Mia Maisara, hanya si pemilik nama ini yang mampu mengganggu gugat hati si jejaka tampan yang sentiasa menjadi rebutan, Rahim. Tetapi kerana pernah disakiti, Mia Maisara telah menutup pintu hatinya serapat yang mungkin dan tidak pernah memberi izin kepada sesiapa pun untuk membukanya. Tapi dia ingat Rahim tu nak menyerah kalah macam tu saja ke ? Dia akan cuba sedaya upaya dia untuk membuatkan Mia Maisara jatuh hati kepadanya. Macam orang dulu-dulu cakap, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Akan dicuba seribu cara untuk buat gadis itu cair padanya walau Mia Maisara tak mengizinkan sekalipun. Dasar si keras kepala.