[In Editing] Kerana janji Naura Aisya Madha bertahan. Tahun bersilih tahun, bulan berganti bulan. Kepulangan kekasih hati tetap dinanti. Penantian panjang terhenti bila Naura dipaksa menikah dengan pilihan emaknya sendiri. Tak rela dijodohkan dengan lelaki pilihan Puan Syifa, maka termeterailah satu perjanjian antara mereka. Haqiem Rusli, penyanyi tersohor di Malaysia. Siapa saja tidak kenal dengan pemenang AJL 32 tempat ketiga dengan lagunya 'Tergantung Sepi'. Dengan paras rupa tampannya, baik wanita remaja dan dewasa rata-rata gilakannya. Atas sebab ini, Naura sukar mendapat ruang mendekati lelaki itu. Siapa lagi yang dinanti olehnya kalau tidak Haqiem Ruslie. Gila! Dia pun tak menyangka Haqiem akan terkenal seperti itu. Dalam tempoh sebulan, Naura kena bawa Haqiem ke kampung, jumpa Puan Syifa dan yakinkan emaknya tentang cinta mereka. Tapi masalah sekarang, Haqiem artis. Dia pun buntu. Nak jumpa artis ingat senang? Tapi dengan apa sekalipun cara, dia kena bawa juga Haqiem ke kampung, atau nanti dia terpaksa setuju dengan rancangan Puan Syifa. Masalahnya, apa yang perlu Naura lakukan? [Second Fanfiction by Liamysrh] [Malay Fanfiction] Beautiful cover by @cocokies --- Maaf! Saya bukan fans Haqiem Rusli. Saja saja nak cuba buat fanfiction ni. Apa-apa kesalahan tatabahasa boleh bantu betulkan. Terima kasih, sudi membacanya❤️ • liamysrh2019