Satu gempa bumi dilaporkan berlaku di pantai Mersing,Johor mengakibatkan keruntuhan sebuah rumah agam yang mengorbankan penghuninya, seorang pewaris syarikat perhotelan di negeri itu. Tatkala ini satu keajaiban berlaku apabila pemuda tersebut telah dihidupkan oleh satu 'entiti' asing yang mengambil alih tubuhnya tanpa disengajakan. Apakah motif utama entiti tersebut? Bagaimanakah masyarakat ortodoks di situ menerima kenyataan tentang entiti asing ini? Adakah ini cerita seram? Thriller? Atau mungkin romantik komedi? Tepuk dada, sakitlah paru-paru.