Sebuah perkahwinan tanpa rela antara, Nadhirah -seorang gadis kampung (anak keluarga berada tapi dibesarkan oleh nenek) yang tidak terdedah dengan dunia fashion . dan Fikri- CEO syarikat majalah fashion dan berasal dari keluarga yang kaya. perkahwinan tidak jadi antara Fikri dan kakak sepupu Nadhirah telah mengubah seluruh hidup Nadhirah. Akibat tidak tahan dengan kritikan Fikri terhadap dirinya, Nadhirah tekad untuk berubah . Perubahan Nadhirah membuatkan Fikri bertambah bimbang apabila Nadhirah berjaya mendapat perhatian jejaka-jejaka di luar sana. Apatah lagi bila Nadhirah telah dipilih sebagai Model majalah Fashionista milik syarikatnya atas undian ramai pihak pelabur syarikat . Adakah Fikri berjaya memikat semula hati isteri yang pernah disakiti oleh dirinya sendiri?