Selepas tiga tahun menaruh harapan, Hami akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk belajar di negara Jepun. Meskipun kehidupannya tampak biasa, pelbagai cabaran yang telah dihadapinya untuk sampai ke tahap tersebut. Sebagai salah seorang pelajar di Malaysia yang mendapat biasiswa tajaan penuh daripada Kerajaan Jepun itu, banyak cabaran yang sedang menanti Hami bila dia sampai ke bumi sakura nanti sebagai seorang pelajar muslim. Apakah cabaran yang akan ditempuhinya nanti ? Adakah Hami akan menikmati kehidupannya sebagai pelajar di Jepun seperti yang dia sangkakan ?