.

Jatuh sudu di tangan aku apabila lihat paparan skrin telefon ummi.

"Apa ni, ummi?"

"Tengoklah. Hensem kan? Anak auntie Zue yang duduk Ampang tu. Comel, macam korea." ummi senyum suka sambil pandang aku.

Aku buat muka tak berminat. Sempat juga aku pandang skrin telefon itu beberapa kali.

Weh, serius la ni anak auntie Zue? Bukan dulu nerd ke? Asal sekarang dah jadi macam kpop idol ni?

"Ummi, tengoklah gaya dia tu. Tengok gaya pun dah tahu dia mesti dah ada girlfriend."

Ummi menggeleng pantas.

"Tak tak. Auntie Zue sendiri yang cakap dekat ummi yang anak dia ni single. Sesuai la ni dengan Meena. Tak nak ke?"

Eleh. Ye la tu single. Lelaki ni bukan boleh jangka. Dah ada girlfriend pun, tetap mengaku single kalau depan perempuan lain.

Ceh, cara kau cakap ni macam dah ada pengalaman pulak Ara.

Eh, pengalaman tu adalah. Sikit?

"Malas lah ummi. Meena ni bukan cantik sangat pun."

"Ya Allah, apa cakap macam tu? Meena cantik lah! Macam ummi." ummi menggeleng gelengkan kepalanya beberapa kali.

Ummi dah tahu sangat tahap insecurities aku yang tinggi macam gunung himalaya ni.

Entahlah. Tapi tahap keyakinan diri aku memang rendah. Lebih lebih lagi di media sosial. Aku dulu ada lah jugak post gambar dekat Instagram. Tapi sekarang semua dah archive.

"Kalau Meena tak nak dia, ummi ada calon lain. Nak tengok tak?" ummi menekan skrin telefonnya beberapa kali.

Nak tunjuk gambar lain pulak lah tu!

"Tak payahlah ummi. Meena tak minatlah." Aku mengambil telefon di tangan ummi lalu meletakkannya jauh jauh.

Ummi mengerutkan dahi.

"Tak minat? Ke dah ada calon sendiri?"

Sekali lagi, nasi goreng yang berada di esofagus seakan melonjak keluar membuatkan aku mual dan tersedak tiba tiba.

Kalini, ummi tak tolong hulurkan air macam biasa. Tapi ummi senyum sinis sambil pandang aku yang dah gelabah teguk air.

"Sampai tersedak, mesti betul dah ada calon. Tak nak tunjuk dekat ummi ke?" ummi mengusik lagi.

Pipi aku mula membahang.

Apa ummi ni. Aku mana ada calon lah!

"Kalau ada, ummi sokong selagi Meena jaga batas pergaulan tu elok elok. Ummi cuma nak dia jaga Meena macam mana ummi dengan abah jaga Meena selama ni."

Aku angkat wajah dan pandangan kami bertembung.

Ummi senyum tipis. Aku nampak air jernih bertakung di pelupuk mata ummi.

"Ummi nak dia lindungi anak ummi ni baik baik. Kalau abah dengan ummi dah tak ada satu hari nanti, ummi nak dia ada dengan Meena. Gantikan tempat ummi dengan abah."

Aku melepaskan keluhan kecil bila air mata mengalir, membasahi pipi gebu ummi.

"Apa ni, ummi. Meena tak suka lah cakap pasal benda ni." aku meletakkan sudu di sisi pinggan.

Mati terus selera aku.

"Ummi cakap benda betul, sayang. Meena tu anak tunggal. Kalau ummi dengan abah dah tak ada satu hari nanti, dengan siapa Meena nak bergantung harap?"

Aku tundukkan wajah. Sebak.

"Meena satu satunya harta ummi dan abah. Ummi nak Meena tahu yang ummi sayang Meena lebih dari ummi sayang abah. Lebih dari ummi sayangkan diri ummi sendiri..."

"Ummi..." kaki aku laju meluru ke arah ummi.

Aku merangkul tubuh ummi ke dalam pelukanku.

Aku paling tak suka bila bercakap soal kematian. Bukan tak percaya pada perkara tu. Tapi sebab aku terlalu lemah untuk bayangkan seseorang yang sangat aku sayangi akan pergi tinggalkan aku satu hari nanti.

Ummi dan abah, aku takkan dapat hidup tanpa mereka berdua.

"Ummi janganlah cakap macam tu. Meena tak suka lah..."

Aku menyembamkan wajah pada leher ummi sambil terus terusan menangis.

Aku dapat rasakan usapan halus yang diberikan ummi pada bahagian belakang tubuhku. Cuba memujuk aku untuk berhenti menangis.

"Subhanallah walhamdulillah. Wala ila haillallah allahuakbar. Subhanallah walhamdulillah. Wala ila haillallah allahuakbar."

Lembut, ummi membisikkan kalimah itu dengan alunan suara yang merdu. Membuatkan aku terbuai dan rasa tenang kembali.

"Dulu masa Meena kecil, Meena kuat menangis. Ummi bagi susu, menangis. Tukar lampin pun menangis. Mandi apatah lagi."

Aku dengar tawa kecil yang keluar dari mulut ummi. Mungkin terimbas kembali memori manis dalam menjaga aku ketika kecil dahulu.

"Tapi bila ummi baca selawat tu, Meena terus diam. Terus boleh berhenti menangis."

Aku terdiam sambil lilitkan tangan pada tubuh ummi.

Eh, memang betul.

Lepas ummi baca selawat tu tadi, aku terus rasa okay balik dan dah boleh berhenti mengalirkan air mata.

Ummi rungkaikan pelukan. Tangan ummi didaratkan pada kedua belah pipi aku. Menarik aku untuk mendongak, memandang wajah anggun milik ummi.

"Sayang dia..." ummi kucup kedua pipi aku, penuh kasih.

Aku ukir senyum tipis dengan payah, sambil cuba menahan air mata dari terus mengalir.

Ummi terus terusan membelai pipi aku lembut lalu menarik aku semula ke dalam pelukannya.

Tak disangka sangka, pagi ini pagi yang penuh emosi buat aku. Bermula dari Izwan, dan sekarang ummi pula.

Ya Allah, ampunkan ummi dan abah. Kekalkan rasa bahagia dan kasih antara kami.

Jangan ambil ummi dan abah dari aku, Ya Allah.

Demi tuhan, aku tak kuat.



































❀❀❀

SELEPAS selesai Solat Zohor, aku ambil keputusan untuk tengok TV.

Nak tengok cerita Suri Hati Mr Selebriti.

Baru ditayangkan di slot Telenovela. Cerita ni buatkan aku murung bila tengok hero dia yang berlagak macam anak raja.

Ummi ada di rumah jiran sebelah. Membawang, macam biasa. Abah pula tak balik balik dari tadi.

Marina?

Tch. Cakap pasal dia, aku rasa nak tarik rambut dia sampai botak. Dia tu pemalas weh. Langsung tak nak tolong aku dan ummi. Yang dia tahu, terperap dalam bilik. Sama ada tidur atau main telefon.

Tu je la kerja dia.

Kalau aku jadi dia, aku segan. Dah lah tumpang rumah orang lepas tu tunjuk perangai mazmumah.

Aku tekan punat remote tv berkali kali, mengubah siaran sambil kunyah keropok bika.

Akhirnya, aku tersandar sorang sorang. Bosan tahap dewa.

Menyesal pulak uninstall PUBG. Kononnya uninstall sebab nak fokus study.

Ceh. Padahal sama je. Laura Ameena tetap pemalas!

Tok tok!

"Assalamualaikum."

Aku senyum lebar apabila dengar suara abah dari luar rumah.

Abah dah balik!

"Waalaikumussalam. Abah!" pantas aku meluru ke pintu utama dan menguak daun pintu selebar lebarnya.

Tersembul wajah kacak abah.

"Abah dah balik." aku sengih manja.

"Meena tak cakap pun kawan Meena nak datang?"

Aku angkat kening. Eh? Kawan aku nak datang? Siapa?

"Siapa, bah?"

"Tu, kat luar." abah menoleh ke belakang.

Aku terkedu tatkala mata aku dapat menangkap bayang kereta mewah yang terparkir elok di luar pagar rumah.

Itu...

Siapa?































❀❀❀

Awkward.

Aku mengetap bibir seraya membetulkan tudung bawal hitam yang tersarung di kepala.

"Err... jadi awak ni kawan Meena?"

Aku alihkan pandangan pada abah.

"Ya, uncle. Saya Izwan Hakiem, kawan Ameena."

Tap!

Pandangan aku dan lelaki bermata kelabu itu tiba tiba bertembung. Cepat cepat aku tundukkan wajah untuk hilangkan rasa kekok.

"La, yeke. Meena tak pernah cerita apa apa pun pasal Izwan dekat auntie. Ha Meena? Tak nak cakap apa apa ke?" ummi sengih sambil menyenggol lengan aku.

Aku menggigit bibir beberapa kali sambil tetap tunduk.

"Izwan banyak cerita pasal Laura Ameena. Laura pun pernah datang rumah kami haritu." ramah, mama Izwan, Datin Sahira, membuka bicara.

Ummi tersenyum simpul.

"Jadi dah saling kenal lah ya? Baguslah macam tu. Mana tahu dari kawan boleh jadi lebih dari tu ke kan?"

"Ummi!" aku menjegilkan mata pada ummi di sebelah.

Ummi memang cakap lepas. Malu aku!

Mama dan papa Izwan ketawa senada.

Sekarang, kami berada di ruang tamu rumah aku. Haih, nasib baik dah kemas rumah semalam.

Izwan, duduk di sofa berhadapan dengan aku. Di sebelah lelaki itu, ada mama. Ummi di sebelah kiri aku manakala abah duduk di sebelah papa Izwan.

Marina?

Terbongkang tidur atas katil kesayangan aku dekat atas.

"Sebenarnya kami datang ni, ada hajat." Dato' Syukri memandang aku, tiba tiba.

Aku halakan pandangan pada Izwan. Izwan macam tahu tahu je yang aku dah mula nak naik darah. Dia buat buat pandang tempat lain.

Weh. Hajat apa pulak ni. Jangan macam macam. Izwan, aku sembelih kau buat stok daging korban kang!

Abah senyum.

"Hajat apa tu?"

Aku lihat Dato' Syukri dan Datin Sahira saling berpandangan antara satu sama lain. Seakan cuba mencari ayat yang sesuai.

"Macam ni. Kami betul betul berkenan dengan Laura." mama pandang aku, menghadiahkan satu senyuman manis.

"Jadi kami rasa tak salah kalau biarkan Izwan dengan Laura ni kenal kenal dulu. Tapi semestinya dalam pantauan kita. Lebih elok begitu rasanya." Dato' Syukri bersuara.

"Alhamdulillah. Baguslah macam tu. Boleh juga kita dua keluarga saling berkenalan kan?" ummi pandang abah, seakan meminta persetujuan.

"Tapi kena minta persetujuan tuan punya badan dulu."

Semua mata memandang aku.

Aku angkat wajah. Eh? Kenapa ni?

"Laura? Macam mana? Setuju?" Dato' Syukri mengalihkan perhatian pada aku.

Papa dan mama Izwan layan aku terlalu baik. Sampaikan aku rasa, aku tak layak dapat layanan sebegini.

Seterusnya, aku alihkan pandangan pada Izwan, si ketua pengawas berhati batu yang sedang duduk berhadapan dengan aku.

Seakan dipukau dengan panahan anak mata kelabu itu, akhirnya aku mengangguk.

Setuju.

Serentak dengan itu, riak wajah Izwan berubah senang. Kalau tadi, dia nampak gugup.

Kini, aku dapat lihat senyuman manis terukir di bibir merah jambu milik lelaki itu.

Ummi, abah, mama dan papa Izwan senyum suka melihat reaksi aku.

"Alhamdulillah." mama menepuk manja bahu Izwan yang duduk disebelahnya.

"Semoga hubungan yang terjalin antara keluarga kita ni kekal erat, sampai bila bila."

Aku senyum ikhlas.

Insyaallah.

"Oh ya. Nayli mana? Lamanya dalam kereta. Kata sekejap je?" Dato' Syukri menjengukkan kepala ke arah celahan sliding door, cuba mencari seseorang.

Aku terkedu.

Nay-Nayli?

"Eh haah lah. Wan, pergi tengokkan Nayl tu." mama memberi arahan.

Izwan angguk kecil dan dengan tiba tiba pandang aku, lama.

"Jom, teman aku."

"Kau serius lah... aww!" belum sempat aku menghabiskan ayat, ummi dah cubit aku.

Ummi memberi isyarat mata, menyuruh aku untuk ikut Izwan.

Egh. Seriously ummi?

"Auntie, uncle, saya minta diri sekejap." sopan, Izwan bertutur mesra.

Dan aku tahu sopan tu tak dibuat buat. Dia memang begitu. Hormat pada semua orang.

Aku kagum dengan papa dan mama Izwan yang berjaya besarkan Izwan dengan baik.

"Eh. Panggil ummi dengan abah je. Tak payah lah berauntie uncle bagai. Kita kan satu keluarga."

Membahang wajah aku apabila mendengar perkataan satu keluarga. Ceh, ummi. Gatal eh.

Izwan senyum lalu mengangguk, setuju.

Aku berdiri dengan malas lalu mengikut langkah Izwan, keluar dari rumah itu.

Sampai sahaja di luar, aku tutup pintu rumah. Tak membenarkan abah, ummi, mama serta papa Izwan mendengar perbualan kami.

Setelah Izwan menyarung kasut di kaki, aku bertindak agresif dengan memijak kasut Izwan sekuat hati aku.

"Pahal kau ni. Sakitlah." Izwan terundur satu tapak ke belakang dengan muka tahan sakit.

"Balasan!" aku jeling dia lalu memeluk tubuh, angkuh.

"Balasan apa pulak?" Izwan tunduk, menyarung dan membetulkan semula kasut di kakinya.

"Apa ni, Izwan Hakiem? Kau bawak family kau jumpa family aku? Untuk apa? Apa semua ni? Aku nak explanation kau."

"Ini dinamakan konsep taaruf dalam Islam. Aku tak ajak kau couple, atau ada hubungan lebih dari seorang kawan. Tapi aku bawak keluarga aku jumpa dengan keluarga kau."

"Sebab aku nak mama dengan papa aku kenal dengan perempuan kedua yang aku sayang selepas mama."

Aku terdiam.

Serius, aku hilang punca dengan apa yang berlaku.

Macam mana kalau ini pun fake hope? Macam mana kalau semua ni cuma perasaan palsu?

"Pandang aku."

Aku mengeluh berat sebelum akhirnya mengangkat sudut wajah, membiarkan pandangan kami bertemu.

Dia terlalu sempurna untuk dimiliki sesiapa. Lebih lebih lagi aku, yang boleh dikatakan sekadar biasa biasa.

"Aku nampak kau, Meena."

Aku angkat kening, pelik. Nampak aku? Maksud dia?

"Aku nampak kau dalam mimpi aku."

Riak wajah aku berubah, tidak percaya dengan apa yang aku dengari. Tak mungkin lah...

"Kalini, tolong bagi aku peluang. Aku akan cuba jaga dan lindungi kau. Aku cuma nak peluang. Boleh bagi?" Izwan pandang aku, penuh berharap.

"Aku..."

"Wow, macam drama pukul 7 lah."

Tersentak aku apabila satu suara tiba tiba muncul. Aku dan Izwan mengalihkan pandangan ke arah suara tadi.

Nayli.

Ya Allah, cantiknya dia.

"Hai, Laura Ameena. Apa khabar?" Nayli senyum.

Aku sekadar mengangguk kecil. Kekok dengan gadis itu.

"Nayl, mama dengan papa panggil. Masuk lah dulu." Izwan mencelah. Seakan tahu aku tak selesa dengan Nayli.

Lebih lebih lagi, Nayli pandang aku atas bawah.

"Tak apalah. Wan masuk lah dulu. Nayl nak borak borak dengan Laura sekejap."

Ah sudah. Nak borak apa pulak ni? Aku dahlah seram dengan perempuan ni.

"Okay. Meena, aku tunggu kau kat dalam." Dengan sekadar memberikan senyuman tipis, Izwan akhirnya berlalu masuk ke dalam.

Meninggalkan aku dan...

Nayli.

Nayli menapak ke arah aku, buat aku seram sejuk.

"Apa yang kau ada sampaikan Izwan Hakiem boleh sangkut dengan kau? Aku tengok kau ni biasa je. Nak kata lawa, aku lagi lawa."

Aku dah agak. Nayli masih tak puas hati dengan aku.

"Buat pengetahuan kau, aku dan Izwan dari kecil dah tinggal sebumbung. Semua hal Izwan luar dan dalam, aku tahu." Nayli senyum sinis.

Aku mengetap bibir. Tinggal sebumbung? Aku tak boleh bayangkan.

"Disebabkan itu, aku tahu Izwan takkan sesekali jatuh hati pada orang yang salah."

Aku dan Nayli saling berbalas pandangan. Senyuman sinis tadi kini dah bertukar menjadi senyum ikhlas.

"Aku nak kau bahagiakan Wan. Aku tak pernah nampak dia bahagia macam mana dia bahagia bila bercerita pasal kau pada mama dan papa."

"Dan aku tahu, kau sorang je yang mampu bahagiakan Wan. Walaupun aku sebenarnya terkilan sebab Izwan suka orang lain, tapi aku rasa lega. Sebab aku rasa, Izwan tak salah pilih."

Nayli merapatkan jarak di antara kami.

"Jaga dia untuk aku, Laura. Aku rela lupakan perasaan aku asalkan dia bahagia."







To Be Continued

hambar seperti biasa la.
btw chapter ni tak ada sedih pun HAHAHA. sebab malas ah nak sedih sedih. kita happy happy je. takut korang depressed pulak baca novel ni.

aip. tapi jangan happy sangat. next chapter wany janji akan hadiahkan chapter yang sendu untuk korang semua. sksksk biar semua banjir!

btw !
siapa tak usyar lagi novel baru wany?
korang memang nak kena belasah !

wany dah publish story baru yang akan dibuat insyaallah tahun 2021, lepas SPM.

SURI HATI MR SELEBRITI | wanyhoney






















be safe, everyone. take care!

bubye
borahae 💜
love u ♡

with love,
wanymaduyangcomelcamjisooblackpink

Continue Reading

You'll Also Like

2.1M 80.6K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
273K 17K 63
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
3M 110K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
15.3K 223 24
[BL] PERHATIAN!!! ADA ADEGAN 🔞💦