Le Tiens. (ON-GOING)

By syz_wana

253 88 57

NUR TIA AYUNI X DANYEL AL-LUQMAN NABELLA ALIYAH X DYLAN AL-LUQMAN NARISSA AZZALEA X MIKAEL IRSHADIQ baba... More

hai.
c a s t.
a i r p o r t
b e r u b a h
a y a m mcd.
s a k i t 😫
d e m a m 😂
w o o p s #1
w o o p s #2
The Day 💫 #2
B u a y a 🐢

The Day 💫 #1

7 5 6
By syz_wana


[[ Danyel  Al-Luqman Pov ]]

Kakiku melangkah masuk ke dalam bangunan pencakar langit yang dibina hasil titik peluh ayahandaku,  Hardi Al-Luqman. Setelah masuk, mataku di sapa dengan sebatang tubuh yang sangat ku kenali, Danyel Al-Luqman aka adik kepada ku

" Assalamualaikum dan Selamat Pagi Tuan Danyel Al-Luqman. Nama saya Dylan Al-Luqman selaku Personal Assistant Tuan Danyel Al-Luqman dan saya diperintahkan oleh Tuan Hardi Al-Luqman untuk menbawa Tuan Danyel Al-Luqman ke Dewan Ruby untuk mengadakan pertabala. .emph emph !! "

" diam lah hanj#ng. mulut kau ni memang mintak stapler agaknya. Al-Luqman, Al-Luqman...aku smekdon jugak kang kau ni. dah jom naik. " selesai membebel, aku melepaskan tanganku yang tercemar dengan air liurnya yang menjijiqkan dan mengelapnya pada coat yang dipakai oleh Dylan. Dylan dan aku berjalan menuju ke lif untuk ke tingkat 10 ( tinggi tu bhaii ).

" weh lan " panggil ku. Dylan yang sedang sibuk membetulkan rambutnya pada cermin pintu lif terhenti. " hah nak apa ? "

" eh amboi kau. Aku baru start kerja sini kau dah tunjuk berang ? Hey sedar sikit. Kau tu persiolnal assisstant aku je. mana hormat kau pada majikan ? potong gaji kang. " ugutku

" Baik Tuan Danyel. maafkan saya. tapi tolong jangan mencarut. Takut ada juga yang jatuh lif dari tingkat 10 sampai basement " ujarnya. Aku menjulingkan mata ke atas.

ting !

Bunyi itu menandakan kami telah tiba di tingkat 10, tingkat dimana terletaknya bilik mesyuarat terbesar atau lebih sesuai dipanggil dewan.

Dylan membuka pintu dan automatik semua mata yang berada didalam dewan itu tertancap padaku. Papa aku lihat sudah berdiri depan.

Kakiku melangkah kesebelah papa. Aku senyum...tidak ikhlas. Papa mengabaikannya.

Maka..dengan itu..bermulalah detik-detik perlantikan ku sebagai seorang CEO AL HOLDINGS.

selesai sahaja acara perlantikan, papa terus membawa ku ke bilik pejabatnya atau lebih tepat lagi, pejabat ku di tingkat 15.

Masuk sahaja ke dalam pejabat papa, terus aku berjalan ke meja kerja sementara papa duduk di sofa yang disediakan di bilik itu. Dylan pula mungkin di pantri untuk menyuruh tea lady  menyediakan minuman untuk aku dan juga papa.

Mesti ada yang pelik, bukankah Dylan sudah mempunyai cafe sendiri ? Ya. Memang Dylan mempunyai cafe sendiri namun, dia juga berkerja di syarikat papa untuk memenuhi syarat-syarat yang papa berikan untuknya sebelum memiliki cafe itu.

Macam mana Dylan menguruskan cafe nya ? tunggu sampai Dylan's Pov ye. ni aku punya. huehue.

" Danyel " panggil papa. aku menoleh memandang wajah papa.
" ya pa ? "
" Mulai hari ini, papa amanahkan kamu untuk mengambik alih tempat papa sebagai CEO AL HOLDING " ujar papa seraya memeluk ku. aku mendiamkan diri.

Setelah beberapa minit, papa masih belum melepaskan pelukan lalu masuklah seketul Dylan. Dylan yang melihat adegan papa dan abangnya itu tersenyum.

" ish ! papa ni tak adil. Lan pun nak peluk jugak " mukanya sengaja dicemberutkan
" come here " panggil papa. Dylan tersenyum mendengarkan itu. Dua cawan teh itu diletakkan di atas meja yang terletak di tengah-tengah ruangan itu sebelum melangkah masuk kedalam pelukan papa dan abangnya.

_______________

Narissa Azzalea POV

" warna biru lah cantik " Sebelah kananku dipandang, adanya Aliyah dengan sepeket belon berwarna biru ditangannya.

" takde takde. Warna ungu ni lagi cantik " sebelah kiri pula, adanya Tia dengan sepeket belon berwarna biru ditangannya.

Haih korang, nasib baiklah aku sayang hengkorang berdua ni, kalau tak dah lama aku Side Kick . Pasal belon pun boleh gaduh ke ?

" alah aku dulu yang pilih warna biru kan ? " dah mula dah perang mulut. Aku yang berada di tengah-tengah ni pun pening. Bukan pening nak pilih warna apa tapi pening kenapa dorang tak ambil je dua dua ?

" yang birthdaynya mama aku ke mama kau. mama aku kan ? biarlah aku sebagai seorang anak yang solehah pilih "

" uit mulut. nak je aku cili " balas Aliyah

" woi woi ! dah dah lah tu. tak penat ke gaduh ? korang dah kenapa ? boleh je ambik dua dua colour  kan ? " tengok ? tu pun aku juga yang kena ingatkan. kalau tak sampai Hari Raya Korban tahun depan lah tak habis-habis perang dorang.

Tia Ayuni dan Aliyah yang tersedar akan kesilapan mereka tersengih

" Maaf " ujar mereka serentak.

" dah habis kan part belon ? so sekarang ni kita kena balik rumah Mama and tiup belon and hias rumah jelah. Umi dengan Baba pun sekarang ni tengah buat double date dengan Papa Mama. dah jom bayar and start the plan " ujar ku panjang lebar seraya kakiku melangkah ke kaunter pembayaran

" jom ! "

_____________

Syah's Villa

" woi ! aku penat " ujar Azzalea termengah-mengah.
" eleh kau. baru lima biji dah pancit. Kau tengok aku. Aku dah tiup dua kali ganda dari kau ni pun steady lagi " ujar Tia Ayuni sedikit bongkak
" oh sombong eh kau. hah kau tiup lah semua ni. " Ujar Azzalea lagi dengan bibir yang dicebikkan.
" hoi. memang tak lah aku nak tiup sume ni. kau duduk balik. sat gi mama papa balik mampos aku " tangan masih ligat mengikat belon berwarna ungu yang sudah siap ditiup itu.

Alkisahnya macam ni tadi, masa tengah sibuk menyediakan barang-barang, Azzalea yang ligat mengeluarkan semua barang-barang dari keretanya ternampak 5 paket belon yang berlainan warna. Seketika kemudian tangannya berhenti mengeluarkan barang, matanya membulat,

" Tia Ayuni ! Nabella Aliyah ! mai sini sat " laungnya dari luar rumah
" kenapa kau ni ? terjerit jerit macam beruk " marah Tia. Yelah, orang tengah sedap tidur kat sofa, boleh pulak dia terjerit-jerit. " Entah kau ni, aku nak susun meja, kerusi, sofa semua tu pun tak tenang kau tau " ujar Aliyah. Azzalea sekadar mengabaikan sambil tangannya mengambil kesemua paket belon berlainan warna itu.

" Ni, satu paket ada 15, kalau 5 paket, 75. " ujarnya
" kau terjerit-jerit panggil kitorang sebab ni je ke ? nak ajar kitorang mathematic ? " ujar Tia Ayuni bengang
" ish bukan lah ! macam mana korang boleh terfikir beli belon tanpa pam belon ? siapa nak tiup semua ni  " marah Azzalea.
" Hah ?! Kau tak beli ke Tia ? " tanya Aliyah. Tia yang matanya sepet menahan kantuk terus membulat matanya. Seketika kemudian barulah dia tersengih macam kerang busuk.

" huh. Aku tak kira. aku nak marah jugak. Nabella Aliyah kau pi cari pam kat dalam stor ke kat mana-mana lah. Dan kau Tia Ayuni, tolong aku tiup belon-belon ni sementara tunggu Liyah cari pam. "  Arah Azzalea

" Pam apa ? tayar? " tanya Aliyah kebingungan
" tak pernah tengok pam belon ke ? " tanya Azzlea. Aliyah mencebik.
" Yelah adikku yang tersayang " Kaki Aliyah melangkah masuk ke dalam rumah untuk memulakan pencariannya.

Reality

Sesi peniupan mereka terhenti apabila terdengar bunyi pintu pagar di halaman belakang dibuka. Tia yang tangannya ligat mengikat belon itu terhenti terus,

" Mak Nah " ujar mereka berdua serentak. Terus mereka berlari lintang pukang ke dapur.

" Mak Nah ! " jerit mereka serentak. Mak Nah yang baru selesai mengunci pintu pagar itu termelatah, " Eh Pak Ali encem encem nak pegi mana ! eh nak pegi mana ! eh Tia ! eh kau tia ". Azzalea dan Tia yang mendengarkannya terhambur gelak mereka. Mak Nah termalu sendiri.

" Eh Tia ? bila balik ? " tanya Mak Nah. Azzalea dan Tia berpandangan,

nak mengelat lah tu

" dua hari lepas kot. entah. tak ingatlah Mak Nah. " Tia tersengih. Mak Nah menggeleng kecil. " Ni kamu balik ni mama papa kamu dah balik ? "

Azzalea menyengih, " Lea nak masuk dulu ye. Banyak lagi belum siap ni "
" Siap apa Tia ? " soal Mak Nah. " Surprise birthday mama ". Mak Nah mengangguk. " Tia masuk dulu ye Mak Nah, nak tolong Lea. babai " tangannuya melambai kearah Mak Nah. Mak Nah tersengih kecil,

'macam macam lah perangai diorang ni, dari kecil sampai dah besar panjang, nakal tu tetap ada. ' desis Mak Nah.

Di Ruang Tamu

4.37 p.m

" kiri sikit. Kanan sikit. Kanan lagi. Turun sikit. Terlebih bawah, naikkan sikit " Arah Azzalea. Aliyah merengus. " susah sangat. Kau lah sendiri buat" ujar Aliyah bengang. " Bising lah kau. Dah cepat buat, Tia kau tolong Liyah jap. Aku nak Ambik kek. Nak hias meja lagi, " ujar Lea

" Ha kau Tia kalau kau nak banyak songeh macam Lea tadi siap kau " Aliyah menjeling sedikit kearah Azzalea. " Bising lah kau ni. Buat jelah " ujar Tia dan Azzalea serentak. Tia dan Azzalea berpandangan.

" Jinx " ujar mereka serentak
" double jinx " lagi
" triple jinx " dan lagi
" ji- "
" dah woi dah. Satgi Mama Papa Isya Umi Baba balik bukan setakat mama papa yang surprise, dengan kita-kita sekali kena surprise " potong Aliyah
" perosak suasana " ejek Azzalea. Aliyah menjeling. Azzalea menjelirkan lidah. Mata Aliyah membulat. " jelir jelir. dah macam anjing " Ujar Aliyah. Aliyah ni memang pantang orang main jelir jelir ni, macam anjing katanya. pelik-pelik je. Masing-masing terus membuat kerja.

1 Jam 23 Minit 0.12 Saat Kemudian,

" Argh ! penat !" Tia yang baru selesai menghias meja bersama Azzalea terbaring kepenatan di atas sofa. Kakinya dilunjurkan keatas paha Azzalea. Mata yang hampir tertutup terus terbuka luas tatkala mendengar kata-kata Azzalea,
" Kita tak tukar baju lagi. Dari tengahari tadi kita buat kerja. Melekit satu badan aku. Jomlah naik Tia. " .
" aduh penatlah " penat penat pun kaki tetap melangkah naik keatas. Selesai mandi, solat, bersiap semua, ketiga-tiga anak dara itu turun serentak ke ruang tamu.

Kelihatan Nur Narissa Azzalea dengan dress berwarna baby blue bercorak bunga sakura dan dipadankan dengan tudung bawal berwarna putih tanpa corak.

Nur Nabella Aliyah dengan blouse berwarna pastel pink tanpa apa-apa corak, dan dipadankan sdengan Palazo putih serta tudung shawl  berwarna kelabu dari jenama dUCk yang terletak kemas di kepalanya.

Dan Nur Tia Ayuni dengan dress  putih bercorak bunga-bunga kecil dan di padankan dengan tudung shawl  berwarna pastel yellow.

" so sekarang kita kena tunggu Mama, Papa, Isya, Umi dengan baba balik dari mall. Oh ya, kejap lagi abang Pan sampai ngan Kak Ecah sekali. " Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran.

Ting tong !

" Lea pergi bukak pintu " pinta Tia dan Aliyah serentak. Azzalea menjeling. Pemalas.

" Assalamualaikum ! kami datang nak meminang ! aduh sayang sakit lah. Lebam nanti, majok ngan sayang seminggu tau " Suara yang tidak asing lagi kedengaran, Nazif Arfan

" heh, mampu ke ? " ...dan bakal isterinya, Aisyah Lara.
Arfan tersengih. Azzalea yang memandang adegan itu menjungkit kening ?

" seriously bang ? dapan pintu rumah orang jugaklah dia nak bersuwit. Dah tu, terjerit terlolong depan rumah orang. ish ish ish. Dah jom masuk. Eh kejap, abang dah letak kereta jauh sikit ke ? nanti mama nampak sia-sia je. Hah ni, kasut letak kat dalam tau " Arfan mengangguk

15 minit kemudian.....

" weh aku nervous " Tia resah. " ha Tia, jangan lupa plan kita" Azzalea menyengih.

" tapi kalau tiba-tiba mama pengsan macam mana ? pastu mama marah aku. pastu nanti mama benci aku. pastu mama rasa aku ni anak derhaka. pastu mama sumpah aku jadi batu "

" ni lah perempuan, suka sangat over-thinking, mungkin sebab ni lah ramai perempuan single sampai sekarang " bebel Azzalea

" tak sedar diri. Macamlah kau tu lelaki " Azzalea menjeling diejek oleh Aliyah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi deruman kereta memasuki perkarangan Syah's Villa.

" kenapa gelap je rumah kita ni bang ? Ka Nah terlupa buka lampu ke ? " Ujar Tiara Anita, mama kepada Tia Ayuni, kepelikan. Herman Syah, Papa kepada Tia menjongketkan bahunya. Helisya Atira yang tertidur didalam kereta dikejutkan oleh mamanya.

" Ha Tiara, Herman, kenapa ? " tanya umi yang melihat keresahan Tiara Anita " takde apa lah. eh jom lah masuk. malam-malam ni tak baik duduk luar. " jemput Tiara Anita.

" bang, saya rasa tak sedap hati lah bang " bisik Tiara Anita kepada suaminya. " Takde apa lah. takpe. permainan syaitan je tu " ujar Herman Syah cuba menenangkan isterinya. Helisya dibelakang mereka hampir terlelap.

" Mama..Papa..cepatlah..Isya penat..ngantuk...nak tidur " rengek Helisya. Melihat Mama papanya yang berdiri tegak tanpa membuat apa-apa itu, Helisya terus berjalan ke depan Mama papanya lalu membuka pintu tanpa apa-apa masalah. Kakinya terus melangkah masuk tanpa memedulikan Mama Papanya. Namun, baru sahaja kakinya hendak memijak lantai tangga, tiba-tiba sahaja mulutnya ditekup.

Mama dan Papanya yang melihat Helisya melangkah masuk itu tercengang namun kembali tersedar saat melihat kedalam rumah, gelap gelita sahaja.

Tersedar akan itu, Herman Syah terus melangkah menuju ke suis. Tetapi, baru sahaja tangannya hendak menekan suis tiba-tiba suasana didalam rumah terus terang benderang,

" Happy Birthday To You,
Happy Birthday To You,
Happy Birthday To Mama,
Happy Birthday To you "

Tiara Anita tercengang,tergamam,terkedu,terharu melihat anak-anaknya . Seorang demi seorang wajah anak-anaknya dipandang. Hatinya tiba-tiba berasa sedih,

" Mama, mama tak suka ke kitorang surprise kan mama ? " Air mata palsu Azzalea mula memainkan peranannya. " Eh tak. Mama suka sangat. terima kasih anak-anak mama. Cumanya, mama sedih sebab Tia tak ada nak surprise kan mama " Air mata palsu Azzalea di sapu.

" hehe. saaayang mama. Eh ma. Tiup lah lilin ni. dah nak habis dah lilin ni ma. Lenguh lengan Azzlea. " Aliyah mencubit lembut pinggang adik kembarnya. Azzalea tersengih.

" Sayang Lea jugak " Tiara Anita meniup lilin yang terletak di atas kek Coklat itu. " Mama nak hadiah tak ? Lea dan Liyah yang bagi. Kami pasti mama mesti suuuuka sangat kat hadiah ni " Azzalea dan Aliyah mengukir senyuman yang mereka sahaja tahu maksud disebaliknya

" Kejap eh Liyah ambil " pinta Aliyah. Kakinya melangkah ke dapur. " sementara tu kita potong dulu kek ni  "

Di Dapur

" akak bila balik ? " tanya Helisya.
" Dua hari lepas " Helisya tercengang. Tia tersengih sambil jarinya membentuk V tanda peace

" Tia. Isya. Jom " panggil Aliyah.
" eh kejap. Aku nervous ni. " Tia menarik nafas, lalu dihembusnya. Diulang sebanyak lima kali
" Tapi Isya still tak faham. Kenapa kena bawak Isya sekali ? " Tia tersengih lagi.
" perisai " jawabnya pendek. Helisya mencebik.

" Dah jom lah " panggil Aliyah lagi. Tia mengukir senyuman nipis. Tangan Helisya digenggam. " Jom ".
Suasana yang riuh rendah akibat telatah Azzalea berubah sunyi saat Tia dan Helisya berdiri dibelakang kerusi kedua Tiara Anita dan Herman Syah dan menutup mata mereka berdua.

____________

aku stop sampai sini dulu lah, terlebih panjang dah ni 😂 2000+ words dek non.

anw singgah lah story aku yg lagi satu

tittle: Syaz's talk

aku tak perlukan vote, tapi aku perlukan comment.

ok bubye.

Continue Reading

You'll Also Like

2.3M 77.1K 59
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yan...
66.6K 4.9K 20
Empat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal usulnya. M...
2.2M 70.5K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
74.6K 5.1K 61
Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu...