[Fantasy + Adventure] Tahun 3091 di mana dunia sudah semakin maju. Wujudnya permainan virtual reality arena competition iaitu sebuah permainan berkonsepkan tiga dimensi dan setiap kali pemain berjaya memperoleh mata atau gold, mereka mampu menukarnya kepada wang di dunia realiti. Disebabkan itu, permainan ini mendapat sambutan di seluruh dunia sehingga ianya dijadikan sebagai pertandingan e-sukan antarabangsa (national e-sport competition). Bunga, salah seorang daripada pemain baharu memulakan langkahnya dengan menerima misi harian yakni 'daily quest' daripada 'Non-player character' (NPC) di Keyme's Farm. Tidak ramai ingin menyelesaikan quest itu kerana bagi mereka ianya hanya membuang waktu mereka memandangkan ganjaran yang diberi tidak diketahui andai sedikit atau pun banyak. Bayangkan setelah penat mereka bertungkus lumus, apa yang mereka dapat hanyalah sejemput 'health point', pasti mampu menaikkan amarah. Namun síapa sangka dari daily quest yang sering ditolak oleh orang, ianya sebenarnya mempunyai rahsia yang diciptakan oleh developer permainan itu dan itulah yang bakal membawa perubahan buat kehidupan Bunga. *** Kehadiran satu guild baharu menggemparkan seluruh dunia kerana di dalam guild itu lengkapnya ahli pencipta yang terdiri daripada blacksmith craftsman, tailor dan alchemist tetapi mereka tidak pernah memunculkan diri mereka di khalayak ramai. Tiada yang mengetahui bagaimana rupa mereka dan siapakah mereka. Adakah perubahan yang berlaku pada Bunga membawa kebaikan padanya dan adakah ianya berkaitan dengan guild baharu itu? Segala persoalan akan terjawab hanya di Virtual. © Karya kelima Dinnaz_ Start : 5 September 22 End : Cover by : @Dinnaz
4 parts