"𝗠𝗮𝘆𝗯𝗲 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝘂𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗲, 𝗼𝗿 𝗶𝗻 𝗮𝗻𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗹𝗶𝗳𝗲, 𝘄𝗲'𝗿𝗲 𝗺𝗲𝗮𝗻𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗲𝗮𝗰𝗵 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿. 𝗕𝘂𝘁 𝗳𝗼𝗿 𝗻𝗼𝘄, 𝗹𝗲𝘁'𝘀 𝘄𝗿𝗶𝘁𝗲 𝗼𝘂𝗿 𝗼𝘄𝗻 𝗵𝗮𝗽𝗽𝘆 𝗲𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗿𝗮𝘁𝗲𝗹𝘆." Takdir menemukan mereka tanpa sebarang amaran. Dan mereka jatuh cinta juga tanpa sebarang petanda. Inara yang mencintai, Noah yang melindungi. Cinta si bunga dan si duri, mana mungkin bisa berkucupan. Dia bukan Cinderella, bukan juga Sleeping Beauty. Jauh sekali puteri kayangan. Dia hanyalah gadis biasa yang seringkali teruji dalam kehidupan. Bunga Inara, indah pada namanya, namun tidak pada jalan cerita hidupnya. Tubuhnya tersakiti, mentalnya dilukai. Gadis berusia 17 tahun ini sudah diuji pada usia muda bila dia menjadi mangsa buli di sekolahnya. Tak pernah sehari pun dia terlepas dari neraka dunia di sekolahnya. Mungkin dia bukan puteri kayangan atau protagonis dalam cerita magis, tapi hidupnya berubah dengan kehadiran si dia yang Inara anggap sebagai hero. Takdir mereka bertemu. Noah Hayden, pelajar baru di Roseth High School. Eh tunggu sekejap! Jangan onkan dulu suis fangirl anda kerana dia bukanlah tipikal budak baru macam cerita lain yang hensem atau terkenal mahupun gentleman. Tak! Dia jauh berbeza dengan semua itu. "Aku nampak korang buat sial lagi lepas ni, aku sendiri yang jadi Izrail cabut nyawa kau orang!" He's far from nice. Dasarnya, memang kelihatan seperti budak nakal yang jahat. Setiap tahun memang jadi benda wajib untuk dia tukar sekolah. Mana tak tukar kalau hari-hari buat masalah pukul anak orang. Dan ini kisah antara dua manusia yang sangat bertentangan sifatnya menjadi penguat sesama sendiri. Takdir yang sentiasa bertemu namun tak pernah bersilang antara satu sama lain.
34 parts