Sidang Dewan

By comradenami

51.5K 2.2K 107

Ahli politik adalah tempat di mana rakyat mengadu nasib, dan tempat di mana rakyat melemparkan marah. Tetapi... More

Preteks
1985 part 1
1985 part 3
1985 part 4
1985 part 5
1985 part 6
1985 part 7
1985 part 8
1985 part 9
1985 part 10
1986 part 1
1986 part 2
1986 part 3
1986 part 4
1986 part 5
1986 part 6
1986 part 7
1986 part 8
1986 part 9
1986 part 10
1986 part 11
1986 part 12
1987 part 1
1987 part 2
1987 part 3
1987 part 4
1987 part 5
1987 part 6
1987 part 7
1987 part 8
1987 part 9
1988 part 1
1988 part 2
1988 part 3
1988 part 4
1988 part 5
1988 part 6
1988 part 7
1989 part 1
1989 part 2
1989 part 3
1989 part 4
1989 part 5
1989 part 6
1989 part 7
1989 part 8
1989 part 9
1989 part 10
1990 part 1
1990 part 2
1990 part 3
1990 part 4
1990 part 5
1990 part 6
1990 part 7
1990 part 8
1990 part 9
1990 part 10
1990 part 11
1990 part 12
1990 part 13
1990 part 14
1990 part 15
1990 part 16
1990 part 17
1991 part 1
1991 part 2
1991 part 3
1991 part 4
1991 part 5
1991 part 6
1992 part 1
1992 part 2
1992 part 3
1992 part 4
1992 part 5
1992 part 6
1992 part 7
1992 part 8
1992 part 9
1992 part 10
1993 part 1
1993 part 2
1993 part 3
1993 part 4
1993 part 5
1993 part 6
1993 part 7
1993 part 8
1993 part 9
1994 part 1
1994 part 2
1994 part 3
1994 part 4
1994 part 5
1994 part 6
1994 part 7
1995 part 1
1995 part 2
1995 part 3
1995 part 4
1995 part 5
1995 part 6
1995 part 7
1995 part 8
1995 part 9
1995 part 10
1995 part 11
1996 part 1
1996 part 2
1996 part 3
1996 part 4
1996 part 5
1996 part 6
1996 part 7
1996 part 8
1996 part 9
1996 part 10
1997 part 1
1997 part 2
1997 part 3
1997 part 4
1997 part 5
1997 part 6
1997 part 7
1997 part 8
1997 part 9
1997 part 10
1998 part 1
1998 part 2
1998 part 3
1998 part 4
1998 part 5
1998 part 6
1998 part 7
1998 part 8
1998 part 9
1998 part 10
1999 part 1
1999 part 2
1999 part 3
1999 part 4
1999 part 5
1999 part 6
1999 part 7
1999 part 8
1999 part 9
2000 part 1
2000 part 2
2000 part 3
2000 part 4
2000 part 5
2000 part 6
2000 part 7
2000 part 8
2000 part 9
2000 part 10
2000 part 11
2000 part 12
2000 part 13
2000 part 14
2001 part 1
2001 part 2
2001 part 3
2001 part 4
2001 part 5
2001 part 6
2001 part 7
2001 part 8
2001 part 9
2002 part 1
2002 part 2
2002 part 3
2002 part 4
2002 part 5

1985 part 2

914 24 1
By comradenami

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Azmi Ibrahim melancarkan kereta nasional pertama negara Gelanggayu, JENTAYU. JENTAYU, atau nama sebenarnya Jentera Gelanggayu merupakan kerjasama Gelanggayu dengan sebuah syarikat negara Ryukyu.

Kereta ini berharga 12,000 ringgit di atas jalan.

--

Azlan

Aku tutup televisyen selepas jam sudah melewati pukul 10 malam. Aku terus melangkah ke bilik untuk tidur, sambil membuka radio menanti mata untuk lelap.

Lagu Everybody Wants To Rules The World dari kumpulan Tears For Fears berkumandang. Aku memikirkan kata-kata Pengetua tadi.

Apa perancangan Pengetua, apa helahnya? Apa kait mengait aku dengan ayah yang selalu dia kata rugi kerana mengikut emosi diri.

Tapi aku kena selalu persoal, sebab mempersoal tu adalah penting untuk kau tidak mengikut orang tanpa membabi buta.

Tidurlah, esok pagi nak kena kejar bas lagi.

Jam 6:00 pagi, jam loceng di rumah aku berbunyi. Sedang aku bangun sahaja, aku nampak ibu aku sedang kelam-kabut untuk ke tempat kerja.

Aziz, abang aku, masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Gelanggayu (SPG) dan bekerja di sebuah kedai makanan segera, KFC di Seksyen 16, Puncak Jaya.

"Azlan, maafkan ibu. Hari ni ibu tak sempat nak hantar kat stesen bas, Azlan pergi sendiri, ok?"

Aku hanya mengangguk kepala. Dah biasa.

Aku berjalan kaki dalam gelap pekat jam 6:30 pagi dengan bersedia pisau di kocek. Bukan apa, selalu kalau di stesen kereta api, akan ada abang taiko yang mengugut budak sekolah duit belanjanya.

Tapi aku takde pulak selalu kena apa-apa pulak. Tapi bersedia sahajalah.

Aku kemudiannya menaiki bas dari stesen Seksyen 14 Puncak Jaya, ke stesen bas berhampiran sekolah.

Aku tiba di sekolah selalunya ngam-ngam sebelum loceng sekolah berbunyi. Tapi selalu juga aku terlambat sebab kereta api di kawasan rumah aku ni, bukannya boleh diharap sangat.

--

Pintu kelas diketuk.

"Azlan bin Muhammad Niat?"

Nama aku dipanggil.

Aku nampak beberapa pelajar lain dipanggil sedang beratur macam itik serati, membawa beg sekali. Aku diminta untuk menukar ke kelas baru, atas arahan Pengetua.

Jadi, terdapat 15 orang dalam satu kelas, tak ramai orang macam kelas biasa.

Aku pun mengikutlah belakang yang berjalan tu, dan aku nampak Luqman melambai-lambai pada aku.

Aku membalas lambaian tersebut sebab pesan Pengetua. Aku pun tak tau kenapa aku kena rapat dengan budak ni, tapi kelas ini tercipta sebab dia, jadi aku kena dengar cakap dia.

Cikgu kelas aku, Cikgu Rozita adalah cikgu Geografi dalam kelas aku, sedang memperkenalkan diri dan menerangkan kenapa kelas baru ni dibuat.

Kiranya 15 daripada kami ini dipilih berdasarkan keputusan ujian bulanan Geografi, Sejarah dan Ekonomi yang paling cemerlang, dan menjadi pioneer project Pengetua untuk membentuk para diplomat atau para menteri pada masa hadapan.

Tapi aneh, kenapa budak jiran sebelah yang aku rasa agak bijak tu tak dimasukkan ke dalam kelas ni? Ni mesti Pengetua tak nak aku satu kelas dengan budak tu.

"Azlan..." kata Luqman, berbisik pada aku.
"Hmm..."
"Kau free tak habis sekolah?"
"Kenapa?"
"Jom la, kita pergi Paragon Mall. Aku nak tengok wayang. Back To The Future."

Aku diam. Aku tak berminat sangat filem bergenre sci-fi mat nerd macam si Luqman ni.

"Aku belanja kau, Lan."
"Atas dasar apa kau nak belanja aku ni, Luq?"
"Aku belanja apa yang kau nak."
"Okay, macam tu, aku nak kau belanja...steak!"
"Okay, aku tak kisah!"

Kalau dah dia cakap 'aku belanja apa yang kau nak', takkan la aku nak cakap setakat nasi goreng ayam, atau kuey teow goreng. Kalau ayatnya 'aku belanja kau makan' tu barulah aku rendahkan sikit.

Dia kata 'apa yang aku nak'. Konteks tu penting. Tapi bila aku cakap steak, dia macam tak kisah. Sebab anak orang kaya, dia mungkin rasa steak tu takde apa kot.

Bukanlah aku hairan sangat makan steak, tapi seronok kalau makan duit orang ni. Lagi mahal, lagi bagus. Tapi kalau kawan kau orang kaya macam Luq ni lah.

Aku tak faham dengan Luq. Dia ada duit yang banyak, tapi dia jadi budak nerd yang pendiam dan selalu kena pow duit. Yang ni pun dia ada pemandu yang hantar dia pergi sekolah. Kalau dia terpaksa naik kereta api macam aku, entah berapa la abang taiko ugut dia ni.

Silap-silap para abang taiko semua akan berkumpul pow budak macam Luqman ni depan stesen bas setiap hari, jadi kegiatan ekonomi pulak.

Balik tu dia ajak aku naik kereta Jaguar XJS ayah dia yang dipandu pemandunya.

Aku tak tahu apa yang Luqman cuba buat pada aku. Dia nak beli persahabatan dengan aku, atau dia nak beli perlindungan dari aku. Mana-mana pun, aku tadah je apa yang dia beri.

Sampai saja di Paragon Mall, perkara pertama dia ajak aku ialah ke kedai mainan Toy's R Us. Ya Allah kau ni, kenapalah kau dah tua bangka macam ni pun masih nak main benda macam ni?

Paling menjengkelkan aku ialah bila aku terpaksa tunggu dia melakukan pertarungan antara action figure Luke Skywalker bertarung dengan Darth Vader.

Dah umur 16 tahun, berhentilah perangai macam ni, Luqman!

Aku tahu tentang filem Star Wars, dan aku minat cerita tu. Aku tak berminat nak beli permainan dan main macam budak kecik macam Luqman buat ni.

Aku minat cerita bagaimana Darth Vader dan Emperor Palpatine memerintah seluruh galaksi. Aku tak berminat jadi budak 5 tahun main lawan-lawan lightsaber macam dia ni.

"Luq, pukul berapa kita nak tengok wayang ni?" aku tanya dia sambil tengok jam.

"Kejap kejap. Luke, I'm your father. Oh noooo! Use the force, Luke, use the force!" Luq menggerakkan patung Luke Skywalker sambil keluarkan dialog.

Aku syak dia perasan dirinya Luke Skywalker sebab nama dia yang dah nak dekat.

Aku mencekak pinggang. Mujurlah mamat ni janji nak belanja aku steak, kalau tak, memang aku cekik mamat ni.

Setengah jam aku buang masa kat kedai mainan ni. Tak masuk akal betul.

"Wayang dah nak start dah ni."
"Ok ok, dah dah."

Aku berjalan dengan Luqman, budak yang sebaya dengan aku, tapi perangainya masih macam kanak-kanak. Dan lepas tu, bapak dia Datuk Mohd Nor nak groom dia untuk jadi pemimpin.

Mungkin beginilah terbentuknya generasi yang penuh dengan Nero bila mereka memerintah nanti.

--

Selepas menonton wayang cerita Back To The Future, Luqman dan pemandunya membawa aku ke St Pierre untuk makan steak.

Aku agak terkejut, sebab aku ingatkan dia main-main. Tapi mungkin bagi dia, steak macam ni bukanlah menghairankan dia.

--

"Azlan, terima kasih sebab temankan aku hari ni."
"Takde apa lah."
"Esok kita jumpa lagi."

Aku mengangguk, dan hulurkan salam kepadanya.

"Hujung minggu ni kau free tak?"
"Tak, kenapa?"
"Kalau free, beritahulah. Aku bawa kau pergi tengok wayang lagi."

Aku terus pegang bahu Luqman.

"Luq, aku kawan dengan kau, bukan sebab aku nak pow duit kau, ok?"

Aku buka pintu kereta, dan angkat tangan.

Aku kerja di pasaraya pada hujung minggu sebagai cashier. Aku bekerja bukanlah sebab mak aku tak mampu menanggung kehidupan aku dan Aziz, tapi sebab aku bosan bila duduk di rumah.

Keluarga aku ni bukanlah dalam B40, sebenarnya T20. I mean, atok aku bekas Gabenor Bank Negara. Atok saudara aku pulak bekas Perdana Menteri. Dan ibu aku kerja di bank milik Jacob Chong, orang paling kaya di Temasek.

Dan aku boleh je duduk rumah goyang kaki. Tapi aku bosan bila duduk kat rumah di hari cuti. Jadi, setiap hujung minggu, aku bekerja di supermarket yang bernama Pasaraya Sri Intan.

Pada mulanya Pengetua rasa aneh kenapa aku nak kerja kat pasaraya ni. Tapi sebab aku kata dia aku nak memahami mekanisme ekonomi dari bawah.

Pengetua dah sound pada pemilik syarikat supaya jangan bagi aku kerja yang berat-berat macam angkat barang atau potong ayam.

Akibatnya aku diberi kerja cashier. Tapi aku peduli apa, aku angkat juga barang sebab aku tak nak cipta bad impression dengan rakan sekerja yang lain.

Pasaraya Sri Intan merupakan pasaraya yang mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Wijayapura. Pasaraya ini menjual barangan seperti barang dapur, seperti ayam, ikan, beras, tapi ada jual juga barangan lain seperti alat tulis, penyapu, dan macam-macam lagi.

Pasaraya Sri Intan ni biasanya di shoplot, dan biasanya dua tingkat - tingkat satu untuk barang basah dan makanan, tingkat dua ialah untuk barang bukan makanan.

Kenapa aku memilih bekerja di pasaraya? Sebab di sinilah aku memerhatikan orang ramai. Dari sinilah aku belajar memerhatikan bahawa manusia dari dahulu lagi sudah berkasta.

Aku boleh tengok beza orang tu ada duit atau tak berdasarkan cara dia berbelanja. Kalau orang tu main ambik je barang dan tak tengok label harga, dia ada duit.

Kalau dia teliti tentang harga, dengan banding-bandingkan barang, dia kesempitan duit.

Dan ekonomi Gelanggayu pada tahun 1985, rasanya semua orang ada duit. Sebab semuanya happy. Pembukaan banyak kilang-kilang mewujudkan industri yang banyak, akibat dari permintaan domestik yang tinggi.

Tambahan pula dengan kereta baru JENTAYU yang baru keluar pasaran, sudah pasti lebih banyak permintaan orang ramai dan merancakkan ekonomi.

--

"Azlan, macam mana dengan Luqman? Ok kawan dengan dia?" tanya Pengetua pada aku.

"Macam budak kecik! Dah umur 16 tahun pun nak main mainan."

Pengetua hanya ketawa mendengar rungutan aku.

"Jadi tugas kau untuk bentuk dia, jadi lelaki yang memimpin. Sebagai seorang kawan, lama-lama dia akan terpengaruh dengan kau."

"La, berkawan dengan dia ni satu tugas ke?"
"Ya, Datuk Mohd Nor tak tahu lagi macam mana nak buat dia mampu berdikari."

"Senang je, stop duit belanja dia dan semua expenses dia yang mahal tu. Suruh dia cari kerja. Pandailah dia berdikari."

"Kau nak anak CEO Nadi Wijaya kerja KFC, kerja Pasaraya Sri Intan?"

"Why not? Saya pun kerja kat Sri Intan tu part time. Atok saya Gabenor Bank Negara. Boleh je kerja kat situ."
"Itu kau, Azlan. Dia tu perlukan disiplin. Kau la kena bentukkan dia."
"Hanya dengan cara tu, baru boleh bentuk dia. Tapi persoalan saya, mampu ke dia ni ikut saya?"

Pengetua ketawa.

"Azlan, hujung minggu ni free?"
"Tak, Pengetua. Saya kerja kat Sri Intan."
"Nanti aku call owner pasaraya tu kau ada hal."
"Ya, tapi kenapa?"
"Aku nak perkenalkan kau dengan seorang kawan."
"Kawan lagi? Yang sorang ni pun dah rasa macam pikul biawak hidup dah ni."
"Sabar la, Azlan. Aku nak bina networking kau ni. Ini demi kepentingan masa depan kau juga," kata Pengetua sambil bakar curut.

Continue Reading

You'll Also Like

550K 35.1K 71
"Sshhhhh....." he hushed and pinned us against the wall leaving no space between us. I held onto his biceps with my hand in reflex. He shook his head...
235K 2.6K 22
I have found an ideal life. I have a loving husband, no work and no danger. This is exactly what I wanted when I ran away and changed my identity. Bu...
647K 28.6K 41
ဒီဇတ်လမ်းလေးကတော့ ချမ်းသာတဲ့အလွှာကြားက စုံတွဲတစ်တွဲရဲ့အိမ်ထောင်ရေးပဏိပက္ခတွေအကြောင်းကိုရေးဖွဲ့ထားတာပါ။ မိန်းခလေးတိုင်းရဲ့ အိမ်မက်ကချမ်းသာတဲ့အမျိုးသား...
5.6M 229K 68
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...