RAYYAN RAZIEN, kod nama Boss. Pengarah Jabatan Sumber Manusia merangkap ketua bodyguard di Campbell Corporation. HANA MIKAYLA, kod nama Felocity. Wartawan syarikat akhbar Nadi Kota yang sebenarnya polis undercover. Rayyan yang poyo dan Hana yang kerek. Awal perkenalan mereka, selalunya berakhir dengan perang mulut. Namun, takdir 15 tahun lalu seperti mengikat hubungan antara mereka. Rayyan akhirnya tahu bahawa Hana bukanlah perempuan biasa, melainkan anak kepada penderma jantung dan kornea matanya. Dan Hana juga tahu ayahnya "hidup" dalam diri Rayyan. Ancaman Mafia Death yang mentargetkan Campbell Corporation membuatkan Rayyan mengambil keputusan bekerjasama dengan Hana. Tapi, tidak disangkanya organisasi mafia itu juga mentargetkan Hana kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. Atas dasar terhutang budi, Rayyan dalam diam melindungi Hana. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen membawa masuk Rayyan ke dalam team polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Saat itu, barulah dia mengetahui identiti Rayyan yang selama ini disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Pelbagai insiden mendebarkan mengiringi langkah mereka tatkala penyiasatan kes ini bermula. Serangan di lot parkir terbengkalai di hotel mewah, penemuan mayat kebiru-biruan dengan tanda khas, pertarungan di tempat pelupusan kereta, peperangan di bangunan tinggal, dan kemunculan ketua Mafia Death mengasak nyawa mereka bertalu-talu. Dibantu oleh Syafiq si hacker, Ren Hau dan Grace serta Team Satria Hitam, iaitu satu organisasi rahsia yang ditubuhkannya bagi melindungi keluarga Campbell, Rayyan menjadi bodyguard kepada Hana dan Campbell Corporation. Demi cinta dan budi, dia bermati-matian mempertahankan kedua-duanya! ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA (Angel_k20 2024)
24 parts