Islam memandang cinta sama seperti iman kerana cinta juga merupakan sebahagian dari iman.Namun,cinta itu bukan kerana dorongan nafsu serakah tetapi hadirnya ia melalui iman yang ada dalam diri kita dimana ia berlandaskan ketaqwaan pada Allah S.W.T. Cinta yang bertunjangkan nafsu tidak akan mendatangkan kebahagian dan ketenteraman jiwa kecuali berpikulkan kesengsaraan dan kehinaan berpanjangan.Mencintai seseorang kerana ketaqwaan pada Allah adalah sebenar-benarnya cinta dan di sini juga lah tersoroknya ketenteraman jiwa yang dicari.Cinta dalam islam berhulukan iman, bermuarakan taqwa yang mengalir darinya ketulusan dan kejujuran. Cinta kerana Allah adalah cinta yang membuat engkau semakin dekat dengan Allah. Bersamanya engkau bisa merasakan manisnya iman.Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang tidak merosakkan kesucian cinta.